Thursday, April 11, 2013

Merentasi Jambatan Pantai Teluk Chempedak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat hari khamis semua !!! Dah penghujung minggu. Tapi nampak gayanya, hujung minggu ni xleh nak berehat sebab maybe kena ke ofis untuk siapkan bil kapal. Ada banyak fasa... hari tu dah settle sebabak, ni nak settlekan sebabak lagi..ada la dalam 2-3 babak lagi. Lepas kapal ni, akan ada kapal lain plok docking, rasanya bertambah sibuk. Hari ni nak share kisah weekend lepas, saya ke Kuantan sebab nak shopping kain untuk baju raya. Rasa macam baru je lagi tempah baju raya tahun lepas. Tailor tutup ambik tempahan bulan ni. Tema tahun ini ialah..... jeng..jeng..jeng..... tunggu raya la. Ishh, puasa tak lagi dah cerita pasal baju raya. Sebelum balik Kemaman, cam biasa singgah Pantai Teluk Chempedak, tempat wajib asya nak main loncat-loncat kat TC Ballon City. Sebelum balik, sempat naik jambatan kat TC ni. Dah lama tak merentasi jambatan ni. Sebelum ni jambatan ni dalam pembaikan, sebab jambatan kayu sebelum ni banyak reput. Kali ni digantikan dengan jambatan besi. Ok la tu, tahan lama. 

Pantai Teluk Chempedak, kuantan
5hb April 2013

Permandangan pantai Teluk Chempedak dari atas jambatan




Peace sepesen je dari asya. Saya snap banyak-banyak kali. 

Asya & mama. Tengok r tu dia buat muka sebab tak nak bergambar.

haha.. alignment lari.. 
ok la tu daripada tak de langsung

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

40 comments:

Chic Na said...

eh dah buat lain jambatan tu. rindunya nak jalan2 sana.

Cik Nur™ said...

bestnyaa...
seronok asya dapat jalan2...

jaakechik said...

dah tukar ke jambatan baru ekk.. comel beul twluk cempedak ni, jaa belum penah sampai sana lagi. inysaALLAH coming soon! hehe..

mama lieyna said...

Syoknye lepak2 jln2 tepi pantai.. ambil angin petang bestkan..:-)

CtAyue said...

oo dah elok yer jambatan TC tu.. lepas ni balik kuantan, bolehlah roonda sini. adam pun suka baloon tu.kalau blk kuantan mmg singgah situ bagi dia main..

♥MAMASYAZA♥ said...

cantiknye pemandangan pantai teluk cempedak dari jambatan besi tu

syawalsimpsons said...

cantik tempat dier..

Allene said...

rajinnya lya berjalan jalan...

ieda immi said...

seronok alya !
selalu akak sampai sini duk layan budak2 kat tmn tuu aje lah .. jarang sgt ke jambatan nie
suami x suke

amirah said...

rajin liya singgah kat pantai ye..merehatkan minda kalau tengok pantai ni

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

peace asya...dah lama tak pergi tc ni...

Deqla Manjew said...

hihihi.. sweet jek tgk..ni merentasi sambil berpeace ni... ;)

Baiduri said...

http://batubaiduri.blogspot.com/2013/04/koleksi-jam-gred-a.html

Cho Zila said...

der sekalijer akak ke sini.. tapi tu entah berapa lama dulu.. masih cantik macam dulu ... cuma perubahan kemudahanjerkan..

::NureeN:: said...

lya.. asya dh brapa kg ya?
berat dia naik x?
ellesya susah nak naik berat dia waluapon dia mkn x der la mslh sgt..
skrg baru 15kg

Nafira usof said...

dah shopping baju raya dah??
zura belom lagi neh!!
cuak gak nih.. hahahahah

suka gak lepak kat TC.. :)

Khai♥Rin : anies said...

apa tujuan jambatan ni didirikan?

Kesuma Angsana said...

tumpang gembira tgk kawan2 bahagia !

AdaM Hawa said...

cantik2 gamba nya.. dengan model2 dalam tu pun cantik2 belaka.. :)

Imah Dinor said...

cantik la tempat ni..kami xpenah smp lg...

Haryati Faizal said...

rsnya thn ni ry dlm tempoh berpantang kot hihi...in shaa Allah

lelamaisara said...

hari minggu pon kena g opis ke lya..:)

Riedaffya ibrahim said...

pi beli baju raya ye...da lama x ke sna

eima said...

tak penah sampai hujung... dulu waktu memula dibina tahun 2003 kot penah sampai separuh je pastu dah tak penah2 pi dah .... skrg lagi la mls nk pi sbb parking pun dah kena byr

N.Aima K said...

letih da dia bergambar :)

LiYa HaNiF :: said...

peace yo... :)

Lin Azlina said...

salam perkenalan..sy sellau jugak lepak kt tc tu...weekend ramai giler kan org..

m.u.l.a.n said...

lama betol tak explore sampai ke beach satu lagi tu...

Rosmiza Ali said...

Wah! Lawa dah lenim PTC.. Lama giler dah tak gi sana..

BUNDA a.k.a KN said...

muka asya suspen giler..

Ibuhani said...

hehehe.....ibuhani pun baru 3 minggu lepas gi jambatan Teluk Cempedak ni...seronoklh asya asyik gi jln2.

wan nurul hezrina abd halim said...

bnyk kan gambar lea kat beach?nurul takut sikit ngan pantai..huhu..kalau g pun main jauh2 jer tak dekat2

iietamalek said...

In shaa Allah nak bawa zhariff next week...hehe

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam LYa..
huhu..x pernah samapi sana.. so.. xdpt nk imagine asya loncat2 kat situ.. :PP

sweet family..semoga bahagia senantiasa.. ::)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

ktorang tak shopping lagi kain utk raya...

cantik pemandangan pantai ni...
bestlah lepak2 tepi pantai ngan family...
comel jer gaya Asya posing..

Che Rosliza Che Mat said...

Pernah naik jambatan tue....suka asya ya....

Amanina said...

nampak best la.. tak pernah smpai TC lg

Cik Aini said...

rsnya 3 tahun lalu kot ke sana..ntah mcm mn rupa dah skrg :)

9n0L4 said...

wpun alignment lari, gmbr tetap nmpk cntik. hee.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cantik la view dia..ntah bila nk sampai sana