Monday, April 30, 2012

Laguna Ikan Bakar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ada ke yang kerja arini?? Atau cuti direct je, sebab esokkan cuti "Hari Pekerja". Sempena cuti 1 Mei, insyallah..kalo tiada apa2 halangan ingat nak ke Kuantan. Nak intai2 kain pasang untuk baju raya tahun ni. Tak tahu tema apa tahun ni... Tengokla mana yang berkenan... Orang lain dah prepare ke baju raya??? Hehehe..puasa pon dop lagi sibuk nak cari kain. Nak wak gane, tailor awal2 dah gtau, stop ambik kain bulan 5. So.... kena la cari awal2.. Lagi pon, saya x brape suka baju ready made..Lebih selesa yang ditempah.

TARIKH : 
28/04/2012

LOKASI ;
RESTORAN LAGUNA IKAN BAKAR

Sabtu baru-baru ni teman Fain makan kat sini. Teman ajer yer.... Saya x makan pom. Konon2 diet.
Lokasi restoran ni terletak di Jalan Air Putih. Selepas Balai Polis Cukai, Kemaman. Restoran ni betul2 bersebelahan dengan MPK (Majlis Perbandaran Kemaman).

Cepat...cepat...cepat...
sape nak order leh call sekarang...

Aiiii...si cilik sibuk memilih menu...
Dah pandai baca yer asya???

Sup Ayam untuk asya & mama..
Hehehe..malam2xleh makan nasi... hihi.. Padahal time ni je tak makan, sebab dah makan kenyang2 petang tu. Kalo tak... mau join sekali.

Nasi Goreng Ayam untuk big boss


30.4.2012.... dah selamat cashout akaun Nuff
Harap2 lepas ni ada lagi rezeki .
"0" sudah tabung asya


Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, April 29, 2012

Perkampungan Nelayan Tersembunyi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat memulakan kerja di hari Ahad.. Memang mood kelaut sebab badan ni rasa terlalu letih. Pagi ni ada meeting lagi.. Huk..huk..huk... suka tak suka kena masuk meeting & menjadi pencatat minit. Tu hok lemoh tu..nak kena alert betul2. Hari Ahad ni bersantai sikit... jom layan aksi2 di perkampungan nelayan tersembunyi... hehe..ekceli, ni bukan perkampungan nelayan pon..tapi salah satu lokasi kerja. Tapi disebabkan view yang cun... xlepaskan peluang nak berposing. Ekceli ni pic tahun lepas...punyalah lama perammmmm.


L.O.V.E taK menjadi

Bersimpun ayu

hehe...masa ni muka pucat2 lagi..x seceria sekarang

Okai.... selamat bekerja semua!

** Menjawab pertanyaan Dieyna, berkaitan kempen iklan Nuff adakah perlu di promote. Bagi saya bergantung pada diri masing2..Saya rasa, kalo kita promote kat blog & FB..dan bila ada yang klik iklan tu.. insyallah $$$ lebih tinggi. Eyhh saya xtau kesahihan tu.. Tapi saya selalu masukkan link kempen yang diperolehi tu dalam blog..dan earning pun running laju je untuk setiap kempen.. Ni untuk BE aka PENDAPATAN TERUMPUK, bukan iklan CPC.. tp ok je..kalo promote iklan CPC pon kan?? Apa yang saya faham ttg konsep ni... Nuff ni sebuah agensi pengiklanan.. Jadi, pengeluar2 menggunakan perantaraan Nuff untuk promote produk masing2 melalui blog2. Dan blog2 terpilih , akan mendapat kempen iklan (BE)... jd apabbila kt mendapat kepercayaan untuk sesuatu produk tu..jadi kita mesti berusaha untuk promote kempen yang diperolehi. Salah satu cara, dengan memasukkan link kempen itu dalam blog & share di FB / Twitter.. Insyallah...

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, April 27, 2012

Love..Love..Love

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bertemu di hari Jumaat yang indah..Lewat sikit update arini..patutnya nak keluarkan entri lain, tp sebab x sempat nak draft semalam. Tertido awal gara-gara sakit gigi & kepala. Pagi tadi lak,,, bangun2 bersiap pergi pasar pagi. Beli sikit kuih-muih. Dan sekarang.... saya berada di ofis. OT sekejap, sebab ada tugasan yang perlu diselesaikan.. Huhu..terpaksa korban masa hujung mingu sekejap. Tapi xpe..boleh claim :-)..Asya pon ada sekali ni, nak ikut jugak. 

LOVE...LOVE..LOVE...
Aper tu????
ekceli ni comforter baru asya. Dah 1 - 2 bulan kot beli. Asalnya cari yang kartun Hello Kitty. Tapi tak jumpa. Cari punya cari jumpa yang ni jer.. Ok la..cun jugop.

Ni masa hari beli comforter ni.. Sampai rumah je..terus dia ngetest.
Comforter ni sangat lembut. Harga pon murah je.. Below $20.00


Dah lama x check akaun nuff... tadi check tenggok BE DUTCH LADY FRISO dah selamat menjadi ME dengan earningnya RM 49.30.. Huhuhu... saya target BE ni boleh la cecah ke RM 100 k... hua..hua... Macamana orang leh dapat BE tinggi2 yer?? Paling tinggi pon untuk satu kempen saya just dapat RM60 ++ ajer. Apa2 pon..ini semua rezeki. 

dan nampaknya ada BE baru plok...
VW POLO SEDAN LAUNCH (PHASE 2). Harap yang kempen kali ni dapat kekal lama2.
Apa2 pon terima buat Nuffnang atas BE baru ni.. Sudi2lah bagi yang lain plok En.Nuffnang

Bila tenggok akaun nuffnang, nampak gayanya boleh cashout untuk kali ke-8 . Tapi nak tunggu akhir bulan ni, sebab saya dapat petua ni dari seseorang dulu, kalo nak cashout tunggu akhir bulan. Apa2 pon, semua ni rezeki Allah Swt.

"Happy Weekend Buat Yang Di Pantai Timur "

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, April 26, 2012

Takdir Terindah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Takdir Terindah.... Mengimbau sedikit memori sewaktu kehadirannya. Lagi pun bila tengok ramai kawan2 dapat baby baru... lagi membuak-buak perasaan ni.. Mama rindu sangat kat asya masa baby! Kebetulan, pic2 ni saya tak pernah share lagi kat sini, sebab waktu kelahirannya saya masih belum bergelar blogger. Jadi, sayangnya kalo saya tak abadikan kenangan itu disini.

Takdir terindah..... walaupun sewaktu kehadirannya penuh kedukaan, kesakitan, kepedihan dan kesedihan... Namun...dialah takdir yang terindah.

Takdir terindah.... sesungguhnya takdir allah swt itu indah sekali. 
Dikurniakanmu dalam kehidupan ini. takdir ilahi yang membawanya ke dunia. Takdir yang menyatukan kami yang memberikan sejuta kekuatan dalam diri.

Takdir terindah... siapa sangka.....
 allah swt takdirkan dia untukku disaat aku tidak ditakdirkan untuk memilikinya.

Ramai yang berkata..asya dah besar... kenapa tak bagi adik??
Kenapa?? Jawapannya... saya TAK BOLEH MENGANDUNG SEBAB SAYA SAKIT ;-)
Kecuali...TAKDIR ALLAH SWT yang menentukannya.. Saya sentiasa menanti keajaiban itu sekali lagi.

Sesungguhnya inilah TAKDIR TERINDAH.
Setelah menangisi saat hampir kehilangan mu...
 Muncul keajaiban yang tidak dijangka...
Subhanallah... Betapa Agungnya Kuasa Ilahi!

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday : My Flower Girl

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bertemu di hari yang sungguh-sungguh "wordless". Jadi layankan ajer n3 hari ni yang agak "wordless".... My Flower Girl... menjadi intipan photo-G.. Tapi layan ajer aksi-aksi Flower Girl di lensa mama di hari My BFF Bertunang ;-)

1. Suka pic ni... nak mintak pic asya dgn photo-g ni

2. Senyuman yang berbunga macam bunga di tanga

3. Simpuh penuh ke-ayuan..

4. Versi edit... 

5. Versi original

6. Jeling aper tu?

7. Posing aje..mcm majlis dia yang punya

8. Senyuman y mencairkan hati mama+papa

9. I like this!!!!

10. Nak bunga ni..special buat mama

11. Terimalah senyuman ikhlas dari asya buat semua.
Asya sayang semua!!

~~ Masuk hari ke-3 berpuasa.. moga dipermudahkan segalanya.. Alhamdulillah, berkat berpuasa, hilang sakit gigi. Maybe sebab tak makan kot, jd xde sisa makanan dalam gigi yang sakit tu. Nampaknyer, berpusalah sampai tarikh pembedahan untuk hilangkan rasa sakit ni. ~~

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, April 24, 2012

Safi Rania Gold : Krim Pelembap Malam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bersua kembali. Kali ni saya nak share satu lagi produk Safi Rania yang saya gunakan, iaitu KRIM PELEMBAP MALAM SAFI RANIA GOLD.
Jom kita intai...

Harga Krim Pelembap Malam Safi Rania Gold ialah RM 26.90.
Murah je kan?? Dan harganya mampu milik.

Krim Pelembap Malam Safi Rania Gold dengan formulasi nano emas 24 karat bertindak lembut memperbaiki dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan menghidrat kulit wajah di waktu malam. Krim yang berasakan gel ini menyerap pantas ke dalam kulit untuk mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus, menjadikan kulit wajah kekal awet muda dan lebih anjal.

Nano emas24k adalah antioksidan semulajadi yang bertindak menghasilkan kolagen. Ia membantu menganjal tekstur kulit serta mengurangkan kedalaman kedutan dab tanda penuaan pramatang.

Protein Mutiara+Vitamin B3, mencerah dan menyamaratakan tona kulit dengan memperlahankan pemindahan melamin ke permukaan kulit.

Packing krim pelembap malam Safi Rania Gold.
Cantikakan packing dia ni

HASILNYA :
* Meningkatkan sintesis kolagen melebihi 200%
* Meningkatkan keanjalan kulit sehingga 41%
* Meningkatkan lembapan kulit sehingga 31%
* Kulit menjadi cerah dan berseri

Rupa bentuk krim pelambap malam Safi Rania Gold.
Teksturnya sangat lembut dan bila disapu pada muka , krim ni akan cepat meresap.
Selain tu, baunya sangat wangi!

Penggunaan :
Sapukan pada muka dan leher. Urut perlahan-lahan dalam gerakan menaik. Gunakan selepas Penyegar dan serum safi rania gold.

muka tanpa makeup.just sapukan sedikit Safi Rania Beauty Cream dan pakai bedak Maybelline Clear Smooth.Kat bibir lak, just pakai Lipstik Kolagen, sebab bibir saya sensitif, jenis xleh pakai lipstik. Sejak pakai pelembap bibir kolagen ni, bibir saya sentiasa lembap dan kesan hitam akibat luka intubate masa koma dulu kat bibir dah makin hilang.

Dan kini, dah nak masuk hampir 3 bulan saya menggunakan krim ni. Saya pakai setiap malam sebelum tidur selepas mencuci muka. Yang pasti, rasa krim ni sgt best..sejuk n segar je bila sapu ke kulit. Bila bangun pagi tu kulit terasa lembap dan lembut. Alhamdulillah, produk ni sangat2 serasi denga saya. So sekarang target saya nak beli Krim Kontur Mata Safi Rania Gold & Serum Safi Rania Gold plok. Nak cantik, tak perlu berbelanja lebih ;-) Tetapi perlu diingatkan.. kesesuaian sesuatu produk bergantung pada kulit masing-masing, maybe serasi dengan saya tapi tak semestinya serasi pada yang lain.

** Cara saya nak kecutkan jerawat pada kulit muka, saya gunakan Beauty Face Cream & tempek pada jerawat yang tumbuh tu. Dan tips daripada kawan saya, yang jadikannya sebagai masker di pakai di malam hari. ( boleh gunakan Safi tudung hijau tu atau safi rania gold).. Pemakaian seperti masker secara berterusan boleh memudarkan parut di muka. Insyallah...

** Buat kawan2 semua... masa BW saya di waktu kerja sgt2 terhad sebab banyak kerja menanti. Tapi dont worry sebab saya akan sentiasa BW cuma lewat, biasa lepas ofishour baru saya BW. Kalo sempat  pon, sambil2 buat kerja blh la BW beberapa blog..

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, April 23, 2012

My Bestfriend Engagement

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bertemu di Isnin.. Moga mood semua tak "monday blues" yer.. 2 hari tak berupdate blog sebab sibuk dengan macam2 hal. Berbalik pada tajuk, Sabtu baru-baru ni sempat luangkan masa ke majlis pertunangan bff saya, MILA. Kami mmg kamceng giler, masa kecik ke zaman remaja kami membesar bersama. Macam2 hal kami tempuhi bersama. Jom layan antara pic2 yang saya pilih secara random. Kalo nak letak semua hampir 200pcs gak ni. Mau fengsan.. Ni pon pic yang saya letak sini x edit cun2 lagi, just resize jer. Mybe saya akan letak full pic kat blog fotografi saya yang dah bertahun tak berupdate tu. Banyak tu nak kena edit biar cun2 sikit... dah la x pro..ok la, sebagai koleksi peribadi & indah di mata saya saje kan??

Pelamin pertunangan dengan tema "Hijau Pucuk Pisang + Putih "

Busana pilihan kaler grey. Memang cun!

termasuk busana & pelamin dengan hanya $400. Murahkan???

Seri orang bertunang yang sangat2 teserlah

Candid pic ni

Adik-beradik Mila, kesemuanya perempuan. Mila anak ke-2.
Semua cun-cun kan?

Saat cincin disarungkan oleh MIL to be.
Saya letak sekeping ni jer,, sbb pic lain2 pon lebih kurang je.

Ini sebenarnya aksi candid.
Inilah mila punya husband to be..Insyallah... bulan 11 ni berlangsunglah majlisnya.

Aksi mak romeo & princess-nyer

so sweet :-)

suka pic ni... tp alahai... sempat lagi tu tido dalam senyum.

Semoga bahagia menjadi milik kamu berdua selamanya & semoga urusan untuk melangkah ke hubungan yang halal itu dipermudahkan segalanya.. Insyallah.

Dan lagi aksi candid dari kami pula :-

konfius skejap... ape kes ni yer??

Sempat lagi bergosip  yer??

apa yang serius ni ye?? Mila..mancung hidung muuu!

Tetap nak interframe yer... Blurrnyer pic ni.. aduyaii... time orang ambik gambo kt mesti blurr la,, over terang la..gelap la.... redhooo j la.

Dan,.. pic ni, suka tgk view kat belakang tu. Ni odwy balik ke rumah dah, asya la peel ajak balik sgt. Mujur rumah selang beberapa buah je..

Mmmuuaahhhh... flying kiss dari asya buat semua!!
Nak tengok asya posing tak??? Ok... tunggu di hari lain yer.. Tak tau la bila mama nak upload pic asya ni?? Asya pon nak glemer gak :-)

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (139) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)