Tuesday, April 30, 2013

Umang-Umang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Umang-umang... salah satu binatang peliharaan asya terkini. Pelik tapi benar, kat pasar pagi sini siap ada bisnes umang-umag. Duit..duit..duit, semua benda dah boleh jadi duit. Cuma apa yang specialnya umang-umang ni dicat & atas cengkerangnya dilukis dengan pelbagai karekter kartun febret kanak-kanak. 

Ni umang-umang asya, yang kaler hijau tu kat cengkerang dia ada karekter kartun Bernard Bear & yang kaler pink tu upinipin.


Harga umang-umang ni sekor RM5.00. Kalo beli 3 ekor boleh skali dengan bekas akuarium ikan yang kecik tu. Tapi saya beli 2 ekor je sebab dah ada balang kaca kat rumah.


Penjagaannya mudah je.. cuma selalu kena lembabkan pasir ni kalo dah kering. Makanannya just bagi timun batang (cucumber) . Tapi hari tu saya cuba bagi carrot...ok je makan & xde pon terkena cirit. Ngeh..ngeh...

Taraaaa.... rumah kaca buat mu...

Pic kat bawah ni 2 minggu lepas di pasar pagi (Jumaat Pagi) kat Padang Astaka.
Kat sini lah ada orang jual Umang-umang ni.. Memang penuh orang berkerumun. Budak-budaklah yang ramai & ramai yang pow mak bapak dia orang, termasuk la asya.


So, apa pendapat anda tentang penjualan Umang-Umang ni?

#Jumaat lepas saya ke Kuantan sebab ada hal, sambil-sambil tu jalan kat Megamall Kuantan, tiba-tiba saya nampak seorang perempuan dari jauh menuju ke saya. Masa tu saya baru nak kata " tak nak" sebab ingatkan promoter atau orang nak promot apa2 produk. Tapi belum sempat saya kata apa-apa, terus dia kata " akak...saya pembaca blog akak. Dah lama saya baca blog akak..Saya nampak dari jauh rasa macam kenal.". Saya+Fain terus tergamam ! Haaa??? Memang terkejut, sampai saya tak tahu nak cakap apa.. Dia sia kata "hi asya".. Dan, dia perkenalkan namanya "Imah". Tapi kami tak berborak panjang. Saya plop masih dalam mood terkejut & tergamam. Akak mintak maaf dik, kalo cara layanan akak kurang, sebab masa tu terkejut, jadi tak tahu nak cakap apa. Lupa nak bergambar kenangan. Lepas ni, kalo jumpa akak jangan lupa tegur ya. Apa-apa pon terima kasih kerana sudi membaca blog akak yang tak seberapa ni.. (eyhh.. tetiba ber-akak-akak)#

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, April 29, 2013

C.I.N.O.N.E.T

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pic dari Fb teacher asya

Cinonetnyer anak mama. Asya yang kat belakang sekali, muka terlindung.
Masa ni dia orang wak latihan sukan kot. Menurut teacher, rumah sukan asya "purple". Woww... menarik ni, jarang ada rumah sukan warna sweet2 camni. Biasa Merah, Kuning, Biru, Hijau & Merah. Agaknya baby ajaib mama ni main acara apa ye? Sport Day sekolah asya akan diadakan pada 1 Mei 2013. Sepatutnya, last month lagi sukan ni berjalan tapi atas sebab-sebab tak boleh dielakkan maka sukan terpaksa ditangguhkan. Tak sabar mama nak tengok baby ajaib mama berlari terkedek-kedek. Asya masuk acara apa agaknya?

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, April 27, 2013

Nicholas Ng : Hijrah? Bagaimana? Mengapa?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entri ni saya wujudkan sebagai tanda sokongan terhadap Nicholas Ng yang akan berhijrah memeluk islam. Insyallah, dalam minggu ni beliau akan diislamkan oleh seorang ustaz di Terengganu. Saya mendoakan semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih saudari Nicholas Ng (nama sebelum islam) kerana terima permintaan menjadi rakan di FB. Awak sangat cantik & manis bila bertudung. 

Note yang saya copypaste dari FB beliau :-


Saya akan update segala prkembangan ttg penghijrahan sy disini mmandangkan ramai yg brminat ttg apa yg sy lalui :)
________________________________________________________________________________________
Memandangkan rmai yg brtanya mcmana sy berminat dgn Islam. Mntak maaf byk2 sy tak mmpu nak mnceritakan semula kpd setiap org yg bertanya.. Post ini bukanlah untuk mncari publisiti.. takut juga kalau di salah anggap nnti..


Knp nama di sini mrupakan nama lelaki?- krn sy inginkan privacy (faham2 jela).. dan sejak kecil lagi sy dan kembar mmg bersifat kelakian dan berpakaian lelaki.. dan mggunakan nama lelaki.. sebagai cth sy.. nama asal Nicole Christy Ng.. tp nama fb sy Nicholas Ng..Kedua2 ibu bapa sy beragama kristian. walaupun kristian agamaku.. tetapi sy tidak mmpercayainya. Bukan tak prnah mmberitahu ttg niat sy ni kpd mereka.. sudah berkali2.. mula2 mereka marah.. tp lama2 mrk berdiam diri (kadang2 ibu mnangis)..Semakin mngkat usia.. makin byk prsoalan yg brmain di fikiran.. mengapa bible mmpunya byk versi? knp ada ibu tuhan? knp ada anak tuhan? knp prlu brsumpah dgn bible? bukan dgn tuhan? knp prlu mmbuat 'confession' kpd paderi? ttp bukan dgn tuhan?
Untuk pngetahuan semua, sebenarnya sudah lama sy berminat dan mngenali Islam.. sy berasal dari Balik Pulau (penang).. ketika umur 9 tahun hingga tingkatan 3.. sy tggal di kuala terengganu.. brmula dari sana sy mula mngenali Islam dgn lebih mndalam...
selalu juga sy temankan rakan2 muslim sy prgi solat.. sy lihat gerak geri mrk.. cara mereka mngambil solat.. cara mereka brdoa..
dan ada juga rakan2 muslim sy mngajar sy tentang asas2 Islam seperti niat solat.. cara mngambil wudhuk.. rukun iman.. rukun islam..

Slpas Spm.. sy brpindah ke changi (singapura) untuk mnyambungkan pljaran. Pda masa yg sama ibu bapa sy juga ikut krna ayah dpt tawaran untuk bkrja di sana.. pada waktu tu.. sy mula sekadar ambil tahu shja mngenai islam krn majoriti rkn sy di sana adalah non- muslim. Pada akhir thn lps.. sy pulang ke kmpung (penang) untuk brjumpa dgn seorang rkn karib sy (muslim). Pda waktu tu. sy teman dia prgi ke masjid. Entah mcamana.. hati sy rasa hiba, sedih, rasa diri ni hina dan betapa kecilnya kita di dunia ni. Sy menunggu dia di luar masjid. Trdetik di hati untuk melihat keadaan jemaah dari luar masjid. Sy hanya perhatikan dari mula sehingga akhir. Dri mereka bersolat sehingga mreka semua berdoa. Pda waktu itu la.. sy pun tak sedar dgn tindakan sy. Apa yg sy mampu lakukan hanyalah menangis. Sambil bersujud mnghadap masjid sambil brdoa agar islam agamaku. Sy tak mahu lgi hidup dlm dosa. Sy tak mahu lgi dipanggil kafir. Berilah sy jalan ke syurga. Pda waktu tu, ada bberapa org jemaah yg trnampak dgn apa yg sy lakukan. Betapa brsemangatnya jemaah di msjid brkenaan mmbantu sy.(moga tuhanmu memberkati mrk semua)

Akhir2 ni.. selalu sy bermimpi.. wlaupun tdak ingat keseluruhannya. Tp apa yg sy ingat, mulut sy dipenuhi dgn ulat. dan pada masa yg sama sy trnampak satu cahaya dan kalau tak silap, sy trdengar seperti azan atau org membaca ayat2 suci AQ (tak pasti).. sy terkejar2 cahaya trsebut tp seperti infinity.. tak sampai2.. akhir2 ini jga, hati sy mudah tersentuh. kerap menangis. Setiap kali mndengar mngenai agama. Sy trasa terbeban. Hdup bergemulungan dalam dosa. Ada seorang shbat mnceritakan kpd sy mngenai seorang prmpuan. Sblum prmpuan trsebut mnggal dunia.. dia bermimpikan ulat.. (mgkin kamu semua ada yg tahu.. dia kacukan melayu-eng.. mahir brmain piano).. apa yg shbt sy britahu lebih kurang seperti apa yg sy brmimpi. Sy takut. Bgaimana kalau sy belum smpat memeluk Islam? Bagaimana kalau ajalku benar2 dah dekat? Tak tertahan lagi dgn semua tu.. jadi sy mula dgn tindakan drastik.. sy nekad untuk memeluk islam dgn post soalan kpd ustaz azhar ( yg kamu semua baca ).. sy sudah jmpa dgn jln penyelesaian.. cuma sy mahu mndapat kepastian drpd ustaz azhar.. jadi doakanlah sy.. doa merupakan senjata org muslim.. semoga tuhan memberkati kamu..

# mengenai prmpuan yg sy mksudkan itu adalah Allahyarham Yasmin Johan Eusoffe.. boleh search di google
________________________________________________________________________________________
update.. 25 april 2013..


pagi tdi.. rantai salib yg sy pakai (pmberian adik) trputus. apakah mksud dgn semua ini? mgkinkah satu petunjuk dari Allah?



________________________________________________________________________________________
update.. 26 april 2013



buat prtama kalinya dlm hidup ni. sy mengenakan tudung.. atau shawl? sy tak pasti.. seharian sy pakai.. komen sy? mmg panas. tp kan.. lagi panas kalau tak pakai tudung. knp? sbb kalau tak pakai tudung ni.. boleh terasa bahang panasnya. agak pelik juga bila pakai. mgkin krn tidak terbiasa. tp apa yg penting. sy rasa selamat :)
jadi kaum2 hawa semua.. pakailah ya.. jika kamu tutup auratmu dgn sempurna, allah akn kurniakan syurga buat mu..


# seorang shbt menasihatkan sy ttg tudung yg sy kenakan.. masih lgi tidak smpurna. sy prlu melabuhkan lagi hgga menutup dada.. huuu akn sy perbaiki lagi nnti.. :)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, April 25, 2013

B.U.A.N.G

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Muka baru bangun tido, tu rambut berserabai.
Masa ni umur asya 7-9 bulan kot.. 

Cerita last year, sekadar coretkan disini untuk kenangan. Dalam pertengahan tahun lepas saya ada menjalani pembedahan kecil tapi risiko. Saya dapatlah beberapa hari MC selepas pembedahan tu. Jadi, sebab belum sihat sepenuhnya saya ke Klinik biasa untuk sambung MC . Perbualan saya & doc yang mendapat perhatian asya. Perbualan ni terjadi selepas doc tahu background penyakit saya. Doc tu tak sangka yang saya selamat lahirkan asya. Saya pon panjang lebar cerita apa yang terjadi.. dari awal mengandung sampai ke koma & sampai ke lahirkan asya sebab doc tu eksited nak tahu. 

Sampai satu part saya cerita kat doc, " dulu doc memang nak "buang" dia masa mengandung 5-6 bulan" ... Perkataan "BUANG" tu amat menarik perhatian asya. Lepas selesai asya diam je.. sampai kat rumah asya bersuara.. " Mama, bakpe mama nak buang adik? mama dok sayang adik?" . Saya dengan nada terkejut " haaa... bila mama nak buang adik? mama kan sayang adik.. mana boleh mama buang adik" . Dengan muka sedih " tadi mama kata kat doc nak buang adik masa kecik"

Terus terkesima.... Peringatan buat saya supaya berhati-hati bercakap. Asya tak tahu keadaan sebenar.. asya tak tahu maksud "buang" itu. Asya, bila asya besar pasti asya akan faham... pada ketika itu doc terpaksa "mengugurkan" asya untuk selamatkan nyawa mama yang kritikal saat tu. Kalo mama boleh buat pilihan waktu tu, mama tak rela nyawa anak mama dikorban kan. Tapi mama dalam keadaan koma & dalam perubatan nyawa ibu akan diselamatkan dulu. Tapi kuasa Allah SWT, anak mama dilindungiNya & berlaku keajaiban disaat penguguran itu ingin dilakukan. Inilah kebesaran kuasa Ilahi, sampai sekarang bila mama fikirkannya mama terasa seriau sebab disaat mamapapa hampir kehilangan asya, rupanya asya semakin kuat bertahan untuk bertemu mamapapa.Asya baby ajaib mama, sampai masa nanti asya akan faham sayang. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, April 24, 2013

" Prince Papa , Princess Mama "

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sweet Couple mamapapa hasil kreativiti asya.
Biasa kalo sampai awal nak ambik mama kerja, mesti dia akan naik kat ofis & suka main barang-barang kat meja mama. Kat atas meja ada banyak recyle paper yang digunting elok-elok untuk tulis note simple.  Dia ambil kertas tu sambil lukis sambil bercerita pada mama. So sweet anak mama !Kata asya ni "Prince Papa & Princess Mama".

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, April 23, 2013

Asya & Friends : Library Visit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Date :
18 April 2013

Location :
Perpustakaan Awam Chukai, Kemaman

Pic Credit To:

Sekadar menyimpan kenangan buat asya bila dewasa kelak. Salah satu xtvt untuk asya & kawan-kawan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah asya ialah lawatan ke perpustakaan. Sebenarnya 2 hari sebelum lawatan tu, asya tak sihat & ponteng sekolah sehari. Kat rumah kemain risau dia takut terlepas daripada lawatan ni. Sebenarnya saya dah biasa dedahkan asya dengan suasana di library ni. Biasa kalau saya cuti hi hujung minggu saya akan bawa asya ke library. Memang dia teruja tengok banyak "books" kat situ, sampai habis diangkutnya. Waktu saya bawa asya ke library dulu, asya belum pandai membaca..tapi dia suka tengok gambar-gambar dalam buku cerita.Sekarang umur asya 4 tahun 5 bulan.. tapi masih belum pandai membaca lagi. Apa-apa pon, selain didikan di sekolah, kat rumah pon saya berusaha untuk mengajar asya dengan pelbagai teknik. Takpe la perlahan-lahan pon.. yang penting mama kena terus bersabar. Kata orang kejayaan tak datang bergolek, lagi pon mama tahu keadaan asya, jadi mama kena bersabar & insyallah , nanti asya pasti boleh membaca dengan selancarnya. Anak mama kan JUARA ! Tapi sesekali tu datang perasaan sedih ni, sbb sepanjang usia asya 1-3 tahun saya tak dpt berikan y terbaik buat dia sebab selalu di admit hospital/icu . Bayangkan kalo saya sihat, pasti banyak perkara lagi yang boleh saya buat untuk dia. Dan bermula tahun 2012, alhamdulillah keadaan saya bertambah OK & dengan masa yang diberikan olehNya saya gunakan sebaiknya untuk mendidik asya. Cuma saya terasa sayang sangat dengan masa 3 tahun tu yang terbuang , sedangkan usia 1-3tahun amat penting untuk perkembangan anak-anak.

Maybe pic ni sebelum dia bertolak ke library.
Cer cari asya kat mana?


Tercapai gak hasrat asya nak masuk dalam bilik ni. Dulu masa bawak asya ke library hanya boleh tengok dari luar. Yang kelakarnya dulu asya berlari nak masuk kebilik ni sampai terlancar cermin. Maybe dia tak perasan padahal bilik ni bercermin.


Haaa... sape bijak...Nampak tak asya?
Berambut toncang & ber-hair clip kaler blue.


Salah satu xtvt yang dilakukan


Ramai-ramai tepuk tangan..


Oppa gangnam style...


Nampak gaya cam oppa gangnam style kan..
atau buat gaya kangaroo?


Hand Puppet show.
Budak-budak paling teruja.


Maybe ni sesi bergambar kenangan selepas selesai xtvt.
Mama tak tahu asya tersorok kat mane time ni.


Yeayyyyy.. dapat belon!


Hi asya ! Maybe masa ni beratur sebelum bertolak balik ke sekolah.
Mama tengok pic-pic asya dengan kawan-kawan ni memang mama terasa sebak + sedih. Sebab mama tak sangka anak mama dah besar & boleh berdikari bersama kawan-kawan. Baby ajaib mama yang diselamatkan dengan kuasa Allah Swt semakin menuju kedewasaan. Ya Allah, semoga sentiasa ada keajaiban untuknya. Mama mendoakan semoga anak mama membesar bagaikan JUARA !


Kenangan bersama kawan-kawan & teachers asya. 
Baby ajaib mama tersorot kat mane ni?

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


Monday, April 22, 2013

Norisqa Kafe & Kek Lapis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ingin merasai masakan Sarawak di Kemaman? Tak perlu naik flight nak ke Sarawak, tak perlu tunggu harga tambang murah Air Asia untuk ke Sarawak. Kalo nak makan kek lapis sarawak, Nasi Lalapan etc .. semuanya adooo di Norisqa Kafe & Kek Lapis . Lokasi kafe ni terletak di Taman Chukai Utama, Kemaman. Terletak di belakang bangunan KWSP Kemaman & bersebelahan aje dengan Cafe Pappardelle.

Sebenarnya dah agak lama tak ke sini. Last datang sini 1 tahun++ yang lalu kot. Time tu saya suka makan Mee Kari dia. Memang memenuhi spesifikasi tekak saya la.. Kononnya kali ni ke sini sebab nak pekena Mee Kari, rupanya dah tak ada. Selain masakan Sarawak, sekarang dah ada western foods & masakan panas. 


Dekorasi kafe ni memang A++ la... Cantik & Tersangatlah bersih. Kalo ambil dari luar baru leh nampak keseluruhan kafe ni. Agak ekslusif.


1 tahun yang lepas, kafe ni agak suram kerana penggunaan dekorasi berasaskan warna hitam. Tapi saya suka cz nampak moden. Sekarang kafe ni dah berimej ceria dengan warna "mustard".. Maybe dah lama kot, cuma saya baru sedar.. hehe


Menjeling-menjeling.
Asya selalu menjadi peneman mamapapa makan-makan..
Bila nak makan banyak-banyak ni asya?


Chenta Hati


Hot Choc... 


Lamb Chop pilihan saya... Rasanya boleh tahan. 


Papa asya makan nasi goreng cina.
Bagi saya sedap.


Asya... hirup kuah sup jew..
Jaga body katakan..


Alhamdulillah...
Syukur di atas rezeki dariNya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, April 20, 2013

Happy April Birthday

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Happy Belated Birthday
to


Happy Birthday In Advance
to

dan... 
buat kesemua sahabat yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan April


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, April 17, 2013

Yang Ke-10

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

W.o.r.d.l.e.s.s
Alhamdulillah...
Tak banyak.. tak sikit...Yang sedang-sedang saja.
Syukur di atas rezeki dari-Mu
Simpanan buat asya sayang
Tqvm Nuffnang

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, April 16, 2013

We Are Little Genius Muslim Kid

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari selasa adalah hari asya berbaju sukan . Saya tak pernah up lagi entri asya berbaju sukan ni. Sekadar untuk kenangan untuk saya & asya sendiri bila dewasa kelak. Words "We Are Little Genius Muslim Club" tercetak di belakang baju sukan asya.


Baju sukan asya. Colour block gitewww..
Blue+red

Hari pertama berbaju sukan..
 Bagi pose dulu selepas bersiap.

Aksi manja kat pintu rumah.
Lentok gitew...

Sebelum bertolak ke school.
Huhu.. mama lupa nak bagi pakai kasut sukan time ni.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, April 15, 2013

Warung Mok Long Berenjut

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salah satu tempat febret saya untuk mengisi perut ialah Warung Mok Long ni. Ianya hanyalah warung kampung biasa atau warung orang-orang tua. Warung ni terletak di kampung mertua saya, dekat jugak dengan rumah mertua Leily. Biasa kalo ke rumah ma Fain saya selalu tapau teh ais dia.. memang kawwww la. 

Warung kampung biasa, tapi sangat bersih.
Sweetnyer tengok pasangan suamisteri tua ni. Yang isteri memasak & suaminya buat air.
Saya suka makan kat sini sebab masakan dia memang best & rasa cam homemade. Espesially nasi goreng, mee goreng basah & mee rebus. Serius memang sedap !

Teh ais kaw... saya order 2 gelas untuk saya sorang.
Haha ..dasyat sungguh. Tapi memang sedap +pekat+ kaw.

Saya suka mee goreng basah mok long.
fuhhhhhh...

Fain lak nasi goreng ..
 Memang macam homemade rasanya.

Bertambah nikmat makan sekali dengan air lada ni.

Dan asya biasalah. jaga body sokmo.
Makan telur sutir


Ni pic kat bilik MIL saya sebelum ke Warung Mok Long.
Shawl paddlepop ni saya beli dengan adik KINA

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, April 12, 2013

Cerita Asya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam hari Jumaat semua. Hari ni nak cerita pasal asya. Cerita dari gambar-gambar yang snap guna hp & rasanya daripada tersimpan & didelete, baik simpan kenangan tu kat sini.

 Kiri : Sebelum bertolak ke Kuantan. Dia bukan buat bibir seksis sebenarnya. Tapi dia marah mama dia snap pic dia. Huhu.. dah x sporting la asya.
Kanan : Ni masa kat Cowboy Kuantan. Menangis sakan . Kelakar sangat time ni habis semua nak kutip. Ye la memang rambang mata. Banyak sangat mende-mende yang menduga iman asya. Yang dia pegang tu, berjaya la angkut sampai rumah.. Yang lain dah terlepas masa dia nangis ni, sebab masa ni acah nak tinggalkan dia. Terus dia kejar dari belakang & menangis.

Inilah kisah bulan 1 haritu. Balik dari sekolah petang. Memang kelakar bila tengok asya pakai baju terbalik. Sebenarnya teacher dia yang pakaikan. Yang lucunya, masa papa ambik asya teacher asya siap gitau, " comel sangat baju asya pakai". Fain terus kata " pakai terbalik ni". Terus tergelak..
Kiri : Baju sepatutnya bahagian depan
Kanan ; Sepatutnya ni bahagian belakang

Ini pon pic bulan 1 haritu. Masa ni belum dapat uniform sekolah.
Jadi pakai baju biasa. Pose pagi sebelum bertolak

Pic bulan 2 hari tu. Sebelum asya sakit. Bawak dia beriadah di Padang astaka
Kiri : Peace yoooo... sebelum bertolak
Kanan : Di padang astaka

Ni pic 1.4.2013 baru-baru ni masa bawak dia jumpa pakar kat hosp. Nak cerita pasal pertemuan ni panjang sangat. Dan macam-macam perkara yang bermain di minda. Lepas ni asya di refer pada 2 pakar lagi. Sejak asya sakit hari tu, saya perasan ada beberapa perkara ttg asya y berubah, antaranya apa y dia belajar & tahu sebelum ni dia seakan lupa. Saya takut fikirkannya.. Papa asya selalu marah saya fikir pelik2.
Mama tahu anak mama kuat !

Pic terbaru gak, awal bulan baru-baru ni.
Biasalah, awal bulan ialah waktu untuk memborong. Tapi time ni baru sampai. Kosong lagi troli. See, kecik je asya kan. 5 tahun pon muat lagi. Rasanya saiz asya ni sama dengan budak usia 2-3 tahun kot. Memang dia kecik.

Tak ingat bila.. Tapi apa yang pasti pic ni di snap pada hari Jumaat. Sebab hampir setiap Jumaat ke restoran Farhan. Pekena nasi + lauk pauk yang sangat best. Saya suka cencaluk dia. Papa asya ni makan nasi ayam je. Asya tukang hirup sup. Jaga body katakan. Owh bekas rokok tu bukan kt orang punya. Sebab papa asya x smokok. Agak-agak hari ni datang sini tak???

H.A.P.P.Y  W.E.E.K.E.N.D

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)