Saturday, October 26, 2013

Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fain & Lya
26.10.2006 - 26.10.2013

Alhamdulillah, masuk usia ke-7 usia perkahwinan kami. Mudahan ikatan suci ini berkekalan hingga ke Jannah . Sepanjang pelayaran ini, dikurniakan 3 orang anak... tetapi hanya asya yang ditakdirkan Allah Swt untuk menemani kami di muka bumi walaupon penuh dugaan sewaktu membawanya ke dunia. Sewaktu mengandung ke tiga-tiga orang cahayamata, saya dalam ICU & tak sedarkan diri... Yang pertama, tahun 2007...juga dalam ICU, lepas sedar koma keguguran.. Yang ke dua , 2008 juga koma sepanjang mengandung.. tapi syukur alhamdulillah keajaiban & kuasa Allah Swt membawa Asya ke muka bumi. Dan, ke tiga... 2009, juga keguguran selepas keluar ICU. 

Walaupon sejak sebelum kahwin lagi saya tahu saya tak boleh mengandung sebab masalah kesihatan... tapi saya terus mencuba walau hampir bergadai nyawa. Bukannya doc tak bagi protection, tapi inilah yang dinamakan kuasa Ilahi. Kali ke-3 mengandung tahun 2009, doc larang sekerasnya untuk saya mengandung lagi sebab keadaan kesihatan saya. Saya akur demi satu-satunya permata hati yang harus saya hargainya.. Sejak itu, tertanamnya IUCD dalam rahim hingga kini. ( hanya 2 pilihan untuk saya samaada IUCD atau ikat peranakan, sebab penyakit saya xleh ambik perancang berhormon... akhirnya saya pilih untuk pakai IUCD. Maybe bila usia 35 tahun, baru saya bersedia untuk ikat peranakan ).

Alhamdulillah, saya bahagia dengan ikatan ini. Saat saya sah menjadi isteri Fain, saya hanyalah berusia 21tahun & Fain 22 tahun. Betulla kata orang, bercinta selepas kahwin memang indah. Sebab kami melalui usia remaja & proses kematangan bersama. Berkahwin muda juga bukan sesuatu yang pernah saya bayangkan dulu.. Tapi inilah yang dinamakan JODOH, jika itu kataNYA pasti ianya berjalan lancar. Masa kahwin dulu, saya masih belajar & berada dalam sem 5. Bestnyer waktu tu, selalu ada orang teman saya study.. Syukur, saya memperolehi result cemerlang & CGPA sem akhir 3.7++ . Berkat doa suami kot ;-)

Membuat keputusan untuk berkahwin di usia muda bukan perkara yang senang. Saya ambik masa untuk terimanya. Bagi sesiapa yang pernah baca entri pertemuan saya & Fain dulu, kami bertemu kerana TAKDIR. Masa tu saya lumpuh & Fain hanyalah teman kawan dia melawat saya kat rumah. Siapa sangka pertemuan pertama tu, Fain dah angau.. Sejak tu dia berusaha mendekati saya.Sepanjang lumpuh & sehingga boleh berjalan dia tak pernah tinggal saya & terus menunggu saya. Atas kesungguhannya akhirnya saya terima dia sebagai suami saya. Dia berjaya yakinkan mama & abang2 saya. Itulah niatnya, untuk menjaga saya tanpa ada batasan . Alhamdulillah, dia betul-betul menjaga saya sebaiknya.. Walaupon masa tu saya kerap terlantar di hospital.. tapi itulah detik terindah.. saya belajar untuk mencintai dia.. Sehingga akhirnya , saya betul-betul jatuh cinta pada dia.. Dia satu-satunya lelaki yang pernah mengalirkan airmata untuk saya. Sungguh saya amat rindu waktu tu...

Lepas kahwin pon saya kerap sakit, ada masa saya xleh berjalan.. Jadi Fain la yang papah saya ke kelas.. Saat paling istimewa sewaktu saya mengandungkan asya... selepas sedar koma saya still lumpuh.. Walaupon itulah detik menyedihkan hidup.. tapi detik itu juga yang menyedarkan saya tentang cinta sejati dia. Sebenarnya, sejak dulu saya agak fobia dengan lelaki.. sebab sebelum kehadiran Fain saya pernah ada seseorang, tapi kami putus sebab saya sakit & lumpuh. Sejak tu saya tutup pintu hati untuk lelaki..

Hingga bertemu Fain, saya sendiri tak tahu apa yang membuatkan saya terus dekat dengan dia. Walaupon waktu tu saya berusaha untuk menjauhkan diri.. tapi dia semakin dekat. Walaupon pelbagai ujian yang melanda hubungan kami, kami kuasa Ilahi..kami semakin dekat. Betulla kata orang, " Jika Ia Ditakdirkan Untuk Kita, Walau Sejauh Mana Pun Berpisah... Pasti Akan Bersatu " .

Terima kasih kerana sepanjang tempoh ini menjaga saya dengan sebaiknya.. Berusaha mengubati penyakit saya sejak awal kita kenal . Dan buktinya alhamdulillah, tuhan makbulkan... Sekarang keadaan kesihatan saya semakin baik. Selain tu saya amat bertuah kerana dikurniakan keluarga mertua yang sanggup menerima saya seadanya. Walaupon saya sakit & tak sempurna tapi mereka semua melayan saya dengan sebaiknya. Bagi saya sesebuah perkahwinan , mempunyai hubungan yang baik dengan family pasangan kita amat penting. Teringat lagi dulu, kali baru kenal Fain... dia dah kenalkan saya dengan family dia. Dan, family dia pon bersungguh membawa hajat Fain untuk peristerikan saya. Itu salah satu faktor jugak yang membuatkan saya terbuka hati untuk menerimanya sebab saya melihat kesungguhan ma & abah fain serta keihklasannya menerima saya seadanya walaupon saya lumpuh saat tu. 

Kalo dikenang kisah lampau saya, semuanya penuh air mata je.. Tak nak sedih-sedih dah... Apa yang saya inginkan dengan perkahwinan ini supaya dikekalkan kebahagiaan ini selamanya.. hingga ke Jannah. Semoga dikekalkan rasa cinta & kasihsayang buat saya hingga ke akhir hayat. Dan, usia 7 tahun hidup bersamanya sudah cukup untuk membuatkan saya semakin mencintai dia setiap hari semakin mekar di hati. Hingga kini, still rasa macam orang bercinta.. Ya Allah, kekalkanlah JODOH ini hingga ke Jannah & peliharakanlah rumah tangga kami agar sntiasa aman & damai serta dijauhi daripada segala cubaan/dugaan yang merosakkan ikatan kami. Amin


Keluarga Bahagia Selamanya
Insyallah

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

55 comments:

Aisy Nasiha said...

Semoga terus bahagia lya dan fain...

Allah dah jadikan yang terbaik unyuk lya...banyak susah yg dialami sebelum ni tapi semuanya mengajar diiri jadi l3bih tabah...

DYatie said...

Allahhuakbar.
Alhamdulillah dipertemukan dengan cinta sejati.
Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya.
Allah duga lya dengan sakit.
Allah hadirkan pula dia yang setia disisi.
Alhamdulillah.
Semoga bahagia sampai ke syurga.
InsyaAllah.

Mama Adam said...

Insya allah. Bila dua2 ikhlas, tuhan akan permudahkan. Walaupun susah pd awalnya, kini manisnya ada.

MamaSarahAirisDania said...

tahniah...semoga hubungan kalian sentiasa diberkati dan dilindungi Allah swt...:)

Sura Mohd said...

AllahuAkbar..banyak jugak cabaran..akak doakan semoga Lya sekeluarga bahagia hingga ke syurga..:)

syawalsimpsons said...

bukan mudah mencari lelaki sebaik dan seikhlas fain..hanya dier dalam sejuta ni..alhamdulillah lya dapat fain..moga bahtera lya kekal selamanya..terharu sue baca pengorbanan dan dugaan cabaran dalam hubungan lya n fain..terus kasi en asbeen baca..

Rizziela said...

Insyallah..akk doakan kebahagian ini kekal hingga ke Jannah

Rizziela said...

Insyallah..akk doakan kebahagian ini kekal hingga ke Jannah

kayyana said...

Amin... sedih sangat bila baca entry lya.. mengalir juga air mata yana... alhamdulillah... Allah tentukan jodoh yang terbaik buat lya... lya adalah tulang rusuk fain yang hilang... dan fain adalah pelengkap dalam hidup lya suka dan duka.. yana doakan lya dan fain akan terus bahagia.. Doktor hanya perancang tapi Allah yang tentukan segala galanya Lya.. happy anniversary lya.. =)

Puan Awin said...

tahniah lya...7 tahun tu bukan waktu yg singkat kan...macam2 ragam dan dugaan kena tempuhi. semoga hubungan lya dan fain kekal sampai ke jannah....

::NureeN:: said...

Alhamdulillah..
7 thn pelayaran lya sebagai suami isteri.. mmg cukup indah.. setiap saat n detik sgt berharga...
ALLAH dah tetapkan jodoh lya..
sama2 kita doa & perbaiki kelemahan kita utk menjadi seorg isteri & ibu yg mithali.. amin...

lovelywa said...

Amin..moga bahagia selalu bersamamu..

:: Mrs.Eady :: said...

tersentuh sgt..

che mid said...

Diam diam dah 7 tahun perkahwinan mu dik.. alhamdulillah wa syukurillah..teruskan perjuangan yang takkan habis selagi masih ada hayat. Kalau bukan ujian sakit, ujian lain pula Allah sediakan utk kita tanda Dia menyayangi kita.
Mohon share dalam fb che mid ya.. sekadar tatapan dan perangsang..

Khai♥Rin : anies said...

TAHNIAH3!
barakallah hulakuma barakala alaikuma...

Qhaifa Nur said...

pelbagai dugaan telah ditempuhi bersama-sama Lya...kuatnya ikatan kalian berdua....doa kak nur semoga keluarga bahagia ini sentiasa dirahmati Allah....

Ryha Feyzal said...

Subhanallah.
Bangga & happy dengan anda berdua.
Semoga bahagia sampai syurga.
So inspiring, dear!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Semoga Allah sentiasa melindungi dah merahmati Asya, mama dan papa Asya sekeluarga

mamyharraz said...

semoga ikatan suci ini kekal ke akhir hayat .amin.

Acik Erna said...

assalam lya..happy annivesary..Alhamulillah ..semoga bahagia selamanya

LydSunshine said...

kalo nak ungkap rahsia tentang jodoh ni, memang misteri dan takkan habis kan? Saya ni, baru je tahu yg dulu masa skolah rendah, saya sekelas dgn husband saya. Tu pon sebab ada kwn masa skolah rendah ada gmbr kami masa darjah 2. Heheh.

Nafira usof said...

setiap kali baca kesah Lya dangan Fain, setiap kali tuh lah hati zura tersentuh. Lya sangat bertuah dapat suami cam Fain. susah senang harungi bersama.
Zura doakan semoga kasih sayang antara Lya ngan Fain akan terus utuh sampai ke jannah.. InsyaAllah~

el said...

alhamdulilah
tahniahhhh smoga lya ngan fain bahagia hingga ke jannah..dan smoga kehadiran asya akan membahagiakan lagi kehidupan lya dan fain...

Masha Meisters said...

amin...insyaallah...doakan lya dan fain kekal hingga ke jannah...
bukan mudah nak jumpa lelaki yg ikhlas mencintai kita...

Haryati Faizal said...

doa yati tuk lya, fain n asya... semoga kebahagiaan yang Allah berikan kepada u all akan berkekalan hingga ke akhirnya...amin

Kopiolimauice said...

amin...Isnyaallah jodoh ni hingga ke syurga bersama permata hati yg ajaib ni ;)

Cik Nur™ said...

Alhamdulillah...

Moga jodoh berpanjangan sampai syurga.

Cik Nur™ said...

Alhamdulillah...

Moga jodoh berpanjangan sampai syurga.

Deqla Manjew said...

Subhanallah... alhamdulillah... lya dipertemukan dgn lelaki sebaik fain..betapa besarnya pengorbanannya sanggup menerima & menjaga lya walaupun tika lya lumpuh.. terharu deqla baca..anak2 lya yg lain tu sdg menunggu korang berdua di syurga tau.. in shaa Allah..moga kekal bahagia bersama hingga ke syurga.. jaga permata hati, (asya) dgn sebaiknya.. selmt ulang tahun perkahwinan ye.. ;)

salwana nordin @ che'wa said...

ya Allah sedihnya entry kali ni..

benar2 meruntun jiwa raga saya :)

in syaa Allah atas nama kasih sayang yg ikhlas itu Allah akan panjangkn jodoh hingga ke akhir hayat :)

maszmadi said...

amin..
moga lya, fain n asya sentiasa bahagia di dalam lindungan yang maha esa..

Ema Johari said...

Alhamdulillah.... akak doakan korang kekal hingga ke jannah...

Teena Tna said...

Aminnn, terharu saya baca entri akak. Semoga akak & suami bahagia hingga ke Jannah

kasihredha said...

Terharu

Puan Kutu said...

usia perkahwinan kita sama lya..usia kita kawen pun sama,bezanya sy 22,en suam 21..Alhamdulillah fain mmg ditentukan oleh Allah utk lya..bukan mudah nak mencari lelaki yg sanggup menerima byk kekurangan diri kita..selamat ulangtahun dan semoga bahagia hingga jannah

Tuan Juhaida said...

ya allah, beratnya dugaan...tabahkan hati ye.alhamdulillah..dapat juga seorang cahaya maya yang comel.semoga sis sekeluarga terus bahagia dan dilindungi Allah setiasa

Chic Na said...

sweetnya.. suka baca.. semoga terus berbahagia & berkekalan hendaknya.. happy 7th anniversary..

Rosmiza Ali said...

Semoga berkekalan jodoh hingga ke Jannah.. Amin.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

mama lieyna said...

Hppy anniversary lya n fain...
Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan sehari2... selagi hayat dikandung badan..
Moga kekal bahagia till jannah.. amin...

Cinta Misteri said...

semoga cinta kekal hingga ke jannah...

Seri Selaseh said...

Jodoh pertemuan Allah dah tentukan. Semoga terus kekal berbahagia sbgi satu famili selama2nya. Kita kena bnyk sabar dlm meneruskan hidup ni. InsyaAllah, kalo selalu ingat Allah, Allah pon ingat kita.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Happi anniversary dear...moga bahagia hingga jannah...berseri2 tau uolls ni...ceria sangat...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

alhamdulillah :)

smga kekal bahagia dan gembira selalu...

slmat ulang tahun :)

Cho Zila said...

Alhamdulillah ... moga kasih sayang kalian akan kekal selamanye.... berbahagialah bertemu dengan cinta sejati...

Riedaffya ibrahim said...

bila bc kisah lya ni kan...semnagt aje..ape pon..selamat melayari alam rumah tangga hingga ke akhir hayat...gaduh2 manja tu biasa la kan..

Solehah Shamsuddin said...

Terharu Solehah bila baca entri akak ni. Sesungguhnya Fain memang ditakdirkan untuk akak. Allah Maha Besar, tiada siapa tahu kekuasaan-Nya. Jodoh pun hanya Allah yang tahu. Solehah doakan akak dan famili akak bahagia selalu. Aamine :)

jaakechik said...

selamat ulangtahun perkahwinan ke-7 buat lya dan fain, semoga perkahwianan kalian kekal bahagia hingga ke jannah. untung lya dapat husbnd yg pyayang. susah nak cari tu. cekal sungguh hati fain... btw semoga lya dan anak diberi kesihatan yg baik oleh Allah Taala... amin...

.:fyzz:. said...

so so touching..fyzz doakan lya n fain akan bahagia selamanya..lya diberikan kesihatan yg sempurna demi masa depan si comel fasya..amin...

Syima ~Mama Kyra~ said...

Terharunya saya baca N3 Lya :(
Sggh cekal hati Lyra bertarung nyawa utk dptkan zuriat buat suami..mmg fain sorg suami yg baik dia adalah jodoh terbaik dari Allah..smg hbgn kalian di berkati dan bahagia berpnjgn hgga ke Jannah..ep anibeseri to both of you :)

Zee Suhaini said...

terharu baca entri ni Lya..bertakung gak airmata..perit sungguh perjalanan..

apepon, selamat hari ulangtahun perkahwinan..moga ikatan ni kekal selamanya dan membawa ke syurga..amin

are_lin@yu said...

sgt2 terharu ayu bca cerita lya..mgkin fain 1 dalam sejuta..inshaallah moga kekal hingga ke jannah .amin..

Fiza Rahman said...

Tahniah Lya. 7 tahun berlalu yer.

Happy anniversary to both of you. Semoga kekal bahagia selamanya.

Mimi Azirah said...

sekarang nih bukan seng nk cri lelaki sebaik fain..bertuah lya dpt suami yg memahami dan terima lya seadanya..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..

speechless :')

alhamdulillah..doa yg penuh keikhlasan & rasa rendah diri,pasti akan diangkat kelangit..

semoga kalian berbahagia lebih dari semlam dan hingga keakhir hayat :)

QasehnyaRania said...

alhandulillah
saya doakan yg terbaik buat kalian
aamiin