Monday, July 30, 2012

Diari Ramadhan

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam 10 Ramadhan.. eyh... dah 10 hari ye kita berpuasa... Mesti dah ramai yang mula shopping baju raya kan? Saya belum start lagi..cuma yanga asya tu, macam thn2 sudah.. prepare awal2.. Jumpa yang berkenan terus beli & simpan raya.. Jadi yang dia dah ada beberapa helai.. Just nak cari sikit2 je lagi. Insyallah, hujung minggu ni nak overnite kat Kuantan. Lps tu terus shopping kat sana. Syokla org2 gov..ada imbuhan dari kerajaan.. Kita yang swasta ni harap belas ehsan majikan la.. Tapi mujur gak tempat saya kerja ni memang tiap2 tahun bagi bonus raya.. Jadi..ada lah gak rezeki untuk belanja raya.

Shopping batik sutera selai dengan Erra Fazira untuk buat raya. Last saya pakai baju sutera adalah berbelas tahun dulu kot.. sebab saya memang jenis x suka pakai kain sutera. Tapi yang ni..ntah camer leh sangkut?? Tp skarang corak2 dia dah cun.

Seperti biasa ... gift setiap tahun daripada majikan sempena Ramadhan ni. Dapat kurma & kain pelikat. Kain pelikat tu sah-sah jadi milik Fain.

Hihi.. uniform baru kat ofis.. Sesekali bergilir dengan baju ni. Kalo turun site tuko overall.. Tapi..saya tetap lebih suka berbaju kurung kalo ke pejabat. Mujur bukan hari-hari kena pakai baju ni..kalo tak..membazir la baju kurung kat dalam almari nun. Pakai baju ni membuatkan saya terasa seperti "nurse" la plok.

Nasi lemak simple... Salah satu hidangan berbuka ang sempat saya prepare. Ikan tu sebenarnya ikan asam, tapi Fain suka goreng gareng daripada makan g2.. memang sedap.. Resepi simpe leh KLIK SINI

Ni lak, Nasi Ayam Simple Plan... Kalo nak cuba resepinya boleh KLIK SINI

Kerang rebus berserai.. Rebus je..& letak serai..
Kudapan malam-malam sambil tengok drama.

Yang sebelah kiri tu " Asam Pedas Ayam".. Memang menu febret saya ni.. Resepinya boleh tengok SINI. Dan yang sebelah kanan tu kobis goreng+fishball.. Main campak-campak je tu.

Ni lak baju asya yang saya shopping kat Zalora.com.my. Cardigan tu memang cun sangat2.. Kain dia memang cantik. Dan blouse ni pon sgt2 kiut bila pakai dengan jean.. Tapi.. xdelah plok saya ambik pic asya mengayakan baju ni. Blouse dah beberapa kali pakai.. Cardigan tu baru je sekali pakai. Memang puas hati cuci mata kat zalora.. Semua ada.... cer terjah sini--> www.zalora.com.my/

Boboiboy untuk asya.. Boboi pon boboi la asya.. Ekceli saya ada gak beli cadar princess.. Tapi xde stok la.. yang ada Boboiboy je.. Layan je la..

Yang melayang $$$ bulan ni untuk makeup si putih n.... Habis untuk tinted kaler dark brown.. Kebetulan ada promosi time tu..dapatlan RM130 untuk full tinted.. Rasanya kat lain lagi murah kan? Boleh dapat bawah harga RM100.. Kalo kat kemaman ni.serba serbi mahal. Dan 2nd.. habis ke plet kereta.... RM180 kot.. huisshhh.. terkejut gua. ingatkan plet jereta dalam RM20-30 je.. ishhh..ishhh

Last but not least.. dah lama tak tepek pic si gebu ni.. 
Time orang nak berbuka sibuk sokmo nok join. 

" Sebagai salah seorang warga pelaut yang terlibat dalam industri maritime malaysia.. saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa letupan kapal MISC di Labuan. Dan, salah seorang mangsa tersebut adalah junior saya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat..Amin"

~ Nak jawab persoalan SiMataTajam... kenapa blog dia x senarai dalam list GSF?? Ekceli..list tu yang belum diupdate.. Ramai lagi rasanya GSF yang belum tersenarai kat situ.. Sebab nanti saya nak cari 1 masa nak makeup2 skit blog... Jangan kecik H.A.T.I ye buat semua ahli GSF y tak tersenarai.. Sebab saya kumpul list ni pon yang masa mula2 join group ni. Jadi y terbaru memang x update lagi. Banner yang Mama Arina bagi tu pon main letak je dulu kat atas tu.. ~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, July 27, 2012

Ice Age 4 : Continental Drift

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam 7 Ramadhan buat semua sahabat. Hari ni lambat bersiaran... biasalah, bila time hujung minggu ni banyak perkara yang nak di settlekan.. Seminggu sekali jadi housewife...gini la gamaknyer. Hari ni just nak share kisah Jumaat minggu lepas sebelum puasa sempat pergi tengok wayang citer Ice Age 4.

Jom kita ke Mesra Mall. Kat Mesra Mall ni ada TGV Cinema. Ni la wayang terdekat... selain tu kat Kuantan. Tapi Golden Screen Cinema.. Lebih suka masuk TGV Cinema sebab soundeffect dia x pecah & selesa je..Xde la selalu terkejut.

Just beli 2 tiket untuk saya & fain. Asya duk atas riba Fain. Senang nak peluk kalo dia sejuk. Lagi pon..bukannya dia nak duduk atas kerusi sorang-sorang dalam keadaan gelap gelita tu. Show start pukul 4.50pm. Sampai pon ngam-ngam time tu. Mulanya nak booking on9 je.

Dapat kupon free.. Yang boleh guna KFC & ZALORA. Saya dah beberapa kali shopping kat ZALORA ni. Memang puas hati.. Layanan terbaek daripada custumer service dia. Dan paling best penghantara percuma. Baru order harini.. esohk dah sampai. Nanti saya share apa yang saya shopping kat ZALORA ni. Ni dah dapat kupon.. boleh la gunakannya.. Sape nak intai2 apa yang ada kat sini.. pegi sini--> http://www.zalora.com.my/

Ni dah lepas show... Nak kejar solat Asar lak. Show dalam 1jam++ je.. Suke tgk aksi papa & asya ni.. Dia intai ape ni erk? Pic dalam wayang ada.. tapi dalam kamera 1 lagi.. huhu.. malas nak transfer daaa...

Tersenyum.... Apa yang saya boleh komen pasal Ice Age 4 ni... Sedikit membosankan.. Bagi saya yang sebelum ni lagi best. Rasa boring sikit... Dan..saya pon nampak asya cam boring. Tapi tetap ada part2 yang lucu . Madagaskar 3 memang lagi best & terbaek.. Sepanjang show hingga ke habis enjoy. Lepas  ni ada satu movie yang saya dah remark kat dalam kepala otak ni.. Jugak filem animasi..yela.. dah ada anak.. citer2 camni je la yang sesuai nak layan. 

Just For Sharing:
Sahkah PUASA jika MANDI WAJIB selepas waktu Imsak & Azan Subuh???

Jawapannya:
Hukum puasa itu SAH... sehingga sebelum matahari tergelincir. Jadi maknanya, kalo terlewat mandi wajib hingga ke waktu Zuhur, puasanya sah.. Cuma yang berdosanya sebab tinggal solat Subuh. Yela... saya pasti ramai yang nak tahu tentang perkara ni.. Lagi-lagi buat suamisteri kan yang mungkin terbabas..?? 


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, July 26, 2012

Ku Mahu... T.A.P.I... Ku Takut

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam 6 Ramadhan.. Semoga kawan-kawan semua terus bersemangat dalam menyempurnakan ibadah puasa. Anggaplah, ianya Ramadhan terakhir supaya kita dapat manfaatkannya sebaiknya. Ok la... baru je permulaan puasa.. dah sibuk-sibuk nak main bunga api. Hehe..apa kan daya.. anak daraku ini asyik desak papa dia suh beli bunga api.. Lagi x beli lagi tu la pot pet tak berhenti mulut tu. Lepas dah solat, layanlah si dara ni.. So, semalam tertunailah impian di hati.. Tapi... tapi apa ye???

Asya terus tersenyum bila nampak papa dia tunjuk bunga api ni. Apa yang lucu nya, sibuk dia panggil mama dia.. " Mama.. cepat la ikut asya maen bunga api.. Mama ambik la kamera.. ambik gambo adik maen bunga api"Mama berkata dalam hati " ^%&%&$^ ayoyoyoo ini budak... amat mengerti mama mu ni.!"

hahhh ambik.. muka kemain semangat nak maen bunga api. 
Tengok orang main..nak jugak dia ni

Kisah bermula... 
sebelum main tu bukan main semangat & eksited lagi

Bila dah pegang sendiri.. terus keras macam patung

Bila dia tengok api bunga api tu makin menaik.. dia dah mula takot-takot..
dah cakap.. " asya tak nak maen"

Perasan tak mulut asya tu..
tu dia jerit "takottt"

Sumpahhh... asya dah tak nak maen bunga api..
ngeh..ngeh.. kelako betul anak mama ni.. Masa belum main kemain semangat..
Bila dah sampai masa.. lemahhh semangat... Tapi ok la.. lg pon asya ada problem kesihatan gak, bila sedut asap tu..mulalah terbatuk-batuk. Lepas ni kita main pasang2 lilin je ye..

Eyh.. anak korang dah mula main bunga api belum???


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday : Smile Is A Sunnah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera










Salam 5 Ramadhan
Smile Is A Sunnah
;-)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, July 24, 2012

Resepi Ketam Goreng Bertelur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam 4 Ramadhan. Hari ni saya nak share salah satu resepi berasakan ketam iaitu Ketam Goreng Bertelur. Merupakan menu yang saya prepare semasa hari pertama berpuasa. Sebenarnya ni 1st time saya cuba menu ni. Nak cari kelainan dalam masakan ketam..cz biasa masak ketam sweetsour, ketam masak lemak & ketam lada hitam.. Dengan bantuan google, saya jumpa resepi ni. Apa yang saya coretkan hari ni just sebagai perkongsian resepi, yela, bulan puasa ni mesti kita nak kelainan dalam hidangan seharian. Saya pasti semua kawan-kawan saya kuat imannya.. & jadikan entri saya sebagai ilmu dalam masakan ye.. Jauh sekali entri ni dibuat untuk mengiurkan kawan2 yang berpuasa. Ok..think +ve ye.

Ketam Goreng Bertelur

Bahan-Bahan:
Ketam
Sos Tiram
Sos Cili
Cili Boh
Bawang Merah+Bawang Putih (Blend)
Halia
Sedikit Air Asam Jawa
Perasa
Air
Telur yang dipukul

Cara-Cara Memasak:

1. Tumis bawang merah+bawang putih+cili boh+halia hingga naik bau
2. Masukkan sedikit sos tiram+sos cili
3. Masukkan sedikit perasa
4. Masukkan sedikit air asam jawa
5. Masukkan ketam & gaulkan
6. Masukkan air & biarkan sehingga ketam masak
7. Last, siramkan telur yang dipukul  atas ketam & balik-balikkan. Kacau cepat-cepat untuk elakkan terlalu berketul,

~ Resepi yang simple & mudah sekali. Selamat Mencuba ~

~Xsempat bw kat semua blog smlm.. semalam hujan lebat+kilat+guruh.. tu kena stop..takot meletop lappy~


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, July 23, 2012

Eril's 3rd Birthday

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam 3 Ramadhan semua... Setelah bercuti selama 3 hari..hari ni baru masuk keje...tba2 terasa aura cam duk KL lak start keje arini.. ngeh..ngeh.. Syok org teranung...dapat cuti 3 ari. Hari Jumaat baru-baru ni sempat tengok wayang citer Ice Age 4.. Nanti saya buat review pasal filem tu.. Hari pertama berpuasa lak.. memang duk rumah, menyettlekan semua kerja rumah  sambil layan filem 8 Jam kat Astro 1st. Memang terbaekk la citer ni.. & petang tu sempat masak salah satu menu berbuka iaitu Ketam Goreng Bertelur. Nanti saya share resepi, ni pon 1st time buat , lepas solat Asar lak bersiap ke Bazar Ramadhan..malangnyer..x nampak pun kuih muihnyer..yang nampak lautan manusia.. .. Dan hari ke-2 lak.. sama je, settle kerja rumah sambil layan citer Jalan Kembali Bohsia 2 kat Astro 1st. Bagi saya citer ni biasa2 ajer.. Petang tu lak hujan+angin+kilat kuat. Sambil2 tu sempat gak prepare nasi ayam simple untuk  berbuka. 

Ok lah..berbalik pada tajuk, harini nak share antara moment2 semasa celebrate birthday sepupu asya seminggu sebelum puasa kat KFC. Sambutan ke-3 buat Zuhairi. Ekceli, eril ni anak kepada adik perempuan Fain.

Hehe... macam aksi birthday boy ni.
Kiut miut je kan

Peace daripada birthday boy

Ape la yang dibualkan eril & asya ni erk?

Time tiup lilin..sayangnyer x sempat snap mimik muka lucu time tiup lilin..
Memang kelakar sgt2. Sampai tersembur..

Asya pon nak ambik berkat. Hehe..sejak  duk dalam bilik ni..
asyik posing tutp mulut je semek ni. Pengaruh..

Our Family In Law

Meriah celebrate bersama  adik beradik

huhu..sian saye..pic saye sorang xde.. g2 la sokmo..
asyik kerja d belakang tabir aje..huk..huk

Ni jawapan..kenapa asya asyik tutup mulut...
Kes terpengaruh dengan gambar kakak negro kat wall KFC ni la..

Hehe..lagi tutup mulut..
ala malu-malu ayam kfc

Dah berjangkit dengan papa gak

Last but not least.. dapat Spiderman ni... 
Dengar citer spiderman baru ni kurang menyengat kan??

~ Selamat menjalani ibadah puasa & selamat berbuka puasa
Semoga segala amal ibadah kita diterimaNya.
Amin~


# Saya BW lewat sikit ye..sebab kat ofis ni blog di block.. wakakakkakaa. Dah lama dah pon..sebab tu la saya selalu mjadi yang terakhir singgah..sebab kat rumah baru boleh Bw.. Itupon lepas settle smua kerjaan #


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, July 22, 2012

Wordless Ramadhan: Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



~ Salam 2 Ramadhan ~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, July 21, 2012

Wordless Ramadhan: Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


~ Salam 1 Ramadhan ~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, July 20, 2012

K.I.S.A.H H.A.T.I

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam bertemu di hari Jumaat yang mulia. Tinggal hari ni sehari lagi..esok kita semua akan memulakan ibadah puasa. Pejam celip pejam celip... cepatnyer masa berjalan..sampai tak terkejar. Masa terus berlalu..tp kita masih terkial-kial. Semalam saya sunyi tanpa entri sebab nak bagi pluang untuk BW.. Alhamdulillah..rasanya dah hampir semua saya terjah..masih ada beberapa blog lagi.. Saya bw slow2.. Ingatkan saya tak nak update blog selagi xhabis BW, tp memandangkan JANJI HARUS DITEPATI... saya update gak entri arini sambil2 tu layan dulu kisah-kisah family saya.

Sebagai peringatan buat semua & diri saya sendiri.. Kalo lalu jalan Kuantan-Kemaman, pasti akan jumpa signboard ni atas bukit Masjid Geliga. Gunakan kesempatan yang ada untuk menunaikan tiang agama. Di bulan yang baik... sama-sama kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Insyallah, bulan Ramadhan tahun ni saya akan bawak asya ke masjid untuk tunaikan solat Tarawih. Sama macam saya kecik2 dulu... selalu ikut mama saya solat tarawih. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.

Hari tu makan sekali Megi Ketam... Tapi, still tak puas.. terasa nak makan lagi la.. Semalam cuba google resepi megi ketam... Jumpa.. Konon-konon nak cuba buat sendiri.. Ketam dah ade..tapi maggi lak xde.. Huhhh.. frust... dalam kul 11pm++ Fain ajak keluar g ofis dia jap..Pastu terus dibawanya ke sini... Hoho..surprise... makan megi ketam puku 12malam... Kamera memang x bawak sebab xtau nak ke sini. Lagipon dah lewat malam.Memang slurrrppp!

Saya print daripada email. Bagi saya elok gak kalo si suami baca... suapaya ianya lebih memahami si isteri. Tapi.. walaupon begitu..masih ada suami yang amat bertoleransi & memikul tugas uruskan rumahtangga bersama si isteri. Hehe.. mujur papa asya ni "sharing is caring".

Tahniah..tahniah sekali lagi anok-anok TERANUNG kiter! Juara SUKMA 2012. Apa yang best... kita orang di Terengganu dapat cuti peristiwa hari Ahad ni. Syoknyerrr... 3 hari cuti start Jumaat-Ahad. Ada gak plan-plan nak pegi jelajah ni. Papa asya ajak gi KL LUMPUR atau Kuala Terengganu. Kalo g KL leh shopping raya terus kan?? Ntah la.. ni cuma plan main2..kalo menjadi..lagi bagus.. Kalo x jadi pon xpe.. yang penting maanfaatkan masa bersama.

Kisah 1 malam... posing dah habis cun .. Tapi pakai baju terbalik. Kih..kih..kih.. Xpela asya... kata orang belajar daripada kesilapan. Kesilapan tu dapat memberi kita ilmu yang beharga..asalkan kt menyedari kesilapan & berusaha perbetulkannya. oihhh..berfalsafah plok doh!

Kerja yang paling mama letih.. Mama simpan..dia punggah..mama simpan..dia punggah.. adoii fengsan! Paling tak tahan bila syok sangat ber-catwalk..takpasal-pasal kuor suara rimau mengaumm.. terjerit kesakitan sebab pijak menan-menan yang kecik & tajam tu..Adoi... sakit kaki mama ni tau! 

Bermain sambil belajar... Sian dia..xde teman sepermainan..apa-apa pon layan je diri sendiri.. Sendiri jadi teacher..sendiri jadi murid.

Ni pon.. si cek mek molek punya kerja.. dia pegi main telur dari bekas. 
aduyaiii.. bila jatuh mulakan pecah

Kuih febret asya & saya.. Cer teka..cer teka... xpela..saya jawap!
KUIH DERAM... kat negeri lain panggil kuih ape ye?

Bengkung Sauna ..memang terbaek la... Saya beli dengan harga RM32.00. Lepas ni saya review tentang produk ni ye.. Memang terbaek la.. Dah boleh pakai seluar Jean yang lama x pakai sebab tak muat. Sape berminat..leh kabo ke saya.

Insyallah... hari ni nak ke TGV Cinema, Mesra Mall nak layan Ice Age 4. 
Mesti asya suka.. tapi kena prepare sarung tangan, sweater, topi & stoking la.. Sebelum tu kena bagi makan ubat demam siap2. Cegah lebih baik daripada mengubati. 

JANJI DITEPATI
Untuk Dya...heiii... Untuk Dya ..heiiii.. 
( sila nyanyi macam lagu Untuk Dia)
Celak Arab D Herbs Menjadi Milik Dya Bunga!
T.A.H.N.I.A.H

Aritu Intan Berlian ada gtau nak minta saya tolong beli Celak arab d herbs ni.. Boleh.. boleh.. harganya RM15. Dan alang-alang saya nak beli celak ni untuk Dya & Intan berlian.. kalo ada sesiapa nak kirim boleh gtau ye kat email  lya_afrina@yahoo.com

&

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)