Monday, December 30, 2013

Pray For Kemaman : Kebangkitan Selepas Banjir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah.... kembali semula setelah agak lama bertapa. Mau kumpul semangat tu yang ambik masa. Selama tempoh menghilang ni banyak perkara yang disettlekan.Owhhh, jangan terkejut tengok rupa blog yang melegam ni, kesilapan teknik akibat kegatalan tangan ni.. takpelah sementara mencari orang nak renovate semula blog saya ni.

Rumah total loss... barang-barang habis musnah. Serius, ini kali pertama dalam hidup ditimpa bencana banjir. Dan, sebenarnya...... kawasan rumah saya ni bukanlah kawasan banjir. Tapi "bah" kali ni amat dasyat, sekelip mata air datang. Banjir kali ni banyak menimpa pada kawasan-kawasan yang x pernah dinaiki air pon. Bukan itu saje, bahkan seluruh bandar kemaman dilanda banjir.. Banjir kali ni juga, bukan sekadar di kampung-kampung, bahkan kawasan perumahan sederhana & elit pon dilanda banjir.. Pendek kata, semua lapisan masyarakat kat sini kena tempiasnya. Ada gak rumah x banjir tetapi terkepung dengan air.. Jadi semua lost contact.

Bencana kali ni benar-benar membuka mata. Kalo di kawasan hulu-hulu kampung, hampir 100% ditenggelami air. Bahkan ada rumah yang hanyur, terbelah dua & ada yang tinggal tangga rumah saje. Seluruh kemaman juga terputus hubungan, line telefon ( memang xleh nak contact/sms), internet (boleh sekejap2.. time dapat line tu la ambik peluang update), terputus sumber makanan, minyak petrol, elektrik , air dll. Paling sadis bila satu-satunya jalan yang penghubung tak boleh dilalui apabila jambatan runtuh. Masa ni, nak makan nasi pon susah... bayangkan hanya berlaukkan telur dadar. Tapi.. nak cari telur sebijik pon susah. 

Paling mencabar iman bila mencari bekalan roti, coz asya ni jenis tak makan nasi..dia jenis yang suka makan roti. Bayangkan semua kedai berhenti semata-mata nak cari stok roti.. Tapi memang xde langsung. Last2 dia makan biskut kering je. Kalo nak cerita , memang terlalu banyak & tak mampu diluahkan dengan penulisan ni. Hanya orang yang mengalaminya mengetahui kesulitan ni. 

3.12.2013
Ok, cerita perihal saya sekeluarga, 3 kali berpindah menyelamatkan diri. Kali pertama,masa ni air sikit jer & jernih... saya terus ke rumah MIL di kampung papa berenjut. Tapi pada keesokkannya, Fain ajak balikrumah.. katanya dah xde air. Masa tu cuma air jernih & ingatkan sebab just takungan air hujan coz air terkepung sebab kemjuan projek perumahan kat situ. 

4.12.2013

Pada keesokannya, Fain bagitau kat area JPJ dah banjir & melintas jalan ke perumahan saya. So, maknanya bila-bila masa je air leh sampai. Saya mula menyimpan.. Tapi sikit-sikit jew, coz saya budget air paling tinggi pon paras lutut kot sebab kawasan perumahan saya ni tinggi. Jadi,semua peti ais, mesin basuh dah alas batu bata.. Barang-barang main campak atas katil je. Lepas tu terus keluar, takut kereta terperangkap dalam banjir. Masa ni,kita orang tak sempat nak mandi pagi pon. Memang comot berbaju tidur lagi. Dalam otak just nak lari ke rumah MIL di kampung paya berenjut. Odway ke sana,jalan memang jem. Terkejut jugak, sebab sepanjang jalan dah penuh air. Bayangkan , berejam duk dalam kereta nak ke sampai ke rumah MIL. Padahal, perjalanan patut ambil masa dalam 15min je. Elok-elok sampai sana, kedua-dua jalan menghubung ke rumah MIL dah tak leh lalu coz air mula melimpah. Padahal kat situ pon bukan kawasan banjir. Ini bermakna MIL pon terkepung. 

Saya dah tak tahu nak kemana-mana,last2 call ofis & dapatlah bermalam kat pejabat. Kawasan pejabat still selamat coz jauh di Bukit Kuang, cuma kawasan ofis saya betul-betul dikelilingi laut (shipping company). Just tawakal...

Tidur kat surau pejabat. Malam tu baru sentuh makanan, sebab sepanjang hari terperangkap dalam kesesakan coz masing-masing mencari tempat perlindungan. Saya dapat tahu, ramai yang lari ke hotel. Malangnya hotel2 yang mereka diami juga dilanda banjir. 

Malam tu jugak keluar ke stesen minyak dekat ofis.. Ya Allah, berejam tunggu turn. Masing-masing serbu kesini nak isi minyak kereta. Kebanyakan pam minyak di kawasan bandar kemaman dilanda banjir & ada yang ditutup sebab kehabisan bekalan minyak. Katanya lori minyak nak ke Kemaman pon x boleh coz sempadan kemaman-kuantan dilanda banjir. Terputus ...


Pada malam tu.. hanya asya yang tertidur lena. Saya & fain sikit pon xleh lelapkan mata. Asyik-asyik intai kot tingkap.. Takutnya air laut naik. Coz bacaan air malam tu 3.6m + hujan tanpa henti. Dan malam tu bayakkali gak cuba contact dengan family.. Tapi terputus-putus coz line komunikasi semua terganggu. Pagi keesokkannya, saya dapat tahu rumah MIL pon dilanda banjir. Pukul 3pagi dia orang mengarung air untuk selamatkan diri. Kawasan rumah MIL, dalam tempoh 50tahun..memang tak pernah banjir.Selain tu, rumah abang & kakak saya juga dilanda banjir.. Rumah dia orang air dah cecah bumbung.

5.12.13
Ujian... pagi tu kat ofis terputus bekalan air, telefon & internet. Masa ni macam dah tak tahu nak lari kemana. Alhamdulillah, dalam kesusahan ni ofismate hulurkan bantuan dengan memberikan sebuah rumah peninggalan keluarganya di Kijal untuk saya berteduh sementara keadaan pulih. Kat rumah tu semua complete, just saya perlu cari bahan basah untuk memasak. Odway kesana, singgah Giant Kijal. Terkejut... sebab semuanya tertumpu disini.. Yela, pasaraya kat Kemaman dah tenggelam. Stok makanan memang xde, so ambik mana yang ada. Nak dapatkan sardin pon susah.. Selain tu, beli pakaian dalaman... Untuk bayar semua ni, ambik masa 2jam beratur. Fuhhhhhh..

Duk kat kijal,masuk hari ke-2 mengalami masalah gangguan air.. Huhu.. tadah air hujan untuk mandi. Mandi pon gitu-gitu je coz kena berjimat. Tapi syukur, sekurangnya bekalan elektrik still ada..kalo nak compare dengan kawasan chukai.. elektrik& air semua putus.

8.12.2013
Air dah mula surut kat kawasan perumahan saya. Pic ni ambil pada waktu pagi .
Kat area rumah saya air banjir separas pinggang . Petang tu, air dah mula kering.


Perkara pertama bila balik rumah saya cari kucing-kucing saya. Alhamdulillah.. ketiga-tiga ekor selamat.
Popo duk atas meja dalam rumah, Miaw duk kat atas beranda belakang rumah & Miow duk atas atap rumah.. Miow dah dengar suara dia dari atas bila dipanggil nama. Tak dapat nak panjat la. Tapi keesokkannya dia dah boleh turun.











Keadaan asal dalam rumah teruk lagi..  Tapi xleh nak ambik pic coz gelap xde elektrik. Sofa semuanya basah kuyup.  Tapi still boleh guna sekarang.. just basuhkan semula.. Ambik masa utk kering. Masuk hari ke-3 bersih rumah baru ada elektik. Untuk buang lumpur tu ambik masa 2-3 hari..Itu pon belum betul2 bersih. Rumah saya sekarang still macam tongkang pecah, x beres2 lagi berkemas & perabot, totally let go.



Ini baru sebahagian yang dibuang.. 3set bilik tidur.. semuanya buang. Perabot-perabot seperti almari baju 5 biji, meja solek 3 biji, katil 3 biji, kabinet tv, barang elektrik dll. Kamera digital Olympas pon antara yang menjadi mangsa . Dapur gas & tong gas.. di letgo. Baju-baju banyak buang coz terlalu kotor & busuk. Paling sayang pic-pic saya masa kcik & belajar banyak tenggelam air. Banyak yang kena buang.. kenangan tu..


Kesemua transports asya penuh lumpur. Mujur meja tulis dia elok coz kaki meja tulis & kerusi besi


Yang ni set dalam bilik tidur saya.
 Kabinet ni still boleh guna,cuma alas bahagian dalam patah.


Sebahagian baju yang dah dibasuh time ni.. Sebab ketiadaan almari untuk menyimpan terpaksalah susun atas lantai macam ni je..





Almari baju asya.. Akhirnya di renovate.. Bolehlah, 
sementara nak simpan baju dia. Atleast lebih kemas.

Dan... baju-baju saya buat sementara dalam almari ni. Angry bird pon angry bird laaa.. Sebenarnya almari ni pemberian tokey kedai perabot. Rezeki.. Niat asal ke kedai ni sebab nak mencari almari pakaian.. Tapi kedai diaorang pon dinaiki air & byk perabot y rosak.. Jadi memang xde stok lagi.. Tapi dia orang bagi perabot ni free.. sikit je kena air kat bawah, dia org dah siap alter tapak almari ni. Boleh la muat sebahagiannya baju daripada berterabur.


Satu-satunya almari baju yang saya tak buang. Terpaksa gunakan gak sebab nak gantung baju-baju kurung untuk pakai ke pejabat. Baju-baju dalam almari ni semuanya dibasuh semula. Tapi problemnyer, terlalu banyak naik kulat-kulat putih ni. Sampai sakit dada hidu.. Padahal dah lap banyak kali.. Tak tahu mcm mana nak hilangkan dia.. Bila masuk buka je pintu bilik baju ni, meruapppppp! Masih ada beberapa bundle yang belum dibasuh. Sejak lepas banjir, memang kerja-kerja membasuh baju non stop sampai sekarang. Sabun baju rasanya dah beli melebihi 10 bag untuk tempoh ni.

Untuk TV lak.. inilah alternatifnya.. Kita main sangkut-sangkut je selepas kabinet tv ni roboh. Tapi mujur TV ni still selamat


Dalam kesusahan ni, saya ucapkan jutaan terima kasih buat group GSF (Group Segar Follower) yang diketuai oleh Aima, kerana mengadakan kutipan kilat untuk membantu saya. Serius, saya sendiri tak tahu pasal kutipan ni... sampailah muncul Jaa secara tiba-tiba di pejabat saya haritu menyampaikannya. Kebetulan hari tu, hari pertama saya ke pejabat  & hari yang sama juga saya terima cek dari Nuff.. Alhamdulillah, pertolongan daripada Allah SWT tiba saat2 diperlukan. Saya mintak maaf tak sempat lagi nak terjah ke blog-blog. Apa-apa pon saya ucapkan jutaan terima kasih buat GSF atas keprihatinan ini & buat semua sahabat blog yang mendoakan keselamat saya sekeluarga. Terima kasih juga buat big boss atas sumbangan bantuan banjir (ang pow biru) & daripada beberapa lagi sumbangan peribadi dari insan-insan berhati mulia yang ingin dirahsiakan. 

Hampir 1minggu++ lepas dah bersih rumah baru boleh balik. Permulaan just tidur atas comforter yang terselamat. Bantal beli baru. Dengan duit sumbangan ni lah saya beli tilam+katil+dapur dan banyak lagi barang-barang penting yang menjadi KEPERLUAN. Cuma almari baju, kalo beli pon tahun depan kot atau tunggu pindah rumah siap terus. Coz takut gelombang ke-2 melanda. Niatnya, lepas ni nak cat dalam bilik dulu coz dinding kotor & berlumut. Syukur.. dalam kesusahan ni.. tuhan bukakan pintu hati insan-insan ini untuk menghulurkan bantuan. Serius,  saya sendiri tidak pernah meminta-minta. Untuk menerimanya pon berat hati & serba salah.. Selepas dipujuk, akhirnya saya terima dengan seikhlasnya.. Dalm duk sibuk-sbuk membersih rumah, saya diuji bila jatuh sakit. Demam & serangan jantung .. sampai tak sedarkan diri. Tapi, syukur alhamdulillah.. selamat & mampu bertahan serta x melarat. Apa-apa pon,cukup sampai sini dulu cerita banjir ni. Cukup lah sekali ni saja & semoga lepas-lepas ni xde lagi ditimpa bencana macam ni. Apa-apa pon semua ni dari Nya... Hanya dia yang mengetahui...  Sebagai hambaMu yang kerdil, aku terima dengan redha setiap ujianMu ini..

** CUMA.. SATU PERKARA YANG AMAT SAYA TERKILAN... DALAM BERITA TIDAK DITUNJUKKAN KEADAAN SEBENAR KITA DI KEMAMAN UNTUK TERUSKAN HIDUP SAAT TU.. RAMAI YANG TAK TAHU KEADAAN SEBENAR KAMI. TIADA BANTUAN SAMPAI, CUMA DENGAN MEDIUM FB BARU RAMAI PIHAK LUAR TAHU & LEPAS TU BARU BANTUAN TIBA MENCURAH **

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

70 comments:

Nad MamaZN said...

alhamdulillah
takziah diucapkan atas musibah yg melanda
setiap yg terjadi ada hikmahnya
in shaa Allah..
sabar dan tabah hadapi dugaan ye
saya sentisa doakan...

Aisy Nasiha said...

Terkedu dgn ayt terakhir lya.. btl.. semoga semua yg menjadi mangsa banjir tabah dgn kejadian ni. Mmg payah nak terima, kehilangan bukan sikit tu.. apa pun kuatkan hati dan berdoa utk masa depan yg lebih baik nnati.

Chic Na said...

teruk jugak ye.. dalam berita memang tak tunjuk, just tunjuk kat pusat2 pemindahan je.. cikna ada dgr dr sedara yg keja bomba kat kemaman & dia join team menyelamat.. sebak dengar dia citer keadaan masa menyelamat tu.. hope lepas ni tak berlaku lg macam ni.. kami bantu setakat yg mampu je.. :)

Cik Nur™ said...

YaAllah..sayu hati baca...dan tak sangka tempat yg tak pernah banjir pun tiba2 banjir...

insyaAllah..setiap dugaan ade hikmahnya...

bila baca entry ni, tersenyum bila tgk kucing2 lya terselamat..pandai jaga diri..diorg mesti laparkan..

apapun, lya..apapun kemungkinan lepas ni, kena ready...sbb pengalaman kali ni, dah boleh jadikan sebagai pgajarankan..

moga Lya terus tabah...!

Puan Kutu said...

Ya Allah berat sungguh ujian banjir kali ni..syukur dlm kesempitan masih ramai yg sudi menolong n hulurkan bantuan..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semoga lya sekeluarga tabah..sy doakan yg terbaik buat semua di Kemaman

QASEEH HATIKU QASEEH said...

sedih nya..hopefuly awak sabar byk2..setiap dugaan pasti ada hikmah nya..ya mmg terkilan jgk bla media masa ni x telus..ssh nak ckp kn...pa2 pn mula kn hidup pelan2 ya...jgn putus asa.

joeayu said...

Semoga Lya terus tabah menghadapi ujian Allah ini. HArap2 takde dah kena macam ni lagi. Amiinn~~

Lynda Che Lah said...

Lya..
salam Takziah..sedihnya tengok..
Semoga segalanya berbalik kepada asal..Dugaan Allah dtg dan Alhamdulillah kalian sekeluarga selamat..

Rizziela said...

sedihnya akk baca Lia... semoga Lya tabah & ada hikmah dengan setiap yg berlaku

Mimi Azirah said...

Ya Allah teruk jugak ye..Sedih pulak saya tengok keadaan rumah awk...

Kopiolimauice said...

Ya Allha dugaan betul...sy pernah merasa pengalam mcm ni time kt kedah dlu thn 2010..stok makanan mmng susah nk dpt..tmpt tido kna merempat mmng dugaan beganda msa tu T__T

izan mama mia said...

sebak baca... dugaan dr nya... mujur lya dan semua mangsa tabah.... mg tiada lg gelombang ke dua..

Cik Jue said...

sebak baca kisah lya..
mak saudara jue oun sama ...
rumah dia kat perumahan guru..rumah tingkat 3..tapi rumah tingkat 2 dah tergelam air...terputus hubungan...berlapar dalam rumah sendiri...kereta dua buah habis masuk air..
memang sedih bila dapat tahu semua benda tue..
apa yang diceritakan kat tv ngan surat khabar tak sama dengan setuasi yang dialami...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betapa berat mata memandang... sedih.. tentulah lebih sedih orang yang melaluinya...

Fazleyatul Aini said...

pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian

berat mata memandang, berat lagi yang memikulnya

semoga tabah

Fazleyatul Aini said...

pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian

berat mata memandang, berat lagi yang memikulnya

semoga tabah

Syima ~Mama Kyra~ said...

Teruk jgk rumah Lyra kena banjir..mmg berat dugaan ini..sy yg tgk ni pun dah rasa hiba dan pilu apa lg org yg mengalaminya..stp dugaan itu ada hikmahnya..alhamdulilah Lya & family sihat walafiat spjg banjir..harta boleh dicari nyawa tiada gantinya..sy di sini mendoakan smg tragedi banjir di kemaman dan kuantan tidak akan berualang lg di masa2 akan dtg..AMIN!!

N.Aima K said...

sedihnya baca pengalaman awak ni lya.. uwaaa..

pembetulan saya bukan ketualah T__T saya tolong sebar-sebarkan ja jadi penggerak. siapa yang tak nak bantu kawan yang sedang dalam kesusahan..

korang take care tau!

Karukord jagau said...

Tabahlah menghadapi ujian...
penat tu nk cuci semua pakaian...
pandai kucing tu jaga diri...

mama ila said...

Ya Allah..banyak jugak barang yg rosak yer...ila ada jugak pergi kemaman masa lepas2 banjir tu..Ya Allah..sepanjang jalan saya tgk barang2 yg dibuang yg rosak sebab banjir.. abang ila duk kemaman jugak..tapi nasib baik sederet rumah diaorg selamat..rumah2 lain semua masuk air...

mrs Fiza said...

sedih lah baca kisah banjir kt kemaman ni liya..kalo kita kt tempat liya tkthulah setabah liya atau tk nk harungi semua tu.

itulah kt berita tv tk laporkan seteruk yg mangsa sendiri kongsikan.. hmmm

norhidana miswan said...

sebak baca cite lya nih.... betapa susah nya keadaan banjir kt sana yek, camne lah yg duk kt kg2 yg umah nyer abis tengelam ngn pendapatan tak seberapa... doa akak moga lya sekeluarga terus tabah n moga Allah murahkan rezeki lya sekeluarga yek...

::NureeN:: said...

betol lya..
nureen tgu gak dlm berita pasal kemaman tp x der..
nk call lya sure x dpt..
cuma nureen tgu n3 dr lya
alhamdulillah lya n family selamat...
pasal rumah x pe, semua keperluan tu bleh d ganti.. yg penting nyawa...

Haryati Faizal said...

sedih baca citer lya pasal banjir ni... apapun semua tu kehendak Allah...yg penting lya n famili semuanya selamat...

ANIM said...

Setiap dari kita diuji kan lya..
Ada diuji dengan harta, dengan anak, dengan keluarga..
Sabar dan redha..

NzA said...

Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat....Ujian dr Allah buat hamba2Nya utk menguji ketabahan dan kesabaran kita. Banyak hikmah yg kita dpt n dikala ini barulah kita kena siapa rakan yg benar2 ikhlas....
2lh, begitulah realiti berita yg kita terima setiap hari byk ditapis n xtelus..
Anak ke 2 akak pn alami nasib yg sama di kuantan..berlapar sehari semlm...bntuan dtg pn sekadar roti n air minerall......

eita said...

kat umah ita pun sama..20 tahun duduk tak pernah seteruk ni...biasa memang banjir tapi takde macam ni..umah pun memang busuk...
nak kuar beli makanan memang tak boleh nak harung..sudah nyer makan sekut je lah..mujur beli sebelom banjir..nak masak dapur dah tenggelam sampai peha..dugaan betol lah

saniah ahmad said...

salam lya,,
walau kami tak dapat membantu saudara islam di sama,,, namun doa kami tetap hulurkan untuk orang2 kemamang,,, memang sedih bila dengar saudara islam di timpa bencana,,,memang benar tiada perkhabaran banjir di kemamang yang kami dengar dari TV...bantuan pun tunggu perasmian baru di agihkan, itupun kami dapat tahu dari kengkawan opis,,,lepas itu baru ada bantuan persendirian terus ke rumah2 di kemamang,,,semoga lya sekeluarga tabah menghadapinya,, kepada-Nya kita datang,,, kepada-Nya kita kembali,,,

Blog lya cantik... mungkin lya baru first time ubah latarbelakang gelap kot tu yg buat lya rasa macam ada yg tak kena,,, tapi bagi anie ia dah cantik.. tak perlu suruh orang lain buat blog lya,,, lya cuba je sendiri deco blog lya,,, lama2 mesti jadi tahap pro hihi... anie dulu pun banyak tanya ngan kengkawan blog,,, tak perlu malu untuk bertanya,, kita dapat ilmu, dia dapat pahala kerana membantu betul tak,,,

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sedihnya kalau dah jadi macam ni ...tapi syukur Lya sekeluarga Selamat ...Semoga Lya sekelurga tabah menghadapi ujian ni ..

Masya said...

dugaan btl yer, x boleh byg kalau kene kat sy .. teruk sgt² sampai mcm nak tengelam sy tgk ... yaallah mujurlah lya dan family selamat ..

normas idayu Yusoff said...

Kesiannya..teruk juga rumah awk kena banjir ye..kalau perkara ni terjadi pada saya pun x tau nak wat ape..tapi syukur awk & family selamat..

dakcik said...

teruk juga..sama macam Kuantan lah..mula2 ktn yg banjir teruk..fmly semua kat sane..kita kat sini xsenang duduk dibuatnya..apatah lg lya yg mengalaminya..

After banjir lagilah..mmg mengucap panjang bila balik tgk keadaan rumah..nak kemas ya ampunnnnn..betul tu hanya org yg mengalami je tau ape yg dirasai..xdpt nk diluahkan dgn kata-kata..

Lily@MamaZaraZareef said...

betul lya..kat tv mmg takde tunjuk..sya tau kemaman teruk sgt pon dpd kawan2 yg update di fb..mmg dugaan he bat buat org kemaman..semoga tiada lagi bencana yg sama menimpa insyaAllah..

LydSunshine said...

Salam Lya, syukur alhamdulillah semuanya telah selamat sekarang. Memang dengar pon dah pedih. Lya yang alami mesti lagi berat. Itu la, saya tunggu berita kat TV pasal banjir, hanya beberapa minit je kisah pasla banjir. Berita lain pasal perhimpunan kemain lama. Huhu.

Nafira usof said...

Allah.. sedihnye bila baca kesah banjir Lya nih. mmg betol2 banjir besar kan tahun nih.
sampai ade rumah yang tenggelam terus dlm banjir.. sedih bila tengaok kemusnahan akibat banjir.

InsyaAllah.. setiap yang berlaku pasti ade hikmah. Moga Lya sekeluarga tabah hadapi ujian banjir nih.

Ema Johari said...

Banyaknya barang yang kena buang. naik marah juga bila dalam tv tak tunjuk benda sebenar yang terjadi..moga Ly tabah.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul..Moga Lya terus tabah..moga apa yg berlaku ada hikmahnye..inshaa Allah..

Ina Haireina said...

berdebar2 saye membacanya.. tak dapat bayangkan kalau saya kat tempat lya..
semoga lya dan famili tabah dgn dugaan ini..
syukur semuanya selamat..

Purnomo Jr said...

Semoga di balik musibah ada hikmah indah menanti

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Asslamualaikum Lya,

Berat juga dugaan Allah pada mangsa-mangsa banjir. Alhamdulillah Lya dan keluarga selamat.

Tihara said...

insha Allah,ada gankaran buat orang yang sbar macam Lya..
syukur alhamdulillah semua selamat, moga lya sihat walafiat, take care ea :)

Che Rosliza Che Mat said...

Alhamdulilah lya...semua dah selamat....Kat setiu pun banjir jugok....yg peliknya..dalam tv tak tunjuk betul2 huhuhu...tak pernah kemaman banjir besar...

Wak Gelas said...

salam takziah jugakla tuu., wak pon ade kawan dok kat kemamann., dia tunjuk kete abes tenggelam kete tuu.,uHUuuu sabojelarr yee cik kakk

Rai Ourkizuna said...

Serius.. Nak nangis baca ujian yg melanda lya sekeluarga.. Lya jaga kesihatan ya.. Itu yg paling penting.. Risau dengar lya sakit sampai tak sedar..

Cho Zila said...

Lya... akak tahu Lya tabah.. moga kesukaran ini akan menguatkan semangat Lya lebih lagi...
kalau banjir kecikpun payah apatah lagi banjir besarkan... apa2pun inilah dugaan...

aTieYusof Family said...

Ya Allah! dugaan sungguh kan.. teruknya banjir kali ini..kami yg tengok pun takut..sbb air dah sampai bumbung rumah.. kat TV plak tak smpai 5minit kot berita nya, asyik cerita ttg perhimpunan je yg ntah apa2...huhu..

rabiatul adawiyah said...

alhamdulillah masih ada hamba yang berhati mulia...semoga segalanya kembali ke asalnya kak..hanya doa mampu diiringkan

Mas Zull said...

assalamualaikum lya....teruk juga banjir ni...:)

Acik Erna said...

alhamdulillah lya dan keluarga selamat..

Acik Erna said...

alhamdulillah lya dan keluarga selamat..

Kakzakie said...

Sayu hati kakak baca N3 Lya ini. Moga ujian ini sekali ajelah Lya.

QasehnyaRania said...

as-salam..
mmg dugaan yg besar.
yg penting lya jaga kesihatan ye.. kalau dekat nk je ke sana membantu.. huhu

Kesuma Angsana said...

Maaf lama x jenguk. Singgah ari ni & nk ucap terima kasih mendoakan kesihatan saya yer!

Khai♥Rin : anies said...

kelu tak terkata!
sy x dpt nk byg kn keadaannya mcm mn...
betul kaya lya tu, tv mmg x tunjuk kawasan2 yg terjejas teruk. sbb tu kami x dpt nk byg kn keadaannya mcm mn.
semoga selepas ini akan menajdi lebih baik buat lya sekeluarga.
insya allah

Solehah Shamsuddin said...

Habis semua barang byk yg rosak. Yang paling solehah sedih bila akak diuji hebat sebegini. Dgr akak sakit tu yg buat solehah jd lagi risau. Akak penat buat keje bersih2 tu, sbb tu akak jatuh sakit. Ya Allah, tolong hentikan segala banjir yang berada di Malaysia ini ya Allah. Tolong dengar doa hamba-Mu ini ya Allah. Aamine.

MamaSarahAirisDania said...

ada hikmah disebalik ujian yang melanda, take care dear :)

Pykaa Pdott said...

Ya allah trok jugakk la . keciannye sis . Sebak sgt . Nie semua dugaan buat sis . Sabar ea .

el said...

lya pas ni lau nak hujung2 taun2 tu nak banjir lya preparelah apa yg ptt nak menghadapi banjir ni..ok.

kayyana said...

YA Allah... Teruk jugak ya Lya.. Lya masih perlukan apa apa bantuan.. Insha Allah yana cuba bantu apa yang boleh.. ksiannya.. Masa tu mesti Lya takut sangat kan.. sabar ya.. mesti ada hikmah disebalik semua itu..

Azian Elias said...

Ya Allah. ..akak ni kan baru ada masa jengah...sedia nya. ..ujian Allah tak kita jangka kan...sabar ye..moga Allah bagi kekuatan.

Aisy Nasiha said...

Lya..akak dah baca entry ni dulu.. lupa komen dek kesibukan yg ada.. tumpang simpati dengan kejadian ni.. boleh bagi no akaun lya tak.. akak nak bagi sikit duit buat lya... xpayah publish ya komen ni..bagi details di email akak aisynasihaa@gmail.com pun boleh.... takpun di komen blog

wantie said...

Tak tergambar kerugian tu. Bayanhkan..perabut semua berlonggok terpaksa di buang. Tabah lah ye...

moga diberi kekuatan dan dimurahkan rezeki

Riedaffya ibrahim said...

hai lya...semoga lya tabah di atas segala yg berlaku..sy sendiri yg bekerja di JKM sedih ngan ape yg menimpa kemaman,...x pernah terduga banjir sebesar itu...macam2 citer dgr dr kemaman..tp tu la...kite bole nilai sndiri kan..bagaimana pengurusan di buat..

Deqla Manjew said...

kucing tu kesygn nabi.. lihat, Allah lindungi mereka.. alhamdulillah.. anggap smua ni adalah dugaan.. pasti tersembunyi hikmahnya..

fieda said...

sedih tgk keadaan umah lya..apa2paun alhamdulillah lya sekeluarga takde ape2..

fieda said...

sedih tgk keadaan umah lya..apa2paun alhamdulillah lya sekeluarga takde ape2..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..

taksangka keadaan yg melanda teruk sampai mcm ni.. mmg terkejut..

hiba rasa hati.. klau cma ada kat sana, mesti cma dah kerah tulang empat kerat ni tolong apa yg patut..mmg nk sgt2 tolong..

tp tu lah,tak tersapai kesana..hanya mampu berdoa lya,fain dan asya diberikan kesihatan yg baik dan berterusan utk 'bangun' semula dari tragedi ni..

are_lin@yu said...

ya Allah sedih tgk..yg hadapi lg lah kan..pneatnya tak terkata..moga semuanya baik saja ya kak lya..mungkin ada hikmat apa yg berlaku..

Hati Ema said...

teruk jugak ni. huhuhu bertabah lah

Umair Umairah said...

sedih bila baca last word.... meskipun saya kawasan saya tak terkena banjir tapi tempias pun kena saya rasa seluruh penduduk kawasan chukai. sampai satu tahap tak ada bekalan air terpaksa tadah air hujan...berlari2 kalau hujan sebab nak tadah air...bekalan makanan bekalan minyak pulak terputus.. dugaan yang mencabar.. Semoga tabah hadapi dugaan ini.Semoga Allah gantikan dugaan ini dengan kebaikan. Amin.