Sunday, June 30, 2013

Colgate Optic White

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Colgate-Palmolive Sdn Bhd memperkenalkan inovasi terbaru produknya, Colgate Optic White yang dapat membantu membuang kotoran pada permukaan gigi dan menjadikan gigi lebih putih dalam hanya seminggu.Pengarah Urusannya, Chris Pikounis berkata, formulasi khas Colgate Optic White mampu menjaga gigi agar lebih sihat serta membolehkan pengguna mendapatkan senyuman lebih cerah.

“Dengan kesan pemutihan yang berkesan, produk ini boleh menjadi aksesori wajib yang perlu dimiliki oleh setiap orang yang mementingkan kebersihan,” katanya.Colgate Optic White menggunakan kuasa pembersihan dan pemutihan silika dan pirofosfat untuk membersihkan permukaan gigi dengan selamat dan dengan penggunaan kerap, ia juga dapat membantu menghalang kaviti, melindungi enamel, menanggalkan plak dan menyegarkan nafas.

Selain ubat gigi, Optic White turut didatangkan secara lengkap dengan berus gigi Colgate 360° Optic White dan pembersih mulut Colgate Optic White dengan formula khas yang dapat mengekalkan pemutihan selain memberi nafas segar berpanjangan.Colgate Optic White kini boleh didapati di semua farmasi dan kedai seluruh negara pada harga RM5.90 untuk ubat gigi 40 gram dan RM12.90 untuk 100 gram, RM12.90 untuk berus gigi dan RM8.90 untuk pembersih mulut 250 ml dan RM12.90 untuk 750 ml.

sumber :--->sini

Komen saya setelah menggunakan 
COLGATE OPTIC WHITE :

Saya telah menggunakan Colgate Optic White ni dah 2minggu++ kot..
So far, saya perasan tona gigi saya cerah sikit. Nak kata putih berseri tak de la.. Tapi nampak la sikit perubahan. Maybe kena pakai lama sikit baru leh nampak kesan berganda.. Takpe.. kita tengok sebulan dari sekarang... Biasalah.. kita kena banyak bersabar kalo nak nampak hasilnya. Tak semestinya sekali pakai terus nampak hasil, apa yang penting usaha...

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, June 27, 2013

Asya & Friends

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bekerja uolsss! Baru-baru ni godek-godek page school asya, terjumpa la pic asya & kawan-kawan masa celebrate birthday. Saya suka tengok page school asya, sbb teachernya mmg rajin snap pic & upload pic student setiap xtvt yang dilakukan. Sedikit sebanyak, parents leh tengok xtvt anak2 kat sekolah & saya sendiri suka share pic-pic tu kat sini untuk kenangan bila asya dewasa nanti. Ekceli, pic ni bulan Januari aritu..tapi ntah camner mama asya ni leh terlepas pandang pic ni.. 

Sape jumpa asya ?

Mashammm je muka asya tu..
hehe

Semewekss senyumannya.
Hihi.. nice pic.. Tq teacher snap pic ni, di mata mama nampak CUTE sangat!
Comot habis mulut.. memang asya suka makan kek ! Febret dia la ni..

Nampak tak asya.. Joget lagu apa ntah...
Rasanya pic ni diambil pada hari yang sama dengan pic kat atas..
Sebab pakai tudung sama. Maybe time ni baru dapat uniform school & terus pakai.

Pic credit :--> 

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, June 26, 2013

White House Grill - The Garden Cafe

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bekerja semua di hari yang penuh berjerebu !!! Bagi pengemar-pengemar western food di Kemaman.. Hari ni saya nak share 1 cafe western food terbaru di Kemaman iaitu White House & Grill The Garden Cafe.Sebenarnya dah hampir sebulan lebih entri ni ter-draft kat sini. Nak mengarang tu xde ideal...


Lokasinya di Kampung Paya Berenjut... Kampong mak mertua ambe ni. Kiranya sape2 nak pekena western food kat sini kena masuk kampung dulu. Kedudukan cafe ni tepi jalan je.. Jadi, sesiapa yang masuk ke dalam Kg Paya Berenjut, confirm akan jumpa.

Masa ni kali ke-2 saya kafe ni coz adik ipar nak belanja makan. Jalan kaki je dari rumah MIL.

Suasana cafe yang sungguh santai

Bahagian tepi...

Kaunter 

Pilihan hati saya mestilah lamb chop. Masa ni dah makan separuh.
Bagi saya, memang tersangatlah sedap & puas hati.
Harga pon sangat berpatutan.. 

Grilled Chicken Chop
Ponnn tersangat lah sedap

Febret saya , Garlic Bread+Mushroom soup..
Sedap hingga menjilat !

Kat kafe ni harga air dikira mengikut gelas yang kita ambil. Maknanya, kita boleh topup air banyak kali & harganya tetap dicharge dengan segelas air. So, orang-orang kemaman leh la testing-testing kafe ni.. confirm anda berpuas hati dengan rasa & harganya ;-)

## kualiti pic blurrr..coz gna hp cap ayam je##

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, June 25, 2013

" Monsters University " Memang Terbaik Wokkk !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Last weekend bawa asya tengok wayang citer "Monster University". Dalam pukul 3pm bertolak ke Mesra Mall. Sampai-sampai tengok penuh parking. Lepas parking terus ke kaunter TGV dulu beli tiket. Pilih showtime pukul 5pm. Sementara tu sempat merayap dalam mall dulu. Nothing special ... 
Sinopsis:
A prequel to Pixar's critically and commercially successful animated comedy, "Monsters University" focuses on Sulley and Mike's studies at the University of Fear, where they start off as rivals but soon become best friends.

Sebelum masuk panggung beli kudapan-kudapan dulu.
Haruslah grab  Monster University set... 1 Tumbler Soft Drink+Regular Popcorn just RM14.90.Bekas air ni awal-awal lagi asya nak..Katanya nak bawak pegi school..

Sebelum masuk panggung haruslah posing-posing dulu kan...

Asya & Eril
Kali ni asya bawak kawan teman asya tengok wayang. Eril ni anak kepada adik Fain. 1st time dia masuk panggung. Hehe.. kelakar..agak jakun.

MONSTERs UNIVERSITY BEST KE TAK??
Jawabnyer.... SANGAT BEST ! Memang kelakar & sungguh colourful.
Selain tu, disebalik cerita ni ada pengajaran yang tersirat.. iaitu kita mesti sentiasa YAKIN dengan diri kita. Selain tu, dalam movie ni menunjukkan sikap SETIAKAWAN dalam pasukan serta daya USAHA untuk mencapai cita-cita. Saya rasa, Monsters University ni kesinambungan sebelum kisah Monster Inc. Atau...maybe lepas ni ada sambungan Monster Inc 2. Sape tahu kan???

Next movie----> Banananaaaaaaaa
Despicable Me 2 on July 2013

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, June 24, 2013

Doa Agar Anak Mudah Menghafal Pelajaran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Baru sempat nak ngadap blog. Last week tak sempat nak update blog & bw. Kebetulan asya ada exam pertengahan tahun bermula 18.06.2013 hingga 24.06.2013 ( hari ni ). Selain tu saya sendiri pon kurang sihat, demam+batuk+selsema.. Maybe sebab cuaca sekarang yang berjerebu. Indeks pencemaran cuara kat Kemaman ni pon teruk, cecah 150++ memang berjerebu. Time malam pon, berpeluh manjang disebabkan cuaca terlalu panas.. Owhhh,,, dah terpesong dari tajuk ni. Nak citer pasal exam asya ni.. saya sendiri tak tahu dia boleh jawab atau tak..apa2 pon tunggu progress report je la nanti. Apa-apa pon, mama sentiasa mendoakan asya.. Yang penting baby ajaib mama ni kuat berusaha!

Art & Craft : Cotton wool rabbit collage for Kindy 1 Group
Pic ni teacher asya update kat page AlJannahCyberMontessori
test art&craft pada Khamis lepas(20.06.2013). 



IPU HARI INI 24.06.2013 @7.00AM
BACAAN IPU-249 ..
wahhh..line ORANGE tu !!


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, June 20, 2013

Best Friend ;-)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


We laugh, we cry, we make time fly....
we are best friends

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, June 17, 2013

Nasi Lalapan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

via IG @lyafrina

 Hari ni saya nak share pasal salah satu makanan unik Malaysia berasal dari SARAWAK iaitu NASI LALAPAN. Sebenarnya hampir 2 tahun lepas kot saya teringin sangat nak makan Nasi Lalapan ni. Keinginan tu timbul hasil daripada mengugel la... Tapi memandangkan saya ni di TERENGGANU, jadi camner la nak makan. Takkan nak terbang ke Sarawak semata-mata nak makan nasi lalapan ni. Akhirnya, tuhan makbulkan keinginan saya ingin merasa nasi lalapan ni, dengan adanya sebuah kafe yang owner dia maybe dari Sarawak kot. Sebab kat sini memang ada jual masakan Sarawak & Kek Lapis Sarawak iaitu di Norisqa Kafe & Kek Lapis. Adala suatu hari tu, saya lunch dengan Fain kat sini & tengok ada menu nasi lalapan.. masa tu bersinar-sinar mata... Terus order. Saya difahamkan, ianya dipanggil Nasi Lalapan sebab ianya dihidangkan bersama dengan 8 jenis hidangan sampingan seperti ulaman. Saya teringin nak makan yang ikan keli, tapi xde.. ayam je ada.. Bagi saya ayam dia memang sedap.. Rasa ala-ala makan nasi ayam penyet pon ada. Tapi, disebabkan makan dengan kuah sup, jadi tak berapa laju. Maybe kalo makan dengan kari lagi best kot. Jadi orang-orang kemaman, tak perlu pergi jauh-jauh lagi kalo nak kek lapis sarawak.. leh je ke kafe ni.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, June 13, 2013

End Of School Holidays

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pantas sungguh masa berlalu.. Dah seminggu pon sesi persekolahan berjalan. Alhamdulillah, asya gOOd je walaupon cuti panjang baru-baru ni. Semangat nak ke sekolah jumpa kawan-kawan & teachers . Syukur alhamdulillah, itu petanda asya seronok ke sekolah. Sehari sebelum sesi persekolahan sempat bawak asya lepak pantai. Sebenarnya time tu dah tak tahu nak kemana-mana. Nak bawak ke playground, terlalu ramai orang, nak main pon susah...

08.06.2013 @ Monica Bay Beach 

Cam biasa... saya sukerrr snap pic " thumbelinna" ni.
Macam-macam peseng.. 


Tq papa sebab snap pic asya & mama..
 Sangat-sangat sweet!

via IG @lyafrina
Photo-G To Be !
Masa ni asya snap pic mamapapa...
Dan hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
keh..keh..keh...


Teduhan Kasih....
Papa Adam Papa Asya laaaaa...
tengok tuu..tengok tuu... kuat pengaruh
Tapi kan.... papa asya pon feeling habis dengan drama TEDUHAN KASIH ni.

EPISOD 11 TEDUHAN KASIH
Iffa : Mungkin ada hikmah Iffa & Ryzal berpisah, kalo tak Iffa xkan jumpa dengan org sebaik abang (Ehsan)

TEDUHAN KASIH LYA
Lya : Mungkin ada hikmah saya sakit & lumpuh dulu.. kalo tak saya xkan bertemu dengan orang sebaik abang.... Ye la... sakit+lumpuh yang menemukan kitakan... Sebab time tu papa asya teman kawan dia (kwn lelaki) melawat saya yang lumpuh & sakit. Tak sangka pertemuan pertama tu mendetikkan perasaan di HATI papa asya untuk mendekati saya.. Papa asya berusaha sungguh untuk memiliki saya dulu walaupon saya sakit & tak sempurna. Alhamdulillah... tuhan semakin mendekatkan kami. Ya Allah, kau kekalkanlah hubungan kami suamisteri hingga ke JANNAH & kau kekalkanlah perasaan ini seperti kali pertama kami merasainya hingga ke akhir hayat kami bersama...

comey dop taik lalat saya tu??? Kih..kih.
Bos saya kate, " awok koho sihat lening
Saya tanya " bakpe kate gitu?" 
Bos saya kate " Dohh.. lening ade jerawat sokmo muke.. bagus r tu.. maknanya kulit awok aktif, daroh awop molek la tu..."  
Saya Kata :" kahhhhhhh.. ye ke gitu??"
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, June 12, 2013

Gwiyomi : Cutenyer Asya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

~W.o.r.d.l.e.s.s ~

Almaklumla musim GWIYOMI melanda... Anak dara aii pon terkena jangkitan ni. Sikit-sikit bangun pagi   " mama, nak wak gwiyomi".. Keh..keh... 

Gwiyomi spontan dari asya,
mama tukang nyanyi
*
*
*
*
*





*
*
*
*
presenting...
gwiyomi dari asya buat semua
abaikan gigi comel asya tu ye ;-)


Dan, video gwiyomi pertama asya..
Masa ni spontan.... Saya suka video ni..
Cuma kualiti gelap sket...

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, June 11, 2013

Syurga Idaman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

## Untuk kenangan peribadi ##

In Shaa Allah...
Ini bakal menjadi syurga buat keluarga kecil kami.
Cuma rumah teres setingkat sederhana besar, cukuplah untuk kami ber-3.
Rumah kecik-kecik pon hampir cecah 200k.. Itulah realiti sekarang, hartanah naik mendadak dari masa ke semasa... Ermmm.. Dapat yang ni pon dah sangat-sangat bersyukur..

Progress Syurga Idaman Kami
** Pic ni saya snap dalam 2 minggu lepas kot **





Semoga perjalanan projek perumahan ni berjalan lancar & dapat siapkan mengikut tempoh masa yang dijanjikan. Serius... saya memang dah tak sabar nak deko-deko rumah ni. Lagi pon Fain sendiri sangat minat dengan deko-deko rumah ni. Taste dia memang terbaekkk !

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, June 10, 2013

My Best Friend Wedding

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam Isnin semua.. Hari ni bawak asya jumpa pakar. Hopefully dapat dengar berita yang baik-baik saje.. Doakan asya ye ;-) . Hari ni just nak share pic-pic kenangan yang sempat dirakam pada hari perkahwinan BFF saya, Izzati yang diadakan pada 01.06.2013 . Tapi yang frustnyer, bateri kamera saya habih. Just sempat snap sekeping je... Huk..huk..huk..

Satu-satunya pic yang sempat saya snap..
Cantik sangat ! Sangat berseri-seri muka dia..


via henfon

Sebelum bertolak ke rumah Zati...
pic via IG @lyafrina

Sempat lagi posing time pengantin bersanding..
Hehe..dah update pantas di IG saya.


Kenangan bersama Zati+Din
Apesal asya masham cetum... saya plop napok pelik je..
Napok berisi pon ade.


Sebelum balik... posing dulu seround....

# saya ingat nak share pic hantaran yang saya buat tu... tapi nampak gaya, xde rezeki nak tunjuk sini. Sebabnya, masa saya buat hantaran tu mmg rushing, dalam masa 2 hari je. Lepas tu ingat nak snap, tp sibuk. Tapi kononnya nak snap pada hari persandingan ni.. tapi nak wak camner... bateri kamera plop konggggg.. x ingat nak cas malam tu.. ermmmm, nasib badan #

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, June 7, 2013

31.05.2013 : Izzati & Din Solemnization

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

**DISEBABKAN KESILAPAN TEKNIK, ENTRI NI TER-PUBLISH PADA 5.5.2013 (kes silap sheduled).. JADI SAYA DRAFKAN SEMULA ENTRI NI & PUBLISH SEMULA PADA HARI NI**

Musim cuti sekolah juga sinonim dengan musim kawin a.k.a musim mengawan. Memang situ sini meriah dengan majlis perkahwinan. Saya sendiri pon dapat banyak invitation kenduri kawen ni. Cuma bukan semua majlis saya boleh join, esspecially yang jauh-jauh. Salah seorang BFF saya juga antara yang selamat diijabkabulkan. Syukur alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai ujian & sesungguhnya jodoh mereka benar-benar kuat akhirnya beliau bersatu jua. Inilah ketenteuanNya, andai dia milik kita.. walau sejauh mana pon & walau seliku mana pon jalan, pasti tuhan akan dekatkan & andai ia bukan milik kita, walau segagah mana pon kita berusaha untuk dekat...ia tetap jauh dari kita. Ok, meh layan antara pic yang sempat saya snap. Lain-lain pic leh tengok SINI. Kalo nak letak sini, memang berjela-jela la entri ni.

31.05.2013
Zati & Din Solemnization

Hanya memakai kurung simple warna krim untuk majlis pernikahan.

Mekap sendiri..tapi tetap cantik & berseri

Husband & Wife
Alhamdulillah..Tahniah ;-)


Saya lak sedondon dengan dinding tu.
Masa ni dah lepas akad nikah..

Selepas sesi bergambar , makan dulu.
Nasi Dagang..yummmm.. serius sedap!

Tengok asya makan..secotet je tu

Hehe.. muka bosan dah ni.
Lepas makan..sempat gedik-gedik dulu dengan mama


Tak dop kije-an...


Mama kiss asya..

Lepas makan, masuk semula kat pengantin..
Wajib la bergambar dekat pelamin ni.


Anak dara mama dah besar..
One day, asya pasti akan melaluinya juga.
Moga asya dipertemukan dengan seseorang yang dapat menjaga asya sebaiknya & seadanya.
In shaa allah.


Me & Zati
Love this pic....


Aksi sempoi pengantin

BFF--> Flizz Star
Tapi x cukup geng...xpela...


Free style from us

Pic dari instagram @lyafrina

Entri majlis persandingan Izzati pada keesokan harinya akan menyusul kemudian.
Tapi sayang sangat sebab tak sempat snap pic banyak-banyak coz bateri habih.
Frustttt!

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)