Wednesday, January 30, 2013

Belajar Mengenal Bentuk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kelmarin sunyi tanpa entri sebab tak de mood nak draft entri. Sebenarnya cerita dah banyak kat draft, cuma nak taip intro tu, memang kelaut sangat. Blog pon tak buka.. tak bw.. mood kelaut bila badan kurang sihat. Ni pon, memang rasa tak sihat sangat.. tapi ok la sikit & cuba cari mood nak update blog.. Aak terharu, sebab walaupon saya tak bw & update.. sebab masih ada yang sudi datang ke sini selalu.. Dan kata-kata Lydsunshine kat entri sebelum ni buat saya tersenyum, hehe... mana mungkin saya lupa sahabat-sahabat saya semua ni.. Saya takkan lupa... cuma kekadang tu, saya agak lambat follow cerita kawan-kawan semua disebabkan keadaan saya ni.

Belek-belek kat draft & jumpa entri ni yang dah di draf sejak awal 2012 lagi.. Ermm.. ruginya kalo tak abadikan progress asya waktu membesar ni. Ni salah satu aktiviti yang saya buat dengan asya dulu. Ajar dia mengenal bentuk. Saya cari ideal untuk bagi dia minat & tak boring dengan cara bagi dia mengunting sendiri bentuk-bentuk. Memang dia eksited boleh pegang gunting. Tapi, tetap kena hati-hati memilih gunting yang sesuai dengan budak-budak iaitu gunting plastik atau gunting yang hujungnya tidak tajam atau bulat.

Saya just lukis bentuk-bentuk kat atas kertas....
Sambil tu, saya ajar dia satu persatu bentuk. Bila dia dah kenal & ingat , saya mulakan dengan aktiviti mengunting bentuk.

Sebagai contoh, dalam bentuk-bentuk yang saya lukis, saya suruh asya cari bentuk "triangle" atau "segitiga" dan gunting bentuk tu.. Bila dia yakin dengan pilihan dia, dia gunting dan sambil-sambil tu saya suruh dia cari barang-barang yang ada sekeliling yang sama bentuk dengan "segitiga".

Belajar sambil bermain memang menyeronokkan..
Dan , saya nampak cara yang saya buat untuk asya agak berkesan.. Sebab dia boleh cepat pickup.

Memang dia ralik & tak bosan.. Ye la.. budak-budak kalo diberi peluang pegang gunting mesti suka sangat. Cuma kita sebagai ibu bapa kena bijak ambik peluang tu dalam memberi ilmu & dalam masa yang sama kena pantau serta berhati-hati bila anak menggunakan gunting.

Alhamdulillah, xtvt ni agak berjaya & tidak membosankan.. Saya selalu mencari formula dalam mengajar asya. Dan sekarang, saya cuba mencari formula terbaik untuk ajar asya membaca. Memang saya start from zero... sebab tak pernah ada pengalaman sebelum ni. Memang saya risau jugak bila fikirkan hal ni, sebab masuk darjah satu nanti, budak-budak MESTI pandai membaca.. Bukan macam zaman kita dulu, masuk darjah 1, baru merangkak nak belajar membaca. Kena molek, darjah 2 pon tak fasih lagi membaca. Memang advance sistem pendidikan sekarang. Dan, saya difahamkan jugak, ada ujian penilaian untuk tentukan kelas darjah 1.. Yang terbaik di kelas depan, dan yang kurang baik di kelas tercorot. Jadi, besar tanggungjawab kita sebagai ibubapa di zaman sekarang ni. Walauapupun, saya akan cuba rileks & tak nak push-push asya untuk belajar. Biar dia belajar dengan minat & bukan dengan tekanan. Dan bagi saya, pendidikan anak-anak bermula dari rumah..  Apa-apapun, mama mendoakan semoga sentiasa dilapangkan dada & minda asya untuk menerima setiap ilmu. Mama pasti, anak mama akan berjaya ! Insyallah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, January 28, 2013

Seiring Sejalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Disaat saya menulis ni, hati saya terasa kosong. Tak tahu kenapa? Nak kata ada problem tak ada pon..tapi ntah, rasa cam sunyi.. Tapi, tak tahu sunyi apa? Adakah ini tandanya saya rindukan Ilahi?? Adakah saya merasai kekongon dalam hidup disebabkan amalan saya yang masih belum sempurna? Cuba lupakan dulu kisah ni & hari ni just nak share kisah asya & cousinnyer, Eril. Ni pon pic lapuk, masa ke Kuantan beli persiapan persekolahan asya. Dan, secara kebetulan Eril's family pon ke Kuantan. Petang tu janji nak jumpa kat mini zoo.

Lokasi :
Mini Zoo Teruntum, Kuantan

Tarikh :
21.12.2012

Cewah... jalan berpimpingan tangan.
Kecik-kecik boleh la.. nanti bila dah baligh no..no..no ye.

Kusyuk memerhatikan binatang dalam sangkar

si comel mama & member kamcen+member gaduh

Tutup hidung....
bau busuk menusuk rongga hidung

Ha ha.. comel mulut eril. Agaknyer apa yang dikata tu? 
Dan asya lak,apa maknanya mimik muka macam tu?

Papa rajin melayan anak-anak.
 Eril pon tetap macam anak walaupon hubungan sebagai anak saudara je

. bila 2 budak ni jalan bersama ramai yang ingatkan
 adik beradik sebab muka ada iras

Masa ni memang kelakar sangat tengok eril buat gitu.
Boleh dia tiru mulut burung unta tu, siap dengan kepala+badan bergoyang

Sekian kisah asya seiring sejalan dengan Eril di Mini zoo Teruntum. Rasa bersalah juga bila kawan-kawan selalu datang sini & meninggalkan komen tapi saya tak dapat balas jejak dengan cepat kerana kekangan masa. Masa saya untuk mengadap blog hanya dirumah. Tapi komitmen kat rumah banyak, hal rumahtangga, anak & suami.. Disebalik komitmen tu saya cuba mencari sedikit ruang untuk blog. Masa yang ada tu lah saya ambik peluang untuk draft entri & bw. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, January 23, 2013

D.A.U.G.H.T.E.R

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*w.o.r.d.l.e.s.s*





A DAUGHTER IS SPECIAL
A DAUGHTER IS DEAR 
A PRECIOUS GIFT FROM ABOVE
A DAUGHTER IS A TREASURE 
TO FOREVER HOLD NEAR AND LOVE 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, January 22, 2013

R.I.N.D.U

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apabila Kerinduan Menusuk Jauh Ke Lubuk 
H.A.T.I
Hanya foto kenangan pengubat kerinduan





<3
<3
<3
<3
<3
<3
see.. 
dah besar baby AJAIB mamapapa ni. Nak tinggi macam mama, senyum macam mama, mata macam mama & hidung macam papa . hehe. Sungguh, jauh dilubuk hati sukar untuk mama terima hakikat yang baby ajaib mama makin membesar. Mama suka melihat asya membesar & bertambah happy bila mendengar tuturkata asya yang amat menghiburkan. TAPI, jauh dilubuk HATI, mama terlalu rindukan asya. Mama masih tak puas mendukung asya & bermain dengan asya. Andai masa boleh diputar, banyak perkara yang mama ingin buat. Lagi-lagi waktu asya membesar diantara usia beberapa bulan-3 tahun mama banyak tinggalkan asya sebab mama sakit. Mama asyik masuk wad, ICU.Masa mama masuk wad dulu, papa selalu tunjuk video asya & ada sekali mama menangis bila papa tunjuk video asya pangil " mama.... mamma..." buat pertama kalinya. Sungguh mama terkilan membuang masa beharga mama untuk asya kerana mama sakit. Sesungguhnya, mama pasti anak mama sangat faham sebab mama tidak pernah berniat untuk tinggalkan asya, tetapi mama berjuang untuk terus hidup. Buktinya, 1 tahun kebelakangan ni mama banyak masa bersama asya. Tapi mama tahu, sepanjang mama sakit asya mendapat kasihsayang & perhatian yang penuh dari papa. Asya tahu tak, asya sangat bertuah dapat papa sebab mama sendiri tak sangka sampai sedalam tu pengorbanan papa untuk asya. Dulu mama takut & pernah menangis sebab takut asya lupakan mama tapi mama tahu, dalam HATI asya sentiasa ada mama. Mama tahu, hubungan seorang anak & ibu terjalin dalam rahim,. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, January 21, 2013

Tangan Yang Memberi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*entri penghargaan*
Tangan Yang Memberi Adalah Lebih Baik Dari Yang Menerima
Terima kasih buat semua yang memberikan cenderamata sebagai tanda persahabatan...
Sesungguhnya, tidak rugi berbaik dengan orang...
Besar atau kecilnya pemberian itu, itu tidak penting.. Apa yang penting keikhlasannya & tanda ingatannya..

Brooch Roses
Brooch ni pemberian dari salah seorang ahli GSF iaitu MV.
Memang saya tak tahu pon awak pos kan sesuatu buat saya.. Tup..tup dapat sampul surat kat ofis.
Sungguh terharu.. Memang cantik sangat Brooch ni.. Dan, saya dah pakai banyak kali brooch ni. 
Tqvm MV...

FM DARI BALI
Fm ni pemberian dari EL... datang dari BALI lagi... Rupanya saya pernah cuba GA Lucky Fm Dari Bali kat blog EL..dan saya salah seorang yang bertuah tu.. Serius, memang saya dah lupa.. Btw, tqvm ye EL.. Lya amat hargainya... Dah tepek pon kat peti ais.. Tqvm EL

FM & HAIR CLIP
Yang ni lak dari Mama Zakwan-Nayli sempena ulangtahun kelahiran Abg Zakwan & Nayli. Sepatutnya lya yang bagi hadiah kat zakwan+nayli.. Sebagai tanda persahabatan juga dari Nad... saya terima FM Cameron Highland , Photo Fm yang ada pic abg Zakwan & Nayli yang sangat cute & hairclip untuk asya. Fm dah selamat pon tepek kat peti ais. Sungguh terharu Nad... hairclip tu cantik sangat.. Dan macam tau-tau je yang asya suka pakai hairclip. Tqvm Nad.

 KEYCHAIN
Dan yang terbaru diterima ialah Keychain Melaka juga dari salah seorang ahli GSF iaitu Nur. Wah... nur pun buat surprise jugak. Terima kasih Nur atas pemberian ini.. Key chain ni, lya buat koleksi. 

Dan special thanks buat KINA kerana memberikan khidmat percuma mendesign blog HATI ni kerana menjadi peserta terakhir join segmen Kina dulu. Serius sangat-sangat suka dengan rupa baru, font & warnanya. Dan terima kasih kerana sudi melayan kerenah kakak mu ini ;-). Lepas ni just nak cari header baru je la... Masih belum ada ideal.

Sejak bergelar blogger, saya dapat banyak FM + Keychain.. Dan secara tak langsung dah menjadi satu koleksi & lama kelamaan semakin seronok bila tengok koleksi semakin bertambah. Saya asyik terima dari orang.. ekceli saya pon dah lama plan nak bagi sesuatu jugak buat kawan-kawan blogger , tapi itulah asyik tangguh-tangguh & ada je perkara-perkara berlaku. Dan salah satu faktor, kalo nak membeli sesuatu, saya bergantung penuh pada Fain, sebab dah hampir 6tahun saya tak memandu disebabkan masalah kesihatan saya yang membahayakan nyawa saya & pemandu lain kalo terkena serangan time memandu... Susah kan.. Tapi mujur, Fain selalu folo je walau kemanapon saya nak pergi. Pergi & balik ois pon Fain yang ambikkan.. Ekceli, nak gak cuba semula.. tapi Fain tak izinkan.. katanya " selagi dia hidup.. biar dia je yang bawa kemana-mana".. ermmm.. apa nak dikata.. Ye la.. dia buat macam tu maybe dia sayangkan saya kot.. Haha.. MAYBE ;-)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, January 20, 2013

Makan Malam Berjemaah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tarikh :
17 Januari 2013 @ 9.00pm

Lokasi :
Restoran Cahaya Mesra ( Bagkok Kitchen ) Seafood & Tomyam

Malam Khamis baru-baru ni Fain ajak join geng pecah perut dinner. Semua ni bukan plan pon. Idea spontan katakan. Saya asalnyer malas nak join, sebab x berapa sihat malam tu. Macam sakit urat + anak demam. Tapi dah sisuami memujuk, pergi je la. Lagi pon orang nak belanja kan... Rezeki jangan ditolak.

Princess mama.. sebelum kesini susahnyer nak memujuk bai pakai baju la. Sebab dia mengamuk ajak pegi mandi kolam malam-malam buta. Dah beberapa hari ni, asal bangun tdo tanya bila nak gi kolam Pingu? Kolam Pingu tu kat Gambang Waterpark la... Kalo nak pergi kena la tunggu cuti panjang dulu. Mama janji dengan asya, cuti panjang nanti mamapapa bawak asya kat kolam pingu.

Ni Fain & budak-budak ofis dia.. Memang budak pon lagi.
Termasuklah Fain, nampak macam budak.. tapi dah bapak budak. Umur dah 29 tahun pon tahun ni. Yang lain2 tu semua bawah umur 25 tahun... 

Baca doa makan dulu ;-)

Terus berebut

Amboi... bukan main dia...

masa ni sadis tunggu.. lauk dah sampai. 
Tunggu nasi saya & Fain je dia org terlupa.. wakakkaka

Asya just makan sotong celup tepung febret dia

Dan ini Ikan Stim. Serius dari dulu lagi teringin sangat nak makan ikan stim ni. Sebabnya, Fain x makan ikan stim, jd xkan nak order untuk sorang. Mana habis. Malam ni dapat gak merasa.. Fuhhh... memang sedap. Sampai balik rumah teringat. Mujur la kat sini dia cadangkang, atas sekor ikan itu masak 2 menu. Separuh masak 3 rasa & separuh masak stim. So 2-2 boleh makan. Untungkan.

Pic dari instagram... Bersama chenta hati <3

Anak manja papa

Ha ha..comil pic ni. Sampai kepek mulut asya kiss papa dia

Last but not least... tunaikan permintaan "si renyeh" ni suruh letak pic macho dia kat blog..
Hihihi.. renyehhhhh

Total makan malam ni dalam RM120++ saje. Memang berbaloi, sebab masakan dia memang sedap dan banyak jenis hidangan. Kalo ada apa-apa event, ramai gak yang tempah kat sini.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, January 18, 2013

Resepi : Martabak Maggi Simple Slurppp

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Happy weekend buat yang di pantai timur. Hari ni kat kemaman ni hujan lebat. Jadi nak kemana-mana pon takde mood. Cuma sempatlah keluar breakfast & ke Guardian pagi tadi. Duk rumah ni macam tak tahu nak buat ape. Tiba-tiba datang ideal nak cuba buat Martabak Megi. Ini memang percubaan pertama kali & juga kali pertama merasa martabak megi. Jarang dapat update entri fresh-fresh ni. Biasa semuanya autopublish. Jadi, hari ni just nak share resepi paling simple untuk buat martabak maggi.

Macam Pizza pun ada kan rupanya.

Bahan-Bahan:-
Maggi Kari * saya buat 2 bungkus megi kari
Perencah Maggi Kari
Telur
Dagin Cincang/Daging Burger/Sosej ( bakar/rebus dulu)* saya guna daging cincang
Pemanggang ajaib atau kuali non stick

Cara-Cara :-

1. Rebus mee Maggi hingga masak. 2 minit ke kan. Kemudian toskan.

 2. Pukul telur. Saya guna 3 biji telur ayam

3. Masukkan maggi yang siap direbus+tos ke dalam telur yang dipukul tadi

4. Masukkan perencah kari. 
Saya masukkan 2 paket perencah kari dan gaul sebati

5. Masukkan daging cincang  & gaulkan. Saya guna daging cincang sebab yang dah ada kat rumah. Selain tu guna sosej, daging burger pon boleh. Kalo xde... xyah letak pon xpe.. tapi x bape sedap la kan. Guna ayam pon boleh, just rebus dulu ayam tu @ bakar pon sedap kot.

6. Megi yang siap digaul tadi dituangkan ke dalam pemanggang ajaib. Kalo xde pemanggang ni boleh je gunakan kuali non stick. dan kalo xde gak, boleh je kot cuba guna kuali biasa. Tapi takut isinyer melekat kat kuali tu. Maybe leh sapu dulu planta/sedikit minyak kat kuali biasa bagi elak melekat. Masa saya tuang ni saya takut sangat tak menjadi. Yela,, xde nampak rupa langsung. Lepas tu saya taburkan sedikit cili api biar ada rasa pedas2.

Tak sampai 10 minit saya cuba buka pemanggang ajaib ni. Nampak rupa camni. Lega... sebab ingatkan dah tak jadi tadi. Lebih kurang 15minit je kot, maggi ni dah masak.

Dan ini hasilnya bila diterbalikkan...
Ok la tu, sebab ini percubaan pertama buat martabak megi.

Sedia untuk dihidangkan.
Martabak Maggi Simple Slurppppp

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)