Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kelmarin sunyi tanpa entri sebab tak de mood nak draft entri. Sebenarnya cerita dah banyak kat draft, cuma nak taip intro tu, memang kelaut sangat. Blog pon tak buka.. tak bw.. mood kelaut bila badan kurang sihat. Ni pon, memang rasa tak sihat sangat.. tapi ok la sikit & cuba cari mood nak update blog.. Aak terharu, sebab walaupon saya tak bw & update.. sebab masih ada yang sudi datang ke sini selalu.. Dan kata-kata Lydsunshine kat entri sebelum ni buat saya tersenyum, hehe... mana mungkin saya lupa sahabat-sahabat saya semua ni.. Saya takkan lupa... cuma kekadang tu, saya agak lambat follow cerita kawan-kawan semua disebabkan keadaan saya ni.
Belek-belek kat draft & jumpa entri ni yang dah di draf sejak awal 2012 lagi.. Ermm.. ruginya kalo tak abadikan progress asya waktu membesar ni. Ni salah satu aktiviti yang saya buat dengan asya dulu. Ajar dia mengenal bentuk. Saya cari ideal untuk bagi dia minat & tak boring dengan cara bagi dia mengunting sendiri bentuk-bentuk. Memang dia eksited boleh pegang gunting. Tapi, tetap kena hati-hati memilih gunting yang sesuai dengan budak-budak iaitu gunting plastik atau gunting yang hujungnya tidak tajam atau bulat.
Saya just lukis bentuk-bentuk kat atas kertas....
Sambil tu, saya ajar dia satu persatu bentuk. Bila dia dah kenal & ingat , saya mulakan dengan aktiviti mengunting bentuk.
Sebagai contoh, dalam bentuk-bentuk yang saya lukis, saya suruh asya cari bentuk "triangle" atau "segitiga" dan gunting bentuk tu.. Bila dia yakin dengan pilihan dia, dia gunting dan sambil-sambil tu saya suruh dia cari barang-barang yang ada sekeliling yang sama bentuk dengan "segitiga".
Belajar sambil bermain memang menyeronokkan..
Dan , saya nampak cara yang saya buat untuk asya agak berkesan.. Sebab dia boleh cepat pickup.
Memang dia ralik & tak bosan.. Ye la.. budak-budak kalo diberi peluang pegang gunting mesti suka sangat. Cuma kita sebagai ibu bapa kena bijak ambik peluang tu dalam memberi ilmu & dalam masa yang sama kena pantau serta berhati-hati bila anak menggunakan gunting.
Alhamdulillah, xtvt ni agak berjaya & tidak membosankan.. Saya selalu mencari formula dalam mengajar asya. Dan sekarang, saya cuba mencari formula terbaik untuk ajar asya membaca. Memang saya start from zero... sebab tak pernah ada pengalaman sebelum ni. Memang saya risau jugak bila fikirkan hal ni, sebab masuk darjah satu nanti, budak-budak MESTI pandai membaca.. Bukan macam zaman kita dulu, masuk darjah 1, baru merangkak nak belajar membaca. Kena molek, darjah 2 pon tak fasih lagi membaca. Memang advance sistem pendidikan sekarang. Dan, saya difahamkan jugak, ada ujian penilaian untuk tentukan kelas darjah 1.. Yang terbaik di kelas depan, dan yang kurang baik di kelas tercorot. Jadi, besar tanggungjawab kita sebagai ibubapa di zaman sekarang ni. Walauapupun, saya akan cuba rileks & tak nak push-push asya untuk belajar. Biar dia belajar dengan minat & bukan dengan tekanan. Dan bagi saya, pendidikan anak-anak bermula dari rumah.. Apa-apapun, mama mendoakan semoga sentiasa dilapangkan dada & minda asya untuk menerima setiap ilmu. Mama pasti, anak mama akan berjaya ! Insyallah.
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya







75 comments:
Aktiviti yang akak ajar ni boleh mengajar Asha kenal bentuk. Jika seawal ni akak ajar Asya, Asya akan mudah belajar. Dan bila Asya masuk darjah 1, Solehah yakin Asya akan mudah untuk cepat membaca.
Auntie intan juga doakan Asya berjaya dunia dan akhirat..ameen..
bagus jugak buat pembelajaran di rumah ni kan. sikit sebanyak dpt bantu dia. bijak asya.
semoga Asya menjadi anak yang bijak.. InsyaAllah..
bgs kan cara belajar +bermain gini, knk2 pun tak bosan... nnti aiyan dh beso mcm asya akak nk bt gini gk lah..
learning is fun bila ada aktiviti macam ni...Misti asya suke....
Seronok baca perkembangan Asya. Budak2 bila cuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan biasanya tak hirau dah yang lain. kosentrate aje
Bagus cara Lya ajar anak macam tu. Memang nak ajar anak zaman sekarang ni penuh dengan cabaran. Cabaran saya pun berat untuk mengajar zara membaca..harap semuanya dipermudahkan.
tekunnya Asya...
Rajin belajar...bgus2x.. :-)
Arif eina tu, susah nak ajar dia..tk boleh concentrade, tunggu mood dia dtg sndiri..huu
pandai asya menggunting..mesti cerdeik ni kt sekolah..maira kekok2 lagi nk menggunting..
bagusnya aktiviti ni.. at least minda dia berkembang.. dan saya kagum asya pandai gunting kertas. saya nak bg anak gunting pd usia tu pun tak berapa berani/confident
tu lah sekarang ni budak² nak masuk darjah satu ada ujian penilaian mmg kene pandai membaca.. kalau tak mmg ketinggalan, sy pun selalu tercari² idea mudah nak mengajar amir...
bagus la dia ada aktiviti. at least dia tak bosan dan dapat pelajaran baru
akk tertarik ngan n3 lya mengajar asya. kadang2 tu tak terpikir bab ni, maklumla kesibukan di rumah membataskan segala2nya. tapi akk lupa, pelajaran & pengajaran utk ank pon ptg. sibuk mcm mana pun akk kena luangkan sikit masa utk aiman.
insyaallah, pasni akk try buat mcm yg lya ajar asya. tq dik :)
bagus lya....asya tu budak bijak, in sha Allah mesti asya boleh catch up semua tu....usaha lya mmg bagus...ye laa sape tak nak anak bijak kan...dan lya telah amik pendekatan yg bagus sebab dari awal dah start kenalkan asya dengan alam pembelajaran...main sambil belajar...mmg fun....
moga lya cepat sembuh yeak...kuat kan semangat tau ...
bagus jgk kan ngan cara ni... nureen x bulih nk wat ikut cara lya, sbb asben x bg elly pegang gunting, risau katanya hehee... sepatutnya kita monitor la kan :)
elly belajar kenal bentuk melalui cartoon.. ;)
maaf ya.. nureen pon jarang jenguk cini... dgn keja yg sentiasa byk.. huhuuu...
moga lya d berikan kesihatan yg baek.. amin
Kreatif jugak cara Lya tu. Seronok je nampak Asya. Tapi anak perempuan beza kan dgn anak lelaki. Perempuan biasanya lebih suka belajar.
Saya pun dah mula fikir nak start ajar anak sebaik saje dia lahir [melampau kan? kakakaka]. Sebab mengikut maklumat yang saya baca, otak bayi ni sperti span kecik, yang akan serap apa je diajar pada mereka. Wp mungkin mereka tak respon seperti yang kita nak, atau nampak tak faham, tapi menurut teori, mereka sebenarnya faham. Eceh. Beriya aku citer panjang. Mcm le Lya tak tau.
bagusnya liya..tp mmg betul..bdk2 5 tahun dh lancar membaca..kita darjah 1 br boleh membaca kan..alhamdulillah..semoga usaha liya akan membuahakan hasil..aminnn
he3 cekci la asya...
ralit dia buat keje sekolah.lya nurul pos arini tapi lya tertinggal num hp..nnt bagi ek kat email..
bagus la cara akak ni.
nanti dah ada anak boleh try pendekatan macam ni pulak~
ambooii seksinye gmbr asya tgh menggunting.. hihi.. elok2 yer asya.. jgn tergunting jari.. pndai asya.. rajin..cergas.. :)
pandainyer dier menggunting
seronok kan tgk anak dh ada improvement..n anak pun seronok sekolah..baik2 gunting tu asya taw
mudahkan LYA..kita buat bentuk minta anak gunting..tengok hasilnya...kemas tau tidak...itupun salah satu pembelajaran buat mereka..akak suka
sistem pembelajaran skrg ni semakin advance..risau juga klu anak kita ketinggalan..sbg ibubapa sentiasa berikan yg terbaik untuk anak...in Shaa Allah..moga Asya menjadi anak yg bijak..
pandai dah Asya gunting ikut bentuk tu, anak asiah plak lum pandai agi guna gunting tu...:)
rajin la lya ajar anak... =D
ralit sungguh asya menggunting. pandai yer dia pegang gunting...:) untung asya ada cikgu yg pandai mengajar hehe
insyaAllah pelan2 asya diajar mesti mudah dia akan terima nti..
nk kena belajar ngn akak lya ni cara2 nk ngajar anak ;D
cekci la asya..hehehe..
bagus kaedah macam ni.. budak budak tak rasa stress..sambil main sambil belajar..
pendekatan mcm ni akak lakukan pada Dania...harap2 Asya boleh menunjukkan minat yang mendalam dalam pembelajaran..
sama la ngan Iris, banyak benda baru yg diaorang belajar and diaorang sgt seronok..
and kita pun..seronok gak dengar diaorang bercerita..
belajar pandai2 yer sayang!!
hehehe.. xtvt yang bagus untuk minda anak2.. Anis belom di benarkan guna gunting sgt.. tapi kat sekolah haitu ade suh sediakan gunting.. mungkin cikgu ade bagi dia guna kot.. harap2 di bawah pemantauan lah..
ema tak bagi lagi si kakak pegang gunting..risau takut terluka tgn...tapi bagus juga buat aktiviti mcm lya ni
oooo asya belajar dr umah ye..
takpe awak..kdg2 budak2 yg bersekolah ni tak semestinya terus pandai dan budak2 yg tak sekolah tak semestinya kurang pandai..
bila mak2 ada buat pendedahan begini kt umah in syaa Allah anak2 pun bole setaraf dgn mereka yg bersekolah..
teruskn menjadi cikgu pd asya ye :)
sesi pembelajaran ygbaik lya...asya ni ceepat belajar
cutenya asya.. rasa nak kiss dia..
Bagus juga aktiviti nih. Anak bujang tu pon suka main gunting2. Nnt nak buat mcm nih lah.
Asya 5 tahun kan??kena start la belajar membaca.anak saya dulu pun 5 tahun saya dah start ajar.sekarang dah lancar membaca menulis.takut naik darjah satu nanti dia tak pandai baca arahan bertulis.
bagus didik anak2 ni dgn benda2 macm ni
pandai asya main gunting2 ...
eh nape tak pakai baju tu asha..hik hik...banyak buku asha mama beli yek..semoga jadi anak yang bijak ye Asya...
lya,saya pun selalu wat activity belaja smbil bermain utk nak saya.
diorang x kan boring, lukis2 gambar kartun, pastu suruh dorang kaler n gunting2..
betul,budak2 kita x leh push sgt..kang kalo kita push2, terus dorang x nak belaja nti..heehee
bgus jgak... yana nak try ajar kat anak yana la lya... belajar sambil bermain.. cme kte kene kreatifla mcmne nak buat sesuatu pembelajaran tu satu keseronokkan bg dieorang kan... ms ni umur asya berape tahun yer?
pandai asya gunting =)
Rajinnya...
salam lya..
hehe..cekcinye asya.
alhamdulillah..cepat belajar..cma pun baru sekarang nk guna pendekatan mcm ni.. huhuhu
comeinye asya..tringin nak de baby..
hope sis cepat sembuh n bertenaga
asya cepat blajar
tentu asya teruja sgt2...bila mama beri dia guna gunting.. :)
Betul.....mak2 kena kreatif supaya anak2 kita x jemu ms bljr! Keep it up!
bagus.. dgn cm tulah kita boleh rapat dgn anak2 kan...
salam...tekun asya ikut arahan cikgu mama. hehehe
Insyallah,dengan ilmu dari ibunya sendiri asya akan berjaya...
aktiviti macam ni bagus lya utk asya..mmg pendidikan bermula dr rumah.semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran dlm mendidik anak2..
ops asya sgt seksi.hehe..
bijaknya asha :)
Harap Lya beransur sihat.
Asya nampak cerdik Lya jgn bimbang. Cuma perlu terus motivate dia. Budak sekarang cepat pick-up Lya..
pandai asya gunting..bagus la lya sesi pembelajaran mcm ni
asya genius..!!!
Comel nya Asya ni.. dah pandai mengenal bentuk dan menggunting..sgt Cute! tak sabar rasa nya nak ajar hero sy jugak mcm ni:)
TQ berkongsi idea..
pandai asya ni...wow seksi la tuu..ehheehhee
learning is journey kan ! ..
dan sgt2 fun ! ..
pandai asya .. ;)
betul tu lya, anak2 ni suke aktiviti yg dia rase seronok tak bosan...sambil main, bley belajar jugak kan
pansdai asya menggunting...
cermat je dia gunting..budak bijak nih ;)
Pendekatan yang bagus.. Nanti ada anak sendiri nak cuba guna pendekatan macam ni jugaklah.. =)
asyiknya asya dgn guntingnya.. :)
amboiiii asya, xcited sgt smpi tk smpt nk sarung baju. nx time pkai cantik2 dulu yep...
u r so swettttt asya ;-)
kusyuk dia menggunting tu.budak cerdik ni.ajar skit dah pandai. nnt mesti pandai membaca dengan cepat ni
inshaallah terang ati asya nti bila belajar ;)
bagusnya lya..tp mmg betul..bdk2 5 tahun dh lancar membaca..kita darjah 1 br boleh membaca kan..alhamdulillah..semoga usaha lya akan membuahkan hasil..aminnn
ade je yg dtg skolah mmg zero. leloh jelir la nk ngajor hok peseng gini. :)
Post a Comment