Monday, March 25, 2013

The Croods

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Yeay !! Setelah berbulan-bulan menanti cerita ni, akhirnya boleh gak tengok. Bayangkan, dari tahun lepas tunggu.. Sampai dah tak tahu camner nak menjawab dengan asya ni. Saya sendiri pon memag sejak dulu minat filem animasi camni. Kalo nak tahu, saya siap buat list filem animasi + tarikh tayangan sepanjang tahun. Cuma saya tak pasti semua filem tu tayang kat Malaysia ke tak.


So, hari Jumaat lepas (22.3.2013) tercapailah hasrat asya nak tengok movie "The Croods". Pada asalnya plan nak tengok movie waktu tayangan 3pm. Tapi rasa cam rushing sangat, dengan solat Jumaatnya. Akhirnya, pilih movie pukul 5pm. Kul 3pm bertolak dari rumah ke TGV Mesra Mall Kerteh. Sampai sana, 3x pusing gak cari parking. Masuk je, tuju ke kaunter tiket dulu takut tak sempat. Memangdangkan ada dalam 1/2 jam lagi sebelum tayangan. Sempat la window2 shopping kejap.


Sinopsis The Croods 
"The Croods" ialah sebuah filem animasi dari Dreamworks Animation. Latar belakang filem ini ialah zaman prasejarah. Kedudukkan seorang lelaki sebagai Ketua Pemburu dicabar kehadiran seorang genius dan ciptaannya yang menakjubkan seperti api. Hidup di gunung berapi sudah cukup sukar , tetapi orang zaman batu Grug (Nicholas Cage) akan menghadapi cabaran yang lebih sukar apabila satu gempa bumi memaksanya meninggalkan dunia yang dikenali. Dia keluar mencari rumah baru di dunia yang tidak stabil bersama keluarganya. Situasi menjadi lebih huru-hara apabila anak perempuannya Grug, Eep (Emma Stone), jatuh cinta dengan seorang pengembara (Ryan Reynolds). Misi pengembara tersebut untuk mencari masa depan tidak disukai Grug yang bergantung kepada tradisi silam.



KOMEN SAYA :
Saya bagi 4 1/2 bintang. Sebab asya memang cerah mata je sepanjang movie ni. Memang movie ni menghiburkan & agak kelakar. Ada part-part lucu tu, riuh se-panggung ketawa. Dan animasi dia pon cantik, colourful. Movie ni penuh dengan ikatan kekeluarga & tentang penghijrahan dari zaman batu ke dunia baru. Sebagai mengisi salah satu xtvt musim cuti sekolah anak-anak, sesuai sangat la ibubapa bawa anak-anak tengok movie ni untuk release tension . Keseluruhannya, cerita ni dari awal hingga ke ending memang tak membosankan , malah amat menghiburkan dan ada part2 sedih jugak.


So ape lagi...
Meh bawak anak-anak, adik-adik, awek-awek, kawan tengok movie ni.
Memang tak rugi..

Tu dia... awal-awal dah gi tau nak tengok cerita ni...
Coming soon, ada 3 kartun animasi.. Saya paling eksited nak tengok EPIC.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

52 comments:

mamalieyna said...

Teringin jugak.. tp membygkan si akeem tu melasak n tk reti duduk diam, terkedu kejap, mcm tak boleh masuk panggung je dak akeem ni..

mamalieyna said...

Teringin jugak.. tp membygkan si akeem tu melasak n tk reti duduk diam, terkedu kejap, mcm tak boleh masuk panggung je dak akeem ni..

Nurulhuda Abdul Latip said...

Kita pun cuti sekolah ni nak bawak anak2 nengok movie..Bola kampung adalah salah satu dalam senarai..The Croods ni pun antara jugak, nengoklah camana.

Nad MamaZN said...

Best sgt kan?
Mmg tak rugi ka kalu tgk :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hari Jumaat kalau tak salah saya terjumpa pic Asya, mama ngan papa kat dalam paper metro kan?....:) tengok pic ...ehhh...macam kenal je ni...hihihi

:: Mrs.Eady :: said...

memang bestttt citer nie!!!

::NureeN:: said...

kami pon plan nk bwk elly g tgk crita ni tp pikiq cian kat emir.. last2 nti elly g tgk ngan daddy dia ja la kot :P

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

in-list nk pegi tgk jugok tp ntah bler bulih pegi ni,
jauh woo nk cari wayang gambo kat k.trg x de, plg dkt mesra mall la.. huhuhu

syawalsimpsons said...

nak ajak syawal ngan abah dier la

lieyalatif said...

Rata2 semua kate best lya ...ni buat lieya nak pi tgk gak ni...sesuai tuk bawak anak2 kan....rabu ni nak pegi laaa....

Comel tgk asya tu lya....sonok die dpt tgk movie...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

ktorang pun tengok hari jumaat...memang best citer dia kan..sesuailah bawa anak2 tgk citer ni...Qis pun enjoy jer sepanjang citer ni main... :-)

Puan Mimi said...

kita pun dah tengok, citer tu penuh dengan kasih sayang dan tanggungjawab kan? ada gak part sedey.. rasa nak nangis. hehe

Norhasikin Muhammad said...

ohh lya minat filem animasi eh..berlainan ngn sy..sy tak suka..hahaha.
amboi asya pun join skali tgk wayang...

Aety Hassan said...

Salam kenal buat Mama Asya.. Saya BW dr blog Miss Banu ; segmen teka teki pelakon si Merlin tuh.. he3.. Dtg sini n terus jd ur new follower.. Nice blog ^_^

CtAyue said...

wah seronoknya asya... asya duk diam ye kalau tgk wayang? baguslah asya. adam jgk yg bising, sekali je bwk dia tgk wyg kt mesra mall time blk kemasek, tp duk dlm wyg, mulut dia bising bertanya cm tgk tv kt umah lak..hehe.segan nk bwk dia lg. agaknya jakun kot adam ni..haha..

Deqla Manjew said...

dah lama tau deqla x tgk wayang.. dear.. dpt tau kisah lya masok paper.. wahh.. tp sygnya lom baca lagi..kalo tau dari awal, deqla beli paper tu.. hukhuk

lia said...

wahhhh ramai yg da tgk cter ni.... bler la giliran kami pulak hurmmmm

Roziah Khalid said...

bestnya tengok wayang yer asya... lom tengok lagi citer nih

Makbed Journal said...

nak bawak oni la. agak2 dia paham x? hahahaha..

are_lin@yu said...

wahhh bez asya dpt tgk wayang..hihi

:: Cik Viva :: said...

mesti ramai orang tengok cite crood ni kan..yelah bawak anak2 sebab dah start cuti sekolah =)

AnneRaini said...

asya dah besar bolehlah layan tgk movie. sy nak kena tunggu lg 3 thn kot baru leh bawa anak tgk wayang..hahaha

Zana Nordin said...

salam
sana sini update tengok movie the crood nie...
nak bw batrice gi tengok jugak ler...

Qhaifa Nur said...

ramai kata filem ni best...
seronok tak asya...

Nafira usof said...

sonok gak layan movie kanak2 cam ni kan~ release tension gittu..:)

Haryati Faizal said...

mcm besh je... nak pi jugak la

aimaniman said...

Seronoknya tengok wayang..
Akak last tengok kat panggung time masih berdua, skarang dah ada anak 3 x p lagi.. malas dgn karenah mereka..

Kesuma Angsana said...

best ye citer ni !

shazrina said...

lama plak rasenye tak masuk wayang ..kalau nak masuk pon, rase cam tak seswai plak nak bawak adriana ni :) ..tapi best kan dapat spend time dengan yg tersayang .. :)

Chic Na said...

happy asya dpt tgk the croods ya. ;)

RedRose said...

we did watch dis movie too yesterday!
it was OHSEM!!!!
I love it sooooo much tau.
my dotter pun looks enjoy with da movie.
now dat's how da primitives snap their family picture.
menyakitkan kot. hahahaha

mama said...

assalam dear..sukanya asya dpt tgk movie `the croods`..slm buat CLG asya.. :)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

nanti boleh bawak anak saya lak ni...lasya cantik la baju asya tu auntie suker...

Lya Colours said...

thanks review. nanti nak tengok jugak la

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

diana said...

anak saya pun nak tengok nih..masalahnya ayayhnya kerja balik je dah malam..alahai..sian..

eita said...

dah lama tak tengok movie...

mama_umar_maryam said...

yeay..mmg ade plan nk bwk anak2 tgk citer nih :)

Amanina said...

bestnya dpt tgk wayang dgn anak2.. teringin pulak..hehe

ieda immi said...

alaaaaaaaa bilelahh dpt nak bawa anak2 ke tgk wayang nie huhuh

lelamaisara said...

Saya dah lama tak tgok wayang...tak tau la alesya tu boleh duduk diam ke idak..heee

nea lopah said...

bestnya...nnti cik bieha dh sihat nk pergi jugak lah g tgk wanyang.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah asya g nengok wayang yer..best ni...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
ha..citer ni dah masuk list!
x sabar nk tgk lepas baca sinopsis lya ni.. muahaha... :)

intanfirdaus247 said...

nanti kak intan pon nak p tgk ..x silap lagu tema movie ni yuna nyanyi

el said...

lau lya dah kata best..nak g tgk lah hahaha

Cik Nur™ said...

teringin pula Nur nak tgk.....

Mrs Velentine said...

best tak cetanya???

Si Matatajam said...

Bestnya Asya Jejalan tengok wayang...nanti nak bawak Khalish pi tgk wayang gak la..Akk x pernah bawak dia lagi walaupun dia pernah request..

Che Rosliza Che Mat said...

seronoklah asya....hihihi

LiYa HaNiF :: said...

nak bawa Qalesya pergi tengok gak ler.. :)

9n0L4 said...

tak sempat nak gi tgk. penuh je wyg tiap kali gi. hee. skrg maybe dh tak tyg kot cite ni.