Assalamualaikum & Salam Sejahtera
~ sebagai persediaan semua.. esspecially yang dipantai timur~
Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .
Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat kuning akan bermula esok bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Tropical Storm Sonamu telah menyebabkan satu kematian dan 500 kehilangan tempat duduk di Filipina.
Gambarajah di atas dari pusat penyelidikan cuaca menunjukkan kedudukan Sonamu yang sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand. Dari peta di atas dapat kita melihat laluan Sonamu betul betul tepat ke arah Marang dan Dungun, kemudiannya di jangka melencong ke selatan.
Pesanan: Jabatan Metereologi Malaysia
Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning)
Dikeluarkan pada: 07:10pm pada 05 Januari 2013
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Isnin, 7 Januari 2013 sehingga Rabu, 9 Januari 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
Ya Allah.. semoga kami semua dilindungi
Dan ini tide table air pasang surut laut di Kemaman.. Kat ofis saya memang ada jadual ni sebab terlibat dengan xtvt perkapalan. So, pada yang pandai baca jadual ni mesti faham kan.. Pada yang x familiar dengan jadual ni just refer pada yang saya highlight kaler PINK tu.. Kalo ikut pada jadual ni.. air pasang bermula 9.1.2013 iaitu 3.2m pada jam 2008.. Banjir besar yang menimpa kemaman baru-baru ni pon air setinggi 3.2m.. Cuba tengok pada tarikh 10.1.2013-14.1.2013.... ketinggian air ialah antara 3.4m-3.5m.. Boleh bayangkan? Dan pada 12.1.2013 adalah bulan penuh (refer pada titik hitam pada tarikh tersebut). Saya yang berada di pantai timur, lagi2 saya kerja betul2 berhadapan dengan lautan.. memang terasa kecut perut dengan semua berita ni.Sebelum tahu tentang ribut ni, memang dah tgk jadual air ni & agak maybe berlaku banjir. Tapi... bila tahu lak tentang ribut ni.. hati jadi tak keruan.. Sesungguhnya, ini semua ramalan manusia.. hanya Allah yang menentukan. Semoga kita semua dilindungi..
Bacaan Doa Mohon Dijauhkan Dari Malapetaka
“Rabbanaksyif ‘annal ‘azaaba innaa mu’minuuna”
Arti Doa Mohon Dijauhkan Dari Malapetaka
“Ya Tuhan kami, lenyapkanlah azab itu dari kami. Sungguh, kami akan beriman. (Q.S. ad-Dukhan [44]:12)”
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya




37 comments:
MOga ALLAH lindungi kita semua....
Aminn..!
berdebar pulak baca ni. Semoga kita dilinungi. Keep updating ye. Asben MAkbed tak belayar. Sedang bercuti..
Harap semua di sana selamat & berjaga2lah sentiasa.. Semoga Allah menjauhkan segala bencana buat semua suadara mara dan rakan2 di sana..
Bahayanye...In Shaa Allah..moga semuanye selamat & dilindungi..
mendebarkan..semoga kiter semua dilindungi...
haishh.. takotnye.. mudah2an ini hanya ramalan semata..ya Allah, jauhkanlah malapetaka ni..amin..
harap xda pe2 yg buruklah... risau pulak baca.. family saya ramai dkt kuala trg..
risau la kalau betul2 jadi..mintak2 ni hanya ramalan yang tak tepat..kan??mana tau dengan izin Allah.angin tu berubah hala..
nauzubillah..harap2 xde malapetaka besar berlaku..aminn
ya Allah...takut plak bace entry lya kali ni...harap2 kite semua didalam lindungan Allah swt ...amin...amin yarabbal alamin....
moga semuanya kembali pulih...
br tgk td..moga kita dijauhkan dr malapetaka ni.sama2 kta doakan..abs k.lya tak kena kosongkan ofis ka
Saya baca pasal ribut ni pun daripada FB Lya. Risau jugak sebab kampung halaman kat Kuantan. Harap2 tak ada perkara buruk yang berlaku. Semoga Allah selamatkan kita semua ye Lya.
risau jgk dgr psl ribut ni. hope kita semua dijauhkan drp malapetaka ni... amin..
sama2 kita bdoa mintak djauhkn segala mala petaka amin..
aduhh tkasih lya .. cukup lengkap info yg lya bagi nie ..
tkasih banyak2 dikk
risau pula akak nie
tapi pada 1.30 tgh nie cuaca nampak biasa je dik .. x mendung .. ada matahari .. mgkin esok koot ..
kita sama2 doa ye dik... aminnn
semoga kita semua dibawah lindunganNya ye....takut jugak...
Mudahan Allah lindungi bumi ni dari bencana.... Main dengan air memang takut
moga kite dilindungi oleh Allah
amin
MOGA TIADA APA² YG BERLAKUKAN.. BERHAI²LAH HENDAKNYA SAHABA² DI PANTAI TIMUR...
risau akak dgn mak n ayah akak kat KG
hanya pada Mu ya Allah kami memohon perlindungan...
agak terkejut gak bila baca berita nie..
apa2 pon..sama2 laa kita berdoa..semoga negeri2 yg bakal terlibat..tiada yg menyebabkan kemusnahan teruk/tiada kematian dilaporkan
semoga kita semua dilindungi.
dah lama x dtg jengah lia dah byk perubahan rupanya...
mudah2an kita semua sentiasa dilindungi olehNya... amin.
semoga kita dilindungiNYa..amin
semoga selamat semua penduduk pantai timur dalam lindungan Allah, amin..
moga semua tempat di sana tak dilanda taufan tu..takutnya..
amin amin ya rabb...oga tak de pape..risau pulak kenangkan atuk nenek mak ayah kat kelantan terengganu pahang..
salam lya..
huhu.seram baca,..tp alhamdulillah..semua ok kan :)
Semoga kita terhindar dari segala bencana
Semoga kita terhindar dari segala bencana
moga2 Kita semua dilindungi Allah
Semoga mereka semua di bawah lindunganNYA. Risau juga sbb kakak dok ganu sana. Rumah dia belakang laut plak tu.
risau juga.. semoga kita dilindungi huhu
tkt pulak baca....moga xder apa2 yg berlaku
skrg ni asek hujan je. kat dungun la bnjir lagi.
Post a Comment