Tuesday, February 26, 2013

Asya & Dugaannya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya saya tak tahu nak mulakan ayat dari mana. Dah hampir seminggu tak menadap blog, kalau adapun entri yang lepas-lepas semua tu saya dah set auto publish. Jadi ini entri permulaan untuk minggu ni, sebab dah tak ada entri yang di scheduledkan. Cuba gagahkan diri untuk siapkan entri ni sebagai kenangan dalam membesarkan asya.

Rasanya ada diantara blogger yang tahu perkara yan g telah menimpa asya. Bermula hanya dengan demam panas yang berlarutan.. sehingganya akhirnya di-warded. Mood saya sebenarnya entah melayang kemana.Berkali-kali menyusun ayat untuk entri ni. Tapi entah, terasa berat & kosong. Bila terjadinya pekara macam ni, saya nampak satu HIKMAH disebalik kejadian. Patutlah, Allah Swt kurniakan kesihatan yang lebih baik untuk saya sejak setahun kebelakangan ni, rupanya Dia lebih mengetahuinya.. Saya harus menjaga insan kesayangan saya. Macam akhir tahun lepas, saya di uji & patah sayap apabila Fain jatuh sakit. Dan untuk kali ni, saya diuji dengan ujian yang sungguh berat.

Sememangnya apa yang menimpa kali ni adalah sesuatu yang tidak dijangka. Bila duduk diam-diam, padahal tanda-tandanya dah ada.. tapi kenapa saya tak sedar selama ni? Asya masuk wad baru-baru ni bukan kerana demam semata-mata  TAPI ada perkara yang lebih besar terjadi. Saya tak nak menyebutnya sebab tak nak terlalu memikirkannya. Namun, saya berharap ianya tidak tepat. Sekarang, hanya tunggu masa untuk bertemu pakar & mungkin akan melakukan beberapa siri ujian untuk asya. Selagi perkara ini tidak sahih & disahkan, selagi itu saya berharap asya tidak mengidap penyakit yang SERIUS itu. Saya taknak sebut tentang perkara itu... seba bagi saya asya terlalu kecil untuk menanggungnya. Bukan mudah untuk saya terima semua ni. Namun saya harus redha dengan segala Ujian ini. Ujian yang tidak putus-putus dariNya, kerana Dia selalu ingatkan saya. 

Kenangan asya di rawat di Hospital
Februari 2013

Tangan kecil asya.
Apa yang sweetnye, semasa doc cucuk drip ni, sikit pon dia tak nangis.
Yang buat saya terharunya semasa kena cucuk tu asya kata " takpe mama.. tak sakit pon, asya tarik nafas slow2" . Memang saya selalu ajar asya sejak dulu, kalo tiba-tiba terasa sakit, saya suruh dia tarik & hembus nafas perlahan-lahan. Atas pengalaman saya sendiri apabila sakit, itulah antara cara untuk menenangkan.

Mama & Asya

Air dimasukkan dalam badan asya tak henti-henti untuk tambah tenaga & 
ganti air yang banyak hilang dari dalam badan

Ni semasa dalam Emergency Room.
Tenang je nampak dia

Selepas pindah ke dalam wad

Walaupon sakit, 
dia masih sudi memberikan senyuman untuk mamanya

Walaupon sakit, dia tak lupakan book dia.

Petang tu, mintak nurse cabut drip sekejap sebab nak bawak dia turun kat bawah.
Masa ni memang dia sangat tak bermaya.

Pada sebelah malamnya, masa ni mama asya lak wak hal.
Muka pucat lesi, sesak nafas, kukukakitangan kebiruan & nak pitam.
Masa ni memang saya tetap cuba bertahan demi anak

Asya memang agak moody masa ni

Anak manja papa. Sepatutnya malam ni saya yang akan jaga asya. Tapi, sebab saya pon tak sihat + nak pengsan. Tok Ma asya suruh Fain bawak saya balik sebab takut berlaku sesuatu. Rasanya kalo time ni saya ke emergency room, memang confirm saya pon kena tahan wad, sebab condition saya time ni sangat teruk. Dan akhirnya saya mengalah.. memang saya dah sedaya upaya bertahan.. tapi tak mampu.. Tok Ma asya yang jaga asya malam tu & papa asya jaga mama asya. Memang saya rasa sedih sangat2 nak tinggalkan dia malam tu.

Keesokkan harinya.. saya bersiap awal pagi, sebab tak sabar nak jumpa asya. Alhamdulillah, saya sampai tu tengok mood dia ok. Dan pada hari ni juga saya rasanya bagaikan berada di dunia lain sebalik mendengar khabar itu dari doc. Memang terasa diawangan.


Start t/hari ni asya dah mula peel.. Dia menangis & mengamuk tanpa henti sebab nak balik. Sampai lembek dia.. Hati saya pon rasa bagai disiat bila tengok dia menangis sampai macam tu. Saya tak tahu nak buat apa time tu, terus buat keputusan sendiri, jumpa doc & mintak izin untuk balik. Memang doc tak izinkan sebab result ujian baru keluar , ada jangkitan kuman & paling kurang asya kena bawah pemantauan 48jam lagi. Tapi masa ni memang saya berbelah bagi.. akhirnya saya tetap dengan keputusan untuk bawa asya balik , asalkan saya tak tengok dia menangis lagi. Sebab dia tak pernah menangis seteruk ni. Akhirnya doc bagi surat untuk saya sign, maknanya saya balik dengan risiko sendiri. Kalo terjadi apa-apa pihak hosp tak bertanggungjawab. Lepas dah sign baru saya call papa asya & kak long saya gtau saya mintak keluar wad. Tapi doc dah pesana awal-awal, kalo kat rumah tiba-tiba dia nampak terlalu lemah, kena bawak terus ke hospital. Tapi syukur alhamdulillah, keadaan asya bertambah baik. Saya pasti , semangat dari dalam dirinya juga salah satu sebab dia cepat recover.

 

Terima kasih buat Cma kerana sudi buatkan entri khas untuk asya. Dan dikesempatan ini saya ingin mengajak kawan-kawan yang sudi membaca entri ini agar sama-sama mendoakan asya. Insyallah, dalam banyak-banyak doa itu pasti akan dimakbulkan Allah Swt
*
*
*

Status asya terkini, dia dah ok. Dan minggu ni dia dah mula kesekolah. Saya pon dah mula bekerja minggu ni selepas hampir seminggu gak bercuti. Cuma sekarang, dia kena ambik semula gas sedup setiap hari , 2x sehari. Saya bagi dia sedup setiap pagi & malam sebelum tidur. Sebenarnya dah hampir 2 tahun saya tak gunakan pump tu untuk asya. Memang silap saya sebab pandai-pandai je stop kan sendiri tanpa nasihat doc. Sebenarnya bukan sengaja, sebab kebetulan dulu time kena sambung ubat asya & time kena bawak dia jumpa pakar, saya sakit & masuk wad/icu jadi sebab tu semuanya ter-stop gitu je. Saya betul-betul ingat dia dah OK selama ni. Dan sekarang, saya memang berdebar untuk menunggu khabar seterusnya. Mudahan itu semua hanyalah andaian. Semoga sentiasa ada KEAJAIBAN untuk anak mama. 


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

98 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

In Sha Allah semoga Asya terus berada dalam lindungan Tuhan dan tidak dijangkiti perkara-perkara yang serius.

ct rahani said...

as salam lya.. lama x singgah blog lya..terharu sgt2 baca entry lya nih..

sy doakan asya tabah dan sentiasa kuat spt mamanya.. dan semoga asya sihat2 jer.. InsyaAllah lya x de apa yg teruk akan terjadi pd asya.. lya kena doa byk2 sbb doa ibu adalah doa yg paling mujarab.. tc yer dear..

cik dah faridah said...

lya smga tabah hadapi semua ni..idah mendoakan dari jauh smga kalian terus sehat....jgn sedih2 yek...

Masya said...

apa sebenarnya sakit asya ni.. ya allah moga asya tak apa² dan disembuhkan segera amin...
moga lya tabah yer... sy sebak baca entry sbb kisah anak² tak sihatkan kt sbgai ibu mestilah risau...

Ina Haireina said...

Asya anak yg kuat.. sekuat mamanya.. sekuat papanya..
Asya kuatkan semangat sayang.. Asya akan sihat..
Lya juga kene kuatkan semangat.. kekuatan Asya ada pada Lya..
Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan dan Asya akan sihat sentiasa.. Aamiin..

izan mama mia said...

rasa macam tiada kata nak taip.lya...akak kelu baca kisah asya dan kemelut penyakit lya....rasa mcm mmg xtau nak komen apa...mg Allah bg kesabaran yg tinggi untuk lya sekeluarga...amiin

joeayu said...

Semoga asya cepat sihat dan terus kuat utk mama dan papa. tabahkan hati ye lya. InsyaAllah Asya akan sihat. Amin~~

Aisy Nasiha said...

aala, kesiannya lya dan asya..
semoga korang berdua akn sentiasa sihat dan ceria selepas ni ok..
sian tgk anak2 kecil sakit...
akak pun rasa sedih sama2..

AnneRaini said...

Sabarlah lya. semua kejadian ada hikmahnya. harap2 tiada berita buruk utk asya.

Allene said...

insyaallah Lya... everything ok. itu cuma tanggapan awal... bnyk2 berdoa ye... doa kami sentiasa untuk awak dan asya...

Allene said...

insyaallah Lya... everything ok. itu cuma tanggapan awal... bnyk2 berdoa ye... doa kami sentiasa untuk awak dan asya...

Ema Blog said...

sian asya... sungguh tabah dan kuat semangat anak Lya ni...

:: Mrs.Eady :: said...

semoga semua nyer kembalio seperti biase,amin!~

sal ya said...

insyaAllah. kita berdoalah agar Allah permudahkan segala2nya.

syawalsimpsons said...

sabar la lya dengan dugaan ni..allah tu maha mengetahui yang lya seorang hambaNYA yang kuat untuk hadapi ujian seberat ni...kalo sue, sue pon tak boleh bayangkan sue berada di tempat lya, boleh ke sue sekuat lya...kiter sama2 doa la yang perkhabaran seterusnyer perkhabaran yang baik utk semua...sue ada untuk lya...sentiasa mendengar...pepehal bgtau sue ye...nnt kiter keep in touch K...

Mrs Lurve said...

lya, kuatkan hati...jgn cpt putus asa. Sama2 kita berdoa mohon perlindungan dari Allah agar xde pe2 yg berlaku pd asya..

sueshe said...

semoga semenye baik2 belaka.. in shaa allah asya anak yg kuat semangat cam mama dia gak..hope brite yg akan disampaikan doc xbetul..mmg sedih bile tgk anak sakit..lg2 kena cucuk camtu... hmm.. semoga kamu satu family dilindungi Allah s.w.t..amin

Lya Colours said...

semoga Allah permudahkan segalanya, agar asya di beri kesihatan yang baik. insyaAllah

Lynda Che Lah said...

bertabah ye Lya..Allah bersama kamoo..Doa Lynda..semoga segalanya beransur baik dan dipermudahkan setiap urusan :)

Nafira usof said...

Ya Allah.. besarnye dugaan Lya dan Asya.. tabah k~

Zura doakan Asya di jauhkan dari segala penyakit yang merbahaya.. Amin.

Lya pon jaga diri k~

Jue a.k.a Ibu 2F said...

Ya ALLAH kau lindungilah anak kecik ini dari penyakit yang berbahaya seperti mana kau lindungi anak2ku..
dan kau berikanlah seribu kekutan buat mama dan papanya menghadapi dugaan ini.kerana aku tahu mama dan papanya orangyang kuat dan kau sayangi..
aminnnn

eima said...

pnuemonia ke asya time tu ...
kesian asya pas ni kena amik puff jgn stop sampai doc suruh benti ...

ieda said...

aunty doakan semoga asya cepat sembuh dan kuat seperti sediakala ye.kuatkan semangat ye syg

lya,bykan bersabar ye.kuatkan semangat,jgn mengalah.insyAllah asya akan cepat kuat bila tengok semangat mamanya

Ina Hashim said...

ya Allah Lya,

beratnya duggan buat Lya...sesungguhnya Lya insan terpilih....hanya DIA yang mengetahui atas ujian2 dan dugaan2 ini....banyak bersabar dan bersyukur atas ujian2 ini yang pasti ada hikmahnya...akak doakan moga Asya sihat seperti sediakala dan jauh dari sebarang penyakit.....Lya pun take care ye

amirah said...

alhamdulillah asya dah ok. moga asya sihat walafiat mcm biasa ye..

Nyue said...

hope asya cepat2 sembuh...risau nyue mbaca kisah akk n asya...

♥MAMASYAZA♥ said...

insyaallah, kita sama2 berdoa, semoga tiada yg serius berlaku pd asya

Zee Suhaini said...

moga sihat selalu pas ni yer asya..

::NureeN:: said...

in shaa ALLAH, doa dr nureen sentiasa mengiringi lya n keluarga.. amin..

asya warded masa hari ngan anak nureen kot lya.. masa CNY ri tue...

http://nureenasir.blogspot.com/2013/02/ellesya-warded.html

LiYa HaNiF :: said...

Ya Allah sedih baca .. moga tabah yer... Ins shaa allah semuanya akan baik ye.. take care yer...

LiYa HaNiF :: said...

Ya Allah sedih baca .. moga tabah yer... Ins shaa allah semuanya akan baik ye.. take care yer...

Kesuma Angsana said...

always doakan yg terbaik for u & anak ye.. tabah terus ye!

are_lin@yu said...

moga asya dan k.lya xda pa2 ya..ayu doakan asya xda penyakit yg srius tu ya..moga akak kuat hadapi dugaan ni..berat mata memandang berat lg bahu yg memikul..

Huda Ahsin 2 said...

Assalamualaikum...

My heart and my doa is with you both...

LydSunshine said...

InsyaAllah Lya. Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba2 ciptaanNya. Sedih sungguh saya baca dalam keadaan asya macam tu, Lya pulak tak sihat. Mesti hancur hati lya sebab tak dpt berada di sisi dia masa dia terlantar di hospital. Walaupun ada nenek dia, tapi takkan sama dgn mama kan?

Deqla manjew said...

tak putus2 ujian buat lya sekeluarga..terbaru ujian buat asya.. ya Allah sedihnya baca.. kesian asya.. kecik2 terpaksa melalui smua nih.. asya sgt kuat sbb tu Allah beri ujian itu.. tabah dan kuatkan hati yer lya...kisah lya nih mmg byk sgt beri pengajaran buat deqla...buat deqla lebih bersyukur dgn apa saja yg diberi Allah.. buat deqla lebih kuat utk menghadapi segala kemungkinan di masa akan datang.. ingat la msh ada yg jauh lebih berat ujiannya dari apa yg kita lalui..kagum sgt dgn kamu dear.. kuatkan semangat ye..

Deqla manjew said...

oh yer.. tak lupa doa buat lya, asya sekeluarga..semoga kalian cpt sembuh..Ya Allah.tunjukkanlah keajaibanMu pd keluarga ini Ya Allah...ubati la segala penyakit mereka.. bahagiakan lah mereka dunia akhirat..amin ya rabbal alamin...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Sian tengok Asya..tak bermaya jer tgk dia...tak sanggup tgk anak sakit...
Moga Asya dijauhkan dari penyakit yg serius...Aunty selalu doakan kesihatan Asya...moga Asya sentiasa sihat & ceria...

Sally Yatiey said...

Semoga asya baik2 sahaja :)

Solehah Shamsuddin said...

Alhamdulillah Asya dah sembuh sekarang. Solehah doakan Asya akan terus hilang sakit yang dialami. Aamine Aamine ya Allah.

Ibu Lala said...

Mudah mudahan asya ok n nothing serius. Asya jena kuat untuk mamanye.

Ibu Lala said...

Doa byk2 ye spy yg x dingini tu tak berlaku.

Riedaffya ibrahim said...

Lya..terharu membaca entri ni...sedih n sebak..bile anak sakit..mmg hati ibu akan luluh apatah lg kite membawanya selama 9 bulan..kuatkan diri lya..sy juga mendoakan kalian berdua sihat sentiasa..

eB said...

hanyer satu yg eB boleh katerkan...
TABAH lah wahai shbt... walopn ianyer sgt pahit utk ditelan... sbb eB tau, ASYA mewarisi kekuatan dirimu...

ps: hanyer mampu mendoakan dari jauh... tc yer... hugs to both (",)

♥cikmOt♥ said...

alahaii...moga asya dijauhkan dari segala penyakit yang merbahaya...asya anak yang kuat

MamaYatie said...

Asya, auntie doakan semoga Allah lindungi Asya dari segala yg tak baik..semoga Asya sentiasa sihat sejahtera..utk Lya, tabahkan hati & kuatkan semangat..Asya need u dear..

mama ila said...

banyak2 bersabar yer..semoga asya sembuh sepenuhnya, diberikan kesihatan yg baik dan dijauhi dari segala penyakit..aminnn

lelamaisara said...

muka asya betul2 nampak tak sihat kan...yg last tu dah nak balik ea tu yg nampak ceria...
alhamdulillah nasib tak ape2

Che Rosliza Che Mat said...

Sedih pulak baca tentang berita Asya nie....Tadi pun Syifa kena sedut dengan gas tue jugak sebab...demam...campur gan kahak...

mama said...

syukur alhamdulillah asya dah pulih semula.. ;) semuga Allah sentiasa berikan asya kesihatan yg baik..amin..

Haryati Faizal said...

semoga asya terus sihat ye...

Azatie said...

salam lya,k.atie doakn semoga Iya & HB tabah.Bykkan berdoa kpd ALLAH semoga Iya sekluarga & Asha sihat & dijauhkn dr pekara2 yg tidak elok.
InshaAllah doa Iya akan Allah makbulkn...Iya perlu tabah demi anak trsyg & suami trcinta.

Yumida Huda said...

moga asya sentiasa sihat juga mamanya n papanya.amin.

Chekgu Azrine said...

serius..menangis akak baca..tak mo cakap panjang2...sedih..semoga asha cepat sembuh ye sis..sama2 kita doakan..

mamaRIFQY said...

YA allah lya ! terkedu baca entry lya ni..serius sedeh nak menanges..lya kene kuat lya! percayalah asya jugak kuat macam mama die...
moga sume yang xbaik pergi jauh2 dari asya! aminnnn

Chic Na said...

apepun yg berlaku harap lya sekeluarga tabah menghadapinya.

eita said...

semoga asya cepat sembuh..
in shaa allah

Zie said...

Ya Allah.. mudahan asya bersih dari sebarang kemungkinan.... dugaan besar ini membuatkan hati benar2 terasa kerdil.... moga lya dan keluarga... tabah menghadapinya.... sungguh kalau diri ini memang tak mampu nak hadapinya dan diri ini tak sekuat lya... moga ada keajaiban untuk anak sekecil ini... aamiin ...

Zie said...

Ya Allah.. mudahan asya bersih dari sebarang kemungkinan.... dugaan besar ini membuatkan hati benar2 terasa kerdil.... moga lya dan keluarga... tabah menghadapinya.... sungguh kalau diri ini memang tak mampu nak hadapinya dan diri ini tak sekuat lya... moga ada keajaiban untuk anak sekecil ini... aamiin ...

el said...

sebak bila bc time dia menangis nak balik tu huhuhu
inshaa Allah kami disini mendoakan asya pya kesihatan yang baik2 ok lya..lya gak take care ok

lieyalatif said...

Ya Allah lya...lieya plak yg rase berdebar2... In sha Allah kite doa yg terbaik tuk asya.... Lya jgn berhenti berdoa key sbb doa ibulah yg paling mustajab....

Cik Nur said...

YaAllah...Moga Engkau lindungi anak kecil ni..!

Sama2 kita doa ye lya.. sedih betul nur tgk dia..

ANIM said...

bersabar dan banyak berdoa lya.
be strong asya..aunty mendoakan kesihatan dan kesembuhan buatmu.
insya-Allah..

Nad MamaZN said...

Ya Allah....
Moga asya tak apa apa...
Risau dibuatnya..

Imah Dinor said...

sedih tgk suma keadaan asya...cepat sembuh sayang...

Cik Aini said...

moga ada keajaiban dr Allah..
x abis2 dugaan demi dugaan dtg..itu tandanya Lia sentiasa diingatanNYA.sabr byk2 ye Lya pasti ada hikmah di sebaliknya..

sedih sgt tgk Asya mcm tu..x tahu nk cakap mcm mn sebab rsnya sy pun x sekuat Lya..

rohayu osman said...

betul tue lya.. setiap ujian pasti ade hikmahnya.. dan setiap ape yg berlaku pasti ade yg tersirat.. mudah2an segalanya dipermudahkan ya.. ayu tahu Lya kuat.. ayu senantiase doakn yg terbaik untuk lya sekeluarga..

Elya Roza said...

kak sabar kk..dugaan semua ni

Mama Adam said...

Semoga tabah..... xdpt byangkan...

salwana nordin @ che'wa said...

semoga asya sihat dr sebarang penyakit..begitu juga dgn mamanya..semoga tabah mengharungi apa jua ujian Allah..

in syaa Allah

Ummi Iman said...

Semoga terus sihat Insyaallah. Amin. Kesian Asya.

Umi Naemah said...

Bykkan bersabar ye lya..In Sha Allah umi doakan semoga doc berikan perkabaran yg baik utk lya sekeluarga...amin...dan umi yakin asya mempunyai semangat yg kuat seperti mama dia...

nn lylyn said...

cian nye..semoga cpt sembuh.. cop ayahnye ni=) muka sama..

Lily@MamaZaraZareef said...

Salam lya..semoga asya baik2 aje ye..asya memang strong girl mcm mamanye juga..

dya bunga said...

semoga asya dijauhkan dri penyakit yg berbahaya..kak lya dan asya mmg seorang yang tabah..

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

ksiannya asya..smoga akak kuat utk jaga dia dan dia akn kuat bila tgk mama dia slalu snyum n kuat..smoga xde pape ye...

nea lopah said...

Sabar yer dear. Akak pun doa kan asya sihat segera.

محمد رازيق said...

moga dipmudahkan urusan asya kak. yang penting akak sudah usaha dan setreusnya berdoa. Inshaallah

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam..
LYA....

Hmmm..cma kuatkan hati baca setiap perenggan.dr satu ke satu perenggan..
sampai ke perenggan terakhir..

speechless...

Lya hambanya yg diuji.sbb tu lya kuat dari kami semua ni..Dan cma tahu LYA, ASYA, FAIN akan sama2 kekal Kuat utk mengharungi dugaan yg maha esa ni..

InsyaAllah.. moga Doa2 kami semua diangkat kelangit..

Lya jg diri & kesihatan..lya sihat, barulah blh jga asya & papa asya .. tak gituuu??

asya... buat muke cebek mcm mne pun ttp comel! hihih...

Allah maha mengetahui..
jgn pernah berpaling dr yg maha esa.. :)


akish ali said...

insyaALlah...asya akan sehat...
momma take care ya....

Puan Kutu said...

tersentuh dengan ayat asya,takpe mama..tak sakit pun.." sebak sy baca..

setiap org diduga dengan macam2 cara.semoga asya dan lya tabah..

sy doakan asya takkan apa2..Insyaallah asya kuat dan semoga Allah pelihara asya

Mrs Velentine said...

alhamdulillah..semoga asya bertambah sihat...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Ya Allah kesianyya asya....wani hrp lya dan suami tabah hadapi dugaan semua ni...asya kuat auntie tau asya kuat....wani doakan asya cpt sihat dan xder penyakit yg serius yer sayang...auntie sayang asya

Yana Libra said...

moga asya sihat dan ceria selalu..moga yg buruk2 dijauhkan..amin~ :)

mama leen said...

as salam..

semoga asya cepat sihat...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

moga asha cepat sembuh dan dijauhi sebarang penyakit bahaya...kkk...banyakkan berdoa dan bersabar yer lia...

noor liyana said...

semoga cepat sihat..:-)

wanie amerie said...

salam lya..sorry lama x jengok sini.
sabar ya lya, Tuhan tahu Lya kuat sbb tu Dia turunkan ujian bermcm2 utk lya..
sy doakan moga lya & ash cpt2 sihat ya seperti biasa..In Sha Allah.

dhiera said...

kesian ye asya... asya good girl! semoga asya diberi kesihatan yang baik. to u too~

N.Aima K said...

sedih tengok wajah Fain.. :( ujian besar utk kamu sekeluarga dear mudah2an semuanya di permudahkan

zety said...

Allahumma yassir wala tuassirr..ya Allah..sembuhkan asya..aaminn

Ena said...

Moga asya dan mamanya kuat hadapi apa jua ujian..

dan moga semuanya kembali pulih.

Amin

Kella said...

macamana dengan keadaan asya sekarang lya? semoga apa sahaja keputusannya adalah yang baik2 sahaja..
jauhkan dari perkara yang tak diingini.. AMin

Arina Shamsul said...

ya Allah terlalu besar ujian demi ujian yang Allah berikan pada kamu dear.kamu sungguh tabah dan kuat sebenarnya.tahniah.

serius mama sedih baca entri ni,apatah lagi bila tengok si comel asya terlantar sakit macam tu.mmg sangat2 menyentuh hati..

moga kamu terus tabah menghadapi setiap ujianNYA dear.amin..

Fiza Rahman said...

Siaanya asya. Ada baca status lya kat FB aritu. Smoga asya diberi kesihatan yg baik.

Si Matatajam said...

Ya Allah bertuahnya Lya punya anak sehebat dan setabah Asya...Moga Asya, Lya & Suami sentiasa dilindungi Allah swt

Norhasikin Muhammad said...

terharu sgt baca..sy faham perasaa sgt persaan lya..sb sblm ni anak sy pun warded dan tidak dpt berjalan selama 6 bulan..pelbagai andaian doktor yg sy terima...hati luluh dan setiap hari sy menangis...tapi semua tu ujian Allah...Alhamdulillah berkat usaha sy dan suami yg tak putus2 berubat abang long serta doa semua..akhirnya abang long kembali berjalan secara normal...
sabar lah lya...insyaAllah asya ok..

9n0L4 said...

siannye. aritu nmpk fain kat bank tu, makin kecik je tgk.