Saturday, June 30, 2012

KHAS UNTUK TATAPAN PARA SUAMI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jumpa dalam FB
Dan..menarik untuk dikongsi..

*
*
*

JIKA seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahan lagi. Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan menyerahkan seluruh hati & hidupnya untukmu. Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi. Dia akan menjadi lemah!

Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh kasih sayang & pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu di sepanjang hidupmu walau di saat kau terpuruk terlalu dalam. 

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakan pengabdiannya. Mungkin, kerana perbuatanmu, kau merosak kehidupannya. Saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat & kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, June 29, 2012

Yang S.E.D.A.P

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Happy weekend semua di pantai timor! Saya mohon ampun maaf sebab semalam x sempat nak BW sebab ada problem sket petang kelmarin. Sempat BW kat beberapa blog je. Dan komen-komen lak saya publish bila saya dah BW. Insyallah... hari ni nak teruskan misi BW. Rasanya hari ni tak kemana...melepak je kat rumah kot. Tapi xtau r..petang-petang sikit rasa nam merayap. Sempena hujung minggu ni saya nak menjamu sikit.. apa yang SEDAP di Malaysia,

Spaghetti ni memang febret saya. Saya suka sebab dia letak banyak meatball. Rasanyer,,memang ummphhh.. Tapi sayang restoran Tokai Frozen ni  ni dah tutup. Kat restoran  gak yang jual aiskrim goreng segera. Masakan western... tapi resepinya dimelayukan..

Kuew Teow Kung Fu. Yang ni maybe berasal dari kelantan atau Thailand kot. Ala-ala kuew teow lakna. Cuma beza Kuew Teow KungFu ni dibalut telur. Itu yang best!

Ikan Pekasam.. Yang bisa mencairkan. Berasal dari Utara,Kedah. Ekceli ni 2nd time kot makan..memang saya suka. Ikan pekasam ni saya goreng garing-garing.Lepas tu perah asam limau atau cuka & taburkan bawang+cili. Memang terangkat makan dengan nasi panas-panas. Selain tu... ikan pekasam ni orang masak camner lagi ye?

My febret... Rojak Kateh. Saya tak tahu kat negeri lain ada ke tak rojak ni. Atau di negeri lain dipanggil nama lain. Rojak kateh ni rasanya made in Terengganu kot. Rojak kateh ni diambil daripada lendir-lendir dibahagian kaki lembu/kerbau. Saya memang like banyak-banyak.

Sekian dulu hidangan hari ini. Kalo boleh rasanya nak kumpul semua makanan di Malaysia ni dari pelusuk negeri. Sekarang saya memang teringin nak merasa Nasi Lalapan. Kalo tak silap dari Sarawak kot. Dan kebetulan ada satu cafe kat Kemaman ni yang hidangkan masakan daripada Sarawak.

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, June 28, 2012

A.S.Y.A Dan Kisahnya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari yang paling dinanti tiba jua... Esok cooti hujung minggu. Nak rehat sepuasnyer... Sebab lateni memang terasa keletihan yang amat. Kali ni meh layan citer rojak..ekceli xde idea.. jadi nak tepek je semua pic-pic asya & kisahnyer..

Peseng apa asya ni.. Ni dia bosan dengan mama..asyik suh "smile...smile..smile...".
Perasan tak kesan lebam kat pipi tu.. Hadiah suka lompat-lompat dari kerusi ke kerusi.Kan dah boleh tanda tu. .

Spend time together dengan asya lepas ofis hour kat depan rumah.. Berbasikal dengan asya. 
Mama naik pixie...asya naik beskal pink ni. Lain-lain pic..next week ye.

Penuh nikmat budak demam ni makan "Calcium"
Sebenarnya dia marah ni snap pic dia.. Dia kata " mama ni.... jangan la kacau asya makan"

Shower time!! 
Syok dia main bubble

Ingin memiliki bibik seseksi Angelina Jolie.

Ni yang paling sweet... kadang-kadang balik kerja mesti saya belikan sesuatu untuk dia.. Time saya balik ni dia baru bangun tido. Tapi mood dia baik.. Siap suh ambik pic dia lagi ni. Masa saya kecik dulu pon suka beli Tora & Ding Dang ni

Huhu... cheque ke-8 daripada Nuffnang... Dah tak ada rezeki.
Kerja asya la ni.. Tapi mujur mama dia cool je.. Mama dia peluk2 dia..walau rasa geram. Dah silap mamanya gak letak merata kan... Agak-agak leh tak claim balik dengan Nuffnang?

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, June 27, 2012

Natural Pack Mask

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas disaat entri ni ditaip. Ekceli, setiap hari saya post entri semuanya autopublish. Malam-malam dah siap draft. Balik kerja la..sambil spend time dengan asya saya akan baca komen-komen & bw. Kat ofis dah x boleh macam dulu.. Dah lama blogspot kena block.. kalo dot com oke lah.. Sebab tu waktu BW saya selalu lewat. Ok. arini nak share satu produk ni..dah lama beli, last year kot. Tapi arini baru nak review. Sepanjang beli baru guna 2 kali kot.. sebab tak tahan time nak tanggal mask ni.. 

Natural Pack Mask. Kalo x silap saya beli dulu harga dalam RM15++ kot. Dan ianya berasakan rumpai laut  kalo x silap.. saya  pon betul-betul dah lupa.

Ni dia mask dia yang kaler hitam legam & pekat

Dah sapu ke muka.. Memang rasa cam "mengisap"masker ni

Dah siap sapu seluruh muka. Tunggu masker ni betul-betul kering. Bila kering, memang terasa tenang & nak senyum pon susah.

Bila dah kering..tarik slow-slow. Tengok, betapa kuatnyer masker ni.Mau x menjerit time cabut. Rasa tercabut habis bulu roma ni

Dah cabut separuh..kulit memang rasa licin & bersih. Dan yang bagus memang tanggal & melekat bintik-bintik hitam+putih yang kat hidung ni.. Teru licin atas batang hidung.

Hasil mask yang dicabut. Leh wak topeng.. Asya sampai ternganga tengok mama+papa dia pakai ni. Agaknyer, kalo dia besar pon..mesti join gak ni.

~ Asya dah baik demam..cuma start batuk2 & lelah sikit~

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, June 26, 2012

MasterChef Kids

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam selasa semua.. seperti yang saya janjikan baru-baru ni, minggu ni banyak nak citer pasal kisah-kisah yang tertunggak. Kali ni kisah asya nak jadi Master Chef Kid.. Heheh.. silala jangan percaya.. mana ada budak sekecik asya pandai maak lagi. Main masak-masak pandaila... Ekceli, kisahnya dalam bulan 4 atau 5 gitulah, masa ke East Cost Mall, Kuantan kat ruang legar pihak sustagen ada buat games buat kanak-kanak. aya pon bawak asya join sekali. Mula-mula tu dia malu-malu kucing.

Asya & Papa
Gaya asya tu macam kusyuk membaca je.. Padahal tertarik tengok gambar kat buku tu

Presenting... chef asya.. 
pakar penyusuan kanak-kanak..


Mula-mula dia malu-malu kucing nak mulakan xtvt ni. Ekceli ada banyak step  yang menguji iq anak-anak. Memang menarik xtvt dia org 

Ni step ke berapa ntah.. tapi yang ni menguji asya untuk memilih makanan yang berkhasiat yang elok untuk dijadikan jus.

Step ni menguji asya untuk memilih makanan berkhasiat.

Tu dia... master chef kid menunjukkan bakat memasak. 

Part yang paling dia suka. Main games.

hehhe...asya berjaya tamatkan games tu.

Last.. ukur berat & tinggi.Hehe.. memang x berapa normal dengan usia dia. Sebab asya terlalu kecik & ringan. Sebenarnya memang saya risau sangat. Sebab susah sangat nak suh dia makan.. Banyak minum susu je.. Kali nasi tu, mujurlah makan 2-3 sudu. Ikan lak, x makan langsung..asyik ayam jer. Huhu.. ada cara terbaik gak nak menggalakkan anak makan?

Last... asya enjoy dengan game ni. Pengalaman baru buat dia.

Moga anak mama berjaya di dunia & akhirat. Owh..jawapan semalam.. asya daftar sekolah kat mana? Jeng..jeng...jeng... jawpannya "PRA SEKOLAH" tapi belum confirm asya terpilih.. Tunggu je la keputusannya. Kalo x dapat masuk situ, saya dah plan nak masukkan asya ke Tadika Raudhah Imtiaz, sebab kat sini mengajar guna kaedah fonetik. Cuma yurannya..mahal skit. Xpela..demi masa depan dia. Seain tu, kat situ complete ilmu dunia & akhirat. Apa-apa pon tunggu dan lihat.. yang mana rezeki buat asya. Saya pasti aturan Allah Swt adalah yang terbaik.

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, June 25, 2012

Madagaskar 3:Europe Most Wanted & KFC Flaming Crunchy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari isnin muncul.. semoga semuanya dalam mood yang ceria-ceria saja untuk mencari rezeki. Hari ni nak citer pasal kisah weekend baru-baru ni. Pagi Jumaat tu, jumpa dengan agen rumah, nak tengok rumah Plan B. Bila dah tengok.. huhu..sangat-sangat tak berkenan. Rasanya kalau beli..memang membazir je. Harap sangat2 rumah Plan A menjadi.  Harga hartanah sekarang melambung mahal. Rumah kecik..tapi harga ratusan ribu. Kalo kat Kemaman ni, tanah + rumah memang mahal-mahal giler. Mybe sebab kawan industri minyak, mempengaruhi semua ni. Kalo bab makanan lagilah.. jauh beza dengan negeri lain. Harga memang mahal..mengalahkan KL. Memang kena ikat perut la. Lepas tengok rumah tu, terus balik & rehat-rehat dulu.


Lepas solat Jumaat, bersiap-siap ke Mesra Mall.. sebab dah lama janji dengan asya nak bawak dia tengok citer I Like To Mo Mo Vit asya kate. Sampai sana, memang full la.. hujung minggu kan. Dan, ramai yang tengol Mael Lambong. Teringin gak nak tengok.. tapi kesian lak asya.. Tunggu tengok kat astro 1st je la.  Show start kul 4.50pm. Sebelum tu, pegi food court dulu isi perut. Lepas tu tengok orang main bowling & window-window shopping. Dekat kul 5.50pm baru ke panggung.. aduyai nak beli pop corn kena beratur panjang... terus masuk direct dalam panggung takut terlepas show. Boleh tahan ramai gak yang layan movie ni.

Beli 2 keping je tiket. Sebab asya duk atas riba. Ni adalah kali ke-2 asya masuk panggung. 1st time dulu masa layan filem SEEFOOD. Apa yang saya boleh komen...movie ni memang the best! I like! Best daripada yang sebelum ni. Suka animasi dia..kalerful. Dan yang pasti citer ni kelakar + happy + sedih. Complete. Jalan cerita memang best & tak membosankan. Asya pon suka. Sape yang belum tengok.. jangan lepaskan peluang. Memang tak rugi ! Tapi... balik kat rumah malam tu.. asya diserang demam panas + muntah. Ekceli asya sangat2 sensitif dalam aircond sejuk sebab dia ada masalah paru-paru. Sampai hari ni pon..dia masih demam.. Cuma dah tak muntah-muntah je. Huhu.. serba salah mama... nak happykan asya.. tapi akibatnya, asya jatuh sakit. Saya pon nak demam gak..tapi mujur x melarat sangat. 

Lepas habis tengok wayang..singgah kedai makan. Saya memang teringin sangat nak makan steamboat. So, order je la 1 set (untuk 2 org makan). Bayangkan set tu, saya kena habiskan sorang..sampai nak pecah perut. Fain x makan steamboat ni.. huhu.. asya cepatla besar.. jadi geng mama makan steamboat, durian, belacan, budu.. Fain org putih.. x makan semua tu. Sampai je rumah, kak long beli KFC... Sebab tak rasa lagi ayam kfc baru.. jadi makan gak walau perut full. Komen saya pasal ayam  KFC Flaming Crunchy , memang sedap+ranggup +pedas berdesit-desit. Kalo makan tu..krupp..krapp..krupp..krapppp... Tak payah cicah sos..sebab ayam dia pedas giler2. Meletup!

~~ hari ni bawak asya pergi school.. nak register.. agak-agak asya ke tadika ATAU pra-sekolah? Cepat teka!  ~~


Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, June 24, 2012

Curangkah Pasangan Anda?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bertemu kembali.. saya xde idea nak share arini. Tengok banyak entri-entri lama yang still tak di-publish. Dan yang ni pon salah satu entri yang dah lama tersimpan dalam draf. Curangkah pasangan anda?? Jadi kalau nak tahu, kita baca je artikel kat bawah ni. Curang ni boleh merujuk kepada si suami, si isteri, si kekasih , si tunang dan macam-macam lagi yang melibatkan hubungan percintaan. Jadi..kali ni saya just nak share apa yang saya temui ni.. Apa-apa pon, moga dijauhkan daripada kita untuk menjadi seorang yang CURANG pada pasangan kita.

Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya. Tiba-tiba masanya banyak dihabiskan untuk kawan-kawan & kerja. Pelik kan?

Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian. Selain itu, bagi menggelak daripada dikesan mereka akan "silent" kan nada dering & mesej masuk. Kan kantoi !

Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara. Tiba-tiba sanggup berhabis duit untuk bergaya. Contohnya, kerana nak bergaya keperluan wajib seperti bayar duit pinjaman, sewa rumah, ansuran kereta dll  terabai kerana berhabis duit untuk berfesyen atau untuk si kekasih hati.

Banyak Menghabiskan Masa Di Pejabat
Orang yang curang biasa berubah sikap apabila tiba-tiba keluar pejabat awal pagi dan pulang ke rumah lewat petang. Sedangkan sebelum ni, mereka tidak pernah seperti ini. Alasannya kerja..kerja..kerja.. Kenapa baru sekarang?

Lebih utamakan sahabat
Bagi yang berkahwin/berkasih..jika selama ini si dia sentiasa utamakan keluarga dan anda. Tapi tiba-tiba berubah untuk utamakan sahabat dia. Contoh, selamanya ini si dia tidak pernah berminat untuk sertai apa-apa majlis atau aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, aktiviti BBQ, tapi tiba-tiba sidia bersungguh untuk sertainya sedangkan si dia bukan jenis yang suka makan BBQ. Pelik kan? Atau contohnya, selama ni si dia tidak berminat untuk ke mana-mana kenduri kahwin, tetapi tiba-tiba beria-ia untuk pergi tanpa mengajak anda.

Berkira
Apabila si dia mula berkira dengan anda. Contohnya, apabila keluar bersama si dia berkira meminta duit minyak kereta dan duit untuk makanan. Tapi bila untuk "sahabat"nya si dia sanggup keluarkan duit. Sahabat ke?

Naluri anda
Percayalah kepada naluri anda. Hati anda akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu curang walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Jangan terlampau lurus dan bertanggapan kekasih anda TIDAK akan curang. Jika si dia sudah mempunyai salah satu tanda-tanda di atas, anda juga sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan anda.Maka, buatlah sesuatu.

~~ ekceli banyak lagi... tapi letih nak menaip, sebab xleh nak copy+paste la artikel tu.. Kalo nak baca klik ajer kat zon cinta. Hanya sekadar perkongsian sahaja~~


Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, June 22, 2012

KAWAN...Saya Kembali Bercerita !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa khabar kawan-kawan semua.. dah berhari-hari gak blog ni terbiar sunyi & tak berupdate. Terima kasih atas semua sokongan sahabat-sahabat blogger yang setia. Kalo dulu.. bila x update mesti risau sangat.. takut orang lupakan kita.. Tapi saya percaya.. sahabat yang baik & setia akan sentiasa bersama kita walaupun kt x mampu berikan yang terbaik. Terima kasih buat kawan-kawan sudi menceriakan hari-hari saya tanpa jemu walaupun dalam keadaan saya yang kurang sihat dan kurang BW. Jadi.. sepanjang saya tak sihat  & bw..tp kawan2 setia tetap singgah disini. TQVM Alhamdulillah..rasanya keadaan saya makin ok..cuma kena ambik mood sikit untuk mulakan. So, sebagai pembuka entri..layan je la entri campor rojok ni.

Kot-kot ada rindu saya.. leh la tatap puas-puas.. ngeh2.. Ekceli ni pic awal tahun dulu time wak survey kat kapal ni. Aduyai..rindu nak pakai oberall.

My sweet princess dengan coklat Whittaker's dari Langkawi.
Coklat ni memang marveles r.

My doter masuk MasterChef kid... Hihi.. pervaya ke?
Hehehe.. ni pon kisah 2-3 bulan lepas.. insyallah citernyer akan dipublish next week.

Juga kisah 2-3 bulan lepas.. Bawak si asya tgk animals kat Mini Zoo Teruntum
Citernya coming soon eyh.. insyallah

Ini lagi la..testimoni awal tahun dulu.. pakai mask natural pack. 
Gambar sume dah ada..cuma x publish2. Insyallah dalam minggu ni gak pasal produk ni.

Souvenir ni saya terima daripada Umi Alya.. 2-3 minggu lepas kot dapat.
tenkiu sangat2 umi alya.. I like :-)

Dan..terima kasih tidak terhingga daripada Ina Teratak Hati atas pemberian stoberi & pencil kiut daripada Cameron Highland ni. Sebagai tanda perkenalan. Serius.. saya sungguh terharu & amat hargainya.

owhh.. ini xde motif.. saje tempek sini. Nak kata tunjuk kasut baru..idak jugak, sebab ni kasut berjamang kirung doh. Tapi sesuai nak tunjukkan..kaki ni gedik-gedik nak gi jalan-jalan.. Hari ni kan weekend..harap boleh rehatkan otak & jiwa batin sket. Hehe.. Buat di pantai timor+kedah..Happy Weekend today! Buat yang lain-lain, kije rajin-rajin neyhhh !


Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, June 19, 2012

Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari semula "semangat yang hilang" .. Mungkin mengambil masa untuk dapatkan semula semangat itu. Buat masa ni... memang rasa down. Dengan badan yang betul-betul tak sihat... tapi tetap gagahkan diri untuk ke ofis. Dengan kepala sakit-sakit habis..xleh nak pegang kepala.. memang sakit! Saya betul-betul perlukan cuti...cuti dimana-mana untuk mendapatkan kembali semangat ni.. Tapi... xde peluang untuk bercuti. Perut pon dah rasa kempis sangat-sangat.. dah hampir 5 hari tak makan.. Kalo makan pon sikit sangat-sangat.. Kelmarin pon just makan sesuap nasi sebagai syarat berbuka puasa. Dan hari ni pon..still puasa... lebih baik sebab saya x makan gak. Kan saya dah kata... bila saya sakit..susah nak dapat nikmat makan.

 Ntah.. susahnyer nak merawat semangat ni. Tiap-tiap malam berjaga. Nak bblog pon..saya dah xde semangat lagi... Petang kelmarin pon..saya sempat bw ke beberapa blog ajer. Komen-komen entri kelmarin yang belum publish lagi tu, maknanya saya belum bw kat blog dia. Apa-apa pon..jutaan terima kasih kerana masih sudi kesini disaat saya betul-betul perlukan sahabat. Insyallah... hari Jumaat ni ada plan dengan FLIZZ star..mybe boleh hilangkan sikit tekanan.. Harap-harap perancangan ni menjadilah...

Apa pon.. hidup mesti tetap diteruskan... Saya tak suka merasai perasaan macam ni.. Serba tak kena... Tabahlah duhai hati.... MASA MERAWAT SEGALANYA.

perlukan kamu selamanya

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, June 18, 2012

Restoran Ayam Penyet ~ AP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masih mengumpul semangat untuk kembali dalam dunia blog ni.. Ye la..kebelakangan ni memang sgt2 x sihat. Kelmarin pon pegi kerja, xsampai 1/2 hari terus balik..sebab sakit kepala+demam+darah tinggi. Terus ke spital & dapat MC. Hari ni..apa2 pon kena bertahan gak..sebab banyak kerja y nak di settlekan. Entri ni pon saya draft awal-awal, just autopublish jer setiap pagi. Untuk pgetahuan semua..kat ofis saya xleh nak login blog..jadi sebab tu la.. saya BW selalu lewat petang kat rumah.


Restoran Ayam Penyet Ap... ekceli ni la 1st time saya merasa..selama ni memang nak rasa sangat2..cuma tak berpeluang. Ni pon kisah 2 bulan lepas kot.. tapi baru nak publish.. hehe.. memang bukan fresh yer. Restoran Ayam Penyet Ap yang saya pegi ni terletak di dalam shopping kompleks Kuantan Megamall .

Asya dengan aksi superwomen-nyer.

Pilihan kami ber-2.. saya air soya+cincau.. 
Fain air ape ntah.. dah x ingat,

Yang ni special buat asya untuk stopkan mulutnyer daripada ber-pot-pet

Dia..kalo dapat aiskrim..memang satu balang pon boleh habis.

So..ini menunya.. Nasi Ayam Penyet.
Ekceli ada banyak sangat pilihan..sampai saya pening nak pilih. Ikan keli pon ada. Ni masakan Indon kan? Bagi saya lah.. ayam dia memang la sedap.. tapi tak memenuhi citarasa saya.. sebab nasi ni makan dengan sambal gitu je kan.. atau saya jer yang tak pandai nak pilih menu. So, stnadrd makan kat sini..harganya kalo x silap cecah RM30 gak kot.

Last but not least..
aksi notti asya busyukkkkkkkk

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, June 17, 2012

S.K.A.N.D.A.L

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah lewat giler update.. sebab boring.. tadi dah ke ofis, tak sampai 1/2 hari balik sebab badan lemah giler. Demam panas..dan tempat jahit operation aritu bengkak.. Pasal tu la demam kot. Mood pon..ntahhhhh..kelaut. Buat balik kerja ofis kat rumah, tapi xde mood nak hadap. Tadi ke spital.. check2 skit.. rupanya darah naik melambung.. Doc suh g spital besar.. Tapi.. tapi.. BIARKAN AJER LA. Bosan dah main dengan spital ni.. Biar je la takdir menentukannya. Ajal maut ditangan tuhan. Kesian...muda-muda dah ada darah tinggi.

Topik hangat~~~> SKANDAL

Pernah tengok situasi ni didepan mata?? Saya ada melihatnya didepan mata.. Saya melihat si isteri menangis didepan mata saya... saya melihat kekecewaan si isteri tersebut.. Kerana SKANDAL sampaikan sanggup tinggal anak bini semata-mata untuk berseronok .. Ermm dunia, manusia yang mula lupa diri. Manusia sekelip mata berubah.. dan serius.. saya sendiri tak sangka si suami y selama ini dijulang boleh jadi sekejam itu, ada skandal sesama rakan ofis.  Manusia berubah sekelip mata.. saya cuma doakan buat sahabat.. semoga engkau terus tabah.. Dan mungkin kerana terlalu banyak kekecewaan... tiada maaf lagi buat si suami.Si isteri    sudah hilang kepercayaan pada sisuami.. Saya pasti..setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Sahabat... saya selalu ada untuk awak. Teruskan bersemangat demi anak tersayang. Saya menulis ni sekadar melepaskan geram atas apa yang menimpa sahabat saya. Dan dalam masa sama memberi saya pengajaran..supaya sentiasa berhati-hati dengan LELAKI.

APA KATA ANDA TENTANG 
S.K.A.N.D.A.L ??

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, June 15, 2012

KONTROVERSI : Lya & Kenangan Hidup

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat pagi semua... Huhu.. saya sangat-sangat rasa bersalah.. sebab lateni.. saya memang x BW & jarang update blog.. Tapi sungguh-sungguh terharu sebab semuanya kawan-kawan masih setia singgah sini. Bukan saya sesaja xnak bw & update..tapi kerana saya kurang sihat sikit.. Memang terlalu letih. Dengan rasa laparnya.. hampir seminggu gak tak makan nasi..semalam baru dapat makan banyak sebab mulut ni nak kunyah pon sakit kesan operation dengan mata macam blurr semacam..xleh nak hadap lama-lama.. Tu pasal saya ambil peluang ni rehatkan diri dulu biar betul-betul ok. Mohon maaf yer buat semua geng blogger & GSF.. Selama ni, kalo saya sihat..memang saya x pernah terlepas utk BW.sampai ke lubang cacing saya BW..

Hehe,, ingatkan arini xde entri lagi..oleh kerana timbulnyer kontroversi...kan dah jadi entri arini... Ok..pasal entri kelmarin KENANGAN HIDUPKU .. Sebenarnya tak de apa-apa yang berlaku.. semuanya ok! Cuma saya je kurang sihat. Xde gaduh-gaduh.. ayat-ayat tu semua bukanlah dari saya.. tapi itu hanya sekadar lirik lagu KENANGAN HIDUPKU yang saya share kat blog kelmarin. Ekceli..petang kelmarin dengar radio... ada dengar lagu ni.. try search kat u-tube.. terus share kat blog. Hanya sekadar layan-layan kepala je.. Xde kaitan apa-apa pon. Lagi pon..sebelum ni memang saya selalu share lagu + lirik kat blogkan.. cuma kebelakangan ni jer..kurang..biasa saya share time hujung-hujung minggu. Lagi pon..saya xde ideal nak update blog.. terus je la share lagu tu.. Kenalah lagu sedih & tangkap leleh.. aduyaiiii. BTw... saya sebenarnya terharu baca semua komen-komen kawan... sebab masing-masing ambik berat tentang saya..Saya amat-amat hargainya. TQVM...





ni gambor lame.. gambor baru nehi..nehi..muka bengkok cobong xde ambik gambo.. Tapi ni dah ok..bengkak dah surut..cuma sakit tulang geraham je la

Heheh..macam-macam kontroversi dah timbul.. Apa-apa pon, kawan-kawan semua...saya OK saje yer.. Jangan risau...hidup masih berjalan seperti biasa.. cuma lepas operation ni, saya kurang sihat je la.. Dan jap lagi saya nak gi makan angin kat Kuantan dengan FAIN & ASYA.. Ada sape mau jumpa???


Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)