Wednesday, February 6, 2013

KISAH HIDUP KITA : Sejarah Hitam Bermula....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Disaat ini semuanya bermula... semua penderitaan hidup bermula.. Yang memusnahkan segala impian hidup, cita-cita & CINTA saya pada saat itu.. Yang melemahkan diri untuk terus hidup..

Di saat-saat sejarah hitam bermula:-

2003
Pada waktu ini.... saya berumur 18 tahun.. Masa yang patut saya merasai nikmat seorang remaja.. Waktu untuk saya gembira seperti kawan2 saya.. Semasa mnunggu result SPM keluar... abg saya hantar saya belajar Pengurusan Komputer di PTPL Shah Alam. Tapi saya x sempat menamatkannya.. Kerana SATU PERISTIWA itu.. Yang memusnahkan segala kehidupan saya.. Akibatnya, saya mengalami demam yang teruk.. Akhirnya dimasukkan ke Hospital Klang.. Agak lama terlantar.. Sebulan lebih... Dan akhirnya, mama mohon pertukaran hospital ke Hospital Besar Kuala Terengganu.. Pada saat ini.. Seluruh tubuh saya lemah.. Dan akhirnya satu2 persatu fungsi badan saya hilang.. Saya mula diserang sawan pada saat ini.. Akibat serangan yang kuat & kerap... akhirnya saya lumpuh.. Pada asalnya saya hanya lumpuh separuh badan.. Tapi secara perlahan-lahan memakan diri.. Merebak hingga ke tangan.. Iyer... saya lumpuh seluruh badan.. Akhirnya doktor putuskan utk buat LP (ambil air tulang belakang),, MRI dan pelbagai lagi ujian.

Akhirnya semuanya terjawab.. Saya disahkan mengidap penyakit saraf iaitu Transfer Myletis (melibatkan sel darah putih).. Selain itu, saya disahkan berlaku jangkitan kuman di otak iaitu Enchephelitis yang menyebabkan serangan Epilepsi.. Puncanya sama ada semasa proses pembedahan ketumbuhan dulu (2000) @ dihempap kayu(2001) @ kemalangan dulu (2002).. Semuanya bpunca dari kejadian yang bertimpa-timpa ni.. Makin lama antibodi saya makin lemah..Penglihatan saya makin kabur.. Lama-kelamaan mata kanan x mampu melihat..Kelopak mata terpaksa ditutup dengan kapas takut jangkitan kuman.. Dan xlama selepas itu... Sekali lg saya diuji, apabila pada suatu pagi.. Ketika bercakap... tiada getaran suara y keluar.

Sekali lagi saya dirujukkan pada Pakar ENT.. Hasilnya anak tekak saya lemah, xtkatup n bgetar.. Semuanya serangan penyakit saraf tu.. Saya memang terlalu derita saat itu.. Terasa hidup hancur.. Saya x nmpak kebahagian di depan mata.. Jantung saya pula makin teruk dari dulu.. Kalaula saya tau,, saya xkan aktif masa sekolah .. Saya ingat masalah jantung saya tu hanya biasa2.. Xkan bg effect utk masa depan.. Rupa2nya,, bila dah terlalu aktif n buat kerja kuat ianya akan membawa kesan y buruk pada jantung..

Pada saat ini saya terlalu sunyi... Tiada apa y mampu saya buat.. saya nak bcakap xboleh.. nak membaca x boleh.. Serba serbi tak boleh.. Saya betul2 putus harapan.. Hingga akhirnya, saya cuba mencari kekuatan diri.. Saya x salahkan takdir.. Saya cuba utk mulakan hidup dlm keadaan yang paling sukar. Saya bermula kehidupan dari "kosong".

Dan... bermulakan kebangkitan hidup saya.. From ZERO TO HERO ! Bagaimana saya bangun dari kejatuhan? Bagaimana saya bangkit dengan semangat baru ???? 

------------------------------------------------------------

Sebenarnya ini adalah entri yang terperap di draft . Mengikut tarikh draft, entri ini ditaip pada 28.10.2010. Pada mulanya, saya ingat nak delete entri ni. Bila saya baca balik, saya menitis air mata & terus teringat peristiwa ni. Entri tahun 2009-2011 banyak kisah-kisah sedih sebab banyak tercoret kisah perjuangan saya melawan penyakit & kisah-kisah saya di wad. Dan, rasanya tak salah saya berkongsi pengalaman hidup ni dengan kawan-kawan. Setiap coretan tentang penyakit & ujian yang menimpa kehidupan saya bukanlah untuk meminta simpati. Ianya hanya sebuah catatan perjalanan saya. Saya nak asya baca kisah saya & asya memang perlu tahu tentang perjuangan mamanya ini. Sungguh, walau selalu tengok saya tersenyum.. Selalu nampak saya happy, tapi disebaliknya tersimpan satu beban yang terlalu besar untuk dihadapi. Insyallah, saya akan buat sambungan entri ni. Macamana saya bangkit & akhirnya saya menikmati kehidupan hari ini.  Dari seorang lumpuh, hilang penglihatan & tidak mampu bercakap....... hingga apa yang anda semua lihat hari ni..Bukan perkara yang mudah untuk harunginya, semuanya hanya dengan kuasa Allah Swt & Keajaiban dari-Nya. Saya rasa bagaikan mimpi.... apatah lagi setelah dikurniakan anak. Sesuatu yang paling tidak dijangkakan, sebab sejak awal lagi dah tahu saya tak boleh mengandung. Sejak Fain melamar saya, Fain dah sedia maklum yang saya tak boleh mengandung. Saya ingat saya hanya akan berdua dengan papa asya selamanya. Tapi setelah 2 tahun, selepas keluar ICU, tuhan hadirkan keajaiban dalam hidup kami suamisteri. Dalam rahim saya ada satu nyawa... memang kehadiarannya agak mengejutkan. Tapi inilah yang dinamakan kekuasaan Ilahi. Dan paling menakjubkan, asya sangat kuat survive untuk menemui mamanya. Tahukah sayang mama, saat pertama mama sedar dari koma yang panjang adalah setelah mama menerima tendangan asya dari dalam perut. Terima kasih Allah. Amin.


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

88 comments:

Cik Nur said...

Sebak nur baca...
kisah Lya ni dapat bgai semangat pada mereka yg down di luar sana tau...

moga Lya sekeluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu ...Amin..!

Nurul Ain Zulkarnaind said...

kuasa Allah.. terkedu yong membaca nya

semoga sihat2 saja ya..

Nad MamaZN said...

ya Allah lya...
lya memang seorang yg tabah
sentiasa bersangka baik dgn Allah
in shaa Allah ada hikmah di sebalik segala yg terjadi
asya mungkin...hikmah yg diberi disebalik sume tu

terus tabah k!
sangat berbangga dpt kenal dgn lya

Chic Na said...

syukur lya. besarnya kuasa Allah. ;)

Makbed Journal said...

Sambung la lagi...

MEmang nak baca.

NIA SI DRUMSTICK said...

Ya Allah..kuatnya lya hadapi semua ni..kuasa Allah..xsiapa dpt jgka kan..
Semoga lya lbih tbh lepas ni..

Solehah Shamsuddin said...

Kak, solehah pn tbe2 habis feeling ni. Subhanallah, akak memang seorang yang tabah yg dapat melawan semua sakit akak. Solehah rs bertuah dapat kenal akak kerana melalui cerita2 akak ni, solehah dpt knl bagaimana penderitaan ssorg yg mengalami sakit yg kemungkinan solehah sendiri tak mampu utk menanggungnya. Akak, semoga kehidupan akak baik2 saja disisi famili akak. Solehah doakan semuanya dlm keadaan baik2.

Marya Yusof said...

As salam Lya Afrina,

Akak jarang bertandang ke sini... Tapi ntah bagaimana harini tergerak utk singgah (walaupun tgh pening lalat) & baca cerita yg penuh dgn inspirasi ini! Teruskan berkongsi ya dik! Akak tunggu cerita seterusnya :))

LiLy @ MaMaQiStInA said...

DIA maha berkuasa...
Sungguh besar dugaan Lya hadapi..
moga Lya terus tabah & kuat..
sesungguhnye Asya anugerah terindah buat Lya sekeluarga..

lala kidswear said...

Salam perkenalan.
Persinggahan yg sgt bermakna di sini.kami sekeluarga juga ade adik epilepsy. Smoga mama asya terus kuat ye :)

RedRose said...

Been there, but never had experience coma.
Seriously sis, I know how it feel bila kita seperti diberi nafas baru dlm hidup.
it makes me wanna appreciate every single thing yg berlaku in my life.
semoga kita semakin percaya pd kuasa yg maha agung. Insya Allah.

Cinta Misteri said...

Moga Lya tetap terus tabah mengharungi liku2 hidup. Kamu sangat kuat Lya, dugaan yg kamu tanggung sangat hebat.

Allah tahu apa yg terbaik utk kamu, dan kamu berjaya melalui perancanganNya.

Semoga sentiasa sihat utk Asya :)

norhidana miswan said...

akak tau dugaan bt Lya lebih besar lg dr apa yg akak hadapi, drpd keadaan Lya yg teruk akhir atas usaha doctor2 n diri sndiri, serta kekuatan Lya alhamdulillah skrg Lya dh kuat mcm org lain yg sht...

mamalieyna said...

Huu...pagi2 dah buat eina sebak la lya.. bergenang air mata tiba2x..

memang lya seorang yg kuat, berjaya harungi semua dugaan besar tu.. Alhamdulillah lya berjaya dan moga terus dibekalkan kekuatan utk mengharungi liku2 kehidupan ni..Asya adalah sebahagian dari kisah kebangkitan lya, syukur, Lya insan terpilih~ ^_^

Nurulhuda Abdul Latip said...

Lya memang sangat2 tabah. Hanya orang tertentu je dipilih Tuhan untuk menerima dugaan2 seperti Lya. Moga Lya terus kuat dan positif menuju masa depan.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Kisah Mama Asya ni banyak bagi inspirasi kat orang yang membaca ....takkan pernah putus asa untuk menjadi lebih baik dan sentiasa menghargai hidup bersama org yang tersayang :) ....Semoga Kebahagiaan itu terus menjadi milik Mama Asya ....

rohayu osman said...

jgn lupa ya sambung entri ni... ayu pun sedih bace... agar kekuatan lya tue jadi sumber inspirasi ayu jugak... dlm ayu bersedih mcm nie.. ada yg lebih sedih dr ayu kan... beginilah perjalanan hidup didunia... ape pun lya sgt tabah.. doakan ayu setabah lya ya...

wan nurul hezrina abd halim said...

dlm kesabaran lya menentang pnyakit dn sentiasa sabar...Allah bg hadiah asya sbg pengganti semua kesakitan.Allah maha adil dan maha mengatahui..tiada apapun yg mustahil terjadi dengan izin Allah..doktor..hanya manusia mbca kehidupan di atas satu teori lalu dicatat di kertas tapi hanya Allah maha berkuasa..yakinlah Allah akan selalu membantu kita..

umi alya said...

besarnya dugaan Lya

Deqla manjew said...

terlalu muda yer lya masa tu.. menerima dugaan sebegini hebat..lg2 di usia remaja.. sebak baca.. alhamdulillah, lya publish gak story ni utk tatapan pembaca.. at least, terluah segala isi hati... moga lya tabah dan trs tabah menghadapi hari2 mendtg.. cuma 1 yg perlu lya ingat, Allah menguji hambaNya krn Allah tahu hambaNya kuat utk melalui dugaanNya.. dan pastinya ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.. percaya pd qada' dan qadar..

::NureeN:: said...

nureen tak tau mcm mana nak bg tau lya, betapa sebak n tersentuhnya hati nureen bila baca n3-n3 lya.. mmg lya sgt2 tabah n kuat..
asya, hadirmu membawa sinar n harapan yg sgt berharga..
dr jauh nureen doakan, moga lya diberikan kesihatan & kebahagiaan yg berpanjangan.. AMIN...

syawalsimpsons said...

hela nafas panjang sue bila sue baca entry ni..mmmm...lya sangat2 kuat N tabah harungi semua ni

Ummi Iman said...

Mmg luar biasa kisah hidup lya. Bukti keagungan Allah. Apa yg ditarik dan apa yg diberi. Mcm tak percaya. Kisah lya boleh bg motivasi pada yg lain agar tidak menyerah kalah dalam hidup.

Siti Asiah said...

tak sabar nak bace sambungan cerita Lya ni lagi....:)

Fifi Nadhrah said...

tak sabar nak tunggu sambungan.. subhanallah.. kuase Allah kan.. akak memang tabah..

are_lin@yu said...

subhanallah..semuanya atas kebesaran Allah..semoga k.lya terus kuat ya..

LydSunshine said...

Kagumnya saya. Kejatuhan yang Lya alami dulu memang teruk. Sampai lumpuh seluruh badan. Bercakap pun tak boleh. mata pun tak nampak. Mmg Lya ni kuat orgnya. Nampak dlm gmbr lembut. Tapi kuat semangat. Dan asya pun sekuat Lya la rasanya. Kalo tidak, masakan dia boleh survive kan
?

lieyalatif said...

ya Allah..besar kuasa Allah...sekejap die tarik kenikmatan dan dgn kuasenye jugak die beri balik kenikmatan dunia....lya bertuah...umpama mati hidup semula....asya diberi sebagai pelengkap cinta lya dan fain....

serius lya, dari dulu bile tau kisah lya mmg lieya kagum sangat2 .... in sha Allah moga2 lya sentiasa sihat dan bahagia dalam kehidupan seharian yeak....moga sinar bahagia sentiase semarak dlm kehidupan lya....

lieyalatif said...

ya Allah..besar kuasa Allah...sekejap die tarik kenikmatan dan dgn kuasenye jugak die beri balik kenikmatan dunia....lya bertuah...umpama mati hidup semula....asya diberi sebagai pelengkap cinta lya dan fain....

serius lya, dari dulu bile tau kisah lya mmg lieya kagum sangat2 .... in sha Allah moga2 lya sentiasa sihat dan bahagia dalam kehidupan seharian yeak....moga sinar bahagia sentiase semarak dlm kehidupan lya....

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

apa kabar lya? maaf sy lama x jengah blog lya disbbkan kurang berblog dh sekarang..


menitis air mata bc entri lya ni..dugaan lya terlalu berat..tp lya mmg seorg yg kuat dan tabah hingga mampu menempuhnya..entri lya membuatkan sy utk belajar lebih bersyukur dgn kehidupan..tq krn menyedarkan sy :)

el said...

Kuasa Allah..
harap dikongsikan lagi pengalaman dan perjalanan hidup lya
ini adalah sumber semangat pada yg lain2 :)

el said...

Allahuakbar subhanallah..semuanya dtg dr Dia

harap dikongsikan perjalanan dan ketabahan lya ketika menseruskan kehidupan..ini adalah sumber semangat pd yg lelain

tc xoxo

Nyue said...

menitis air mata nyue bc kisah hidup akk...bangga dengan kekuatan yg ada pada diri akk, dgn family & suami akk..mereka semua cukup tabah.. yg paling penting itu semua sudah tentuan Allah swt kps hambanya...

insyallah..asya jadi anak yg tabah seperti ibunya...

adarnadzmie said...

tersentuh hati akak bila membaca liku2 kehidupan lyfrina selama ni...memang lyfrina seorang yang kuat dan tabah menghadapi segala penyakit...

Asya pulak pemberian yang amat bermakna buat lyfrina dan suami...

semoga kehidupan akan datang akan terus bersinar buat keluarga lyfrina...aminnn

eili suhylie said...

SubhanAllah...

mama_umar_maryam said...

Allahukabar..subhanallah Lya..mmg sgt2 sebak bace..insan terpilih Lya ni..semoga semakin kuat & tabah dlm hidup dear

Nens Collection said...

berlinang air mata nens lya..kuat btol ujian buat lya..Allah sygkan lya sbb tu die uji lya..semoga nens pon kuat jika diuji sebegitu,,aminnn

amirah said...

kuasa Allah..Allahuakbar...semoga lya sihat sihat saje lepas ni ye. nak tengok asya kawen nanti... : )

fazilzura said...

waaaaa sob sob .. syahdu nye baca..

emm mmg perlu menulis dlm blog, supaya anak2 leh membaca pengorbanan yg mama nye pernah lalui ..

apa yg berlaku kalau DIA x benarkan maka xtrjadi la.. TAPi kalau DIA berkehendakkan nya... bile2 pun akan berlaku

Qhaifa Nur said...

besar sungguh dugaan hidup LYA...
tapi ALLAh maha mengetahui...diberi sinar kebahagian yang amat bererti dalam hidup LYA dan suami...akak doakan semoga LYA diberi kesihatan yang baik dan semangat untuk menempuh dugaan ini...

Lynn said...

Subahanallah...

Mrs Lurve said...

sy baca entry nie sebijik demi sebijik ayatnya..tiba2 rasa meremang bulu roma hatta terus bergenang air mata, tabah sungguh lya hadapi nie semua..moga asya bila besar nti mampu membalas segala perit jerit mamanya..kasih syg hingga ke syurga

Rai Ourkizuna said...

tabahnya liya..tabahnya asya.. insya allah kisah liya akan jadi panduan utk semua orang.. walau pun seberat mana pun ujian dan cabaran, kita akan dapat atasinya dengan sokongan dari orang orang yang kita sayang dan sayangkan diri kita kan..

good luck liya..semoga bertambah sihat di masa akan datang..

nik ros said...

sebak bila baca.kuasa Allah mengatasi segalnya kan.moga terus kuat yea :)

ieda immi said...

alhamdulillah lya tabah
dan ketabahan lya itulah cahaya kebahagiaan buat asya ! .. ;)

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

semoga n3² lya dpt jd pembakar semangat kitorang kat sini n sana..
lya mmg sorang yg kuat semangat..

intanfirdaus247 said...

2003 18 tahun ya? adik la ni...kak intan 2003 dah 24 tahun dah..sekarang dah 34 tahun kalau uikut tahun..:)

semoga lya terus sihat dan kak intan doakan yg terbaik untuk lya sekeluarga...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

kuasa Allah
semoga mama asya lebih kuat mengharungi semua dugaan

Mrs Velentine said...

Ya Allah besarnya dugaan dalanm hidup Lya..Sebak MV baca..ya moga entry jadi pedoman buat asya...

ieda said...

Sedihnya baca ni lya.
lya memang seorang yang tabah menghadapi segala ujianNya.

Allah berikan kita ujian sebab Allah nak berikan kita sesuatu yang lebih berharga ;)

aTieYusof Family said...

Ya Allah besar nya dugaan hidup awak kan.. Sebak baca n3 ni.. sesungguhnya ALLAh maha berkuasa.. Allah memilih awak utk diuji...Allah telah mengatur segala2 nya.. kehadiran Asya mmg anugerah terindah..Alhamdulillah..!
semoga terus tabah...

BlueiceButterfly said...

tersentuh baca entry nie..awk mmg kuat..menanti sambungan kisah :)

xila dot said...

Allah Maha Besar...Ya Allah ini menjadi cth semngat utk mereka2 yg putus harapan..yg penting kita kena yakin dan percaya dgn redha Nya...

Nafira usof said...

Syukur.. Lya memang seoarang yang tabah..

teruskan berkongsi pengalaman Ly yer.. bukan sahaja untuk tatapan asya.. malah pengalaman Lya nih mampu memberi semangat kepada insan lain jugak..:)mudah-mudahan kan~

Che Rosliza Che Mat said...

Lya seorng yg kuat dan juga tabah...

Haryati Faizal said...

sedih baca entry ni, yati dh baca entry lya yg lama2 dulu sbb nak tau lya sakit pe... mang sedih sgt, dan rase cam tak percaya sebab lya bley bertahan sampai sekarang...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

lia seorang wanita yang kuat semangatnyer saya kagum....

eima said...

aku mmg tak boleh nk baca entry ko dear selalu je aku akan sgt sedih .. dan sangat bangga ngan ko dear ... aku percaya kuasa Allah...
semoga ko sentiasa sihat

nadia said...

kak lya, nadia percayaaaa, asya mestiiiiiii sekuat mama dia! nadia percya, mestiiii dia akan jadi seorang anak yang solehah. nadia doakan yang terbaik untuk akak ye. :))

Kesuma Angsana said...

KA sangat2 kagum dgn semangat & ketabahan lya.. doakan terus yg terbaik for u ye dear

CeqGu said...

Sedih cikgu baca entry ni.besar sungguh dugaannya.kagum mama asya tabah hadapi ujian ni. Moga cikgu pun setabah mama asya.....kuasa. allah mengatasi segalanya

Imah Dinor said...

besarnya kuasa allah...lya sgt kuat boleh menerima dugaan allah hingga dpt menikmati hari2 bsama satu2nya anak n suami...semoga lya sentiasa bahagia d samping family...
p/s terima kasih lya...hadiah dr lya imah baru terima td...cantik sgt hadiah tu...

diana said...

hebatnya kuasa Allah..

Naemah Abdul Malek said...

kagum umi dgn semangat lya utk meneruskan hidup...umi doakan lya sentiasa diberi kesihatan yg baik utk terus menempuh hidup bersama keluarga tercinta...amin (",)

ANIM said...

mungkin dapat dijadikan panduan oleh mereka di luar sana yang mengalami nasib serupa...
sentiasa ingat, kita ada Allah...DIAlah yang merencanakan semuanya..
mintalah padaNya, sujudlah padanNya...berbahagialah asya punya mama yang tabah dan kuat hatinya.

Chekgu Azrine said...

besarnya kuasa Allah..syukur sgt tgok sis sihat skg...

Huda Ahsin 2 said...

Di sebalik setiap wajah manusia, tersimpan berbagai cerita. Ada gembira, ada duka. Ada kegagalan, ada kejayaan...

Allah Maha Berkuasa, Maha Penyayang...

Alhamdulillah... Semoga Lya dan Asha terus kuat dan sihat menjalani hidup Insyaa Allah...

mrs kayrul said...

kagum dengan semangat Lya untuk terus berjuang dari zero to heroin...

lelamaisara said...

kuasa ilahi...Ya Allah besarnya kuasa mu....Lya sya ngais baca n3 kamu....semoga Allah berikan kamu kesihatan yg baik LYa...:)

Cho Zila said...

setiap kali baca entri Lya akak rasa kerdil. betapa Lya kuat menghadapinya sedangkan akak dugaan kecikpun sangat lemah.. moga entri2 dari lya membangkitkan semangat akak kala menempuh dugaaan...
asha memang anak ajaib, semoga dia menjadi anak yang solehah. melihatkan senyum Lya macam tak percaya yang suatu hari dulu Lya pernah koma, pernah lumpuh... kuasa Allah mengatasi segalanya...

maszmadi said...

SUBHANALLAH

Yumida Huda said...

tabahnya sis..moga kami juga jadi setabah sis..sy doakan moga sis sekeluarga sentiasa bahagia, sihat n diredhai olehNya

fantaghiro ms said...

sebak baca entry ni. Allah Maha Berkuasa. Moga Lya sentiasa kuat..sentiasa berbahagia di samping family tersayang.

rohayu osman said...

lya... sambung ya entri nie... agar boleh jadi inspirasi untuk ayu terus tabah macam lya.... dlm ayu tgh bersedih.. rupenya ade lagi yg lebih besar dugaan nya.... doakan ayu setabah lya ya...

nabila azmi said...

akak...sebak bc entry nih...=.=
Kuasa Allah mmg besar kan kak...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
lya mmg seorg yg kuat..jika cma sendiri berada kt tmpt lya, blm tentu cma sekuat lya..
alhamdulillah...lya mmg strong! :)

buat cma sama2 rasa strong utk teruskan hidup ni..

doa cma supaya lya mendapat kebahagiaan yg berpanjangan dr allah yg maha esa..

syg lya! :)

D Yatie said...

dear.. semoga lya terus kuat, tabah dan cekal.. sesungguhnya Allah menyayangi lya..

Puan Kutu said...

lya dan asya mmg tabah..semuanya ujian Allah..sy sgt kagum dengan ketabahan lya bangkit dr kegelapan,lya kuat berjuang melawan penyakit..

semoga lya terus diberi kesihatan yg baik..Ameen

LiYa HaNiF :: said...

kita senama "Liya" ..

Itulah dugaan hidup.. Kadang-kadang liya rs liya dah diuji dengan hebat tapi rupanya ada lagi yang lagi hebat.. Semoga Allah melindungi lya & family ye.. ^_~

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Kuasa Allah S.W.T

sebak bc part lya tersedar dr koma saat menerima tendangan asya didalam perut...Subhanallah betapa terbuktinya kebesaran kekuasaan Allah S.W.T...

Mimi Azirah said...

sebak sy baca..semoga awk n fmly terus tabah..sy doakan awk sentiasa sihat

N.Aima K said...

kalau tengok sekarang..orang tak akan tahu kisah silam u hu hu..awak sngt kuat!!

IntaNBerliaN said...

lya sangat2 tabah..!!!

nea lopah said...

segalanya Allah yang tentukan. Semoga terus tabah melalui segala dugaan.

Rosmiza Ali said...

Jangan berhenti berharap kerana kuasa & keajaiban Allah hanya DIA yang tahu. Semoga Lya dikurniakan kesihatan yang semakin baik dan berjaya mengharungi ujian dariNYA dengan penuh redha dan tabah..

Cik Aini said...

kuasa Allah
apa yg boleh Ai cakap..Lya mmg hebat..mmg kuat sbb tu Allah hadiahkan Lya suami & anak yg sgt memahami,sentiasa di sisi selamanya..

bila nk up sambungan entry tu?
x sabar nk baca..

sal-nurbeena said...

lya..akak akan tunggu yg selanjutnya

9n0L4 said...

moge nikmat kesihatan lya arini berpanjangan sampai bile bile. :)