Tuesday, January 1, 2013

366 Hari Pun Berlalu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dan... 366 hari pon berlalu.. Betullah kan, tahun 2012 kan tahun lompat. Hari ini 1.1.2013, bertambah lai usia kita di tahun ni jika dipanjankan umur, insyallah. Sempena tahun baru ni, saya still macam biasa... cuma inginkan pencapaian yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Perjalanan masih jauh.. dan di sepanjang perjalanan ni, pasti akan tercipta pelbagai kenangan suka duka. Dan rekod buat diri saya.. tahun 2012 betul-betul saya dapat menikmati semula kehidupan saya, walau tak sepenuhnya..  Seperti tahun-tahun sudah.. kehidupan saya banyak berumah dihospital & bertemankan air mata. Tapi tahun 2012, saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Sebagai pembuka entri buat tahun 2013 ni, saya ingin kongsikan sedikit sebanyak kenangan sepanjan menyusuri hidup selama 366 hari di tahun 2012.

PERMULAAN TAHUN 2012

Permulaan hidup di tahun 2012 ialah banyak berkisarkan perjuangan & kebangkitan saya untuk sembuh. Setelah koma & diwarded di ICU pada Nov 2011.. saya cuba mencari  sinar.. Cuba bangkit. Pada kali ni, saya tak seperti sebelum ni..seakan datang satu semangat untuk terus berusaha & mendapatkan kembali kehidupan saya. Sungguh.. untuk melaluinya bukanlah perkara yang mudah.. Dengan sokongan kuat suami tercinta & asya serta keluarga..saya berusaha untuk dapatkan sinar cahaya.. Saya lakukan kerana asya..yang amat perlukan saya sebagai mamanya..

Kisahnya :-

J.A.N.U.A.R.I 2012
Setelah terlalu banyak melakukan pelbagai ujian di hospital.. Setiap bulan ambik darah & setiap hari kena makan ubat sebanyak 4kali sehari sehingga seumur hidup... Saya mencuba cara lain. Kalo sebelum ni, saya dah frust, sebab berubat situ sini.. semua asyik kata mende yang pelik-pelik.. Sampailah terbuka pintu hati saya nak mencuba kaedah alternatif yang sememannyer xde unsur-unsur khurafat. Semuanya mengunakan ayat suci al-quran. Dan, saya selamat melakukan pembedahan batin.. Ye... inilah permulaan sinar hidup saya... semuanya hanya dengan izin Allah Swt

Kisahnya :

F.E.B.R.U.A.R.I 2012
Kali ni saya berkongsi hasil selepas pembedahan batin tu.. Dimana saya telah meng-ekperimenkan diri saya .. Saya tahu, tindakan saya untuk berhenti makan ubat membahayakan diri saya.. Tindakan saya untuk skip berjumpa pakar bakal menundang padah.. Tapi satu yan saya percaya.. KEAJAIBAN & KUASA ALLAH.. mengatasi sealanya.. Atas keyakinan itu.. saya terus cuba bertahan. 

Kisahnya:

Juga dilema saya yang teringin bau baby.. Kerinduan membuat saat asya baby.. serta harapan agar ada keajaiban... saya melakukan UPT test.. Tapi hampa.

Kisahnya :

M.A.C 2012
10.03.2012 menyaksikan pertambahan usia saya yang ke 27 tahun.

Kisahnya:

A.P.R.I.L 2012
Antara entri di bulan April ialah berkisarkan tentang kehadiran asya.. Kehadiran yang penuh keajaiban..

KISAHNYA:

M.E.I 2012
Dilema mama asya untuk pilih sekolah untuk asya.. Sama ada pra-sekolah atau tadika. Dan saya dapat banyak sangat feedback yang baik. Jadi, sape2 yang perlukan rujukan leh baca komen kat entri ini. Daripada komen rata-rata memilih pra-sekolah & saya sendiri pon memang dah merancang nak masukkan ke pra-sekolah. Tapi malangnya asya tak layak, sebab umurnya baru 5 tahun. Dekat sekolah yang saya pergi xde pra untuk 5 tahun.

KISAHNYA:

J.U.N 2012
Sekitar bulan June 2012 saya dapat ramai kawan baru.. So ramai yang bertanyakan kisah saya & yang nak tahu tentang kisah saya & asya dulu.. so saya buatkan satu entri khusus menceritakan tentang perjalanan hidup saya.

Kisahnya:

Dan.. pada June 2012 juga saya menhadapi tekanan perasaan yang sangat hebat. Dan, pada bulan ni saya juga selamat melakukan pembedahan buang gigi geraham bongsu. Kes saya menjadi komplicated disebabkan masalah jantung saya yang boleh memberi effect.

Kisahnya :

J.U.L.A.I 2012
Memasuki bulan Ramadhan yang mulia.. Antara kenangan yang terakam ialah asya yang nak sangat main bunga api... tapi takut-takut.

Kisahnya:

O.G.O.S 2012
16.8.2012 tarikh terindah dalam diari kami berdua.. dimana pada tarikh ini, 9 tahun dulu saya menerimanya di dalam H.A.T.I saya disaat saya jatuh tersungkur.. Ketika itu, saya dalam keadaan lumpuh.. Tapi..kesungguhan dia membuatkan saya akur dengan CINTA nya. Thank You Allah !

Kisahnya:

S.E.P.T.E.M.B.E.R 2012
Menyambut hari raya aidilfiti. Tahun 2012 tema grey silver menjadi pilihan.. Bagi tahun 2013... ntah... belum tahu lagi.

Kisahnya :
POTRET 1 SYAWAL <-- klik

O.K.T.O.B.E.R. 2012
Pada bulan oktober saya kurang update entri disebabkan masalah kesihatan saya. Dan kali ni teruji apa bila Fain, tempat saya berantung harap jatuh sakit. Hidup benar-benar teruji pada saat ini.

Kisahnya :

Pada 26.10.2012 menyingkap satu lagi sejarah hidup dimana pada tarikh ni , 6 tahun yang lepas saya selamat menjadi isteri yang sah buat Fain. Thank You Allah ! Ya Allah, peliharakanlah hubungan kami suami isteri hingga ke Jannah. 

Kisahnya :


31.10.2012 merupakan ulangtahun kelahiran cinta H.A.T.I saya yang ke 28. Ya Allah, kau panjangkanlah usia suamiku ini.. Kau berikanlah kesiahatan tubuh badan serta linduninya dari segala kejahatan & tipudaya dunia.

Kisahnya :

N.O.V.E.M.B.E.R 2012
Bulan yang sentiasa dinantikan..3.11.2008 asya dilahirkan. Bayi ajaib hadir dalam hidup mama+papa untuk memberikan sejuta keindahan. Asya sayang... mama akan terus memastikan agar asya menjadi "somebody" yang berjaya suatu masa nanti. Tahun ni mama & papa bagi hadiah education toy, iaitu Mini Kitchen buat asya.. Dan, kek Pingu sempena usianya yang ke-4

Kisahnya :
Doa Buat Anakku <--klik

Dan rutin 6 bulan sekali.. wajibla bawak asya jumpa doktor gigi. Sebab dia dh terbiasa sejak kecil, so xde masalah bila jumpa dentist. So, next appoitment bulan Mei 2013.

Kisahnya:

D.I.S.E.M.B.E.R. 2012
Kenangan di penhujung tahun 2012.. Ish..ish..dia nak ak wak lawatan kat ER. Sebenarnya, dalam keceriaan saya dengan entri-entri saya... disebalik senyuman itu, saya masih menanggung kesakitan. Cuma, tahun ni saya rasa antibodi sangat gagah perkasa sebab mampu bertahan.. Paling teruk bulan Jun 2012... banyak kali diserang sakit & sampai ke tahap Fain telefon ambulan. Tapi kebetulan time tu line engage kot.. dan tak lama lepas tu sedar.. Ni kes perasan diri kuat.. last2 terpasksa mengalah.. 

Kisahnya:
S.T.R.O.N.G.E.R <-- klik

Trajedi yang baru berlaku.. keadaan hujan + banjir yang luar biasa di Kemaman. Seumur saya hidup 27tahun ni, saya tak pernah tengok keadaan di kemaman seteruk ni. Habis bandar kemaman dilanda banjir. 

Kisahnya :


Dan entri  terakhir bagi tahun 2012 ialah tentang persiapan persekolahan asya memasuki tadika. Sekejap je masa berlalu... Baby mama dah besar rupanya... Dan hari ni, 1.1.2013 merupakan hari pertama asya ke sekolah. Mama & papa ambil cuti hari ni. Entah macamana asya nanti.. Mama harap asya belajar dengan baik di sekolah nanti.

Kisahnya :

Sekian, kenangan di sepanjang 2012.. Semoga tahun ini memberikan lebih makna & paling penting saya mengharapkan agar kesihatan saya bertambah baik. Saya mintak maaf sebab tak sempat BW lagi disebabkan kesibukan membuat persediaan untuk asya ke sekolah. Selamat Tahun Baru buat semua !

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

70 comments:

are_lin@yu said...

alhamdulillah Allah makbulkan doa k.lya..moga k.lya terus kuat demi asya dan hubby.ayu doakan yg terbaik utk k.lya sekeluarga..salam 2013

Liza said...

Waa.cam tgk jendela 2012 ja rasa...... Selamatk thn baru, LyA

el said...

epi new year 2013 lya
smoga yg terbaik tuk tahun ini ok

dya bunga said...

mama dya pun ckp elok anta pra-sekolah..hihi..tpi pra-sekolah untuk 6tahun je..hihi..

Mama Haraz said...

Salam perkenalan,

MashaAllah, kagum dan motivated sangat dengan kisah akak.

Thanks for sharing!

MamaHaraz
http://ourwonderland.blogspot.com/

mama aini said...

semuga lya bertambah sihat & bersemangat demi meneruskan kehidupan disisi org2 tersayang !!..semuga Allah memberikan kesihatan yg baik utk lya..amin..

Nad @ MamaZN said...

Selamat tahun baru lya n famili!
Selamat masuk skolah asya!

Nens Collection said...

suka duka yg berbaloi untuk dikenang lya..kerana lya berusaha tuk meneruskan hidup..walopon ranjau berduri..teruskan perjuangan!

Mama Adam said...

penuh warna-warni. semoga 2013 lebih berseri

ieda said...

banyak kisah buat lya di tahun 2012 .. semoga kedatangan tahun baru ini memberikan impak dan kebahagian yg berpanjangan aminnnnnnnnnnnn ;)

Ummi Iman said...

Selamat tahun baru lya.. Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Slmt bersekolah Asya

Kasih Salina said...

salam tahun baru..semoga tahun 2013 tahap kesihatan bertambah baik, dirahmati dan diberkati hendaknya..

Jendela Hati said...

salam lya... selamat tahun br... semoga lya sihat senantiasa hendaknya dan berbahagia disamping suami dan anak..akak doakan yg terbaek untuk anda... amin

Karukord Jagau's said...

alhamdulillah kesihatan kamu semakin baik. dan semoga menjadi lebih baik untuk tahun ini.

selamat tahun baru.

Chic Na said...

semoga tahun 2013 memberi lebih erti utk lya & family. InshaAllah. kenangan 2012 mmg takkan boleh lupakan sampai bila2.

QasehnyaRania said...

as-salam selamat tahun baru lya ;)

alhamdulillah berlalu sudah tahun 2012 yg mninggalkan pelbagai kisah suka dan duka.doa ciksu semoga lya dan keluarga sentiasa dalam lindungan-Nya.amin..

dan buat asya selamat menjalani kehidupan sbgai pelajar ditadika..
belajar baik2 tau jdi doktor besr nti..in shaa Allah ;)


Lynn Hamzah said...

lengkap rentetan cerita utk satu tahun 2012...selamat menyambut tahun baru 2013 yer lya...

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

semoga akak sentiasa diberi kesihatan yg baik ye,,selamat bersekolah Asya =)

iietamalek said...

Salam tahun baru...banyak kisah yang berlaku dalam hidup awak sepanjang tahun 2012...

Riedaffya ibrahim said...

selamat tahun baru lya...semua memori yg telah tercatat di blog ini akan tersimpan memori yg sangat indah utk asya bace bile dia besau nnt,...semoga 2013 juga akan memberikan pengalaman len penuh dgn rezeki dri Allah..

Yana Libra said...

macam2 dah berlaku..moga akak akan bertambah sihat di tahun baru ni..amin~ :)

m.u.l.a.n said...

Happy 2013... Happy & healthy sokmo2..!!

kinara kinatara said...

moga kak lya terus kuat untuk asya dan juga suami...:)

dan kina doakan yang terbaik untuk 2013 bagi akak:)

moga akak terus kuat..:)

amin2...

Misz Mieza said...

Selamat tahun baru Lya! Semoga dengan kedatangan tahun baru ni Lya akan lebih sihat dan moga ada keajaiban berlaku untuk Lya sekeluarga.. Saya doakan yang terbaik untuk Lya dan family.. In Shaa Allah.. =)

Puan Kutu said...

tahun 2012 yg penuh suka duka buat lya sekeluarga..Selamat tahun baru dan ameen atas doa2 tahun barunya!

Haryati Faizal said...

1001 cerita ye lya, semoga tahun 2013 ni lebih bermakna buat lya n famili...semoga sentiasa cekal menghadapi dugaanNya...

Tihara said...

selamat tahun baru, moga semuanya baik2 dan sihat selalu..take care

Cinta Misteri said...

2012 terpahat di hati. moga Lya semakin sihat dlm meniti 366 lagi dan yg seterusnya lagi....

kak nora said...

selamat tahun baru dari bunda

nik ros said...

selamat tahun baru
semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya
dan moga Allah permudahkan segala urusan awak dan family :)

kasihredha said...

Selamat tahun baru Lya...
Semoga apa yg berlaku membuat Lya lebih tabah

Arina Shamsul said...

kalau dilihat dari cerita entri ini,ALLAH banyak menguji kamu dear.kamu sangat kuat dimata mama.tahniah! :)

Arina Shamsul said...

semoga ALLAH terus berikan kamu kekuatan dan tingkatkan kesabaran kamu..amin~

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Selamat Tahun Baru Lya..
Moga Tahun ni memberikan seribu kemanisan buat Lya sekeluarga..^^

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

alhamdulillah...segala dugaan dilalui dengan tabah kan...

smga terus tabah...

LydSunshine said...

Baru je baca part yg pembedahan batin tu. Masa tu belum jadi follower kot. Hehe. Happy new year Lya.

diana said...

penuh suka dan duka..semoga tahun 2013 akan penuh dengan keceriaan buat anda sekeluarga..:)

Nyue said...

selamat tahun baru akk lya....

kronologi hidup akk membuatkan akk menjadi insan yg sgt tabah...

Allene said...

happy new year lya...

Mrs Velentine said...

selamat tahun baru lya..semoga tahun 2013 membawa sinar kebahagian buat lya sekeluarga

norhidana miswan said...

2012 yg berliku, semoga 2013 nnti kurang liku nyer yek... semoga lya ttp kuat n sabar...

Deqla manjew said...

terlalu berat dugaan yg ditanggung lya dan family.. kami di sini hanya mampu meluangkan masa mendoakan kesihatan lya dan kebahagian lya di sana.. hope sgt dpt jmpa lya..

محمد رازيق said...

selamat tahun baru 2013 kak. selamat maju jaya :)

N.Aima K said...

alhamdulillah..Stay Strong lya..!hug

Rai Ourkizuna said...

selamat tahun baru lya..semoga tahun ni lya dikurniakan kesihatan yg lebih baik..tak perlu kerap bertandang ke er..jaga diri ya.. semoga bahagia selalu..

Eliss Mie said...

macam2 kisah suka duka 2012. selamat tahun 2013, harap tahun ni lebih baik dari tahun yang ditinggalkan.In sya Allah.

Cik Nur said...

2012..penuh dengan suka dukakan..
moga tahun 2013 akan jadi lebih baik dari sebelum ni..

nur di=oakan moga lya sekeluarga sentiasa sihat dan ceria2 selalu....

ameen..!

Huda Ahsin 2 said...

Semoga Allah merahmati Lya, Asya dan Fain. Semoga sentiasa sihat dan bahagia...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

banyak kenangan pahit manis dalam hidup lya...semoga lya terus tabah dan kuat dengan ujian hidup ni..semoga lya sentiasa bahagia disamping suami dan anak tercinta

Fiza Rahman said...

Selamat tahun baru Lya.

ANIM said...

perkataan sabar banyak disebut dalam Quran. ganjarannya terlalu besar. kita ada Allah untuk mengadu. semoga 2013 membawa lebih kekuatan untuk lya menempuh hidup. kak doakan bahagia milik lya sekeluarga

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam Lya..
Ada suka dan duka dalam hidup yg perlu kita tempuhi..yg utamya, diri kita sendiri kena kuat dari segi fizikal dan mental kan..?

Alhamdulillah..semog tahun 2013 mendatangkan sinar kebahagiaan buat kita semua..

always be strong girl :)

Nazayiena said...

Semoga kenangan 2012 yg byk cabaran buat lya ini,akan lebih menguatkan diri Lya utk menghadapi masa yg akan dtg.

NzA said...

Akak tau mama lya seorg yg kuat....akak pn xsekuat itu..semoga Allah terus beri kekuatan dan perlindungan kasih sygnya pd lya skluarga....berjuanglah demi insan2 trsyg.....

Cik Aini said...

mak aii tgginya Asya kat ats bumbung keta..heheehe
ai suka lah tgk pic Lya dgn Fain yg berbaju biru tu..cantik =)

moga tahun ini mberi Lya,Fain dan Asya seribu kebahagiaan.amin

aReLaN said...

salam tahun baru. moga 2013 lebuh bermakna dan lebih barakah ye

eima said...

sayu aku baca kisah hidup ko ni dear ... ko org paling kuat dan fain adalah suami yg paling setia dan baik ... dan asha adalah segalanye

Cik Puan Nurul said...

selamat tahun baru..semoga terus diberikan kesihatan yang baik.

wan nurul hezrina said...

selamat tahun baru lya=)semoga tahun nie membawa lebih banyak makna n memori manis buat lya..semoga kekal sihat insyaallah

fiqkbe said...

selamat tahun baru sis ;D semoga tahun ini lbih baik drp tahun lps ;)

Nafira usof said...

Alhamdulillah~ walaupon macam2 dugaan dan cabaran.. kita berjaya hadapinye~ semoga semua cabaran itu menjadik kenangan manis buat kita..

Dan semoga tahun 2013 ini lebih baik buat kita semua~

Ema Blog said...

pengalaman yang bemakna utk asya sekeluarga

mama aryan said...

semoga tahun baru ni akan memberikan lebih sinar kebahagiaan utl lya dan keluarga

shuhadaothman said...

selamat tahun baru k.lya. semoga akak terus kuat demi asya & keluarga. Jaga kesihatan ye :)

Si Matatajam said...

Segala pahit manis ada dlm entry ni ye dear..akak doakan Lya diberikan kesihatan yg baik tahun ni..semoga bahagia dunia akhirat

Kesuma Angsana said...

happy nw year & doakan yg terbaik for u in 2013 ye in SHaa Allah

munna said...

selamat thn baru lya.... semoga 2013 lebih baik

sal ya said...

banyak kenangan. suka dan duka kan?

9n0L4 said...

lawo nye lah sume gmbr lya. :)

Ainaa Syafiqah said...

akak.. jom join segment ni.. mana lar tau bile dah ramai2 nanti kita boleh wat gathering..

http://aienhermionie27.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

Buat Follower, Jangan Lupa Tinggal LINK kat kotak KOMEN entri terlatest ye.