Tuesday, March 26, 2013

Bukti Kasih, Cinta Sejati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebagai memenuhi beberapa permintaan sahabat blogger yang tak sempat beli surat khabar Harian Metro bertarikh 22.3.2013 pada Jumaat lepas untuk membaca kisah saya, hari ni saya up entri khas ini & juga sebagai kenangan untuk saya. Terima kasih pada wartawan Harian Metro, akak Siti Zarinah atas artikel ini. Sebenarnya, tahun lepas saya terima komen dari HMetro yang ingin menyiarkan kisah pengorbanan Fain menjaga saya semasa sakit sempena edisi "Pengorbanan Suami Jaga Isteri Sakit". Agak lama saya ambil masa untuk bersetuju, sebab macam-macam perkara yang saya fikir. Dan paling penting persetujuan Fain, sebab ini adalah kisah dia. Setelah dapat nasihat, tak salah berkongsi perkara yang baik untuk dijadikan sebagai pemangkin semangat suami-suami di luar sana. Tapi, perlu saya ingatkan disini.. Fain bukanlah sempurna.. dia hanya manusia biasa.. cuma dalam HATI nya dikurniakan satu sifat yang saya tak faham..tapi.. saya cukup tenang dengannya. Saya tak mampu nak memahami dia, sebagaimana dia memahami saya & asya.. Dan saya akui, saya tak mampu bersabar, sebagaimana dia bersabar dengan saya sejak dulu hingga sekarang. Alhamdulillah, hingga ke saat saya menulis artikel ini, Fain masih sama seperti yang saya kenali dulu.. Mudahan hingga saya menutup mata, dia akan terus disisi saya.

Harian Metro /Jumaat/ 22 March 2013

Perlu diingatkan disini, kisah saya ini bukanlah kisah untuk mencari GLAMOUR. Ini hanyalah sebuah kisah kehidupan, pengorbanan & pengalaman untuk dikongsi. Kehidupan masih berjalan seperti biasa... cuma... ada segelintir orang-orang yang mengenali saya & Fain dan mereka tidak pernah tahu kisah hidup kami, dan bila baca & nampak kisah saya di akhbar...mereka terkedu & terkejut dengan apa yang kami lalui. Kawan-kawan saya kebanyakan tahu saya sakit, sebab saya sakit sejak berusia 15 tahun ( ketumbuhan otak- dah selamat operate pada tahun 2000). Semasa umur 18tahun, saya mulai lumpuh & kebanyakan mereka tak tahu episod kehidupan saya selepas SPM, sebab kebanyakan kawan-kawan saya mengejar cita-cita.. Tapi saya terus bertarung dengan kehidupan. Selain kisah Fain menjaga saya, terdapat lagi 2 kisah SUAMI HEBAT MENJAGA ISTERI MEREKA SAKIT SEHINGGA KINI dalam akhbar sama dengan saya.

Bukti Kasih, Cinta Abadi




Pada yang membaca artikel ni sehingga habis, pasti ada tertanya-tanya.. dimana mama saya semasa saya sakit?? Selama saya berblog, saya tidak pernah menceritakan satu kisah sedih yang terjadi disebaliknya. Memang, sepanjang saya koma waktu mengandungkan asya ... hingga sedar hanya Fain, ibu mertua, anak saudara, kakak & abang saya yang menjaga saya. Mana mama saya?? Sedangkan saya anak bongsunya & sangat manja dengan mama.. Tapi dimana mama??? 

Cerita dari kakak & abang saya dulu :

Abang : " Mama.... alyani ada bawah tu..."
Mama  : " Doh... suruh la dia naik.. bakpe dia dok naik"
Abang : " Mama gi la dekat dia, dia tak leh naik"
Mama  : " Bakpe plok? Orang x bagi naik ke?
Abang : " Mama gi la tengok kat tingkat 2 "
Mama : " Bakpe plok"

**Ketika ini mama duk kat Tingkat 7 (Wad lelaki), sebab jaga abang saya yang barus sedar koma.. tapi masih tak sedar diri. Abang saya seorang engineer yang bekerja di KL. Pengsan tiba-tiba & terus tak sedar diri, duk kat ICU HOSPITAL AMPANG PUTERI agak lama, sebelum mama minta pindah ke HTAA, Kuantan sebab dekat dengan keluarga. Semasa abang saya sakit, saya sempat tengok sekali je... sebelum saya koma. Hari saya koma, adalah hari saya nak tengok abang saya di HTAA, Kuantan.

Bayangkan perasaan mama saya bila tahu anak bongsunya sedang bertarung nyawa di ICU HTAA. Saya tak tahu situasi yang berlaku saat tu sebab saya tak sedar diri.. Tapi saya tahu, mama lah orang yang paling sedih. Sebab sebelum saya menjadi isteri Fain, mama orang paling banyak bekorban & manjaga saya semasa sakit. Abang saya terpaksa beritahu mama akhirnya, sebab masa tu keadaan saya tenat & kritikal. Pada awalnya, abang-abang & kakak saya nak rahsiakan keadaan saya waktu tu.. cuma bila dah tenat, terpaksa beritahu mama. Saya faham dengan tindakan adik beradik saya, sebab mereka tak nak mama saya bertambah susah hati. Bayangkan 2-2 anak sakit dalam hosp yang sama. 

Saya bersyukur kerana dikurniakan insan sekeliling yang amat menjaga & mengambil berat tentang saya.. Abang, kakak saya insan yang banyak bekorban.. Begitu juga dengan ibu mertua saya... dia menjaga saya seperti anaknya. Selepas keluar ICU ke wad biasa, ibu mertua & Fain yang menjaga saya setiap detik. Semasa dalam wad, ibu mertua saya menukar pampers saya, membasuh kencing saya, lap badan saya & segalanya. Begitu dengan Fain, yang sanggup cuti tanpa gaji demi menjaga & ingin berada disisi saya sepanjang saya tenat. Tak lupa kak long saya yang bekerja sebagai cikgu, sanggup cuti tanpa gaji untuk menjaga saya. Dan, anak saudara saya yang ketika itu hanyalah 12tahun terlalu banyak menjaga saya setiap kali masuk wad.. Dia pon selalu menjaga asya bila saya sakit.. jadi sebab tu dia sangat rapat dengan asya hingga sekarang.
pic atas, selepas dipindah dari wad ICU .
Jarum terpacak di leher... sebab tak ada bahagian lain lagi, hanya leher & celah kankang.
Kaki+tangan dah hancur.

Inilah kenangan yang pernah dilalui dalam kehidupan..
Dan kini, saya saya mampu memiliki semula kehidupan berkat dari doa semua.

Ya Allah,
Kau kekalkanlah nikmat kesihatan yang aku miliki hari ini.
Ya Allah,
Kau kekalkanlah nikmat kasih sayang dari insan sekeliling yang aku miliki ini
Ya Allah,
Kau kekalkanlah nikmat kehidupan yang aku miliki hari ini
dan selamanya......

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

74 comments:

Chic Na said...

cikna pun terlepas pasal ni. tp lya mmg sgt bertuah dikurniakan suami sebaik Fain. 1 dalam 1000 pun belum tentu jumpa kot.

IntaNBerliaN said...

sampai habis saya baca entry nih... Alhamdulillah... lya sangat2 bertuah dikurniakan suami yang sangat baik macam fain..!! moga lya, fain n asya akan berbahagia hingga ke syurga..

Cik Aini said...

sy mmg x sempat tgk metro..tahu pun dr group watsap GSF kata kisah Lya masuk metro..nak cari dh terlewat so sy baca online je..
kisah yg sama sy selalu baca dr blog Lya..wpun sy dh tahu kisah Lya,tp smp skrg sy still kagum dgn ketabahan & kesabaran yg ada pd Lya..
moga Lya trs bahagia,trs diberi kesihatan yg sempurna tuk menempuh hari tua.amin..amin..

ada sy up besday tuk Lya :)

lelamaisara said...

Semoga Allah merahmati keluarga lya....mengalir air mata sya baca...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul... Semoga lya terus dikurniakan kesihatan yg baik hendak ye.....

izan mama mia said...

tabahnya fain,..mg Allah panjangkan umurnya dan kesihatannya serta cintanya agar kalian terus bahagia bersama untuk asha permata hati yg ajaib

ummi_khalish said...

assalam..lya..semoga diriku sentiasa di bawah rahmat Yang Maha Esa....Amin ya rabb.....

Puan Awin said...

ritu try g kedai, nk beli metro yg ada kisah lya ni...tp dh abis :(

mamalieyna said...

Hu... menngis lagi eina pagi ni.. walupun dh tahu kisahnya, tp stp kli baca mesti sebak..

Moga 2013 dnseterusnya, lya akan terus diberikan kesihatan yg baik.. AMIN...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Kita memang terharu sangat baca kisah awak ni tau lya..Tak salah pun nak kongsi cerita ni kan sebab ia memang mengisahkan tentang pengorbanan dan kasih seorang suami.

Z ie said...

Allah hu Akhbar Lya... memang tak terkata apa, cuma berharap Lya sentiasa sihat sahaja... rasa tak sanggup lagi bila dengar lya sakit...cukup2 lah derita lya selama ini..

adarnadzmie said...

salam dik...

akak ada baca artikel ni...akak harap semoga Alyani tabah mengahadapi ujian di Allah...moga sinar kebahgian menyinari hidup selama-lamanya...aminnn

Masya said...

assalamualaikumm lya...

saya tak ingat bermula dr mana sy follow blog lya, tp sy baca kisah lya sakit dr sembuh, kawin dan mengandung dan saat awak melahir... serius sy kagum ketabahan awak.. sy doakan agar awak terus tabah....

entry ni memang membuatkan sy sebak.. sebab suami lya begitu tabah juga menghadapinya...

sueshe said...

kena cari ni metro ari jumaat... kna masuk library la klu camni...hihi.. fain mmg sorg suami yg sgt baik.. alhamdulillah Allah maha Adil dan penyayang.. Dia lebih mengetahui ape yg terbaik tuk lya... setiap kesakitan yg lya hadapi ade penawarnye iaitu suami yg penyayang dan anak comel yg sekuat lya gak.. in shaa allah :)

Allene said...

lya, fain memang husband yang terbaik... syukur, sepanjang lya di uji, dia setia menanti disisi.

syawalsimpsons said...

sue baca jumaat aritu..sekarang still ada kat atas meja sue..touching sgt2 akan pengorbanan fain N lya dalam kehidupan ni...alhamdulillah..bangga sue dapat kawan ngan lya...siap kepochi kat kengkawan kat opis ni..semua pakat baca tau

Lya Colours said...

sakit itu penghapus dosa. semoga Allah kekalkan kesihatan yg baik untuk awak

nea lopah said...

Akak tak beli pulak metro jumaat baru ni.Sebelum ini akak pernah baca n3 tentang penyakit adik, tak sangka lah ia benar2 serius ketahap ini. Semoga adik terus diberi kesihatan yg baik . Bertuah dapat suami spt fain. Adik alyani dan suami betul2 org yang tabah.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Touching lily baca kisah Lya ni....
Alhamdulillah Lya dapat suami yg sangat bertanggungjawab...moga ikatan kasih sayang antara lya & suami akan berkekalan selamanya...

Tina Othman said...

ya allah lya, kaktina menangis okey baca entri ni, tak sangka betul

alhamdulilah lya dapat fain yg sayang & sanggup jaga, moga cinta kalian berkekalan hingga kesyurga dan moga lya cepat sembuh ye

Deqla Manjew said...

terima ksh lya sudi paparkan kat sini..deqla mmg nk sgt2 baca.. mmg sayu rasa hati baca sampai habis..hukhuk.. bertuah lya dikurniakan suami seperti fain.. alhamdulillah.. kehadiran asya sgt2 memberikan cahaya dlm hidup kalian..

AnneRaini said...

sedih baca kisah lya ni. walau pun dah baca byk kali tetap sedih jugak. sy doakan lya akan terus sihat.

Hati Ema said...

aiseyy.... kalau tau beli paper hari tu

::NureeN:: said...

nureen tak tau pon.. sbb x beli paper..
mmg terharu & berbangga punya kwn mcm lya, yg kuat semangat..
fain mmg suami yg terbaek buat lya & ayah yg terbaek buat asya ..
dr jauh nureen doakan moga lya akan terus diberi kesihatan yg baek dariNYA.. amin

Nafira usof said...

aminnnn~ zura aminkan semua doa2 Lya..

mengalir air mata baca kisah hidup Lya nih.. terima kasih Lya sebab kongsikan artikel nih.. zura memang tak tahu pon kisah Lya masuk Harian metro.. tahu dr FB Myra yang kongsikan pasal artikel tuh. Alhamdulillah~ dapat jugak baca kisah penuh.

moga Lya sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik.
take cara k~

Arina Shamsul said...

sebak,terharu,sedih semua perasaan ada ketika membaca kisah ni dear,betul2 menyentuh hati saya.

alhamdulillah Allah kurniakan kamu seorang suami yang sangat baik yg sanggup berkorban nyawa dan tenaga untuk menjaga kamu.tahniah kepada fain :)

semoga kamu terus tabah dan bersemangat disamping orang2 tersayang :)

Kesuma Angsana said...

sweet sgt, sebak KA baca!

ct rahani said...

mengalir air mata baca citer lya nih.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.. hanya doa dari jauh dpt dihulurkan agar lya sekeluarga terus di dalam lindunga-Nya.. mmg lya sgt bertuah dikurniakan fain sbg suami.. take care yer.. :)

Liza said...

Sayu bac entri ni.... Lya, akak doakan lya sihat dan sentiasa tabah mengharungi hidup ini...

siti alfakhishah aman said...

sebak sangat masa baca paper time tu.. kuat betul semangat family awak kan..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani pn xdan beli metro hr jummat tu..nasib lya share kt sini boleh juga tumpang baca...tahniah lya...tp mmg kagum la dgn lya n family..untung lya dpt suami mcm fain

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam Lya..
cma ada baca kisah lya kat metro tu..
huhuh... speechless..

cma tahu lya kuat.. dan akan terus sama2 kuat bersama fain & asya..

:)

Orked said...

Ade juga cari paper ni, tapi abis ..

setiap kali baca cerita lya mesti air mate bergenang..trajis sungguh. Bahgia & bersyukur punya suami sebaik & sesetianya..

Smoga hidup lya trus disirami kebahgian dan dilindungi Yang Maha Esa.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

kagum dengan lya...syukur lya dikelilingi oleh orang yang lya sayang..dan sanggup berkorban untuk lya..

Nasuha said...

bla bca kisah akk...buat sy teringan...

Rasp said...

kisah you memang menyentuh perasaan....

semoga you sihat sentiasa dan berbahgia bersama famili tercinta hingga akhir hayat...

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

Ya Allah Lya, sumpah terharu & sgt sedih tau n3 ini..
Lya sgt kuat hadapi semua ni..
betullah kata lya, Allah kurniakn rahmat disebalik dugaan yg awak hadapi..

a big congrat utk fain..

tenku butang said...

menitis air mata baca story awk.. bertuah awk dapat suami awk 2.. hargailah dia yea.. =)..
*sedar x sedar, suami kitalah org terdekat kita yg akan sentiasa menjaga kita..


done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

fazilzura said...

uhuhhuuh ado smbungan kew? adeh .. abis leleh aritu , tody lelah lg air mato ku ni ..

sebak nyeeee.. semoga mereka di beri pahala yg berlipat ganda.. dan semoga kamu akan terus berjuang kuat tuk mereka

Haryati Faizal said...

satu cerita kehidupan yang penuh dengan dugaan, cabaran... tak semua orang dpt rase apa yang lya rasa... Allah takkan menguji keluarga lya seandainya mereka tak tabah, lya antara yang dipilih sbb lya kuat tuk menghadapinya... Tahniah lya, yati sentiasa mendoakan agar lya sentiasa dpt merasakan nikmat kesihatan dan semoga kekal bahagia bersama suami dan anak yang tercinta... kita hanya merancang tp Tuhan yang menentukan...

ieda said...

sedihnya baca kisah ni.semoga terus tabah dan kuat menghadapi hidup ini. setiap dari kita ada ujian masing2. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Dia menguji kita sebab Dia tau kemampuan kita menanggung ujjian tersebut.

Di samping itu Dia tekah kurniakan orang2 yang sangat berhati mulia yang sanggup menjaga,setia bersama di saat susah senang.

Semoga artikel ni dapat memberi pengajaran kepada orang lain ;)

Azian Elias said...

ALHAMDULLILAH u have something to share with others.. boleh bagi inspiration to people..

Ena said...

Tiap kali baca.. tiap kali tu jugak lah meleleh.. huhu.


Moga sentiasa dipermudahkan segala urusan.

norhidana miswan said...

akak hari minggu je beli metro, tp lah Lya ada letak kt sini... tp nyer tidak lah sanggup akak baca.... meleleh air mata membaca nyer....

Imah Dinor said...

alhamdulillah...tumpang bahagia lya d kurniakn suami semulia fain...semoga kami semua mendpt yg terbaik dr suami kami....sgt2 sayu mengikuti kisah lya ni...sgt teharu dgn pengorbanan fain...imah pun xsempat bli paper metro hari tu...baca n3 ni leh jugak imah tahu lebih mengenai lya....semoga allah melindungi lya skuarga....

Norhasikin Muhammad said...

lya..sedih sgt baca kisah lya...mmg sy dah pernah baca dan tahu kisah lya..tp bila keluar metro pastu lya buat entri mcm ni...sedih sgt..untungnya lya ada insan2 yg istimewa disisi...ada suami serta keluarga yg bnyak membantu dan memberi semangat pada lya....

besar sungguh dugaan lya..
sabarlah..

Tuan Juhaida said...

ya allah, beratnya dugaan yang dilalui...syukur kerana mendapat suami dan ahli keluarga yang penyayang. Sabar kerana Allah menduga hambanya tentu ada hikmahnyakan. Dugaan Allah itu tanda kasih sayang Allah.

Yumida Huda said...

sayu baca
tabahnya akak sekeluarga
moga Allah sentiasa merahmati kehidupan akak

Siti Asiah said...

moga kisah Fain & kuarga Lya ni dapat menjadi pendorong kpd semua. Bkn mudah utk mjd insan sehebat suami & kuarga lya...

eita said...

Ita pun ada baca..
terlalu sedih..

semoga lya tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Allah...

semoga lya sembuh sepenuhnya..
amin

Ibu Lala said...

Sungguh terharu baca kisah ni. Moga kalian bertambah sihat dan kuat serta dilindungi Allah selalu.

nabila azmi said...

tbhnye akk..sedih bc ni..tpi proud of akk... semoga dikurnia kshtn aminnnn...

umi alya said...

tak sanggup akak nak baca hg ke noktah terakhir, sdg menahan sebak di hati...

moga Lya tabah hadapi semua itu...

kinara kinatara said...

terharu kak..kisah ini menjadi satu motivasi dan suntikan semangat buat insan insan di luar sana..:)

juga untuk kina..:)

intanfirdaus247 said...

Salam Lya...kak intan sangat kagum dengan ketabahan lya lalui semua ni..masa kak intan baca entry ni dulu kak intan sebak giler...semoga Allah merahmati mereka2 yang telah banyak berkorban untuk menjaga lya...

Tihara said...

beratnya dugaan lya dan famili masa tu..syukur alhamdulillah lya dkurniakan suami dan family mertua yang sangat baik di samping family tercinta..berkat kesabaran lya menempuh dugaan sakit..akak doakan moga lya sihat selalu disamping suami dan anak..take care lya

el said...

dgn berkongsi pengalaman lya ni harap memberi semangat kepada yg lain..tahniah lya sbb dgn kekuatan diri ada pada lya tu...lya dpt menikmati kebahagian sekarang...take care taw

Cik Nur™ said...

dapat jugak nur baca...
Nur tak sempat juga beli metro...

terima kaseh lya sudi titipkan disini.. :)

Cinta Misteri said...

Lya.....menitik air mata...walaupun mmg dh tau cerita, tp ayat2 dlm story paper tu terusik sgt. Lya & Fain & Afrina adalah 3 insan yg paling beruntung.

.:mUnies:. said...

moga sentiasa sihat selalu...

Mrs Velentine said...

tersentuh baca entry ni lya..semoga kamu bahagia selamanya

amirah said...

Ya Allah terharunya bila baca ni lya. sedih rasanya. apa pun akak doakan semoga kehidupan lya sekeluarga bahagia selamanya.

Si Matatajam said...

Ya Allah, Lya..besaq sungguh dugaan yg Lya tempuh selama ni...Tabahnya Lya hadapi.... Bertuah Lya punya suami sehebat Fain...Syukur pada Allah....

Che Rosliza Che Mat said...

Semoga Lya terus tabah...dan jaga kesihatan ya....

Umi Naemah said...

Tak mampu umi nak luahkan perasan umi ni dgn kata2 bila baca kisah lya ni..umi doakan semoga kebahagian milik lya selamanya...amin

mama said...

assalam dear..semuga kisah lya dpt dijadikan panduan buat suami2 yg menjaga isteri mereka yg menghidap penyakit kronik & sukar pulih semula..suami lya adalah satu antara beribu lelaki yg berhati mulia & sanggup berkorban apa saja buat lya..mama doakan kalian berbahagia selama2nya..amin.. salam mama buat suami lya..hu2x..

MamaYatie said...

walaupun bukan hari ni baru tau,walauun dah berkali2 baca kisah Lya & Fain..tp berderai2 jugak air mataku...huhu

LiYa HaNiF :: said...

Sedih sangat baca..Semoga Allah swt sentiasa melindungi keluarga ini..

Lizzie Yasmin said...

Ya Allah, betul - betul menitis air mata baca nie. Selama nie tak tahu pun kisah awk. Serious umur kita sebaya tapi awak ada byk sgt kisah dan sangat lar menyentuh. Memang dia untuk awak, hebat betul kuasa Allah mempertemukan 2 hati mcm nie. Jarang nak jumpa pengorbanan besar macam Fain lakukan nie.

Karukord jagau said...

mmg saya ada membaca kisah2 hidup kamu pd N3 yg sebelum2 ni....moga kamu tabah dlm menghadapi cabaran hidup.....

wan nurul hezrina abd halim said...

Allah maha adil dia beri suami yang baik tuk lya..n semoga kamu sekeluarga dilindungi Allah

N.Aima K said...

alahai mcm mana boleh terlps cerita lya dalam BH ni hu hu

jaakechik said...

terkedu jaa baca kisah lya ni. subhanallah rupanya disebalik wajah lya yg comel ni tersembunyi byk cerita duka. sumpah jaa sikit pun xtau. jaa bru nak bkenalan ngn blog lya mlm ni.

jaakechik said...

tabah sungguh fain, lya dan jugak asya. jaa doakan kaluan sekeluaga dilindungi Allah swt amin.....

9n0L4 said...

dpt jugak bace kat sini. tak sempat nak beli paper maetro aritu. syg sungguh rase.