Tuesday, February 26, 2013

Asya & Dugaannya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya saya tak tahu nak mulakan ayat dari mana. Dah hampir seminggu tak menadap blog, kalau adapun entri yang lepas-lepas semua tu saya dah set auto publish. Jadi ini entri permulaan untuk minggu ni, sebab dah tak ada entri yang di scheduledkan. Cuba gagahkan diri untuk siapkan entri ni sebagai kenangan dalam membesarkan asya.

Rasanya ada diantara blogger yang tahu perkara yan g telah menimpa asya. Bermula hanya dengan demam panas yang berlarutan.. sehingganya akhirnya di-warded. Mood saya sebenarnya entah melayang kemana.Berkali-kali menyusun ayat untuk entri ni. Tapi entah, terasa berat & kosong. Bila terjadinya pekara macam ni, saya nampak satu HIKMAH disebalik kejadian. Patutlah, Allah Swt kurniakan kesihatan yang lebih baik untuk saya sejak setahun kebelakangan ni, rupanya Dia lebih mengetahuinya.. Saya harus menjaga insan kesayangan saya. Macam akhir tahun lepas, saya di uji & patah sayap apabila Fain jatuh sakit. Dan untuk kali ni, saya diuji dengan ujian yang sungguh berat.

Sememangnya apa yang menimpa kali ni adalah sesuatu yang tidak dijangka. Bila duduk diam-diam, padahal tanda-tandanya dah ada.. tapi kenapa saya tak sedar selama ni? Asya masuk wad baru-baru ni bukan kerana demam semata-mata  TAPI ada perkara yang lebih besar terjadi. Saya tak nak menyebutnya sebab tak nak terlalu memikirkannya. Namun, saya berharap ianya tidak tepat. Sekarang, hanya tunggu masa untuk bertemu pakar & mungkin akan melakukan beberapa siri ujian untuk asya. Selagi perkara ini tidak sahih & disahkan, selagi itu saya berharap asya tidak mengidap penyakit yang SERIUS itu. Saya taknak sebut tentang perkara itu... seba bagi saya asya terlalu kecil untuk menanggungnya. Bukan mudah untuk saya terima semua ni. Namun saya harus redha dengan segala Ujian ini. Ujian yang tidak putus-putus dariNya, kerana Dia selalu ingatkan saya. 

Kenangan asya di rawat di Hospital
Februari 2013

Tangan kecil asya.
Apa yang sweetnye, semasa doc cucuk drip ni, sikit pon dia tak nangis.
Yang buat saya terharunya semasa kena cucuk tu asya kata " takpe mama.. tak sakit pon, asya tarik nafas slow2" . Memang saya selalu ajar asya sejak dulu, kalo tiba-tiba terasa sakit, saya suruh dia tarik & hembus nafas perlahan-lahan. Atas pengalaman saya sendiri apabila sakit, itulah antara cara untuk menenangkan.

Mama & Asya

Air dimasukkan dalam badan asya tak henti-henti untuk tambah tenaga & 
ganti air yang banyak hilang dari dalam badan

Ni semasa dalam Emergency Room.
Tenang je nampak dia

Selepas pindah ke dalam wad

Walaupon sakit, 
dia masih sudi memberikan senyuman untuk mamanya

Walaupon sakit, dia tak lupakan book dia.

Petang tu, mintak nurse cabut drip sekejap sebab nak bawak dia turun kat bawah.
Masa ni memang dia sangat tak bermaya.

Pada sebelah malamnya, masa ni mama asya lak wak hal.
Muka pucat lesi, sesak nafas, kukukakitangan kebiruan & nak pitam.
Masa ni memang saya tetap cuba bertahan demi anak

Asya memang agak moody masa ni

Anak manja papa. Sepatutnya malam ni saya yang akan jaga asya. Tapi, sebab saya pon tak sihat + nak pengsan. Tok Ma asya suruh Fain bawak saya balik sebab takut berlaku sesuatu. Rasanya kalo time ni saya ke emergency room, memang confirm saya pon kena tahan wad, sebab condition saya time ni sangat teruk. Dan akhirnya saya mengalah.. memang saya dah sedaya upaya bertahan.. tapi tak mampu.. Tok Ma asya yang jaga asya malam tu & papa asya jaga mama asya. Memang saya rasa sedih sangat2 nak tinggalkan dia malam tu.

Keesokkan harinya.. saya bersiap awal pagi, sebab tak sabar nak jumpa asya. Alhamdulillah, saya sampai tu tengok mood dia ok. Dan pada hari ni juga saya rasanya bagaikan berada di dunia lain sebalik mendengar khabar itu dari doc. Memang terasa diawangan.


Start t/hari ni asya dah mula peel.. Dia menangis & mengamuk tanpa henti sebab nak balik. Sampai lembek dia.. Hati saya pon rasa bagai disiat bila tengok dia menangis sampai macam tu. Saya tak tahu nak buat apa time tu, terus buat keputusan sendiri, jumpa doc & mintak izin untuk balik. Memang doc tak izinkan sebab result ujian baru keluar , ada jangkitan kuman & paling kurang asya kena bawah pemantauan 48jam lagi. Tapi masa ni memang saya berbelah bagi.. akhirnya saya tetap dengan keputusan untuk bawa asya balik , asalkan saya tak tengok dia menangis lagi. Sebab dia tak pernah menangis seteruk ni. Akhirnya doc bagi surat untuk saya sign, maknanya saya balik dengan risiko sendiri. Kalo terjadi apa-apa pihak hosp tak bertanggungjawab. Lepas dah sign baru saya call papa asya & kak long saya gtau saya mintak keluar wad. Tapi doc dah pesana awal-awal, kalo kat rumah tiba-tiba dia nampak terlalu lemah, kena bawak terus ke hospital. Tapi syukur alhamdulillah, keadaan asya bertambah baik. Saya pasti , semangat dari dalam dirinya juga salah satu sebab dia cepat recover.

 

Terima kasih buat Cma kerana sudi buatkan entri khas untuk asya. Dan dikesempatan ini saya ingin mengajak kawan-kawan yang sudi membaca entri ini agar sama-sama mendoakan asya. Insyallah, dalam banyak-banyak doa itu pasti akan dimakbulkan Allah Swt
*
*
*

Status asya terkini, dia dah ok. Dan minggu ni dia dah mula kesekolah. Saya pon dah mula bekerja minggu ni selepas hampir seminggu gak bercuti. Cuma sekarang, dia kena ambik semula gas sedup setiap hari , 2x sehari. Saya bagi dia sedup setiap pagi & malam sebelum tidur. Sebenarnya dah hampir 2 tahun saya tak gunakan pump tu untuk asya. Memang silap saya sebab pandai-pandai je stop kan sendiri tanpa nasihat doc. Sebenarnya bukan sengaja, sebab kebetulan dulu time kena sambung ubat asya & time kena bawak dia jumpa pakar, saya sakit & masuk wad/icu jadi sebab tu semuanya ter-stop gitu je. Saya betul-betul ingat dia dah OK selama ni. Dan sekarang, saya memang berdebar untuk menunggu khabar seterusnya. Mudahan itu semua hanyalah andaian. Semoga sentiasa ada KEAJAIBAN untuk anak mama. 


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, February 22, 2013

Diari H.A.T.I

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat berhujung minggu buat semua. Hari ni just createkan entri random, sebagai mengabadikan kenangan   gambar-gambar yang disnap dari HP sebelum dilupuskan.. 

1. Pic ni diambil dalam bulan Februari 2013 gak.. tapi dah tak ingat berapa hari bulan. Tapi, apa yang pasti pic ni adalah dihari Jumaat. Time ni nak ke pasar minggu. Nak teman papa asya pekena lempeng nyior. Sila abaikan kalo selalu tengok asya gongong botol susu dia.. Memang dia breakfast dengan susu sebotol. Huhu.. ada tak anak orang lain, dah 5tahun tapi masih hisap botol?? Ermm.. tak tahu macam mana nak pisahkan dia dengan susu botol ni. Sape2 da pengalaman, share la.. Saya sendiri pon hisap susu botol sampai sek rendah.. Haha.. asya ikut mama dia kot ?

2. Pic ni rasanya dalam bulan Januari 2013. Masa ni makan kat Warung Kak Ha Pok Clamp. Pic 1st tu, asya buat muka sebek sebab nak aiskrim. Pic 2 tu, haaa.. dah dapat aiskrim, sekelip mata dikerjakannya.

3. Pic ni rasanya dalam bulan Januari 2013. Masa ni ke kedai mainan yang baru dibuka. Wahhhh... syurga kanak-kanak ni. Asya rambang mata dah.. nak yang mana satu. Apa yang dipegang kat tangan dia, yang tu la diborongnya.

4. Ni pic last year. Time ni raya Aidiladha. Sebab tu asya berbaju kurung. Ondwy nak ke rumah mak sedara kat Kerteh, sempat singgah Mesra Mall dulu. Asya dah berkenan kat scooter tu. Memang dah lama dia nak scooter tu. Tunggu lah asya, sampai masa nanti mama belikan satu untuk asya.

5. Pic ni dirakam pada Februari 2013. Asya dah start tdo dalam kelambu moden hadiah sempena kemenangan GA yang saya join kat blog Nurul Hezrina - My Littel Honey Dew. Memang sekarang asya tdo dalam ni. Asya xde bilik sendiri lagi. Memang kelambu ni sangat berguna, sebab saya & asya ada masalah kesihatan. Jadi memang xleh nak guna spray atau ubat nyamuk. Selain tu, bila asya tdo dibawah, saya tak de la risau sebarang serangga yang boleh masuk sebab kelambu ni memang tertutup penuh. Bagi saya, ibu yang berpantang pon bagus guna kelambu ni. Sebab boleh tdo sekali dengan baby dalam 1 kelambu.Abaikan asya dengan kain pelikat papa dia.. Tu sebagai pengubat rindu kat papa dia.. Anak papakan.. Nurul, lya ada buat entri khas untuk Kelambu ni.. Tapi masih draf, sebab pic tak snap lagi. Tqsm nurul.

6. Pic ni dirakam pada bulan Disember 2012. Masa ni saya turun site jap sebab nak buat survey report untuk Propeller kapal. Kebiasaannya saya pakai overall kalo turun site gini. Tapi, sebab sekejap je, bantai je baju kurung. 

7. Pic ni juga dirakam pada Februari 2013. Masa ni asya balik school & saya balik kerja. Singgah kedai, dia nak topeng ni plop. Katanya dia nak jadi cam " Tooth Fairy" yang dalam cerita Rise Of The Guardian.

8. Ni pic terlatest. Last week kot. Masa ni saya sungguh teringin nak makan Ketam. Kononnya nak buat Megi Ketam. Tapi sayangnya habis semua tempat cari memang xde. Pic kat atas tu kat Pasar Binjai, pon tak ada. Ermmmm sungguh kecewa...

9. Pic ni dirakam awal bulan Februari 2013. Masa ni dah balik sekolah. Mandi & tukar baju. Petang tu ajak round-round kat luar. Macam biasa, saya selalu ada rakaman setiap kali lepak-lepak dengan asya. Sebab dia suka menyanyi. Tapi belum transfer lagi video tu.

10. Last, pic ni dirakam pada tahun 2013 la.. Tapi dah tak ingat bulan januari atau Februari. Pic ni dah upload kat instagram aritu. Aksi comel asya & sepupunya Eril.

H.A.P.P.Y  W.E.E.K.E.N.D

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, February 21, 2013

Resepi : Mee Rebus Terengganu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mee Rebus salah satu makanan febret & wajib dihidangkan time bulan Ramadhan. Saya tak pasti samaada kat tempat lain ada tak Mee Rebus ni . Atau ada, tapi versinya lain. Yang saya nak share kali ni versi tanah tempat kelahiran saya iaitu, Terengganu.

Resepi Mee Rebus Terengganu



Bahan-bahan :
1. Mee Kuning - Basuh & Toskan
2. Ikan Getel ( Bebola Ikan Homemade) --> Caranya just ambik isi ikan & blender bersama sedikit garam & bentukkannya bulat-bulat.
3. Ayam/ Sotong/Udang--> Terpulang . Tapi kalo letak Ikan Getel tu dah x perlu letak ayam/sotong/udang ni. Takut rasanya x sedap. Macam yang kat dalam pic ni, saya buat mee rebus just letak sotong & udang.
4. Bawang Putih
5. Lada Hitam --> Kalo saya suka letak banyak lada hitam. Lagi sedap aromanya.
6. Sawi, tomato
7. Serbuk perasa, garam, gula
8. Air
9. Minyak untuk menumis
10. Telur (kalo nok lagi best ! )

Cara-Cara :-

1. Tumiskan bawang putih yang diketuk bersama dengan lada hitam yang ditumbuk sedikit. Tumis sehingga naik aroma.
2. Setelah tumisan tadi garing & naik aroma, masukkan air, garam, gula & serbuk perasa. 
3. Kemudian, masukkan Ikan Getel atau seafood (udang/sotong) atau ayam. Tunggu sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan sawi, tomato atau lobak . Kalo nak sedap, pecahkan telur time air mendidih. Jangan kacau, biarkan telur tu membentuk, baru boleh kacau.
5. Last, sedia untuk dihidangkan. Mee rebus ni lagi best kalo makan dengan cili sos. Tapi kalo kat belah pantai timur, kebanyakan mee rebus disediakan sekali dengan air lada yang sangat slurpppp...

Air Kicap Lada



Air Kicap Lada yang dimakan bersama mee rebus

Bahan-Bahan:
Cili yang dipotong
Cuka
Kicap
Gula

Cara-Cara :-
Cuma satukan semua bahan yang diatas. Rasa ikut citarasa.

Sekian, perkongsian menu yang sangat simple & mudah disediakan. Kalo nak sediakan untuk anak-anak. Takpelu masukkan lada hitam.

UPDATE 21.2.2013:
SAYA MOHON SAHABAT YANG MENGENALI SAYA AGAR MENDOAKAN KESIHATAN ASYA & SEMOGA DIJAUHKAN DARIPADA PERKARA ITU. DIA TERLALU KECIL UNTUK MENGHADAPINYA. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, February 20, 2013

The Mask

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa khabar semua ?? Mulakan hari anda dengan ceria. Lagi kisah asya & cousinnya. Kat blog ni, kalo yang dicari cerita artis, gosip memang tak adalah. Semuanya berkisarkan tentang asya, family & info yang berkaitan dengan saya sahaja.. Jadi, kalo ada yang jemu sori ye.. Cuma harap dalam setiap entri saya ni, sekurangnya saya boleh berkongsi sedikit info & juga saya memperolehi info daripada pengomen-pengomen smua. Paling penting setiap komen-komen tu adalah kata-kata. Kata orang kata-kata itu adalah doa.. Dan moga kata-kata yang baik itu dimakbulkan. Lagi-lagi, kalau saya menulis entri berkaitan kesihatan saya , ramai yang mendoakan saya sihat. Dan alhamdulillah, saya rasa sedikit sebanyak kata-kata itu dimakbulkan.. yela, saya menerima doa yang tidak putus-putus dari komen-komen sejak tahun2009 hingga sekarang. Syukur , tahun 2012 permulaan yang baik buat saya. Begitu juga bila saya menulis entri tentang asya, ramai yang mendoakan kejayaan dia.. in shaa allah, mudahan semuanya dimakbulkan.. 

Hari ni cuma nak share aksi asya & sepupunya
 yang sempat saya snap masa ke rumah Nek Ma asya..

Sentiasa memberikan senyuman buat mama

Hi... cute tak saya?

Ha ha.. dah nampak kembang hidung asya ni

Asya dan sepupunya Eril & kakak Putri

Asya dan member kamcengnya

Pose comel dari asya & Eril

Oittt.. bakpe plok eril wak muka gitu?

Model cilik beraksi

Mama pun nak jugak !
Dapatla merasa seperti anak dua.

Mama & asya
Muka nampak tembam.. Nak salahkan muka tembam atau 
tudung ni yang membuatkan muka saya tembam?

Salam sayang dari mama & asya buat semua

UPDATE 19.02.13 :
Asya baru keluar ward.. Balik dengan risiko sendiri.
Saat ni kami sedang di uji. Doakan moga dijauhi daripada segala Musibah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, February 19, 2013

Tercipta Untukku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

Wahh.. agak jiwang entri saya hari ni. Lagu Tercipta Unttukku amat memberi maksud yang mendalam buat saya. Sebab bait-bait lagu ni amat menyentuh hati saya. Lagu inilah yang saya ter-dengar sewaktu kelahiran  asya. Tiap kali dengar lagu ni, mesti air mata menitis.. Sebab liriknya amat kuat & amat kena dengan apa yang saya lalui waktu tu.. Saat hampir kehilangan asya.. tapi kuasa Allah swt... Asya tetap tercipta untuk saya. Dan ada satu lagi lagu selepas sedar koma dulu, saya suka dengar lagu  "Ruang Rindu-Letto", pon seakan mengambar situasi saya waktu tu yang menharapkan kehadiran asya. Tiap kali saya pasang lagu tu, mesti dapat respon dari asya, iaitu tendangan dari dalam perut.


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, February 18, 2013

Doa Penyembuh Pening Dan Demam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

بسم الله الر حمن الر حيم, بسم الله الْكَبِيرِ
نَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ مِنْ شَرِّعَرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّحَرِّ النَّارِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan nama Allah yang Maha Besar
kami berlindung dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah
dan dari kejahatan kepanasan neraka

Ya Allah...
Kau Berikanlah Kesembuhan Buat Anakku


Khamis, 14.2.2013 --> Pic ni saya sempat snap pada pagi Khamis sebelum hantar dia kat school. Pagi tu dia elok & ceria. Bangun pagi pon macam biasa. Xde pon simptom-simptom asya nak jatuh sakit. Petang tu lepas balik school asya dah mula mengadu sakit kepala. Masa saya balik kerja pon, saya tengok asya terbaring sambil tok ma picit-picit kepala dia. Saya terus rasa tubuh asya, memang rasa panas. Start pukul 5.30 petang tu dia dah start muntah-muntah. Muntah non stop. Petang tu aje, lebih 5x dia muntah. Bila minum susu je /makan mesti akan termuntah balik. 

Khamis, 14.2.2013 ( Malam ) ---> Malam tu, saya bawak dia ke klinik. Memang dia nampak letih. Balik tu bagi ubat. Dan time ni dia ok je.. Siap mintak lolipop tu... Nak bagi dia tidur, pasang laptop dulu & tgk kartun Pingu dia. Dia terbaring tu je, sebab dia ngadu pening2.. Tapi tak lama lepas dia tdo malam tu, dia terjaga & termuntah.. Banyak kali gak malam tu. Sampaikan semalaman dia tak tdo.. Asyik meragam je malam tu. Sampai pukul 7pagi keesokkannya baru dia tertidur.

Jumaat, 15.2.2013 ---> Pagi tu nampak asya tdo lena, Fain keluar cari cup cake untuk dia.. Dia suka makan kek. Sebab tahu dia lapar. Bila masuk je makanan mesti keluar balik. Dalam pukul 10 am dia bangun pagi. Basuh muka & bagi dia makan kek tu. Tok ma asya lak buat beehoon untuk dia. Tapi 2-2 tak luak pon. Tak lama lepas tu dia start muntah-muntah lagi. 

Jumaat, 15.2.2013 ---> Lepas mandi kan dia, berperang lak nak bagi dia makan ubat. Punya lah seksa.. Banyak yang keluar dari masuk. Bayangkan 1jam++ ambik masa nak makan ubat. Sabar je mama papa. T/hari tu asya tdo... Petang tu dia start muntah balik. Malam tu meragam & t/malam saya terjaga tengok asya macam fitting. Nampak tangan ketar + mata ke atas. Tapi sekejap je. Time tu saya menangis sebab tak tahu nak buat apa. Lepas tu, semalaman saya & Fain x lelap mata. Tapi saya terlelap gak skejap, sebab terlalu letih & tak sihat.

( selepas balik emergency room )
Sabtu, 16.2.2013 -->  Sepatutnya sabtu ni saya kena kerja sebab ada kerja nak settle. Tapi saya ambik cuti sebab keadaan asya yang masih tak stabil. Pagi tu, saya bawak asya ke Emergency Room, sebab dia memang nampak lemah sangat. Sebab sehingga pukul 10am tu aje, asya dah muntah 5 kali. Doc check, memang demam asya tinggi + ada tonsil besar. Jadi doc suspek mungkin tonsil tu punca dia kerap demam. Pasal muntah tu plop saya tak pasti. Dan doc suggest supaya asya di warded.. Tapi masa tu, papa asya mintak balik dulu sebab keadaan saya pon tak sihat. Kalo ikut HATI saya, biar je asya warded, saya ok je nak menjaga dia. Tapi itulah, nampak ok.. tup-tup terpengsan jadi problem lain. Doc akur dengan keputusan papa asya tu. Tapi papa asya dah janji, kalo keadaan tak berubah petang tu & dia tetap muntah-muntah akan terus bawak asya & diwarded. Mungkin bagi yang tak memahami situasi kami nampak macam kejam. Tapi hanya tuhan yang tahu, membuat pilihan tu susah sangat. Sama seperti papa asya terpaksa buat pilihan dulu antara menyelamatkan nyawa saya atau asya dulu. Dan... terpaksa akur dengan perubatan, yang nyawa ibu diutamakan. Tapi syukur, asya tetap dilindungi. Tapi, syukur pada Allah swt, sebab petang tu makin nampak asya OK. Muntah semakin kurang.

Sabtu, 16.2.2013 (malam)--> Walaupon demam lagi, tapi nampak dia makin ceria & mula nak bermain. Nampak dia makin semangat. Dan malam tu pon dia dah tidur lena

Ahad, 17.2.2013--> Hari ni saya EL lagi sebab keadaan asya masih kena pantau. Saya sendiri pon dah jatuh sakit jugak. Tapi masih lagi bertahan. Asya dah nampak makin ceria & mula bermain. Tapi dia terlebih manja sikit. Hari ni asya cuti dari sekolah. Esok (isnin) pon mungkin asya berehat dirumah lagi. Saya nak pastikan keadaan dia betul2 sihat baru bagi dia kesekolah. Asya yang paling seksanya time nak makan ubat. Punyalah banyak ubat nak kena telan. Berperang nak bagi asya makan ubat tu. Sampailah jumpa ideal, buat bunyi siren ambulan. Siap download lagi bunyi siren ambulan kat dalam hp. Dan bila time nak bagi makan ubat, terus pasang bunyi siren ambulan tu. Laju-laju je dia makan ubat sebab takut doc ambik dia & kena duduk hospital sorang. Hihi.. dalam kekalutan ni, ada gak lawaknya...

To all, saya mintak maaf banyak sebab masih tak sempat bw. Memang nampak entri selalu up kat blog ni, sebenarnya semuanya autopublish. Saya dah scheduledkan entri untuk 2 minggu ni. Jadi entri-entri yang selepas ni pon semuanya yang saya dah set awal-awal, kecuali entri ni yang sempat saya taip pada hari ni       ( Ahad, 17.2.2013 @ 6.30pm) sebab asya tdo Tapi entri ni pon saya autopublish pada hari Isnin (18.2.2013).. Insyallah, lepas semuanya reda.. semuanya akan back to normal. Tqsm buat semua sahabat yang terus mendoakan kesihatan asya di instagram/fb. Semoga doakan tu akan dimakbulkan. Amin

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (139) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)