Friday, March 29, 2013

Triple AAA : Pure Marine Collagen Soap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kebelakangan ini, ramai yang mencuba kolagen asli. Saya pun dah lama nak membeli kolagen asli tu, tapi tak terbeli sebab tengok cara penyediaannya yang agak cerewet & perlu diminum , rasa macam susah je nak telan. Dan terbaru, saya dapat tahu dari kawan saya yang menjual produk kolagen terbaru, iaitu Triple AAA : Pure Marine Collagen Soap yang mempunyai kebaikan & khasiat yang sama seperti kolagen asli TETAPI dapat digunakan dengan cara yang lebih mudah hanya dengan membasuh.

✿✿ Kelebihan Pure Marine Collagen: ✿✿

✿ Nilai nutrisi - 10 kali ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (yang berharga lebih kurang RM418 untuk 30gram). Khasiatnya sama seperti sarang burung layang² (yang berharga lebih kurang RM400 untuk 38gram).
✿ 24% kolagen ini bersamaan dengan 2 keping sarang burung layang². Kalsium, 37 kali lebih tinggi hati ikan.
✿ Nilai pH ialah 7.6.
✿ Kandungan iodin yang tinggi untuk menghalang tubuh manusia dari menyerap logam berat berbahaya seperti plumbum yang boleh menyebabkan kanser darah & kanser tulang. 
✿ Mengandungi vitamin dan mineral penting seperti kalsium, magnesium,potassium, Vitamin B6, B12, C, A, Omega 3 dan antioksida.
✿ Kandungan serat yang tinggi bagi memudahkan penghadaman & mengatasi masalah sembelit/buasir.
✿ Sangat Disarankan Untuk Mereka Yang: Mempunyai masalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis dan kegatalan) Mempunyai luka akibat kemalangan/pembedahan untuk mempercepatkan penyembuhan kecederaan. Warga emas, sakit atau uzur kerana ia dapat memulihkan tenaga tubuh. Bagi ibu hamil (4 bulan ke atas), pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang bakal dilahirkan lebih cantik, sihat dan cerah.

Sabun Pure Marine Collagen
dengan khasiat yang sama seperti diatas


kebaikan :

kulit lembut, licin, putih dan menghilangkan jerawat2 pasir yg kat muka dan badan. boleh digunakan sebagai pencuci muka dan badan.


Saya pon teringin nak mencuba sabun kolagen ni..Sebab saya tengok kulit kawan saya yang pakai sabun ni, memang cun+glowing jer. Bagi sesiapa yang ingin mencuba sabun kolagen ni boleh dapatkannya dengan harga RM25.00 termasuk pos (semenanjung malaysia). Kawan saya ada jual produk ni, kalau berminat boleh emailkan collagensoap@gmail.com . 


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, March 28, 2013

Maggi Ketam : Warung Kak Ha Pok Clamp

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dah berminggu gak saya mengidam nak makan maggi ketam ni. Pada asalnya memang plan nak cuba buat sendiri je. Tapi, bayangkan sampai musing ketang saya mencari ketam..  Pah ke sudoh dok dapat-dapat. Mungkin memang bukan musim dia kot. Baru-baru ni masa teman Fain makan kat salah satu tempat makan febret saya+Fain, iaitu Warung Kak Ha Pok Clamp, saje-saje je tanya kot-kot ada megi ketam kat sini. Bagaikan orang lapar dihulurkan makanan... terus order Maggi Ketam . Nak gak test power coz sebelum ni saya pernah cuba makan maggi ketam kat Megi Ketam Bistro, iaitu restoran maggi ketam yang femes kat Kemaman ni. Memang cara memasak & rasanya sikit berbeza dengan apa yang saya makan di Megi Ketam Bistro. Tapi, bagi saya Maggi Ketam Warung Kak Ha Pok Clamp memang sedap la! Serius, sampai licin makan. Tambahan ketam besar penuh semangkuk. Harga ikut berat ketam. Harga yang saya makan ni RM15.00, bagi saya berbaloi sebab ketam ni besar & penuh isi. Sedia maklumla, harga ketam memang mahal kan.. Tak pe lah, sesekali penuhi hasrat HATI.


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, March 27, 2013

Sand Art : Asah Daya Kreativiti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Selain penggunaan pensil warna, water colour dan crayon, "Pasir" adalah salah satu bahan yang boleh digunakan untuk mengasah daya kretiviti anak-anak. Pasir-pasir bewarna mula diperkenalkan sebagai salah satu elemen untuk mengasah daya kreativiti anak-anak. Sekarang , pasir warna banyak dijual di kedai-kedai & ada sesetengah tempat seperti shopping complex yang menyediakan sudut kreatif dimana terdapat rak-rak mangkuk yang mengandungi pelbagai pasir bewarna & pelbagai lukisan yang  berkonsep pelekat untuk menabur pasir-pasir bewarna.

Salah satu tempat yang menyediakan aktiviti ini ialah di Pantai Teluk Chempedak, dibahagian tapak ekspo & permainan. Harga dibayar mengikut saiz lukisan yang diambil. Selain Sand Art, terdapat lagi aktiviti kreatif lain yang disediakan disini. Saiz yang asya ambil ni kali tak silap RM3.00-RM5.00. Ok, jom layan keseronokan asya mengasah daya kreativitinya dengan Sand Art







Yeayyyy !! 
Uncle Yaya...
Inilah hasil kreativiti asya !


Sekian....

Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, March 26, 2013

Bukti Kasih, Cinta Sejati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebagai memenuhi beberapa permintaan sahabat blogger yang tak sempat beli surat khabar Harian Metro bertarikh 22.3.2013 pada Jumaat lepas untuk membaca kisah saya, hari ni saya up entri khas ini & juga sebagai kenangan untuk saya. Terima kasih pada wartawan Harian Metro, akak Siti Zarinah atas artikel ini. Sebenarnya, tahun lepas saya terima komen dari HMetro yang ingin menyiarkan kisah pengorbanan Fain menjaga saya semasa sakit sempena edisi "Pengorbanan Suami Jaga Isteri Sakit". Agak lama saya ambil masa untuk bersetuju, sebab macam-macam perkara yang saya fikir. Dan paling penting persetujuan Fain, sebab ini adalah kisah dia. Setelah dapat nasihat, tak salah berkongsi perkara yang baik untuk dijadikan sebagai pemangkin semangat suami-suami di luar sana. Tapi, perlu saya ingatkan disini.. Fain bukanlah sempurna.. dia hanya manusia biasa.. cuma dalam HATI nya dikurniakan satu sifat yang saya tak faham..tapi.. saya cukup tenang dengannya. Saya tak mampu nak memahami dia, sebagaimana dia memahami saya & asya.. Dan saya akui, saya tak mampu bersabar, sebagaimana dia bersabar dengan saya sejak dulu hingga sekarang. Alhamdulillah, hingga ke saat saya menulis artikel ini, Fain masih sama seperti yang saya kenali dulu.. Mudahan hingga saya menutup mata, dia akan terus disisi saya.

Harian Metro /Jumaat/ 22 March 2013

Perlu diingatkan disini, kisah saya ini bukanlah kisah untuk mencari GLAMOUR. Ini hanyalah sebuah kisah kehidupan, pengorbanan & pengalaman untuk dikongsi. Kehidupan masih berjalan seperti biasa... cuma... ada segelintir orang-orang yang mengenali saya & Fain dan mereka tidak pernah tahu kisah hidup kami, dan bila baca & nampak kisah saya di akhbar...mereka terkedu & terkejut dengan apa yang kami lalui. Kawan-kawan saya kebanyakan tahu saya sakit, sebab saya sakit sejak berusia 15 tahun ( ketumbuhan otak- dah selamat operate pada tahun 2000). Semasa umur 18tahun, saya mulai lumpuh & kebanyakan mereka tak tahu episod kehidupan saya selepas SPM, sebab kebanyakan kawan-kawan saya mengejar cita-cita.. Tapi saya terus bertarung dengan kehidupan. Selain kisah Fain menjaga saya, terdapat lagi 2 kisah SUAMI HEBAT MENJAGA ISTERI MEREKA SAKIT SEHINGGA KINI dalam akhbar sama dengan saya.

Bukti Kasih, Cinta Abadi




Pada yang membaca artikel ni sehingga habis, pasti ada tertanya-tanya.. dimana mama saya semasa saya sakit?? Selama saya berblog, saya tidak pernah menceritakan satu kisah sedih yang terjadi disebaliknya. Memang, sepanjang saya koma waktu mengandungkan asya ... hingga sedar hanya Fain, ibu mertua, anak saudara, kakak & abang saya yang menjaga saya. Mana mama saya?? Sedangkan saya anak bongsunya & sangat manja dengan mama.. Tapi dimana mama??? 

Cerita dari kakak & abang saya dulu :

Abang : " Mama.... alyani ada bawah tu..."
Mama  : " Doh... suruh la dia naik.. bakpe dia dok naik"
Abang : " Mama gi la dekat dia, dia tak leh naik"
Mama  : " Bakpe plok? Orang x bagi naik ke?
Abang : " Mama gi la tengok kat tingkat 2 "
Mama : " Bakpe plok"

**Ketika ini mama duk kat Tingkat 7 (Wad lelaki), sebab jaga abang saya yang barus sedar koma.. tapi masih tak sedar diri. Abang saya seorang engineer yang bekerja di KL. Pengsan tiba-tiba & terus tak sedar diri, duk kat ICU HOSPITAL AMPANG PUTERI agak lama, sebelum mama minta pindah ke HTAA, Kuantan sebab dekat dengan keluarga. Semasa abang saya sakit, saya sempat tengok sekali je... sebelum saya koma. Hari saya koma, adalah hari saya nak tengok abang saya di HTAA, Kuantan.

Bayangkan perasaan mama saya bila tahu anak bongsunya sedang bertarung nyawa di ICU HTAA. Saya tak tahu situasi yang berlaku saat tu sebab saya tak sedar diri.. Tapi saya tahu, mama lah orang yang paling sedih. Sebab sebelum saya menjadi isteri Fain, mama orang paling banyak bekorban & manjaga saya semasa sakit. Abang saya terpaksa beritahu mama akhirnya, sebab masa tu keadaan saya tenat & kritikal. Pada awalnya, abang-abang & kakak saya nak rahsiakan keadaan saya waktu tu.. cuma bila dah tenat, terpaksa beritahu mama. Saya faham dengan tindakan adik beradik saya, sebab mereka tak nak mama saya bertambah susah hati. Bayangkan 2-2 anak sakit dalam hosp yang sama. 

Saya bersyukur kerana dikurniakan insan sekeliling yang amat menjaga & mengambil berat tentang saya.. Abang, kakak saya insan yang banyak bekorban.. Begitu juga dengan ibu mertua saya... dia menjaga saya seperti anaknya. Selepas keluar ICU ke wad biasa, ibu mertua & Fain yang menjaga saya setiap detik. Semasa dalam wad, ibu mertua saya menukar pampers saya, membasuh kencing saya, lap badan saya & segalanya. Begitu dengan Fain, yang sanggup cuti tanpa gaji demi menjaga & ingin berada disisi saya sepanjang saya tenat. Tak lupa kak long saya yang bekerja sebagai cikgu, sanggup cuti tanpa gaji untuk menjaga saya. Dan, anak saudara saya yang ketika itu hanyalah 12tahun terlalu banyak menjaga saya setiap kali masuk wad.. Dia pon selalu menjaga asya bila saya sakit.. jadi sebab tu dia sangat rapat dengan asya hingga sekarang.
pic atas, selepas dipindah dari wad ICU .
Jarum terpacak di leher... sebab tak ada bahagian lain lagi, hanya leher & celah kankang.
Kaki+tangan dah hancur.

Inilah kenangan yang pernah dilalui dalam kehidupan..
Dan kini, saya saya mampu memiliki semula kehidupan berkat dari doa semua.

Ya Allah,
Kau kekalkanlah nikmat kesihatan yang aku miliki hari ini.
Ya Allah,
Kau kekalkanlah nikmat kasih sayang dari insan sekeliling yang aku miliki ini
Ya Allah,
Kau kekalkanlah nikmat kehidupan yang aku miliki hari ini
dan selamanya......

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, March 25, 2013

The Croods

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Yeay !! Setelah berbulan-bulan menanti cerita ni, akhirnya boleh gak tengok. Bayangkan, dari tahun lepas tunggu.. Sampai dah tak tahu camner nak menjawab dengan asya ni. Saya sendiri pon memag sejak dulu minat filem animasi camni. Kalo nak tahu, saya siap buat list filem animasi + tarikh tayangan sepanjang tahun. Cuma saya tak pasti semua filem tu tayang kat Malaysia ke tak.


So, hari Jumaat lepas (22.3.2013) tercapailah hasrat asya nak tengok movie "The Croods". Pada asalnya plan nak tengok movie waktu tayangan 3pm. Tapi rasa cam rushing sangat, dengan solat Jumaatnya. Akhirnya, pilih movie pukul 5pm. Kul 3pm bertolak dari rumah ke TGV Mesra Mall Kerteh. Sampai sana, 3x pusing gak cari parking. Masuk je, tuju ke kaunter tiket dulu takut tak sempat. Memangdangkan ada dalam 1/2 jam lagi sebelum tayangan. Sempat la window2 shopping kejap.


Sinopsis The Croods 
"The Croods" ialah sebuah filem animasi dari Dreamworks Animation. Latar belakang filem ini ialah zaman prasejarah. Kedudukkan seorang lelaki sebagai Ketua Pemburu dicabar kehadiran seorang genius dan ciptaannya yang menakjubkan seperti api. Hidup di gunung berapi sudah cukup sukar , tetapi orang zaman batu Grug (Nicholas Cage) akan menghadapi cabaran yang lebih sukar apabila satu gempa bumi memaksanya meninggalkan dunia yang dikenali. Dia keluar mencari rumah baru di dunia yang tidak stabil bersama keluarganya. Situasi menjadi lebih huru-hara apabila anak perempuannya Grug, Eep (Emma Stone), jatuh cinta dengan seorang pengembara (Ryan Reynolds). Misi pengembara tersebut untuk mencari masa depan tidak disukai Grug yang bergantung kepada tradisi silam.



KOMEN SAYA :
Saya bagi 4 1/2 bintang. Sebab asya memang cerah mata je sepanjang movie ni. Memang movie ni menghiburkan & agak kelakar. Ada part-part lucu tu, riuh se-panggung ketawa. Dan animasi dia pon cantik, colourful. Movie ni penuh dengan ikatan kekeluarga & tentang penghijrahan dari zaman batu ke dunia baru. Sebagai mengisi salah satu xtvt musim cuti sekolah anak-anak, sesuai sangat la ibubapa bawa anak-anak tengok movie ni untuk release tension . Keseluruhannya, cerita ni dari awal hingga ke ending memang tak membosankan , malah amat menghiburkan dan ada part2 sedih jugak.


So ape lagi...
Meh bawak anak-anak, adik-adik, awek-awek, kawan tengok movie ni.
Memang tak rugi..

Tu dia... awal-awal dah gi tau nak tengok cerita ni...
Coming soon, ada 3 kartun animasi.. Saya paling eksited nak tengok EPIC.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, March 22, 2013

P.E.R.S.I.N.G.G.A.H.A.N : Pantai Teluk Cempedak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Happy weekend untuk orang ganu & kedoh . Rasa sangat enjoy minggu ni, sebab boleh berehat sepenuhnya. Plan arini nak bawak asya tengok wayang citer "The Croods". Yela, dah berbulan menunggu citer ni. Esspecially asya, letih mak nak jawapnyer hari-hari duk tanya bila nak tengok citer "The keruk" .

Kan, baru nak start enjin untuk berblog, nak tak nak kena gigih gak buat entri untuk esok (hari Jumaat). Memang tak tahu nak update pasal ape, sebab pic banyak kat laptop lain. So, penyelamatnya, guna je gambar yang dah simpan kat draft tapi tak update-update citernya. Citer ni rasanya bulan Januari aritu, balik window-window shopping kat Kuantan biasa akan cari tempat PERSINGGAHAN untuk mandikan asya. Kali ni singgah kat Pantai Teluk Chempedak. Lepas dah siap mandikan dia, mestilah ambik angin dulu. Tapi masa ni ombak memang kuat sangat. Entri saya biasalh, penyerinya mestilah "baby ajaib" saya. 

Januari 2013
@
Pantai Teluk Chempedak, Kuantan

Baby ajaib mama yang makin membesar

Orang jarang dapat main pasir... 
Bila boleh sentuh jakun kemain

Oitttt.. saper ajar tu???
babap kan !

tuu.....
asya tunjuk ape tu? nampak pok we ensem ya?

Lepas lepak tepi pantai, teruskan xtvt dengan melawat kawasan

haha.. tengok la baby ajaib mama ni
Habit gentel telinga tu xleh lepas

Lepas tu siggah kat restoran kat pantai ni. Tak ingat la nama restorannya.
 Isi perut dulu sebelum balik

ohh !! Jangan marah ye. Asya mane reti nak boikot2 ni. Kalo dia kata nak.. semuanya nak. 
Kat TC ni ada McD, awal-awal sampai dia dah gtau nak makan ice cream sundae McD.

Dah, budak kecik.. kan tak bagi nangis plop. Tapi, saya memang kurang beli kat McD. Memang dari dulu percaya tak, saya makan McD tak sampai 10x pon. Sebab saya pon tak tahu nape? Memang dari dulu kurang . Fain lagi la.. dia kurang suka makanan segera gni.. Suka lauk orang-orang kampung.

Sebelum balik, sempat la singgah kat tapak ekspo kat sini.
Ada la sangkut dress selai. Dress oren yang saya pernah pakai sebelum ni ha!

Dan asya... mula berpinar mata dah..

UPDATE 12.17 pm
Baru tahu kisah saya masuk paper Harian Metro arini (22.03.2013)..
Maybe ada inform melalui emel, tapi saya tak buka emel..
Itu pon, kawan tag pic ni kat FB & terima calling & sms...
Edisi pengorbanan suami jaga isteri sakit

H.A.P.P.Y  W.E.E.K.E.N.D

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, March 21, 2013

Thank You

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aiii, lame bebenor tak buka blog. Nak menaip ni pon, tekan-padam-tekan-padam. Blur.. Alhamdulillah, kerja saya beransur selesai. Cuma ada sket-sket je lagi yang boleh dibuat di waktu pejabat, cz bulan 4 ni Cost Quaery. Sekurangnya saya dah lega, kerana fasa tu beransur pergi. Sebab saya memang terasa letih sangat baru-baru ni. Yang satu projek, dah selamat submit Isnin baru2 ni, tu la bersengkang mata. Jadi, 2-3 hari lepas settle, tu memang saya ambik masa untuk merilekskan diri sendiri. Bagi peluang untuk berehat dulu, sebab nak tulis blog ni perlukan daya pemikiran kan. Memandangkan hari ni last day kerja untuk minggu ni, saya mula slow2 berjinak semula dengan blog ni. Sape kate tak rindu woo.. dalam HATI ni menjerit kerinduan. In shaa allah, start next week menyusul la entri & bw seperti selalu. 

Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat GSF yang sudi membuatkan saya entri khas sempena ulangtahun kelahiran baru-baru ni. Sebagai tanda kenangan, saya ingin letakkan ucapan tu kat blog saya, Hadiah terhebat dari kamu semua adalah "DOA" yang tulus ikhlas ;-) . Semoga semua doa ini dimakbulkan. Seandainya, ada entri untuk saya yang saya terlepas pandang, harap maafkan saya & sudi-sudikanlah tinggalkan link tu kat sini ye.

1. Big Boss GSF, Mama Arina

2. MissBanu

3. M


4. Wanieys

5. Cik Rose Cute


6. Abe Jagau..
Yang sweetnyer, siap ada videoclip lagi..
suara abe jagau ke tu?


7. Lelamaisara
http://cutemama-lelamaisara.blogspot.com/2013/03/happy-birthday-lya.html


8. Dya Bunga


9. Deqla
10. Ayu


11. Solehah

 12. Cik Nur
&
tak lupa dari anak sedara saya.
Kebetulan yang sungguh betul, tarikh lahir saya & anak saudara (berbaju hitam) adalah sama. Jadi every year celebrate sama-sama. Citer pasal birth saya pon, rasanya tak update,  xde apa yang special pon. Just biasa-biasa je, makan-makan dan ..... Lagi pon xde ambik gambor sebab kamera tertinggal, pic pon via hp.. Tu malas nak update. hehe.

Happy Weekend
Esok nak bawak asya tenggok wayang citer " The Croods"

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, March 16, 2013

Kenapa Saya Menyepi ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kenapa Saya Menyepi ? 
Sebabnya....
~pic raya 2012~

  1. Selepas asya keluar wad, saya memang mood saya agak merudum. Ntah ? 
  2. Kebetulan, saya tak sihat. 
  3. Bertambah kebetulan, saya terlalu sibuk dengan kerja & kena berikan komitmen yang penuh sebab ini projek besar. Sejak 2 minggu ni, kerja pon balik lewat. Time lunch hour pon saya tak rehat, terus kerja... just berhenti untuk solat je. Dan kerja tu dibawa hingga ke rumah, hingga ke pagi berjaga. Serius saya letih sangat. Hari cuti pon kerja, harus bagi komitmen.. In shaa allah, bila dah submit isnin ni semuanya akan back to normal. 
Disamping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua sahabat yang wish birthday saya & mendoakan yang baik-baik buat saya. Mudahan, doa yang baik-baik itu diperkenankan Allah Swt. Jutaan terima kasih esspecially buat GSF yang buatkan entri khas untuk birthday saya, tapi saya mohon maaf, sebab belum sempat terjah entri tu.. Pada malam birthday saya tu pon, saya kerja sampai ke pagi, kul 12malam, terima sms dari Fain, dapat ucapan sweet dari dia.. Rasa nak ngalir air mata, hilang skejap stress. 

Saya minta maaf, sebab belum sempat bw, ni pon kebetulan saya siap awal kerja malam ni.. saya ambik peluang untuk update blog & bw mana yang sempat. In shaa allah, bila projek ni submit pada isnin ni, saya boleh tarik nafas panjang. Stress & tak cukup rehat telah membuatkan jerawat membiak dengan jayanya di muka.. Takpe-takpe, lepas ni kena la yek! Serius PENAT !

Eyh... hari ini 16 MAC 2013
16 March 2006
saya selamat menjadi tunangan orang itew.....
owh.. rupanya dah 7 tahun berlalu

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)