Tuesday, December 4, 2012

Berpiknik Di Pantai Chendor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lokasi :
Pantai Chendor

Tarikh :
End Of September 2012

Sambungan entri Asya & Pantai, kali ini versi cerita. Aduyaiii.. punyalah lama terperam kat draft ni, ni kes sebab tak sihat aritu... banyak sangat kenangan untuk asya tersimpan dalam draft. Takpela, cepat atau lambat..apa yang penting ianya kenangan yang harus diabadikan. Saya sendiri pon dah tak ingat camner leh jadi xtvt piknik ni.. tapi apa yang pasti, ianya adalah xtvt on the spot oleh family Fain.. Yang x dirancang.. dan saya time ni pon bukan sihat sangat. Tapi duk di tepi pantai ok la, leh releasekan tension.

Keterujaan asya nak wak istana princess.
Tapi tak jadi pon

Dia dengan dunia dia.. lebih ralik bermain sendiri... 
tak join sepupu-sepupu dia berlari-lari kat pantai..

Saya suka pic ni.. ntah nampak cantik je view... & cerita di sebalik gambar ni...
Si eril ( yang berlari) jatuh tersenbam atas pasir.

Eril dah join asya main pasir.

Siap bawak khemah mainan .
Tapi x duduk pon..last2 jadi tempat letak barang

Konon-konon tiup kek hepi beday..

Kling..kling.. klingggg.. datang aiskrim colek...
Beli sorang satu untuk kanak-kanak riang..

Sesi makan-makan.. Kebetulan mak sedara Fain dari Kerteh datang, terus join piknik. Baju hijau tu nek ma asya ( MIL) & lelaki kat belakang tu tok ki asya ( FIL ).

Sempat beli layang-layang murah untuk asya

Yang kaler pink tu asya punye.. 
Tapi papa yang main

Dah tak sabar nak ajak mandi air laut.

Papa & asya berendam

Masa ni papa asya wak lawak apa ntah.

Asya menjadi mangsa.... hehehe..  lepas tu berteriak nangis bila kena tanam.
Kat entri asya & pantai, ramai yang tanya kenapa asya nangis.. Ni la jawapannya, bila kena tanam terus nak kena tinggal.. Tu yang nangis sakan, ingat kena telan tanah.. hehe

Nice view
Ntah ape yang special kat dalam perahu tu sampai jadi tumpuan

My family potrait.. 
Susah nak bergambar bertiga ni kalo xde orang yang volunteer untuk ambik gambar.

Nampakkan saya tinggi sikit dari papa asya.
Takpelah, apa yang penting KERJASAMA....

Lepas ni akan banyak lagi entri-entri tertangguh  nak publish.. Dan, banyak gak entri kat pantai ni. Apa-apapun setiap kenangan haruslah diabadikan. Sebenarnya, hampir every week kt orang melepak & mencari ketenangan kat pantai. Asya sendiri pon sangat2 sukakan pantai.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

70 comments:

rohayu osman said...

alahai sonoknyer... lame dah tak berpicnic... tunggu anak2 beso..

Cik Nur said...

seronoknya asya..!
dah agak dah pic sebelum ni asya nangis sbb kena tanam..hihihihi

Kasih Salina said...

seronok la asya dapat main pasir & air yer..bestnya dapat berkumpul dgn famili camni..tak pernah sampai lagi pantai ni..

Dayana Bahar said...

bila ntah nak jumpa lya n asha ni...

hazanis said...

bestnya. :)

nadia said...

bestnyaaa, muda2 anak dah besar. :)
thank you soo much sudi singgah blog nadia. nadia terus follow sini ye.
gambar2 dalam entry ni semuaaaa cantik2. seriusssss.

Aisy Nasiha said...

nampak seronok je pergi pantai ramai2...cuaca pun baik, mmg best la ,..

Nad @ MamaZN said...

Asya dn pantai xleh dipisahkan =)
Untung lya umah dekat dgn pantai
Mcm kami ni tah bile dpt pegi...

Chic Na said...

haha.. maunya tak nangis, kena tanam pastu nak kena tinggal lak. sian asya. ;)

Zie said...

Seronok main pantai... nak pegi jugak.. tapi belom kesampaian lagi...

Misya Mialen said...

bila tgk gmbr2 awak d pantai yg cantik2 ni, rasa nak p pantai la pula... hihihi. semua gmbr cantik. ;) happy family;)

Gieyana Muhamad said...

syioknyer picnic..mmg fevert sy juga tau..nmpak asya sgt2 hepi...:-)

LydSunshine said...

Lya tak tolong asya buat sand castle? Jgn nak kata asya buat, kalo saya buat pun tak jadi. Pasir kat pantai kita ni tak sesuai utk buat sand castle. Boleh la buat tapi agak susah.

Nekma asya mmg mcm muka Fain. Best berpiknik makan-makan kat tepi pantai. Lepas main2, makan lagi. Pastu makan je kejanya.

Lawak je ayat yang penting kerjasama tu. Hahah.

Kakizan Omar said...

seronok dapat buat aktiviti samer keluarga cam nie.. bukan senang nk kumpulkan semua.. bila dapat of coz jadi satu kenangan yang tak dilupakan.. :D

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Seronok nye..Asya pun happy jer...
dah lama tak bawa Qis lepak² kat pantai..p pantai mesti nak mandi tu yg malas tu...

Semut Senyum said...

lya.... terserlah keseronokan itu...

Bestnya asya gi pantai, main pasir, mandi laut, ehhehehe.... seronok tengok dia...

izan mama mia said...

pantai mmg best..

ANIM said...

seronoklah depa menyakat budak kecil:D))

are_lin@yu said...

seronot nya..hiihi..hapy family ka..byk brg asya eh..hehe

Nafira usof said...

seronoknye.. dah lama x gi pantai.. kena balik ganu baru senang nak carik pantai.. kat shah alam nih susah sket nak carik pantai.. heehhe

Mrs Velentine said...

sukanya asya...dh lama tak ke pantai..done maxis

AnneRaini said...

seronokkan rumah dekat dgn pantai.. boleh pergi sokmo..hehe

Nyue said...

suka la tu asya dapat main kat pantai :))

fiza said...

Bestnya. Dah lama tak main laut. Seronok asya dapat main pasir pantai yer.

Qhaifa Nur said...

senang nak buat istana pasir kan asya..peralatan dah ada...

ieda said...

bestnyaa
rajin lya berpiknik
akk dah lama x bawa anak2 picnik ..
hurmm kalau berkelah nie
hubby suke ke air terjun dari pantai ;)
bukan main suke asya .. ada geng melayan dia ;)

Deqla manjew said...

cantik sgt gmbr2nya...suka la deqla tgk...dpt bersanyai tepi pantai gini mmg syok habis la! :)

Chekgu Azrine said...

seronoknya,,serius dah lama sangat tak berpiknik..uhuk

Rai Ourkizuna said...

happy asya boleh main kat pantai.. cantik la pemandangan yg nampak langit dengan pantai tu..

Mimie said...

bestnye piknik kat pantai....

Cinta Misteri said...

hamoiii asya.... yg paling seronok dia lah gamaknya tue..
CiM pun suka pantai. Dan paling CiM suka bila bercuti ke pulau, akan spend masa paling kurang pown 4 hari bila dpt bercuti di pulau :)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam LYA..
dah lama cma x kepantai.. huhuh..
sekali skala relase tension pun ok gak kan :)

hehehe..ok dah tau napa asya teriak..kene tanam
upenye... hihihi..

tinggi & rendah x penting...ape yg penting?!!
kejesame~~ hehe..lya dah jwb pun..

pic kome bertiga tu nmpk cantik sekali :)

yes2.. pantai mmg best.. untie pun suka pantai tau asya.. :)

Masya said...

cantiknya gambar² kat pantai ni.. awan tu.. elok jer warna biu.. dah macam laut jugak..

Fieza79 said...

amboi kemain nmpk hepy nya fmly ni berpicnic..meriah dgn gamba2 yg canteekk!

Phat said...

lama x ke chendor

Jue a.k.a Ibu 2F said...

cantik gambar yang lya ambil...

Kak Sam said...

Seronokkan kalau dapat selalu cam gini. boleh hilangkan stress

Kak Sam said...

seronokkan kalau dapat selalu cam gini. boleh hilangkan stress yangberlambak2 ni.

dya bunga said...

teringin lah nk jumpa asya..

ct rahani said...

untung lya rumah dekat ngan pantaikan.. anytime boleh pegi.. klu kt jb nih agak jauh jugak nak cari pantai yg boelh amndi manda.. tp pe2 pun x leh lawan kebersihan & kejernihan air laut pantai trg/pahang.. :)

Che Rosliza Che mat said...

jernihnya air lya....jeles tengok lya bawak asya pergi pantai...cr belum pernah bawak anak2 pergi pantai...

maszmadi said...

seronok kalu dapat pi pantai selalu... tetang jerk rasa kan...

abah khalisha said...

seronoknya berpiknik..

kasihredha said...

Gambar cantikkkk

Sian asya nanges sb Kena tanam

mama aryan said...

seronoknya..lama tak pg piknik

Riedaffya ibrahim said...

bestnye pg picnic ramai2 kan..

Deq's Qienz said...

bestnyaa...

Deq's Qienz said...

ohya lya blum settle la bnda tuh xtau nk wat ktna..huhu

Tihara said...

as salam

seronoknya gather kat pantai..memang best :)

Rasp said...

kids memang suka main pasir nie sis...
lepas tu main air...memang best..
tapi sesungguhnya i dah lama tak gi piknik kat tepi pantai...

teratak hati said...

Bestnya picnic di pantai...

Si Matatajam said...

Seronoknya berpiknik...ramai2 lagi bestkan..

Afasz said...

seronok nye p pantai. aritu g tp tk mandi pong

::NureeN:: said...

lama x singgah n lepak2 pantai... sronok tgk asya hepi...
lya, umah yg bakal kami terjah 22hb ni di kg pak tijah, telaga batin, kuala t'ganu.. dkt x ngan umah lya? hehehe kot2 kita ada jodoh

Haryati Faizal said...

indahnya kenangan ni lya...

Wak Gelas™ said...

wahhh sungguh sonok bergumbira jugakkk.. ehHHHee

Misz Mieza said...

Lama tak gi chendor.. Ada kemajuan mende ek kat pantai chendor nim..

etuza said...

wah! kenangan untuk anak2. pengisian bersama keluarga yang tersayang. terbaik!

Liza said...

Cantiknya gambar yg Asya tgh berlari tu... Nice view.. :)

nadia said...

yangg, boleh tahu kawen hari tu time umur berapa? bestnyaaaa. umur muda lagi, anak dah besar. :)

mamalieyna said...

Bestnye picnic ramai2x.. happy asya :-)

Wan Afzan said...

cantik gambar n tmpt tu..

IntaNBerliaN said...

ooo patut asya nangis.... nak kne tggal yer :-)

9n0L4 said...

nape lahhhhh gi tanam asya tu. hihi. menurut perintah je die berbaring. :)

Ema Blog said...

seronoknya berpicnic ramai-ramai..

mama aini said...

bestnya berpicnic dgn family..rumah mama kat PD tu..air kat pantai dia kotor sgt..tak bolih nak mandi !!..hu2x..

lelamaisara said...

lame dah saya tak berpiknic mcm ni....sonoknye la hai lagi2 ade bebudak kan...

mummy_ayu said...

lama tak gie mandi laut..Ian suka la main pasir mcm Asya tu...Iris..geli

Yana Libra said...

meriah..seronok tengok~ :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

meriahnyerrr tgk...best kan dpt riadah ramai2 macam ni...dh lama asanya wani xmndi pantai hihi