Friday, May 31, 2013

Colour Of My Life

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
pic dari IG @lyafrina

Hi kawan-kawan, late ni makin terabai blog ni. Sebenarnya banyak giler citer yang nak disharekan. Update 1 entri seminggu pon dah kira mujur. Ni ambik peluang jap pagi-pagi buta nak update simple sebelum bersiap ke majlis pernikahan BFF saya jap g. Memang agak bz kebelakangan ni. Dengan kerja-kerja ofis yang dibawa sampai kerumah. Pastu sibuk berubat asya ke sana-sini dan saya pon kurang sihat baru-baru ni. Dalam masa sama saya siapkan gubahan hantaran BFF saya bagi pihak bakal suaminya. Saya bukan ambik tempahan membuat gubahan.. tapi boleh la sikit-sikit, & kebetulan bakal suami BFF saya orang Sarawak, jadi susah gak nak prepare. So, saya sebagai salah sorang yang rapat dengan dia bantu mana yang mampu. Dalam masa 2 minggu nak siapkan.. tapi disebabkan saya pon bz dengan kerja, so minggu ni baru saya cuba siapkan gubahan hantaran tu.. Dalam masa 2 hari. Fuhhhhhh. Hari ini, kawan saya akan dinikahkan.. & esok majlis persandingannya. Semoga semuanya berjalan lancar.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, May 28, 2013

Teacher's Day Celebration

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam semua.. Hari ni baru nak update story sambutan Hari Guru kat sekolah asya. 1st experience untuk dia. Dia masih tak berapa faham apa itu "hari guru". Sebab malam tu, time nak membeli hadiah untuk teachers, dia asyik tanya sebab apa beli hadiah untuk teachers.. Happy beday teacher ke? Saya just bagi jawapan.. esok hari teachers.. untuk semua teacher2. Lepas tu boleh pulok dia tanya " Hari Adik Bila? ".. Hua..hua....

Tarikh :
16 Mei 2013

#Kesemua pic aktiviti hari guru ni saya cilok dari FB sekolah asya#

Teachers & students
Thumbellina mama tersorok kat mane ni?

Surpriseeeee dari A&W.
Sponsor daripada salah sorang mommies

Maybe time ni xtvt "gelek-gelek" kot

Teacher Intan pon sporting

Thumbellina mama bertudung biru belakang bear.\

Joget times...
Nampak tak asya kat belakang tu?

Persembahan dari teachers Al Jannah Cyber Montessori.

Yang ni student dari playschool.
Persembahan gwiyomi. Cute.. dengan teacher2 pon Cute!

Cikgu-cikgu dari Al Jannah Cyber Montessori.
Happy Teachers Day !
Tak pasti ni da orang buat ape.. 
Macam tepuk tangan je.

Hihi.. asya cam malu-malu je.
Tiup belon tak besar-besar.
Kata teacher Intan , asya malu sebab bear berdiri depan dia.
Menurut teachers, thumbellina mama sangat pemalu di sekolah.

Apa asya bagi untuk teachers?

Taaraaaa.. ini yang asya bagi untuk teachers dia.
 Dia yang pilih sendiri.

Dan ini kad untuk teachers.
D.I.Y ajerrr...
Kebetulan tengok ada kertas A4 kaler2, terus jadi je.

Simple aje . Mula-mula bagi dia tulis sendiri. Tapi dah berejam.. lambat sangat, terus saya pegang tangan dia & tulis laju-laju. Lagi pon dah lewat malam. Pukul 12am++ still berjaga lagi, esok nak bangun awal pagi.

" Terima kasih buat teachers asya di atas setiap curahan ilmu & kasih sayang buat asya "
Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dulu serta buat kakak's saya 2-2 orang tu, semuanya bergelar guru & last buat arwah ayah saya yang juga seorang guru. Semoga tenang di sisiNya. Al-Fatiha.. Amin

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, May 24, 2013

Montessori Skill : Practical Life

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat pagi semua.. Lamanya tak update blog.. Ermmm, baru-baru ni kurang sihat. Jadi saya memang rest je la. Buka blog pon gitu2 je. In shaa allah, lepas2 ni nak bw & draft entri untuk seminggu terus. Hihi. Hari ni just nak share salah satu aktiviti asya kat sekolah. Dah lama duk kat draft ni, 2-3 bulan dah kot. 

Montessori Skill : Practical Life

Salah satu subjek menarik yang asya pelajari ialah Practical Life. Bagi saya ianya sangat menarik & apa yang pasti bila balik rumah mesti asya akan cuba nak praktis ape yang dipraktiskan di sekolah. Sebenarnya, ibubapa pon boleh praktiskan montessori skill ni di rumah. 

Nampak tak asya...??

Antaranya ialah, melekatkan manik-manik & menjahit butang baju.

Selain tu, practical melipat baju.
Haa.. memang bagus, asya rajin nak lipat sendiri baju dia, walaupon lepas tu mama dia kena lipat semula ;-)

Dan juga practical membasuh pinggan. Hehe, balik sekolah aritu terus asya cerita dengan terujanya pasal xtvt ni.

Cutenyer twins ni ;-)

Sebenarnya banyak lagi xtvt yang dilakukan. Ini sebahagian aktiviti yang saya cilok dari FB Al-Jannah Cyber Montessori.

Apa itu Montessori?
Maria Montessori (1870–1952). Ia berpunca dari penemuan Dr. Montessori dari apa yang dia merujukkan sebagai "sifat biasa benar kanak-kanak" pada 1907,[1] yang berlaku dalam proses pemerhatian eksperimen kanak-kanak diberikan kebebasan dalam suatu persekitaran disediakan dengna bahan-bahan direkabentuk aktiviti belajar diarah sendiri.[2] Kaedah ini sendiri bertujuan untuk duplicate pemerhatian eksperimen kanak-kanak untuk membawakan, sustain and support their true natural way of being.[3]
Menggunakan kaedah ini melibat guru dalam melihatkan kanak-kanak sebagai mempunyai panduan semulajadi mendalam untuk perkembangan arahan sendiri sempurnanya.[4] Watak guru (kadang-kadang digelar pengarah, atau pemimpin) oleh itu adalah untuk memerhati pada persekitaran untuk mengalih yang akan bercampur tangan dengan perkembangan semulajadi ini. Watak pemerhatian guru kadang-kadang termasuk interaksi eksperimen dengan kanak-kanak, biasanya dirujukkan sebagai "pelajaran," untuk menyelesaikan kelakuan buruk atau untuk menunjuk bagaimana untuk menggunakan pelbagai bahan pengajaran sendiri yang diperuntukkan dalam persekitaran untuk kegunaan percuma kanak-kanak.[5] Kaedah ini pada asasnya digunakan dengan kanak-kanak kecil (2–6), oleh kerana naluri dan kesensitifan kanak-kanak kecil pada kondisi dalam persekitaran itu.[6] Meskipun, ia kadang-kadang conducted dengan kanak-kanak usia elementari (6–12) dan sekali-sekala dengan infants and toddlers, dan juga di peringkat sekolah tengah dan tinggi.[7][8]

Antara falsafah montessori:
  • Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.
  • Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan turut belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
  • Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.
  • Bahan pembelajaran yang dibetuk oleh Montessori melatih kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan memanipulatif dan ‘betul diri’.
  • Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.
  • Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.Kaedah Montessori adalah sangat mudah untuk dipraktikkan di rumah. Kegiatan dan aktiviti seharian adalah merupakan latihan praktikal bagi anak-anak mempelajari sesuatu dalam hidup mereka. Kegiatan urus diri seperti mandi, memakai baju, menggosok gigi, mengikat tali kasut adalah sebenarnya merupakan aktiviti pembelajaran mengikut Montessori. Begitu juga dengan aktiviti rumah tangga seperti mencuci pinggan mangkuk, melipat baju, menyediakan meja makan dan sebagainya. Ibu bapa hanya perlu menggunakan gerakan lambat dan gerakan sederhana dalam menunjukkan bagaimana melakukan pekerjaan tersebut, serta menggalakkan mereka melakukan aktiviti tersebut. Pendedahan anak-anak terhadap alam sekeliling seperti serangga, binatang dan tumbuhan juga adalah satu bentuk pembelajaran menurut Montessori.

sumber : sini
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, May 20, 2013

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat hari Isnin semua. Sepatutnya, saya tak nak up entri arini sebab nak tunggu habis bw & publish komen barulah nak up entri sambutan Teacher's Day kat sekolah asya. Tapi disebabkan terlalu gembira & ingin mencatatkan kenangan disini, jadi entri ini diabadikan. Kehidupan kita akan lengkap apabila berkahwin, memiliki anak, memiliki kereta & memiliki rumah idaman. Syukur alhamdulillah, tuhan permudahkan dengan selancar-lancarnya urusan ini. Akhirnya dapat memiliki rumah hasil duit sendiri. Rumah sederhana saje, sesuai untuk family kecil saya.

Rumah saya dalam proses pembangunan. 
Pic ni Fain snap last week kot.

Inilah rumah yang bakal menjadi milik kami. Insyallah. Rumah teres setingkat aje... Sekarang harga makin melambung. Masa pembukaan just RM139k..semasa saya beli dah RM150k. Arghhh... rugikan? Memandangkan inilah fasa yang terbaru, so xnak tunggu2 lagi.. Harga rumah makin meningkat, mungkin inilah rezeki buat kami.  Syukur alhamdulillah, loan bank dah lulus dengan mudah & tanpa halangan, cuma tunggu masa nak sign dokumen. Kalo tak de apa2 halangan insyallah,  akhir tahun 2014 atau awal tahun 2015 siap la.. Huhu..lambat lagi. Sesungguhnya aturan Allah Swt cukup indah sekali. Thank You Allah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, May 17, 2013

Islamik Gwiyomi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam Jumaat Semua !!
Presenting .....  Islamik Gwiyomi dari asya



Hehehe.. xdop pon video2 gwiyomi. Kehabisan modal nak update blog. Cerita tu ada, tapi kemalasan nak transfer pic. Dan godek2 laptop jupe pic asya berjubah. Sebenarnya ni pic lama, masa pegi rumah abang Fain. Dia baru balik dari Umrah... So, ini jubah yang dia beli untuk asya.. Gwiyomi tak??? 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, May 14, 2013

Hip Hip Hooray... Its A Special Day

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hip hip hoooray ............Its a special day ! Okey meh sambung stori sport day asya di Tadika Al Jannah Cyber Montessori. Rasanya ini acara sukan kali pertama yang dianjurkan oleh pihak tadika asya, coz asya dikira batch permulaan. Lagi pon sekolah asya baru ditubuhkan tahun lepas. Sila jangan muntah, sebab entri ni mengandungi banyak gambar. Ni pon dah habis tapis pon.. Kira kita khatam sekali harung.... 

Tarikh : 
1 Mei 2013

Lokasi :
 Padang Asrama Yayasan Kemaman, Terengganu.
( lokasi asal di Padang Astaka, tapi terpaksa cancel sebab time tu ada program KAYUHAN CINTA BERSAMA BN . Kalo tak silap Najib & Shabery Chik datang)

Pic  ulang tayang... Aksi thumbelina mama posing depan banner yang sungguh colourful.
Nak tengok lain-lain pic posing2 kat banner dengan mamapapa sekali meh klik SINI

Ni pic pagi tu, ondwy nak ke sport day asya. Besar bunga atas kepala tu. Semangat dia bangun pagi & mujur time ni dia sihat. Alhamdulillah, tercapai hasrat dia nak main sukan cam upinipin. Tapi dia tanya, bakpe tak dok sukan tarik tali cam upinipin. Hehehe

Sampai je kat lokasi, terus hantar asya kat khemah PURPLE. Masa ni tak ramai orang lagi. Sementara tu, saya pergi buat pendaftaran.


Rumah PURPLE. Simple je.. Tapi menang gak tempat ke-2. 
Hehehe, tetap cantik di mata juri ;-)

Rumah YELLOW muncul Juara bagi pertandingan khemah paling ceria.


Sebelum perbarisan bermula teacher asya pakaikan selempang PURPLE.

Taraaaa.. Comey tak kak ton????


Bersiap sedia beratur untuk perarakan & acara pembukaan

Perarakan masuk Team PURPLE ! Yang lucunya, time berarak ni, ada gak student2 yang menangis. Maybe bila ada parent dia orang, mereka tunjuk peel. Mujur gak asya maintain je. Alhamdulillah.

Acara pembukaan persembahan teacher & student. Memang happening sangat bila tengok teacher join student menyanyi & menari. Paling best tengok teacher2 menyanyi sambil berjoget dengan student lagu Eyes, Ear, Nose & mouth dan lagu chicken dance. Sangat-sangat terhibur.


Masa ni student+ teacher menyanyi & menari lagu Jika Kau Fikir Kau Boleh & I Will Survive. Cute sangat. Asya pon bila mamapapa ada dia malu-malu kucing lak. Ada yang menangis, tapi tetap layan joget. Memang cute la. Lepas tu, ada bacaan ikrar & perarakan keluar.


Berehat dalam khemah lepas keluar barisan sebelum mulakan acara sukan

Asya bersiap sedia nak mulakan acara.. Hihi.. 
Keciknyer anak mama ni.


Acara pertama asya, tarik bola dalam gelung. Masa ni asya berkhayal sket. Tiup wisel tak dengar. Mujur gak dapat tempat ke-2 untuk acara ni. Pic tengak tarik bola tak sempat snap sebab mama duk sibuk menjerit


Bersedia untuk acara ke-2 asya iaitu susun tin. Haha.. Yang ni pon mama tak sempat snap sebab sibuk bersorak untuk team purple. Acara ni dapat tempat ke-3. Asya masuk 2 acara ni je. 

Ni game untuk mamapapa. Saya masuk lari ikat kaki.


Masa ni bini dia tak sabar nak lari. Si laki tengoh duk ikat lagi.


Hehe. kembor siam.. Untuk acara ni menang tempat ke-2.


Ni acara untuk mommies.. Acara paling best & menggetar jiwa raga.. rebut kerusi. Ada sepuluh hadiah untuk dimenangi.


Suspen..suspen


Kebabommmm... 
Tengok la bini sape jatuh bedebok tu. Hihihi.. Takpela..still dapat hadiah tempat ke-8 ;-)


Acara family.. Jual Budu... Kah..kah.. 
tengok asya tu.. kesian dia.

Alamak.. budu nak tumpah....
Untuk acara ni kita orang tak menang ;-(


Asya & papa berehat selepas penat bermain.. 
Tunggu sesi pemberian hadiah lak


Tumpang kat khemah asya.. Hihi..
 berminyak habis muka mama.


Acara pemberian hadiah...
Asya catwalk dengan teacher nak ambik hadiah


Yeayyyy... Bestnyer dapat HADIAH !

Asya posing bersama hadiah yang dimenanginya.
Congrats sayang mama


Last, sempat pekena aiskrim colek sebelum balik. 
Kebetulan ada yang jual aiskrim ni kat sini.

Alhamdulillah, mama happy sangat tengok asya aktif semasa hari sukan ni. Seakan lupa yang asya ni sakit. Insyallah, kita tunggu sukan next year plok ye. Mudahan anak mama terus berjaya & menjadi seseorang yang berguna untuk dunia & akhirat. Amin


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)