Thursday, June 6, 2013

EPIC (3D) : Best tak citer ni??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena musim cuti sekolah, saya sempat meluangkan masa untuk bawa asya tengok wayang cerita EPIC ni di GSC, East Coast Mall Kuantan. Memang cerita ni antara yang saya listkan wajib tonton. Mujur asya ada mama dia yang suka tengok citer animasi ni. Bagi saya citer animasi ni dapat merelasekan otak sebab gambarnya yang penuh kalerful. Boleh menyebabkan otak aktif & sebagai rawatan mata jugak untuk saya. Hehe.. dasar mama asya ni peminat kartun.


SINOPSIS EPIC :

Seorang gadis yang bernama Mary Kathrene atau MK mempunyai seorang ayah yang menghabiskan seumur hidup untuk membuktikan bahawa 'leafman' (orang kerdil yang menjaga hutan) tu wujud . MK ni tak suka pekerjaan tersebut , kerana pekerjaan itu menyebabkan ayahnya mengabaikan keluarga . MK ni ada seekor haiwan peliharaan iaitu anjing (dah lupa nama , buzzy ke buggy apa entah). 

Suatu hari , ayah MK ni pergi meninggalkan rumah kerana salah satu kamera CCTV di hutan itu berbunyi. Tak lama selepas itu , anjing tersebut berlari ke arah hutan ketika MK bertekad untuk meninggalkan rumah dan ayahnya . Pada masa yang sama 'leafman' tengah berperang dengan orang jahat (tak ingat dia gelarkan diri dia apa) untuk membunuh permaisuri 'leafman' sebelum sempat memberi nadi hutan kepada warisnya . Nadi hutan itu diletakkan di dalam sekuntum bunga , sekiranya bunga itu mekar di kawasan kegelapan maka hancurlah hutan itu tetapi sekiranya mekar di tempat 'leafman' maka hutan itu akan sentiasa menghijau ...

Orang jahat ni bertekad untuk memusnahkan hutan setelah tentera 'leafman' membunuh anaknya . 'Leafman' pula bertekad untuk selamatkan hutan dan membantu MK yang secara tidak langsung terlibat dalam dunia 'leafman'. Susah nak menang sebab tentera orang jahat itu jauh lebih banyak dan senjata mereka jauh lebih berbahaya daripada leafman ... Apakah kesudahan cerita ini ? Tontonlah sendiri ya , apa-apa pun cerita ni memang best , kelakar , sedih dll tetapi ada kisses scene O///O.  

Sumber-->SINI




Beli tiket ni se-jam awal. Beli 2 je tiket sebab asya memang nak duk atas riba. Nak kena peluk-peluk dia untuk elak sejuk. Tiker 3D mahal sket, sampai RM17.00 sekeping. Sementara tu sempat pergi makan-makan dulu & ronda-ronda dalam mall. Masuk branded outlet sempat sambar topi koboi asya & selai t-shirt mama.




Muka happy... tak sabar nak tengok EPIC




Spek 3D yang besar & berat & memeningkan kepala


Budak yang mula bohsannn.. Sebab pe?? 
Nanti saya citer kat bawah

ahhhhh... lega.... dah boleh kuar


KOMEN SAYA&ASYA UNTUK FILEM EPIC (3D)

Kata Asya " Mama jom balik... asya pening paler la..."

Kata Mama " Mama pon pening paler la....."



Bagi saya citer ni boleh tahan bestnyer. Tapi memandangkan ni kali pertama tengok 3D kat wayang, jadi agak jakun. Dan lagi satu walaupon animasi dia cantik sangat, tapi bila pakai spek 3D tu, saya jadi pening & xleh nak enjoy dengan cerita ni. Sama gak dengan asya, dia tak nak pakai terus. Salah satu faktor sebab spek 3D ni berat & besar dengan dia.. Bagi saya better tengok filem yang tak ber-DD la.. Bila tak pakai spek la, wayang tu jadi blurrrr... jadi nak tak nak memang kena pakai spek.. Asya terus tak layan & asyik main bawah kerusi. Setakat ni citer THE CROODS , MADAGASCAR 3 & RISE OF THE GUARDIAN la ter-BEST. ICE AGE 4 pon kurenggg best gak. Takpe la.. nanti mama beli CD EPIC ye.. Kite tengok semula kat rumah. Rasanya ni kali pertama & terakhir la tengok wayang 3D ni. Maybe tak sesuai dengan saya.



Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

34 comments:

Khai♥Rin : anies said...

mungkin x biasa...sy pon ms memula tgk 3 minit je pastu da rs mcm nk muntah

norhidana miswan said...

akak tiap kali balik kerteh msti singgah mesramall tp lum penah sekali pun gi tgk wayang kt situ... udahla kt kl mmg tak penah tgk wayang sejak ada aiyan nih, konon nk tunggu dia bsr skit lah, bkn pe tkt dia jerit melalak2 kt dlm pawagam haru je...

tp dr review kwn2, kt meletop sume cite nih best kan, tingin gk akak nk tgk

:: Mrs.Eady :: said...

sebab tu saya tak tgk 3d..mmg pening!!

inazamri said...

akak ngan anak2 tgk yg biasa je coz kat TGV sini tiket smpai rm22 tu pun hari selasa pegi.jadi tgk yg biasa rm15 sorg.apepun citer ni mmg best.

nuha ahmad said...

alahai kesiannye asya, berat ye spek tuu..huhu kakak ni pun tak pernah tgok wyang 3d lg, asya dah dapt da..wahhhh :)

Qhaifa Nur said...

tak selesa tengok 3D ni tapi kalau dah minat citer tu..biar sajalah

Rai Ourkizuna said...

dengr kata best jugak.. ada jugak yg kata biasa biasa..

tak pernah lagi tgk wayang 3D. tapi kalau anak2 saya tak boleh kot. sbb diorang tak suka pakai spek tu.. haha.

Mimi Azirah said...

Mcm best je citer eic nih...sy pun xpnh tgk wayang 3d nih

eB said...

LAHAI. yg x3 D x der yer? eB sah x boleh.. hu3..
aed musti muntah

Nad MamaZN said...

Asya
Jom pasni kita tgk monster university plak :)
20/6
Jgn lupa! :)

intanfirdaus247 said...

Salam lya..kak intan sekali je tgk 3d..puss in boots,,pastu x suka dah..pening la..x enjoy tgk wayang..pastu dah x mau tgk dah..hehe..da la kak intan n rabun

LiYa HaNiF :: said...

skrng ni ada cter nie yer.. nk bawa qalesya g tgk ler... :)

Deqla Manjew said...

wahhh lya pun kaki wayang ke? atau asya yg kaki wayang ni? hihi.. citer ni deqla lom tgk.. huhu

lieyalatif said...

Lieya kalo movie 3d mmg x pilih yg tu...sanggup tgk yg biase je sbb penin laa lya kene pakai spek tuuu...budak2 lagi laaa xdenye nak pakai lame kan...dieorg pun rimas....

Lieya pun ade plan nak bawak budak2 ni...kene tgk mase laaa yg ok....

el said...

ooo dulu el pun ada gak tgk 3D ni..el hb ngan abg danish ok ok jek..tp kakak n adik mmg xmo pakai terus..sbb spek besar haha

Sue-Rya Qistina said...

kalau tgk 3D mmg rasa agak pening sikit. baik tgk yg biasa je kan. the croods sgt best!

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam LYA..
hihi..untung la at least pernah tgk 3D..
cma ni lansung tak pernah..
sakit mata ke? huhu..

mama lieyna said...

Tak biasa kot ye...

Eina pun suka tgk ckter animasi ni, dl pergi dgn mmber la.. skrg ada anak, teringin nk pergi..tp en suami tak suka..huu..

dya bunga said...

dya xpernah tgk wayng 3d ni..slalu tgk yg xberdddd ni.hehe

ieda immi said...

mak aihh 17 .. kalau akak 5 org huhuh
tuu yg selalu hubby cakap membazir , baik makan ..
makannnnnnnn aje huhuh

man said...

Suka tgk kartun ye..hehe

Haryati Faizal said...

kikiki...sian asya....

Fifi Nadhrah said...

bestnye tengok wayang.. fifi tak berani nak bawak ufairah lagi.. takut die yang berwayang..

Cik Nur™ said...

lepas ni jgn amik 3d dah ye..
sian asya..

baca ni terigin pulak nur nak pegi tgk..

dela said...

lama akak x masuk tgok wayang... :(

diana said...

sama dengan saya la..
bukan saya je.suami pun pening kalau pakai spek 3d ni..jadi dah agak lama tak tengok 3d.memang tak kan tengok dah..serik..hahah..maisara lak sampai umah terus muntah3 bercampur dengam mabuk keta..hahah

Tihara said...

seronok kan layan cartonn ni :)

Etuza Ezawarna said...

kadang tumpang seronok tengok kartun dgn anak2..bagus jg bersama dgn anak...masa ada senggang

Cho Zila said...

akak dah lama tak 3D sebab Azaliatu kalau pergi tengok asyik nak bukak spekjer .. so dari rugi pi beli mahal2 tengok yang biasajerler... akak tak tengok lagi epicni.. mungkin esokler kalau ada rezeki..

are_lin@yu said...

wahh beznya asya tgk wayang..ayu tak tgk g cta ni.hehe

Yana Libra said...

mmg pening kalau tgk 3D..sy pun lg suka tgk 2D je..:)

Cinta Misteri said...

hikhikhik....mmg dhnbyk kali complaint pown. mana2 wayang pown tkde sediakn spek utk size knk2. tp, kalau di S'pore mmg ada. apa punya turrrr laaa cineplex kat M'sia ni, charge mahal 4 hengget

wan nurul hezrina abd halim said...

sekat ada merah n sofia belum pernah ke wayang lagi,...huhu

CtAyue said...

ayu tak pernah tgk wyg citer 3d..oo kena pakai spek rupanya..haha jakunnya ayu ni..hehe..