Monday, December 31, 2012

Persiapan Persekolahan Asya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

31.12.2012... kita dah berada di penghujung tahun 2012. Cepat betul masa berjalan. Bermula tahun baru, jadual hidup saya akan mula berubah. Rekod terbaik setelah berbelas tahun, buat kali pertamanya di tahun 2012 ni,, saya betul-betul dapat menikmati kehidupan saya semula.. Kalo sebelum ni, hidup saya banyak dihabiskan di hospital. Saya hanpir lupa macamana nak menikmati makanan.. Kalo tengok pic saya dari tahun dulu ke tahun 2012..memang ketara perubahan saya... Dari segi tubuh yang makin berisi.. Muka yang lebih berseri. Bila orang tanya, saya pakai apa.. Padahal..saya pakai produk yang tetap sama dengan dulu, Safi Rania.. Jawapan sebenar akan perubahan wajah saya ialah, sebab saya sihat. Percayalah, dulu saya pucat.. sebab selalu sakit. walau pakai apapun tetap takkan berseri. So, kunci untuk keserian wajah ialah..pastikan tubuh badan kita sihat & ceria.. Insyallah.. Untuk tahun-tahun seterusnya, saya mendoakan semoga tuhan terus mengekalkan kesihatan buat saya.. Namun tak diakui, saya tetap selalu sakit-sakit..cuma saya masih mampu bertahan & tidak sampai warded..tapi tetap kena berhati-hati & tidak lalai dengan kesihatan diri.

Esok, 1.1.2012, adalah hari pertama buat asya yang akan memulakan sesi persekolahannya di Tadika Al-Jannah Cyber Montessori. Saya tak tahu nak kata apa.. antara sayu & gembira.. Terasa bagaikan mimpi, rupanya anak mama yang satu ni dah besar.. Itu hakikat yang mama harus terima. Tapi.. buat selamayna, asya tetap baby mama..sampai bila-bila. Mama berdebar menunggu hari esok.. sebab tak tahu lagi macamana reaksi asya. Sebab inilah kali pertama asya berpisah dari keluarga. Selama ni, walaupon saya bekerja, tapi asya dijaga oleh tok ma dia. Mama harap, asya baik-baik saje.. Bercakap tentang persiapan sekolah untuk asya, memag saya rasa agak blur.. Sebab tak tahu nak beli apa. Tapi menurut cikgu asya, beg sekolah dah disediakan.. Tapi oleh kerana asya nak sangat beg sekolah tayar, so belikan jugak. Beg sekolah ni boeh la letak baju bekalan+kain sembahyang asya. Asya akan memulakan sesi persekolah bermula dari pukul 8.00 pagi- 12.00 t/hari. Pada pukul 1.00 petang-2.00 petang adalah waktu rehat/tidur. Selepas tu, dia akan mandi dan bersiap untuk kelas agama, mengaji+kafa bermula pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Kalau ikutkan, ada lagi kelas komunikasi sehingga pukul 5.00 petang, tapi untuk permulaan saya ambik sehingga pukul 3.00 petang dulu. Biasa asya biasakan diri dulu dengan sekitar sekolah. Saya tak nak asya stress ..

Beg tayar Barbie idaman asya... + pencil case . Kasut lak, teacher asya suruh beli kaler hitam sebab banyak xtvt luar, takut kotor. Susah sangat nak cari kasut hitam untuk asya.. Sebab saiz asya yang kecil molek.. Jumpa-jumpa lak, yang terlalu mahal, harganya cecah rm100++.. huhu.. terasa sangat mebazir, sebab kasut ni nak kena lasak-lasak.. Last-last jalan kar ekspo, jumpa gak kasut hitam, just RM15 aje. Tapi, tetap xde saiz asya... Tapi ambik gak yang saiz besar sikit je dengan kaki asya.. 

Rasanya, pensil tak perlu beli kot. Sebab alat tulis pihak tadika dah sediakan kot. Tapi yela.. asya bersemangat sungguh.. so, beli je la untuk dia.. sebagai pembakar semangat .

Pencil case Minnie Mouse. 
Saya beli yang jenis beg sebab lebih tahan lama berbaqnding yang "box".

Ini yang paling lawak sekali... Padahal, kat tadika dah sediakan makanan+minuman.. Tapi dia nak gak set ni untuk bawak bekal.. Pegang tak nak lepas-lepas... Bersemangat sungguh anak mama.. Macam nak masuk darjah 1 je..

Saya belikan towel baru 2 helai & towel kecil. Towel baru ni nak bekalkan pada asya untuk dia mandi tengah hari sebelum bermula kelas agama. Towel kecik tu, in case dia nak lap-lap peluh atau kotoran. 

Yang ni saya tak tahu pihak tadika ada sediakan atau tidak. Tapi, xpela.. saya tetap sediakan sabun mandi + bedak Carrie Junior.. Memang wangi! Baby Oil untuk rambut asya & berus gigi + ubat gigi. Asya dah lama gunakan ubat gigi berangin.. Sebab terasa lebih segar.

Dan...yang paling penting botol susu.. hehe.. macam kelakar je kan?? Umur dah 5 tahun. Tapi nak wak camner, asya memang banyak minum susu daripada makan. Susu ni bagi minum time dia rehat pukul 1.00 petang sebelum kelas agama. Hokkk olohhh mama pun, padahal..mama asya lagi kelassss... sampai umur 9 tahun isap botol susu..

Asya Eksited Nak Ke School
*
*
*
Pic ni betul-betul nampak anak mama dah besar... Baju yan asya pakai ni sebenarnya baju dia time baby-baby dulu.. Masa baby dulu, bila pakai jadi dress... Sekarang umur 4 tahun dah jadi shirt. Dulu masa baby, baju ni paras lutut...

Ewahhh.. kemain lagi melaram. 
Jangan sampai masa tarik baju mama lak.

Owhh... baby mama ! Bagaikan mimpi.... bila teringatkan saat membawa asya ke dunia dulu. Betul-betul membuatkan mama sebak. Mama tak sangka... dalam keperitan berjuang untuk meneruskan hidup dulu.. Kini baby mama dah nak ke sekolah.

Mama doakan semoga asya berjaya dalam pelajaran.Mama tahu asya boleh. Semoga Allah Swt terus melindungi baby mama & diberikan kelapangan hati & minda dalam menimba ilmu. Macam asya kata , "pergi school, boleh bergembira & bermain bersama-sama" . Ni dia tiru ayat dalam upinipin The Musical. Asya belajar rajin-rajin ye... Semoga cita-cita asya nak jadi doktor akan tercapai. Asya kata nak ubat sakit mama kan.

see.. dah besar asya kan?.. 
Baju yang sama asya pakai... masa asya kecik dulu.. Umur tak sampai setahun pon lg ni.. Rindunya kat baby mama ni

~ 1.1.2013, asya pergi school.. Mama & Papa lak pegi dating berdua.. hehe.. Buat kali pertama selepas 4 tahun, mama & papa akan dating berdua.. Mesti mama & papa terasa sunyi tanpa kehadiran asya. Sebab, sejak kehadiran asya papa & mama tak pernah kemana-mana berdua kecuali ke ofis. Dari dulu... papa takkan kemana-mana kalo asya atau mama xde.. Walau kemana pon..mesti WAJIB bawak asya. Memang papa xleh berpisah dengan asya. Huhu.. papa tu memang suka nepek dengan kita la asya. Yang lucunya, bila papa dia kata nak dating dengan mama tengok wayang.. asya nangis.. sebab nak tinggalkan dia.. ~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, December 28, 2012

Jumaat Terakhir 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bersantai di hujung minggu buat yang di pantai timur & Kedah. Hari ni adalah Jumaat terakhir bagi tahun 2012... Sedar tak sedar kita dah nak masuk ke tahun baru 2013. Tahun 2013, pasti jadual harian saya berubah sebab asya dah mula ke sekolah. Bagaikan mimpi.. baby mama dah besar! Tak kira lah asya makin besar pon, tapi..asya always be my baby! Hakikat yang harus diterima.... baby mama makin membesar & one day asya akan sama tinggi dari mama. Time tu mesti rindu mama pada asya membuak-buak.. Sekadar menyimpan memori waktu baby mama membesar.... ini kali pertama bawak asya ke Pantai Penunjuk. Dan kali ke-2 untuk saya kesini. 1st time dulu, masa wak photoshoot wedding adik ofismate. Subbahanallah, pantai ni sngguh indah & cantik !

Lokasi,
Pantai Penunjuk, Kijal Kemaman, Terengganu

Tarikh :
01.12.2012

Lets Picture Talk
























~ Mula-mula nak main pilih-pilih je pic... Tapi xleh la.. Sebab semuanya cantik & sayang kalo x diabadikan kat sini ~

UPDATE 28.12.2012:
Entri ni adalah yang telah di draf sejak awal lagi... buat masa ni saya xleh nak bw sepenuhnya sebab masih berjaga-jaga dengan keadaan banjir yang teruk di Kemaman ni. Kelmarin ada 1 lagi kematian melibatkan mangsa banjir. Doakan moga kami semua dilindungi Allah Swt. Saya lak, dah mula nak start demam + sesak nafas... Takut melarat.
update terkini + gambar terkini banjir di cukai, kemaman leh KLIK SINI

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, December 27, 2012

Banjir Besar Di Kemaman, Terengganu 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Disaat menaip entri ni..hati memang tak tenang..memikirkan keadaan tak sini. Seumur saya hidup 27tahun disini... saya tak pernah tengok banjir seteruk ni berlaku di kemaman. Bayangkan..air naik hingga ke bandar Kemaman... dan banyak kawasan yang tak pernah dinaiki air pon dilanda  banjir. Dan, buat masa ni kawasan rumah saya masih selamat.. Tapi ada amaran berjaga-jaga kerana air dijangka naik. Sedih memikirkan kak long saya yang rumahnya habis tenggelam.. Satu barang pon tak sempat diselamatkan. Padahal kat area rumah dia tak pernah naik air. Dan air di kawasan rumah kak long dah cecah ke paras pinggang... Begitu gak yang menimpa rumah abang Fain... pon rumah ditenggelami air. Saya pasti ada hikmah disebalik musibah yang menimpa ni. 

Tarikh:
26.12.2012

Lokasi:
Chukai, Kemaman Terengganu


Kebetulan saya ambik cuti sebab saya tak sihat. Tapi... masa tu xtau lagi air dah naik .. Tengahhari tu saya folo Fain pegi kerja, sambil2 tu saya sempat snap pic.. Ini bukanlah sesi nak main air banjir ke apa.. Cuma sekadar merakam peristiwa yang berlaku.. Sebab ini kali pertama saya melihat banjir seburuk ni di Kemaman. Banyak kawasan di kemaman termasuk bandar mula ditengelami air. Ini hanyalah banjir dikawasan-kawasan kecil yang tak pernah dinaiki air... Kalo kat kawasan besar seperti Kg Bukit Mentok, Air Putih, Seberang Tayur, Ibok.. memang dinaiki air paras merbahaya...Sampai tenggelam bumbung rumah. Saya tengok dari pic-pic yang dishare kat FB pon agak menakutkan.


Ni petang, time ni air mula naik... malam..rasanya dah makin banyak naik..
 Ni jalan kat area rumah saya

Kat area Taman Ghulam, Gong Pauh...
Dari status Fb kawan saya yang tinggal kat sini, kawasan ni dah naik air paras pinggang..

UPDATE 27.12.12@10.12AM :
Air di kawasan Gong Pauh naik ke paras makin tinggi...

Area Taman Chukai Utama yang mula dinaiki air..
mendadak..

Taman Chukai Utama sebelah malam.. habis kawasa ditenggelami air. Dan jalan ke sini semuanya ditutup... Pic ni Fain yang snap sebab dia ke ofis, sebab nak tgk keadaan di ofis dia..
Bank Islam dah tenggelam...

UPDATE 27/12/12@10.12AM
AIR DI KAWASAN TAMAN CHUKAI UTAMA DAH NAIK & MELIMPAH HINGGA KE MAYBANK

Taman Fikri
Ini bukanlah sesi bersuka ria main air banjir.. Tapi pic ni Fain ambik spontan.. Ni 1st time asya tengok banjir.. Kesian dia... kena lak gigit lintah.. Time ni saya ke rumah abang Fain sebab nak tolong selamatkan barang & ambik baby Khalish .

Taman Fikri, masa sampai air paras ni je.. 
Tapi..memang laju je air naik

Dalam jangka masa tak sampai 30minit pon..air naik mendadak...
Dan... dengar cerita kawasan ni dah naik air paras peha-pinggang kot.

UPDATE 27.12.12@MO.12AM
SEBAHAGIAN KAWASAN PERUMAHA FIKRI DAH DITENGGELAMI AIR PARAS LEHER..

Inilah baby Khalish .. Kesian sangat kat baby terperangkap dalam banjir.
 Ni anak kepada abang Fain.

UPDATE TERKINI BANJIR DI CHUKAI,KEMAMAN TERENGGANU
27.12.2012

Jalan Batu 2 1/2, berdekatan dengan klinik kesihatan batu 2 1/2..
Jalan menghala ke Binjal-Air Putih
LAGI GAMBAR--> KLIK SINI

Kampung Pangkalan Pandan
LAGI GAMBAR--> KLIK SINI

Kampung Bukit Mentok
Ini rumah sepupu + mak sedara saya. Serius inilah banjir terburuk yang pernah saya lihat.
Dulu-dulu time banjir, x pernah sampai macam ni...
LAGI GAMBAR--> KLIK SINI

Bandar Baru Bukit Mentok
Rumah yang tengah tu rumah Kak Long saya.. Menangis dia tengok keadaan rumah dia yang dah tenggelam hampir separuh.. Satu barang pon tak sempat diselamatkan sebab air memang naik mendadak.
LAGI GAMBAR --> KLIK SINI


GAMBAR PENUH BANJIR DI KEMAMAN TERENGGANU
 BOLEH TENGOK SINI--->

INFO TERKINI TENTANG BANJIR DI CHUKAI, KEMAMAN TERENGGANU LEH REFER FB--> BULETIN ADUN CHUKAI

~ Banjir bukanlah masa untuk bersuka ria..bermain seperti pesta air.. jangan kerana terlalu asyik, nyawa melayang.. Setakat ni, dah ada 2 kematian remaja berumur 15tahun akibat banjir ni... di Taman Bandar Baru Bukit Mentok, sebelah je dengan taman perumahan saya... Berhati-hatilah...~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)