Thursday, August 30, 2012

TRANSFORMASI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kononnyer minggu ni nak up citer raya, tapi gara-gara laptop sakit, jadi postpone ke minggu depan.. Jadi hari ni saya up-kan citer yang patut saya post sebelum raya.. Tapi kerana kekangan masa di minggu akhir bekerja, terus  tersimpan je kat draft. Kali ni nak share transformasi yang sempat dilakukan ke atas asya.. Bayangkan...sepanjang usia 3tahun++ asya bernafas, inilah kali pertama potong rambut dia.. Sebenarnya xde pon plan nak potong rambut. Semuanya on the spot, lepas berbuka & solat maghrib, turun ke bandar cari barang2 untuk persiapan raya. Dalam duk jalan-jalan cuci mata, terlalu depan salon rambut. Ntah camner, spontan asya kata nak potong rambut. Disokong lak oleh papa dia.. terus masuk salon & korbanlah rambut asya yang panjang & disimpan sejak kecik lagi.

Time gunting rambut dia duk diam jer.Jadi senang la proses2 memendekkan rambutnyer berjalan. Tenggok rambut asya yang gugur ke lantai..aduyai.. terasa gak..sayangnyer....

Apa yang penting.. bibir tu, muncung molek!
Seriusnyer muker dia.

Inilah imej baru asya. Nampak chubby sikit muka bila berambut pendek. Tapi, sebab dia kanak-kanak, jd xpandai nak jaga lagi rambut & aktif..jd berserabai je nampak. Mujur rambutnyer still boleh diikat.. Huhu.nyesal lak, sebab dia nampak lebih kemas bila rambut berikat.

Dan..salah satu faktor potong rambut gak sebab dia dah mula suka bertudung. Cuma start raya baru2 ni, just pakai sekejap..lepas tu buang sebab cuaca panas sangat. kesian kat dia..nampak rimas je.. Takpela..slow2.. Sekurangnya dia memang rela HATI & nak bertudung. Insyallah xde masalah. Cuma, sesekali berdrama gak dengan dia, bila pakai baju x sesuai cam dress/skirt/t-shirt tanpa lengan dia mgamuk nak bertudung. Yela.. budak kecik belum faham apa-apa. Kenalah pujuk perlahan-lahan. Nak terang panjang lebar, dia masih belum faham.

Esok 31 Ogos... merupakan hari MERDEKA buat MALAYSIA
Salam Hari Merdeka Buat Semua!

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, August 29, 2012

Dimana Hilangnya LYAFRINA ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dimana hilangnya LYAFRINA??? Dimana?? Dimana....??? Saya masih disini.. xhilang kemana-mana. Tapi..saya hampir sasau... gara-gara xleh on9 sebab laptop ade masalah kesihatan. Mau..menangis... bila on je.. terus dia "mapuh". Semalam dah selamat bawak laptop ni kat kedai.. ceyhhh... bukannyer problem besor sgt, just kabel dia xleh pakai.. cuma tuko baru. Melayang gak lak rm100++.. Balik tu, lps settle tgungjawab sbg mama & isteri... terus buka blog yang amat dirindui.. Mula2 bw dulu..mana2 y sempat.. Lepas tu update entri ni. dah pukul 2.30 pagi nih!!! Nak update citer raye, xde mood la lagi..sekali harung la next week..

Saya mula kerja 25/08/2012.... mood tu kelaut sgt... sebab lama sgt bercuti,kena refresh dulu. Bayangkan..betapa sasaunyer saya bila xleh nak update citer kat sini..mujur kekasih HATI memahami.. sebab dialah pembaca blog HATI  no.1. Nak update kat ofis... xleh sebab semuanya dah kena blocked.. Tapi xpela..sekarang dah lega..sebab semuanya back to normal.. Rasa cam xnak tdo je malam ni.. sebab nak lepas gian.. ngeh2... Tapi kena gak tdo.. sebab esok keje.. 

Gambar pemanas aidifitri 2012
Tahun ni..kami dengan tema Grey+Silver
Tetibe teringat saat "aku terima nikahnya"
hehehe
.
Ini drama pagi raya.. Xsoh kalo xdrama pagi2 buta ni.Mula2 ok lagi..senyum2..lepas tu, mula berdrama.. Masa ni sebab dia sibuk nak angpau raya.

Ha...ni baru senyum . Pagi tu, bertudung sekejap..Naik ke tengah hari..dah hilang ntah kemana.. Salah satu faktor..cuaca time ni, panas yang amat. Minum air batu je...


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung setia blog HATI & semua sahabat-sahamat maya & realiti yang mengenali diri ini. Mohon ampun & maaf andai ada coretan disini yang secara tidak sengaja telah melukakan HATI tanpa saya sedari.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, August 16, 2012

All I Know I’ll Always Have You

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah petang-petang buta baru nak update. 2-3 hari ni bz..x sempat nak bw.. Hari ni lak last keje.. Yippiii!! Lepas-lepas ni dah x bz dengan keje ofis... duk golek-golek kat rumah boleh la BW.

16 Ogos 2003
to
16 Ogos 2012
Sayangku, aku yakin
Kau sebahagianku
Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu

Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Tak mungkin
Aku jatuh
Cinta pada yang lain
Tak mungkin
Juga Aku khianati dirimu

Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah

Biarkan semua berlalu
All i know i always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Selama-lamanya
Selamanya

Selamat Ulangtahun Ke-9
Semoga Cinta Kita Terus Bersama Hingga Ke Akhirat
Terima Kasih Kerana Hadir Memberikan Warna-Warna Pelangi Yang Indah Selepas Disirami Hujan+Ribut

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, August 15, 2012

Segmen: Kenangan Ramadhanku…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Salam 26 Ramadhan. Hari ni saya nak share kenangan Ramadhan saya melalui segmen yang dianjurkan oleh kak Dayana.. Kalau ditanya tentang kenangan Ramadhan saya... memang saya x ada satu pon kenangan manis.. Tapi insyallah.. Ramadhan tahun ini akan menjadi permulaan kenangan yang manis dalam kehidupan saya.. Insyallah.. semoga tuhan perkenankan doa saya. Syukur, setelah hampir berbelas tahun saya tidak pernah menikmati bulan Ramadhan dengan sebaiknya & x mampu berpuasa penuh kerana faktor kesihatan. Mungkin kenangan masa kecil2 dulu ada yang manisnya, tapi sayangnyer..memori saya untuk perkara yang lepas banyak hilang. Yang tinggal hanya memori kesedihan ;(.

 Buat pertama kalinya dalam hidup, 2012 benar-benar merbah kehidupan saya.. segala usaha & doa mula dimakbulkan Allah swt. Dalam sejarah, tahun ni saya x de kena warded+masuk icu & bergantung penuh pada mesin bantuan hayat untuk hidup. Last masuk ICU November 2011 & bergantung penuh pada mesin bantuan hayat. Selepas keluar dari ICU tu, saya berusaha berubat cara alternatif & selepas menjalani pembedahan batin, memang keluar banyak darah dari mulut & bermula saat tu, keadaan saya makin pulih. Namun.. dengan nikmat yang saya perolehi hari ini bukan bermakna saya harus melupakan terus penyakit saya.. Kerana mengikut perubatan moden, saya perlu makan ubat seumur hidup utk teruskan kehidupan ini. Tapi x kisahla.. asalkan saya merasai kehidupan saya berkali ganda lebih baik daripada sebelumnya.. Aduyaiii,,,panjangnyer intro, dah termelalut lak..sori..sori...

KENANGAN RAMADHANKU

Ini adakah kenangan Ramadhan tahun 2010 kalo x silap. Saya mempunyai masalah kesihatan yang kronik, jadi bulan puasa adalah bulan yang amat mencabar buat saya. Apabila saya tinggal ubat yang saya makan, macam-mocam boleh jadi. Saya memang tak ingat apa yang jadi sebelum tu... cuma apa yang saya ingat, bila sedar saya dalam bilik ICU. Dalam mulut & hidung penuh wayar. Dalam hidung wayar makanan & dalam mulut wayar inkubator (mesin bantuan pernafasan hayat). Sebaik saje sedar, tangan saya terikat pada katil. Hanya air mata yang mampu mengalir... Menahan kesakitan setiap kali belon inkubator mengepam dalam dada ni. Sungguh menyakitkan... Kesakitan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Setiap tahun, bila tiba bulan Ramadhan, semestinya saya akan berumah di hospital. Dan, tahun 2012..saya mampu menikmatinya..menghabiskan masa bersama suami & anak tersayang serta keluarga yang terlalu banyak menyokong selama ni. Kalo tidak.. tahun-tahun sebelum ni, x berpeluang saya nak rasai pengalaman yang saya rasi tahun ni. Gambar diatas tu adalah gambar dalam wad, selepas keluar dari ICU, dah boleh buang alat bantuan hayat. Tapi still bergantung pada oksigen. Dan, oleh kerana terlalu kerap masuk hospital & icu..semua saluran urat saya dah hancur kesan jarum drip. Sekarang urat kat tangan & kaki memang dah xleh pakai, sebab dah hancur.. Kemudian beralih ke bahagian leher.. Tapi, sekarang pon dah xleh pakai. Jadi optionnya, adalah kat celah kankang & ari-ari..(Jangan terkejut..sebab ini realitinya).. Kalo drip bahagian peha jarun akan ditanam dalam & dijahit. Memang menyiksakan.. Tapi inilah kehidupan yang saya harus  tempuhi. Ramai kawan-kawan yang baru mengenali saya.... bila tengok keadaan saya masa sihat mereka tidak percaya disebaliknya saya mengidap penyakit yang serius.. Dan bila mereka melihat saya dalam keadaan sakit, mereka tidak percaya bila melihat keceriaan saya. 

Percayalah...walauapaun berlaku & menimpa kita.. Kita tetap harus kuat meneruskan kehidupan. Atas pengalaman ni, dengan nikmat yang Allah Swt pinjamkan pada saya pada tahun ni, saya menikmati sebaiknya bersama insan tersayang. Memang saya sihat mendadak tahun ni, tapi..disebalik hati kecil saya berkata... ini semua pinjaman..pasti ada ujian terbesar selepas ini. Semuanya aturan dari_Nya. Yang mampu..hanya memohon agar dikekalkan kesihatan ini hingga ke akhirnya. Tapi..satu perkara yang saya sentiasa ingat.. bila saya sihat... tapi saya harus bersedia dengan kemungkinan yang datang. Mungkin tuhan berikan peluang untuk saya nikmati hari ini sebelum dijemput oleh-Nya. 

Dah lama saya x share tentang masalah kesihatan saya kat sini.. Sebenarnya, saya saje sebab saya nak blog saya ni penuh dengan entri yang ceria2 untuk tatapan semua.. Cukuplah tahun-tahun sudah..penuh dengan cerita sakit & sedih.. Nak rasai kegembiraan lak selagi diberi nikmat olehNya. Kesimpulannya... kenangan Ramadhanku bagi tahun-tahun sudah banyak dihabiskan di hospital.. mengenangkan nasib diri, bersedih, dan penuh kesuraman.. Insyallah 2012 akan menjadi permulaan kenangan terindah kerana dapat sempurnakan Ramadhan dengan sebaiknya.. Dapat menikmati apa yang orang lain nikmati & dapat merasai satu kegembiraan yang saya sendiri dah lupa macamana rasanya gembira itu selepas saban tahun penuh dalam tekanan , kesakitan & kesedihan

Ramadhan ini juga menjadi yang terindah buat si jantung hati Afrina... Sebab tahun ni dia x perlu berpisah dengan mama dia.. Tiap-tiap hari dapat ciuman dari mama dia. Dia xperlu menangis bila tengok ambulan ambik mama dia. Dia x perlu menangis lagi bila tengok mama dia sakit & x sedar diri. Semoga kawan-kawan semua dapat  mendoakan saya agar terus dikurniakan kesihatan yang baik.. Sebab..terlalu besar harapan saya untuk melihat asya membesar dengan berjaya & ingin merasai sepenuhnya nikmat menjadi seorang "mama" untuknya setelah bertarung nyawa & hampir kehilangannya untuk membawanya ke dunia.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, August 14, 2012

Diari Iftar 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam 25 Ramadhan. Syukur... semalam saya dah selamat pon melepasi zon kritikal iaitu audit ISO.Fuhhh... memang lega . Tunggu bulan 10 ni untuk external audit..kalo yang ni paling takut... sebab orang ISO yang datang audit.. Berbalik pada tajuk, saya nak share beberapa kisah iftar kami. Saya masukkan dalam 1 entri je, sebab dah x sempat nak buat satu-satu.Tapi bukan semua cerita ada.. mana yang ada..itulah yang tercatat.. sebagai kenangan. Ada gak berbuka kat pejabat & geng2 ofis baru2 ni.. semuanya x ambik gambar. Jadi xde kenangan kat sini. Insyallah, hari Rabu ni berbuka dengan staff2 Fain lak. Cerita kat bawah ni x ikut urutan ye.. main redah upload pic je nih.

DIARI 1

Lokasi : 
Taman Bandar a.k.a Padang Astaka
Port ter-best... dalam suasana open air & santai. Dan kalo ber-dua , sure romantik ni. hehehe..
Memang terasa meriah sangat berbuka kat sini, sebab ramai yang lepak2 kat padang ni. Siap bawak bekalan dari rumah. Saya just beli kat bazar je... Lagipon bazar just bersebelahan dengan padan ni.

Masa ni tunggu waktu berbuka.. Masih cerah lagi langit. Hari tu berbuka dengan nasi lemak untuk Fain & saya just beli Nasi Kukus + air coconut shake. Ingat, sebelum habis Ramadhan ni, nak berbuka sekali lagi kat sini. Itupon, kalo sempat.

DIARI 2

Lokasi:
Restoran Chahaya Mesra (Bangkok Kitchen)
Kalo x silap yang ni masa minggu2 awal berpuasa. Perancangan yang tak dirancang. Masa kat ofis syok ber-sms dgn Fain.. Tetibe terkeluar idea nak berbuka kat luor. Lepas tu terus kol restoran ni, tempah menu & booking tempat. Sebab restoran ni selalu full. Ni masa kat dalam kereta tunggu papa asya kat ofis dia.

See... tengok la.. kat parking kereta memang penuh.. Ni baru sebahagian. Belum tengok yang belah depan sana. Kalo kat dalam retoran ni, semua meja penuh.. Jadi, yang saya just ber-3, ditempat di meja luar. Tengok tu... sepanjang koridor...penuh. Memang meriah!

Ni la meja y di-reserved kan untuk kami..
Jauh tercorot di belakang.. hua..hua

Menu pilihan kat restoran ni, Ikan 3 Rasa, Sotong Celup Tepung, Tom Yam Daging, Telur Dadar & air Cincau.. Salah satu faktor saya suka ke restoran ni sebab harganya murah. Total saya makan hari tu, Rm40++.. Kalo kat lain biasanya ikan ajer dah cecah Rm30++, belum masuk menu2 lain lagi. Selalu kalo saya makan hari2 biasa dengan Fain, untuk kami berdua just Rm10++. Sebab tu restoran ni menjadi pilihan ramai. Selain suasana selesa, tapi masakan dia pons sedap+ harga murah. Berbaloi-baloi.

DIARI 3

Lokasi :
Hotel Suria Cherating
Sempena bulan Ramadhan ni, Hotel suria cherating menawarkan pelbagai menu berbuka puasa yang menarik dengan harga yang berpatutan. Masih sempat lagi kalo sesiapa nak menikmati waktu berbuka disini. Memang berbaloi!

Antara bahagian-bahagian hotel yang sempat saya capture, Ni 1st time saya ke Hotel Suria Cherating. Bagi saya hotel ni memang best & cantik. Hotel ni bertaraf 3 bintang.. Teringin nak menginap kat sini lepas ni.

Asya sangat ayu berbaju kurung. Huhu..tetibe rindu lak rambut asya ni., dah xleh wak rambut Rapunzel lagi lepas ni. Dia panggil rambut Rapunzel, kalo diikat ke sisi gitu.

Asya & papa asya.. 
sementara menanti waktu berbuka

Asya & Aisyah... anak kepada bff saya . Group Flizz Star. Asya cam biasa r.. Kalo nampak pentas dia suka tonjolkan diri & buat persembahan.. Suka menyanyi.. Tersenyum je tengok gelagat dia ni/

Flizz Star.. Bestfriend Forever.... Pic ni Fain y snap..tapi silap setting..tu kureng cun..hua..hua..
Ekceli, kami berbuka kat sini atas invitation husband salah seorang Flizz Star yang bekerja kat sini. Kita orang memang kamceng giler2. Dari zaman belajar...sampai sekarang.

Haha.. kantoi disitu..
dengan gigi depan asya yang runtuh tu..

DIARI 4

Lokasi :
Restoran Padi, Kuantan

Restoran ni terletak di jalan ke Pantai Teluk Chempedak. Hari bershopping-shoppinga ritu, kami berbuka kat restoran ni la.. Konon2 nak lepak2 santai kat padang MPK tu, tapi petang tu hujan renyai2..
Menu pilihan.. ikan 3 rasa, tomyam& telur dadar. Harganya, saya xtau,.coz Fain y pegi bayar. Tapi rasanya harga kat sini standard r kot. Makanan kat sini pon memang sedap. Biasanya, setiap kali ke Kuantan, memang akan singgah restoran ni untuk makan. Xde la ambik gambar restoran ni dari luar.. Insyallah..lepas ni, saya ambik pic restoran ni untuk share dengan kawan2.. Mantau..kalo ke Kuantan tercari-vari restoran yang menarik kan?

Sekian sebahagian daripada diari untuk Ramadhan 2012. Bukan semua tempat saya snap gambar. Semuanya bergantung pada mood & keadaan..

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, August 13, 2012

Persiapan Aidilfitri 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam 24 Ramadhan buat semua pembaca. Pejam celik-pejam celik hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum kita meniggalkan Ramadhan. Rasa macam baru je berpuasa... rupanya kita dah sampai ke pengakhiran Ramadhan. Alhamdulillah.. Ramadhan kali ni memberikan kenangan terindah dalam hidup saya kerana dapat menikmatinya dengan sebaiknya, dari awal hingga sekarang. Kalo tahun2 sebelum, pasti saya x mampu berpuasa & berumah di hospital. Syukur... pada-Mu. Cakap tentang persiapan raya, semuanya ala kadar. Cuma lebihkan sikit untuk asya.

Weekend lepas spend time untuk belikan sikit kelengkapan raya kat Kuantan. Memandangkan bulan puasa, kami pilih untuk bertolak ke Kuantan pada malam Khamis selepas solat Isyak. Boleh je kalo nak g hari, sebab dekat je..dalam 45minit. Tapi sebab xnak terlewat bertolak pagi esok tu, better overnite kat sana.. Xdelah gopoh sangat. Sampai je Kuantan, mula-mula cari hotel.. memang nak cari hotel budget je sebab just untuk tido semata-mata. Jadi sayanglah nak duk kat hotel mahal2 hanya untuk beberapa jam. Loasi yang dicari di tengah bandar & dekat dengan shopping complex East Coast Mall.. Ada banyak hotel kat kawasan tu. Ingat nak menginap kat LA Hotel, tp full la. Agaknyer ramai org kemaman overnite kat Kuantan. Dan jumpalah hotel Luxury, betul2 mengadap East Cost Mall & dekat dengan stadium. Terus check in.. harga murah, just RM68++ untuk standard room. Apa yang penting selesa & bilik air dia bersih sangat. Lepas simpan barang kat dalam bilik, keluar balik & pergi kat tapak ekspo depan terminal bas Kuantan. Lepas puas pusing situ, cari kedai makan...sekali dengan sahur. Balik hotel dah kul 12malam++. Sampai hotel, bersih badan terus tdo.. 

Keesokkan harinya, lokasi pertama yang kita orang pergi semestinya East Coast Mall.. Berejam gak kat situ.. Just beberapa keping pc je yang ade.. X larat kalo setiap masa nak ambik gambo ni. Just kebetulan terambik.

Butik Jefferson ... pilihan Fain. 
Baju kat sini memang cun2 & sesuai dengan saiz fain yang kecik molek tu.

Papa asya sibuk memilih baju.. Mujur semua baju dia beli kat sini. Jadi xde la keluor masuk kedai nak mencari.

Sambil tunggu papa masuk fitting room, duk melepak kat kerusi dalam kedai sambil2 makan roti sosej. Ekceli ni pic asya kat dalam cermin.. Cun la plok.. He he he..sape lagi nok puji kalo bukan mama dia ork..

Lepas settle shopping untuk papa asya, turn asya lak... misi utama nak cari kasut untuk dia.. Habis semua kedai tawaf... xde pon yang berkenan.. Bila ada yang berkenan besar plok. Sambil2 tu silau2 kat Carlo Rino.. nak beli..angkat letak..angkat letak..last2 letak x angkat-angkat. Selepas berejam gak kat East Cost Mall ni, kami ke Kuantan Megamall lak..  Pusing-pusing-pusing...dan pusing...last2 jumpa gak sandle asya kat parkson. Tahun ni beli sandle je la..lebih senang dia nak bergerak. Selalu beli kasut y bertutup aje.

uittttt.. buat ape kebende tu?? Pic ni papa asya yang ambik kat McD Megamall Kuantan. Time ni saya kat dalam kedai Carlo Rino duk silau-silau h/bag yang harga pon bersilau-silau.. Last2 x beli pon.. aduyaiii..selalu macam ni.

Lepas dah puas tawaf.. cari kedai nak berbuka lak.. pergi booking dulu. Pilihannya mestilah Restoran Padi dekat jalan Pantai Teluk Cempedak. Suka ke sini sebab kat sini ada kolam ikan besar.. jadi budak2 x bosan leh tengok macam-macam jenis ikan yang besor bapok kat dalam kolam dia.. Pilih lak kat meja makan. Lepas solat Maghrib, terus berangkat ke kemaman. Balik Kemaman singgah kedai Al-Ikhsan.. nak beli kasut Fain lak.. Dan dalam masa yang sama , sangkut gak kasut sport untuk asya. Ermmm.. syok la.. untuk dia.. kemana-mana je..selalu ada bahagian dia.. Untuk saya??? memang xde..just beli tudung je. Sebab kalo baju kasual memang saya x beli pon untuk raya. Yang tu hari2 biasa pon leh beli. Niatnyer nak cari h./bag + kasut, tapi x tercapai sebab Asya hari tu asya keluar macam2 peel.. eee...sabo je la mamapapa ni. Xpela..sy xdelah kisah sangat pon.. Beberapa hari lepas sempat la beli kasut  untuk saya kat butik Vern. Nak turun Kuantan memang dah xde masa,

Ni baju kasual papa asya. 
2 helai kemeja & 2 helai t-shirt, semuanya beli kat Butik Jefferson.

Yang ni bahagian asya punya.. Selalu ajer meriah untuk dia.. Tapi dress polkadot tu, sebenarnya saya belikan untuk raya tahun lepas, sebab besar terus simpan.. dan elok tahun ni dah ok.. Boleh la buat pakai raya. Paling mencabar beli seluar la. Habis semua kedai tawaf.. Susah nak cari jeans cutting skinny.. Tapi, last2 jumpa gak. Baju-baju asya saya beli kat butik pakaian kanak-kanak , Brand Outlet & on9 shop. Tapi sekarang saya  ingat nak cari selai lagi t-shir lengan panjang. Kalo sempat...

Kasut raya kami.. Fain beli kasut Nike kat Al-Ikhsan.. Untuk asya lak beli sandle Kiki Lala & kasut sport Nike kat Al-Ikhsan. Saya just beli kat Vern. Kalo ikutkan, saya xnak beli pon kasut.. ingatkan nak pakai yang tahun lepas je , sebab yang tu pon elok.. saya pakai time raya tu je..pastu x pakai-pakai.. kesnyer sebab beli high heel..tu yang terperap. Ye la. nak pakai ke pejabat cam x bape sesuai lak, sebab lokasi pejabat saya ni. Nak pakai jalan-jalan xbest la..nanti nampak cam Fain jalan dengan KLCC. Yela.saya tinggi dari fain.. bila pakai high heel..lg terserlah .. Tapi yang tahun ni pon.. terbeli high heel lagi.. aduyaiii... Fain la y suh ambik gak yang ni. Xpela..org kata isteri tinggi murah rezeki.. insyallah..mudahan begitula.

Tudung-tudung saya.. semuanya beli yang biasa2 je.. Beli tudung bawal dwi tone +shawl+inner. Butang baju melayu tu untuk Fain. Saya ingat nak cari kerongsang je la bahagian saya.

Sekarang asya dah mula minat bertudung.. Tudung pink tu tudung pertama dia.. Dan semalam sempat beli 2 lai lagi koleksi tudung untuk asya.. Alhamdulillah..moga kekal hingga ke akhirat.. cuma sesekali, kalo dia pakai skirt+dress xleh bg la pakai tudung. Tak sesuai lak. Lepas ni dah x nak beli dress+skirt.

Ni yang antara yang penting. Semua stok dah nak habis.. singgah guardian terus beli apa-apa yang patut. Kali ni saya beli Silkygirl BB Powder. Sebab nak kimat kos.. hehe.. tapi bedak ni pon ok per... saya pon biasa pakai yang ni. Cuma latest try Silkygirl CC.. itu lagi best. Tergatal nak cuba foundation Silkygirl BB Cream.. eyhh..ok x ?? Padahal biasa pakai face cream safi rania gold je. Seterusnya, maskara..juga dari Silkygirl. Saya suka barangan Silkygirl sebab harga dia murah & mampu milik serta barangannya pon berkualiti. Selain tu, beli Toner Safi Perfect 10. Dan xlupa untuk papa asya, gel rambut Loreal dia. Satu benda lagi... celak arab d'herb...masih menunggu ketibaan stok.. hua..hua..kalo lambat sampai..beli yang silkygirl je la. Kesemua ni nampak sikit je kan..tapi bila bayar..totalnya RM70.. aduyai... mahal betol barang2 leni.. Kalo dulu RM50 leh nampak banyak barang.

Last... manik-manik simple untuk baju asya.. hehe.. Inilah tema baju raya tahun ni. Tapi saya punya xde manik2 biru ni, just letak renda je... Untuk saya tahun ni tempah 4 pasang baju kurung. Tujuannya mestilah untuk digunakan ke pejabat nanti . Ingat nak beli baju readymade sehelai.. tap rasa cam dah x sempat dah.. 

Lain-lain persiapan... kuih raya.. just beli. Duit raya pon dah ditukar... Dan, tahun ni asya berimej baru...dengan rambut pendeknyer. Rasanya, semuanya dah hampir 100% settle kot. Sekian dulu cerita persiapan raya bagi tahun 2012.. Semuanya sederhana saje..

Note : Khas untuk GSF... jangan lupa tinggalkan kata laluan ;-)


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, August 12, 2012

Suatu Ketika Dulu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bertemu di hari Sunday Sunyi Sepi.. Selamat bekerja buat blogger pantai timur & Kedah! Tetiba terajin nak update....Sekadar mengimbau memori suatu ketika dulu


Sila jangan gelak baca ni semua.. kenangan 9 -8 tahun lepas..walaupon agak kuno.. tapi saya tetap suka cara ni dia luahkan sayang & ambil berat. Biasalah..ni semua dialek Teranung kiter. Owhh..rindu sungguh saat2 ni. 16hb Ogos 2012... cukup la 9 tahun kami bersama.. Alhamdulillah.. bertemu-berpisah-putus-bertemu-berpisah-bersatu.... dan terus bersama selamanya & semoga kekal hingga ke akhirat. Walaupon dalam hubungan kami berdua sentiasa diuji & teruji sejak dulu... tapi itulah yang mengeratkan hubungan kami. Kerana kasih sayang yang utuh... kami bersama hingga ke hari ni.. 


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, August 10, 2012

Masa Begitu Mencemburui-ku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setelah seminggu++ x hadap blog.. x update.. x bw.. adakah masih ada yang ingatkan saya? Aduyai... minggu ni sungguh sibuk. Rasanya x pernah lagi x update sampai selama ni.. kecuali time-time sakit . Sebenarnya saya ada je..cuma kesibukan kerja yang membuatkan saya xde masa nak hadap blog..Kerja ofis pon bawa balik kat rumah. Last week lak, turun kuantan , shopping2 raya.. Lepas tu sambung cuti Nuzul A-Quran, still duk rumah..xkemana.. Tapi menjaga asya yang x sihat. Lepas balik kuantan tu, terus kena demam panas. Ingatkan hari Ahad & Isnin baru2 ni leh la ambik masa nak bw.. Tapi x dapat gak, sebab kebetulan time tu hujan lebat+kilat+guruh.. sampai blackout.. Stremyx pon ape lagi.. buat hal la. Ape citer selama seminggu menghilang ni?? meh baca skit2 summary...

Tudung Bawal Rose.. satu lagi evolusi baru dalam bawal.. Saya memang peminat bawal sejak dulu, walaupon macam2 tudung cam Ariani, Fareeda dll.. tapi bawal tetap di hati.. Tudung raya lak, saya dah beli beberapa helai untuk match dengan baju raya. 

1 minggu++ lepas berbuka kat Hotel Suria Cherating. Asya cam biasa r, kalo nampak pentas mesti offer diri nak wak persembahan.. Memang dia selalu macam ni.. Cerita selanjutnya di entri akan datang.

Ni pon cerita seminggu lepas.. berbuka kat Restoran Chahaya Mesra (Bangkok Kitchen)... Fuh.... memang meriah..full se-restoran ni. Harga makanan kat sini pon murah sangat. Kisahnyer..akan menyusul nanti..

Kisah Jumaat lepas, turun Kuantan shopping-shopping raya.. Ni kat butik febret Fain.. Kalo baju dia..memang kat Jefferson ni la.. Harga berpatutan & ada saiz dia..  Selain tu, shopping untuk asya la yang banyaknyer.. Untuk saya...x sempat pon.. hua..hua.. sedih ;-(

Ninja Turtle... Pandai r papa asya wak lawak.. Tengok kat telinga tu ada cotton buds. Mata coklat yang membuatkan hati ku cair.. alahai asya..nape x ambik mata coklat cam papa ye?

Malam ahad baru2 ni... terasa nak minum root beer float.. Terus ke A&W.. order root beer float semata-mata. Masa ni asya still demam.. Jadi, mood dia agak x ok.. xleh nak lama-lama.

Balik dari Kuantan terus demam. Demam panas... ni la salah satu sebab saya x sempat nak on9.. Malam-malam demam sampai ketar badan. Sampaikan saya ambil EL hari Ahad tu untuk jaga asya. Tapi mujurla, hari isnin cuti Nuzul Al-Quran. Sekarang, alhamdulillah... dia dah beransur pulih.

Hari nuzul al-quran... bumi kemaman disirami hujan lebat + kilat +petir..
 Sampai blackout. Ni salah satu punca gak x dapat nak on9.

Hari tu dah dapat kain pelikat & kurma.. Kali ni dapat Tupperware+kek Black Forest daripada bos.. Wahhhh... tqvm bos.. peminat barangan Tupperware suka sangat la ni..

2 hari lepas berbuka dalam keadaan santai & open air di Taman Bandar a.k.a Padang Astaka. Meriah gak... ramai yang berbuka kat sini...siap bawak lauk pauk dari rumah. Saya just beli kat bazar je ..

Duit raya yang dah selamat ditukar.... Sape nok seng raya meh la ke rumah saya nanti ye.. Eyhhh...cuti raya korang sume camner ye?? Saya start cuti 15hb-25hb... Aduyaiii... bapok lama bos bagi cuti.. Lagi la suka.

Transformasi... setelah 4 tahun berambut panjang & x pernah potong... Akhirnya potong gak rambut dia..Memang rasa sayang gak..tp xpelah..lepas ni panjang balik kan... Bukan plan pon nak potong2 ni.. Semuanya on the spot.. Time jalan-jalan kat bandar..tiba2 cakap pasal potong rambut ni.. & empunya diri yang request.. Papa 'ON'..so..terus jadi.

Anjakan paradigma... dia dah mula bertudung..so sweet,,Lepas ni kena beli banyak koleksi tudung untuk dia.. Memang dia yang nak sendiri.. Dan..inilah salah satu faktor potong rambut tu.. Tapi kalo time pakai skirt & dress... x sesuaila bertudung. Tapi, insyallah..rasanya kekal.. sebab baru2 ni.. keluar berjam-jam pon..memag dia x cabut..ok je pakai..sampai rumah baru cabut. Dan setiap kali keluar rumah, memang dia nak pakai tudung. Cuma sesekal, kalo dia pakai y singkat2 saya x bagi la pakai tudung.

Sekian..serba sikit kisah kami sepanjang bersembunyi ni. Bukan x rindu..malah membuak-buak rindu pada blog..Cuma masa begitu mencemburuiku... cewahhh... sebenarnya..saya yang cemburui masa,,,

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (139) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)