Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Seronoknyerrr... sebab hari ni dah hari Khamis.. Esok cooti! Merdeka! Nok rest puas-puas. Buat yang berkahwin.. mesti ada amalkan kaedah perancangan keluargakan.. Sama ada secara semulajadi atau bantuan ubatan dll. Seperti ramai yang tahu, saya mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan saya tidak digalakkan mengandung kerana ianya boleh memberi kesan yang buruk pada saya. Sejak saya kahwin... saya memang ambil pil perancang. Tapi masa tu, saya xtau bahawa pil perancang yang diambil tu membahayakan kesiahatan saya. Rupanya bagi mereka yang mempunyai masalah jantung xleh ambik sebarang jenis perancang yang behormon. Kesannya.... saya x reti nak citer.. Tapi atas apa yang berlaku pada saya, memang teruk keadaan saya dulu. Sampaikan asyik keluar masuk spital/icu.
Sampailah takdir Allah... saya mengandung. Tapi sepanjang mengandung dulu saya koma.. Jadi kalo orang tanyakan saya pengalaman mengandung... NOTHING !! Memang saya sedih..sebab saya xde pengalaman macam orang lain shopping barangan baby.. pakai baju mengandung.. dan bawa perut yang memboyot. Memang sepanjang usia kandungan saya terlantar koma di ICu. Dah nak bersalin baru sedar... tapi still terlantar. Sebab tu saya sedih sangat bila ingatkan saat tu.. Barangan untuk sambut asya pon xde.. Just ada 2 helai baju yang sempat tok ma asya sediakan masa hari kelahiran asya.
Ohhh.. terlari point plok. Sambung balik pasal kaedah perancangan keluarga ni. Selepas saya bersalinkan asya... memang awal-awal doktor dah cakap... Tak nak tengok saya mengandung lagi. Sebab mereka dah tak sanggup nak tengok keadaan saya waktu tu yang entah selamat atau tidak. Begitu gak keadaan asya kat dalam perut... kalo nak tahu.. di ikutkan asya "terpaksa" digugurkan demi menyelamatkan nyawa saya yang kritikal waktu usia kandungan 6 bulan. Tapi Maha Besar kuasa Allah.. Asya selamat.. asya dilindungi Allah Swt.. Dan dia sangat tabah untuk berjumpa mamanya. Semua tak jangka saya & asya selamat. Dan paling tak dijangkakan asya sempurna.. Sebenarnya, doktor suspek asya bengkok tulang belakang & besar kemungkinan terencat akal akibat kesal ubatan yang terlalu banyak yang saya terima sepanjangkoma. Waktu tu.. Fain ada 2 pilihan... sama ada untuk selamatkan nyawa saya atau asya.. Kalau saya yang terpaksa buat pilihan tu... ikhlas.. saya tak mampu untuk memilihnya. Dengan linangan air mata Fain & famili... pilihannya untuk selamatkan nyawa saya. Pilihan yang sukar! Tapi kuasa Allah tetap mengatasi segalanya.
Tapi kuasa Allah swt yang menentukan..walaupun saya ambik perancangan daripada pil bertukar pada suntikan. Tapi...pada tahun 2009 saya disahkan mengandung lagi. Masa tu..memang semua doktor dah mengelabah. Bila tahu saya mengandung..terus saya diperiksa pakar. Sama seperti dulu... saya jatuh sakit & masuk ICU. Tapi saya dah tak ingat time tu saya koma atau tidak. Tapi...aturan Allah itu, pasti ada hikmahnya... usia kandungan 2-3 bulan saya keguguran. Mungkin baby ni tak dapat bertahan seperti asya. Dan bermulalah episod itu, saya hanya ada 2 pilihan...sama ada ikat peranakan atau pakai IUCD. Sebabnya, saya memang x boleh ambik perancang hormon seperti pil, suntikan mahupun alat kat lengan tu. Pada asalnya, memang saya memilih untuk ikat peranakan.. Tapi last minute...saya tuko plan untuk pakai IUCD. Sebab masa tu usia saya masih terlalu muda.. Saya takut akan menyesal dikemudian hari. Sampailah hari untuk melakukan D&C, doktor terus masukkan alat IUCD dalam rahim saya dalam keadaan dibius penuh.
Tarikh pemasangan IUCD
Dan kini..tahun 2012 dah masuk 3 tahun IUCD ni berada dalam rahim. Alhamdulillah... sampai sekarang saya tak mengandung. Persoalannya.... alat ni dipakai limit berapa tahun yer?? Entah dimana silapnya... saya tak tahu bila tarikh untuk tukar yang baru. Kalo 3 tahun..bermakna..tahun ni dah nak kena tuko.. Ini yang merungsingkan saya... Sakit ke time nak cabut & pasang balik nanti?? Sebab masa pemasangan dulu..dalam keadaan x sedar.. jadi saya tak tahu rasanya macam mana.. Ataupun... adakah saya patut pertimbangkan cadangan doktor supaya mengikat peranakan??
Ramai yang bertanyakan saya... selesa ke pakai IUCD ni?? Betul..pada permulaannya..memang rasa tak selesa.. sebab rasa something je.. Tapi xde lah menyakitkan.. cuma rasa sesuatu. Tapi dalam seminggu gitu jer. Maybe sebab ada benda asing dalam "faraj" , tapi lepas tu...memang rasa biasa je.. Macam xde apa-apa pun. Apa yang saya tahu, waktu yang seelokknya kalo nak pakai IUCD ni dekat-dekat nak habis period. Sebab senang nak ukur kedalam faraj kita untuk masukkan alat IUCD tu.. Sebab paras kedalaman untuk masuk alat IUCD tu, ikut pada kedalaman ukuran yang diambil (berdasarkan kesan darah period pada alat mengukur tu). Macam kes saya dulu lain... dimasukkan lepas proses D&C.
Bersama satu-satunya zuriat... Andai ramai yang memahami hati ini... Saya tidak pernah menolok kehadiran zuriat. Malah.. pengalaman dulu sewaktu mengandungkan asya tidak pernah membuatkan saya serik sekali pon untuk mengandung lagi walaupun saat itu amat menyakitkan. Namun...inilah yang terbaik buat saya & buat anak-anak yang bakal saya kandungi. Andai saya mengandung..dan ianya memudaratkan bakal anak-anak saya.. Jadi lebih baik JANGAN. Cukuplah asya seorang sahaja yang mengalaminya dulu..yang merasai kesakitan yang amat sangat. Saya dah tak sanggup lagi untuk mengharunginya sekali lagi. Kesian sangat2 pada anak-anak saya yang melaluinya. Tapi saya percaya takdir Allah Swt... Jika ditakdirkan.... zuriat itu tetap akan hadir, sebagaimana asya ditakdirkan untuk hadir dalam kehidupan kami suamistri.
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya