Thursday, November 21, 2013

Lets Follow Ammar : Ahmad Ammar Dalam Kenangan ( 1993 -2013 )

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebuah kisah yang benar-benar membuatkan hati saya jadi berkeping-keping. Kisah yang menusuk jauh ke lubuk hati saya. Kisah yang membuatkan hati & jiwa terkesima. Kisah yang membuatkan saya menjadi kagum . Dan, kisah ini membuatkan saya merasa diri saya sekerdil-kerdilnya. Perasaan malu & insaf menusuk jiwa, dalam usia kehidupan yang makin lanjut ni, apa yang saya lakukan untuk agama & untuk menemui pencipta?? Begitu berbeza dengan Arwah Ammar... Sehingga hayatnya 20tahun, seluruh kehidupannya melakukan perkara yang berfaedah tanpa sebarang kerugian. Saya pasti, sudah ramai yang mengetahui tentang kisah Arwah Ammar. 


Ikuti kisah hari terakhir Ammar seperti yang diceritakan oleh Sahabat di Turki : 

Hari jumaat itu Ammar petugas di dapur. Masak nasi dan panaskan lauk kacang kuda. Kemudian masak teh untuk sahabat-sahabatnya dan kemas dapur. Hari sabtu yang hari kemalangan itu bangun awal pagi, mandi dan duduk atas katil mengaji al-Quran. Sahabat yang petugas dapur hari itu sediakan sarapan untuk Ammar, kerana Ammar nak keluar awal sedikit. Kawan dia sediakan sarapan dan makan bersama sambil berbual. Abangnya Tanya, Ammar, apa plan kamu? Apa yang kamu ingin buat? Abangku, saya ingin buat khidmat dakwah. Saya sudah habis baca semua koleksi Risalah An-Nur. Ingin baca sekali lagi dengan merenung. Selepas sarapan, Ammar keluar dan pergi satu rumah yang dulu tinggal sana dan membawa barang2nya ke rumah yang baru nak tinggal itu. Beliau susunkan semua barang2 itu dalam almari dan atas meja. Kemudian bersedia nak keluar ke rumah yang pelajar-pelajar Malaysia dan Patani yang baru tinggal situ. Kerana tahun ini Ammar akan bertanggungjawab daripada pelajar-pelajar Malaysia dan patani yang baru sampai sana. Beliau Kata kepada abang dia, abangku, tahun ini saya ingin bagi tazkirah dan kelas untuk pelajar2 ini, Tolong saya, kita keluarkan tajuk2 yang saya boleh membentang untuk mereka. Bersama abangnya mereka tulis tajuk2 itu. Kemudian ambil begnya dan keluar dari rumah untuk khidmat tersebut. Nota yang terakhir Ammar tulis dan letak dalam begnya adalah kaedah pertama dalam risalah ikhlas, iaitu begini “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga me-nerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama dalam khidmat dakwah ini."

Mungkin dengan membaca ini, kita masih belum memahaminya... Luangkan sedikit masa untuk menonton video dibawah, barulah kita tahu betapa istimewanya beliau. Adalah menjadi satu kerugian jika anda tidak menonton video ini.Permulaan saya tengok video ni, saya masih tak memahami & merasai.. sampai ke saat arwah dikafankan, disolatkan & dikebumikan.. Saat melihat para ulama menitiskan air mata, saya percaya... ARWAH SEORANG YANG SANGAT ISTIMEWA. Ya Allah, menitis air mata & betapa sedih , kagum dan macam2 rasa... saya tak mampu ungkaikan perasaan ni.... Betapa sebaknya.. 


" Apabila sesuatu kematian mampu menyentuh jiwa-jiwa dan menyedarkan kita dari tidur yang lena, itulah kematian yang menghidupkan "


Al-Fatihah buat Arwah Ahmad Ammar

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

40 comments:

Cik Nur™ said...

Al-fatihah....

dah tersebar luaskan pasal arwah. belum berkesempatan tgk youtube tu..tapi pasti akan tgk..


♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
honestly, cma tau pasal arwah bila click link kat FB lya tu.

terpana rasa hati..
arwah meninggal dlm syahid.
begitu allah sangat menyanyangi hambannya ini..

itu utk dia.. bagaimana utk kita kelak?

the malay male said...

Al Fatihah, semoga roh nya di cucuri rahmat.


x dpt pula meninton video tersebut. may be line internet x ok.

KakNi Sihat Cantik said...

Al fatehah.

zety said...

:') ..alfatihah utk arwah

Nurulhuda Abdul Latip said...

Innalillah, takziah pada keluarga arwah..Memang sebak dan speechless...Beruntung arwah, nasib kita ni tak taulah macamana..

Cik Aini said...

al-fatihah
arwah mmg sgt istimewa,Allah tinggikan darjatnya hingga disemadikan di kalangan para2 sahabat nabi..Ya Allah betapa insafnya sy bila membaca dan melihatnya..dan betapa beruntungnya ibu bapa nya memiliki ank yg sebegini..sy percaya wpun mereka sedih dgn kehilangannya tp mereka redha dan bangga melihat anak mereka di semadikan di situ..di angkat darjatnya setinggi itu...

norhidana miswan said...

al fatihah utk arwah ammar... akak pun dh tgk video nyer kt youtube.... sebak sedih semua ada, tp kagum mak ayah dia sgt kuat tak menngis pun... msti dia redha anak nya meninggal dlm syahid...

mama lieyna said...

Al fatihah.. sebak... dan menginsafkan..

Belum dapat tgk video ni.. kt tab ni tak dpt view plk...

eima said...

sedey .. semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman ...ahli sufi

Siti Asiah said...

al-fatihah untuk arwah
semalam Asiah tgok video ni,sebak dada. subhanallah, mmg tersentuh...terdiam seketika, muhasabah dr...bertuah ibu & ayah Ammar dapat anak sebaik Ammar...

Masya said...

sy dapat video kat wassup.. seyes sedihkan.. sebak.. al-fatihah buat beliau..

Fiza Rahman said...

Al-fatihah.

YT dah kena blocked. Tau pasal ammar pon kat FB. Betapa istimewanya Ammar ni kan.

MamaSarahAirisDania said...

Arwah Ammar anak yang hebat..anak yang hebat biasanya laher daripada ibu yang hebat..nak sgt jumpa dgn ibu arwah, mesti ada rahsia disebalik keperibadian si anak yang begitu mulia...

Nazayiena Ayiena said...

Smlm ada baca tajuk nie,tapi x terfikir nak baca dulu....

kayyana said...

Al-Fatihah.. semoga roh dicucuri rahmat.. sedihnye... rasa mcm takut pun ade.. apelah nasib kite nanti DISANA.. Ya Allah..

LydSunshine said...

insyaAllah tempatnya bersama org2 beriman yang lain...

amirah said...

betul tu liya. terasa diri kerdil sangat sebab banyaknya benda yg perlu diubah untuk jd manusia hebat disisi Allah. istimewanya Ahmad Ammar, moga rohnya bahagia di sana...alfatihah

Alin Marlini said...

memang mulia arwah ni lya..saya semenjak hari kematian sehingga ke hari ini...masih dan sangat kagum dengan arawah. smg rohnya bersemadi bersama2 org soleh

dhiera said...

Al-fatihah buat arwah.
Allahu akhbar..

aTieYusof Family said...

Dah tgk video ni pagi tadi..menitis air mata... tersentuh sgh hati ini...Ya Allah! betapa kerdilya diri ini ...

::NureeN:: said...

Al-Fatihah buat arwah ammar...
nureen dpt tau masa memb wassap semlm..
ni baru abes tgk video yg lya attach kat n3..
sayu n sedih... hampir menitis air mata td, tp staff opis mai sebelah.. terus x jd menangis...

beliau sgt2 d hormati & disanjungi...

Kopiolimauice said...

Al-fatehah smga roh Amar di rahmati oleh Nya..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

alfatihah untuk beliau dan moga rohnyer dicucuri rahmat..
sedih air mata berderai nengok video ni tq share yer lieya...

Mummydearie said...

Al-fatihah!

Sebenarnya saya belum berkesempatan mengetahui dengan lebih lanjut tentang arwah. Nak juga google dan mengetahui kisahnya.

Nafira usof said...

terkesan jugak dengan kesah Arwah Ammar nih. bertuah ibu dan ayah dia.

Deqla Manjew said...

YA ALLAH... deqla pun mcm lya.. terasa begitu kerdilnya diri ni.. di usianya yg baru 20 tahun , begitu istimewanya diri dia di kalangan smua.. di saat dia telah telah tiada pun namanya tetap menjadi sebutan..Subhanallah..!!

Al-fatihah.. in shaa Allah syurga tmptnya..aamiin...

Lily@MamaZaraZareef said...

Al-fatihah..insyaALlah..syurga menantinya..kite yg tinggal ni belum tentu nasib kan..hukhukhuk

salwana nordin @ che'wa said...

mmg menjadi teladan kisah ammar ni :)

semoga anak2 kita menjadi murabbi yg mencari keredhaan Allah juga..in syaa Allah

:: Cik Viva :: said...

Alfatihah untuk arwah Ammar. Tgk video kisah hidup sedih satu opis..

dela said...

al-fatihah

Tihara said...

al Fatihah,
bertuah kedua ibubapanya,
pasti ada hikmah disebaliknya

ieda immi said...

alfatihah

semoga arwah tenang disana disamping para syuhada ..

tidak pula dinyatakan bagaimana dia boleh dilanggar oleh ambulans , adakah terdapat org yg dengki dengan arwah , yelah arwah seorang anak muda pejuang agama ..

hurmmm semoga keluarga beliau tabah

ps : winduu lya .. masih belum ada mood nak update blog huhuh

Cinta Misteri said...

Allahuakhbar, sesungguhnya syurga tempat mu Ammar. hampir setahun mengikuti perkembangan Ammar dan keikhlasan jiwanya, tak sempat nak berkongsi di blog tercinta, Ammar terlebih dahulu dijemput Sang Penciptanya.
dia idola ank CiM yg sulung. CiM vyk tunjukkn video2 Ammar pd Danish, sewaktu perkhabaran pemergian Ammar, Danish sedih, soalannya...kenapa dia tak dibawa balik ke Malaysia. jawapan CiM.... Abg kena belajar rajin2, berjiwa besar seperti Ammar, nnti boleh bertemu Ammar dipusaranya. dia diam jer....

*sayu*

Khai♥Rin : anies said...

Alfatihqh utk arwah...kami di AM mmg sgt rapat dgn family arwah esp bapanya...hmpr setiap thn bapa arwah pasti sggh ke opis kami utk beri tazkirah...

nik ros said...

jeles bila baca kisah2 dia kan.Allah terlalu sayangkan dia.sebab tu Allah jemput dia ada usia muda.Al-Fatihah untuk arwah

Aisy Nasiha said...

Sedih akak baca kisah arwah ni.. masa liya postkan entry ni akak terus google cari kisah tentang arwah.. menangis malam tu..mmg terasa terharu dgn apa yg dh dia buat.. semoga Allah merahmati arwah ...

Riedaffya ibrahim said...

al fatihah...semoga rihnya ditempatkan dikalangan para mukmin...bc kisah dia pon da sedih..

Rosmiza Ali said...

Rasa kerdil je diri ni bila tengok jihad allahyarham.. Al-Fatihah buat allahyarham Ammar..
http://miezashaklee.blogspot.com

hainom OKje said...

Al-fatehah buat arwah!