Tuesday, July 30, 2013

Persiapan Aidilfitri 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Salam Ramadhan semua ! Aihhh, lama sungguh tak jengguk sini.. Memang tak sentuh langsung laptop. Rasanya teruk gak terkena simptom kemalasan ni.. Sepanjang Ramadhan ni, ni adalah entri ke-2 saya kalo tak silap.. Sedar tak sedar dah hampir ke penghujung Ramadhan kita ni ye.. Next week dah raya. Sebut pasal persiapan raya, rasanya dah hampir 97% kot beres.. Biasala saya sejak ada anak ni keutamaan mesti la untuk anak. Ye la, sama macam kita masa kecik dulu, eksited sangat nak serba baru. Perbelanjaan untuk raya ni mestilah ada perancangan betul-betul, kalo tak memang boleh terlari budget. Seperti biasa, saya ada main "kutu" kat ofis.. Dan turn saya selalu ambik bulan kita akan berpuasa. Persiapan saya yang utama mestilah untuk pakai sedondon di hari pertama. Bak kata papa asya, "kalo xboh pakai sama, gi raya sorang r". Plop doh..

Persiapan Pakaian Sedondon 
Untuk Raya Pertama
Masih dalam proses touch-up..
aihhhh nyeksaaa

Asya & peplum

Warna tema untuk tahun ni ialah.... jeng...jen...jeng.. tunggu la ye ;-) . Semuanya tempah, termasuk baju melayu Fain. Yang lucunya, kerana nak beli kain sedondon ni, sampai 3x beli kain untuk saya tapi tersilap jugak. Last2 baru dapat yang sama kaler dengan Fain & Asya. Paling eksited nak tenggok asya berpeplum di pagi raya.. Untuk saya, saya sediakan 5pasang baju kurung/kurung moden. Sepasang tu just beli yang ready made, selebihnya semua tempah. Kain tu sebenarnya yang memang dah sedia ada..terus tempah & fwd ke raya.. Lagi pon buat banyak-banyak ni untuk pakai time kerja jugak.

Baju Kasual

Testing..testing.. tapi baju Pink minnie mouse tu tak beli pon coz baju tu cam kembang sket..
ambik yang design lain.. Papa+mama pon sibuk nak bercolour block.


As usual, persiapan lebih kepada asya la.. Tahun ni memang saya tak belikan dress untuk asya. Tahun ni memang ramai sungguh yang beli selua ber-colour block kan..  Saya beli 3 helai seluar be-colour & sehelai jeans. T-shirt just beli 2 helai.. yang 2 helai lagi kaler biru+hitam tu saya dah beli sejak 2 tahun lepas.. Punyala lama simpan sebab baju tu big cutting.. Test2 dah boleh pakai walaupon besar sikit. Lagi 2 tu baju blouse jeans. Baju kasual untuk papa asya lak just 2 helai + seluar 2 helai. Cukup la tu. Untuk saya memang saya tak beli.. 

Kasut Raya



Untuk asya memang saya sediakan 2 pasang, sebab kasut dia yang ada sekarang dah hancus.. Saya sediakan 2 pasang sebab untuk dikesuaikan dengan peplum + baju ala-ala gegirl sket & sepasang lagi untuk ala-ala brutal.. ecehhhh... Untuk saya, rasanya macam tak beli. Sebab kasut yang saya beli 2 pasang untuk raya 2011 & 2012 tu saya pakai sekali je time raya dulu. Jadi malas la nak membazir sangat. Tu la...beli sangat "high heel" . Tinggal kasut untuk papa asya je la.. Kalo sempat beli..kalo tak sempat tak beli.. Ok je..

Pic 15 Ramadhan.. 
Masa ni ada majlis berbuka kat ofis

Rasanya dah hampir semua complete.. Just saya nak beli tudung untuk match dengan baju saya ,  butang baju melayu & kasut Fain. Tu je rasanya, lain dah ok.. 
Cukuplah besederhana..

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, July 18, 2013

Resepi Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


Salam Ramadhan semua!! Baru sempat menjengguk kan diri kat sini. Lateni sibuk benar.. ntah apa yang disibukkan tu.. Tapi masa 24jam tu tak pernah cukup.. Biasalah rutin seorang mama+isteri yang bekerja. Lagi2 sibuk wak preparation untuk audit nanti. Apa-apa pun saya mohon ampun maaf sebab agak lambat bw sekarang ni. Nak update blog pon tercari-cari masa.. Sape kata tak rindu?? Tapi urusan family+kerja lebih penting.. so itulah yang harus diutamakan dulu. Okey, hari ni nak share resepi Asam Pedas Ayam.. Sebab haritu saya ada up kat instagram pasal menu ni. Jadi ramai lak yang tanya resepi & ada yang tak biasa dengar sebab kebiasaannya orang masak asam pedas ikan je. Menu ni memang febret saya sejak berzaman.. lagi sedap dari asam pedas ikan.. Dan menu ni jadi febret Fain jugak, sebab selalu masakkan untuk dia.. Sebelum tu saya mohon maaf sebab publish pic makanan ni. Saya pasti semua pembaca blog saya kuat imannya.. Insyallah.. Niat saya hanya sekadar untuk berkongsi resepi saje.. 

Think +ve okey ;-)




Bahan-bahan :
Ayam Mentah - Mengikut keperluan
Daun Kesum
Air Asam Jawa
Air Putih
Cili Boh
Bawang Merah 
Bawang Putih
Kunyit Hidup
Lada Hitam - Blander/tumbuk

Cara-Caranya :-
1. Blander bawang merah, bawang putih & kunyit hidup
2. Blander/tumbuk lada hitam
3. Panaskan minyak
4. Tumiskan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili boh sampai naik bau & naik minyak
5. Masukkan lada hitam y di blander + garam+serbuk perasa+sedikit gula & tumis lagi.
6. Masukkan ayam mentah yang siap dipotong & golek-golekkan dalam bahan tumis tadi.
7. Masukkan sedikit air asam jawa + air putih.(kuah kalo pekat2 lagi super)
8. Masukkan sedikit daun kesum (yang selebihnya masuk setelah masak) . Dan test2 la rasa kuah tu.. kalo x ckp masam, tamah lg sikit air asam jawa smpai rasa tu ok.
9. Last , smpai dah yakin masak... bolehla angkat.



Taaaraaaa.... asam pedas ayam versi saya..

Nak lagi best, saya suka tabur sedikit daun kesum y fresh selepas masak.. 
Selamat Berbuka uolss!

Sekian....

Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, July 11, 2013

Despicable Me 2 : Cerita Ni Memang Best Sangat !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


Sinopsis Despicable Me 2:
Gru is no longer a villain, since saving his three adopted daughters Margo, Edith, and Agnes from Vector in "Despicable Me". But his calm and unexciting new life takes an unexpected turn when he is recruited by Lucy Wilde and Silas Ramsbottom and is taken to the headquarters of the Anti-Villain League, a society dedicated to fighting crime on a global scale

Salam 2 Ramadhan buat semua. Minggu lepas sempat bawa asya tengok wayang citer ba-na-na-naaaaa kat ECM, Kuantan. Masa nak beli tiket, terkejut tengok seat dah hampir penuh.. Mujur ada couple seat 1... tapi bahagian ke-2 dari depan.. Huhu.. nak tak nak ambik je la.. Kalo tengok wayang ni saya suka seat belakang, kalo depan-depan rasa lenguh tekuk je.Sape yang dah tengok Despicable Me sebelum ni mesti akan teruja nak tengok yang ke-2 ni. Yang pasti watak paling cute +best+kelakar dalam citer ni ialah watak minions.. Haha.. poyoooo

Posing kenangan dengan minions...
Minions kaler purple tu ganas tapi kelakar.. 


Best ke citer Despicable Me 2???
Bagi saya ter-sangatlah best+kelakar+pecah perut.
Memang tak bosan . Dalam suspen-suspen pon ada lucu..
Dalam ganas-ganas pon kelakar..
Asya sampai dah terikut gaya minions cakap..

Silalah tengok video clip ni...
Lagu ni part last time Gru kawen dengan Lucy...
Memang kelakar giler Minions ni nyanyi lagu Weslife-i swear jadi under-wear..
Siap dengan video ala-ala hindustan lagi

## next movies... TURBO.... tapi kalo 3D x dapat la nak tengok... 
dah serik tengok yang 3D, pening kepala.. Harap2 adalah 2D##

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, July 10, 2013

Doa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

pic awal tahun aritu

Salam Ramadhan buat kesemua sahabat blogger, pembaca-pembaca setia blog asya ni & sesiapa saja yang mengenali diri ini. Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan andai ada penulisan saya yang telah menguriskan perasaan samaada secara sedar atau tidak. Dikesempatan bulan mulia ini, sama-sama la kita perbetulkan amal ibadah kita. Jom kita amalkan doa-doa dibawah ni di sepanjang bulan Ramadhan..

Doa Hari Pertama

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku… Wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat dosa.

Doa Hari Kedua

اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah.. Dekatkanlah aku kepada Keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.

Doa Hari Ketiga

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ
Ya Allah.. Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Zat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa Hari Keempat

اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ
Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintahMu, dan berilah aku manisnya berzikir mengingatMu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada Mu, dengan kemuliaanMu. Dan jagalah aku dengan penjagaanMu dan perlindunganMu, wahai Zat Yang Maha Melihat.

Doa Hari Kelima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara auliya’Mu yang dekat disisi Mu, dengan kelembutanMu, wahai Zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa Hari Keenam

اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ
Ya Allah.. Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadapMu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasanMu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaanMu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan.

Doa Hari Ketujuh

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ
Ya Allah.. Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingatMu secara berkesinambungan, dengan taufiq Mu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari Kelapan

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ
Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaanMu, wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Hari Kesembilan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ
Ya Allah.. Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmatMu yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaanMu yang penuh dengan kecintaanMu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari Kesepuluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepadaMu, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang menang di sisiMu, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang dekat kepadaMu dengan ihsanMu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari Kesebelas

اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ
Ya Allah.. Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari Kedua Belas

اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ
Ya Allah.. Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaanMu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Ketiga Belas

اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ
Ya Allah.. Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuanMu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari Keempat Belas

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ
Ya Allah.. Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaanMu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari Kelima Belas

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ
Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’, dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamananMu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Keenam Belas

َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ
Ya Allah.. Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmatMu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhananMu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari Ketujuh Belas

اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ
Ya Allah.. Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang suci.

Doa Hari Kelapan Belas

اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ
Ya Allah, beritahukanlah kepadaku di bulan ini segala berkah yang tersimpan di dua pertiga malamnya, terangkan hatiku di bulan ini dengan cahayanya, dan bimbinglah seluruh anggota tubuhku di bulan ini untuk mengikuti tanda-tanda keagungannya dengan cahaya-Mu wahai penerang hati para ‘arif. 

Doa Hari Kesembilan Belas

اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ
Ya Allah.. Penuhilah bahagianku dengan keberkatannya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari penerimaan kebaikan-kebaikannya, wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari Kedua Puluh

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca al-Quran wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mukmin.

Doa Hari Kedua Puluh Satu

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ
Ya Allah.. Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaanMu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, wahai Pemenuh Keperluan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Dua

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ
Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, turunkan untukku keberkatanMu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaanMu, dan tempatkanlah aku di dalam syurgaMu yang luas, wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari Kedua Puluh Tiga

اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ
Ya Allah.. Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari Kedua Puluh Empat

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ
Ya Allah.. Aku memohon kepadaMu hal-hal yang mendatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung denganMu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahanMu, dan aku memohon kepadaMu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadapMu, wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari Kedua Puluh Lima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-orang yang menyintai auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuhMu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup NabiMu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari Kedua Puluh Enam

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ
Ya Allah.. Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari Kedua Puluh Tujuh

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ
Ya Allah.. Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya yang soleh.

Doa Hari Kedua Puluh lapan

اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ
Ya Allah.. Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepadaMu diantara semua perantara, wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Sembilan

اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Ya Allah.. Liputilah aku dengan Rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan dosa-dosa fitnah Wahai Pengasih terhadap hamba-hambaNya yang mukmin.

Doa Hari Ketiga Puluh

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ‏
Ya Allah.. Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaanMu dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

" Tahun ni saya nak latih asya berpuasa.. tak tahu la jadi ke tak.. sebab kerja susah nak pantau. Tapi xpela, cuba latih awal-awal..Maybe, asya ok kot... cuma dia xleh puasa susu je kot.. hihi... gud luck asya "

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, July 8, 2013

Resepi : Maggi Ketam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Homemade maggi ketam

Hampir seminggu kot tak jenguk blog ni.. Sebab bz menyelesaikan beberapa perkara.. Kebetulan lak, sekarang sibuk nak internal audit, bertambahlah sibuk prepare doc.. Beberapa hari lagi kita nak sambut puasa Ramadhan, so saya ambik kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat yang beragama islam. Saya ambik peluang ni untuk share resepi maggi ketam yang sempat saya buat last week. Manatau kot2 nak cuba cari kelainan... Kat sini memang femes dengan Maggi Ketam, sampaikan harga cecah RM25keatas semangkuk.

Resepi  Maggi Ketam Cara Saya


Bahan-Bahan :-

  • Ketam
  • Maggi Kari + Perencahnya
  • Sedikit serbuk kari ( mengikut kemahuan)
  • Daun Kari
  • Santan ( sikit je.. kalo tak nak pon xpe)
  • Bawang merah, Bawang Putih & Halia yang dicincang
  • Telur ayam
Cara-Cara:-
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia 
  2. Bila dah agak-agak nak garing masukkan daun kari
  3. Masukkan perencah KARI MAGGI. Kalo nak kawww leh tambah sikit je serbuk kari.
  4. Tumis sehingga pecah minyak
  5. Selepas itu masukkan ketam & gaulkan
  6. Masukkan santan + air + perasa
  7. Bila dah agak mendidih leh masukkan telur
  8. Masukkan mee maggi + sayur 
  9. Sedia untuk dihidangkan

Yummm.. marvelesssss... 
Nak lagi sedap leh perahkan sedikit limau lipis sebelum makan.
Tiba-tiba terasa nak wak bisnes maggi ketam... hehe mau tak untung kalo semangkuk RM25..
Ke guane?

pssttt :-- mintak maaf ye kawan2.. x smpat BW lg.. Ni baru buka blog..
 terus up resepi ni dulu..

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, July 2, 2013

D.I.Y : Topi Hari Jadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Do It Yourself !

Dulu saya pernah janji nak up cara buat sendiri topi untuk majlis hari lahir . So, inilah topi hari lahir yang saya buat sendiri masa celebrate birthday asya yang ke-4 pada November 2012. Memang cukup mudah & simple. 

Kertas manila
Saya just gunakan kertas manila. Selain tu boleh gunakan kertas keras, lagi cantik topi terbentuk. Saya beli kat kedai ekonomi. So, 3 keping kertas manila ni just RM2.00


Lukis lakaran pada kertas manila seperti diatas. Agak-agak je nak saiz besar mana. Kalo buat bentuk tigasegi terus pon boleh. Sekeping kertas manila ni , saya boleh buat 4pcs topi.


Selepas dah siap lakaran, potong topi ikut lakaran tadi


Kemudian cantumkan. Saya just stapler je.. Kira kerja senang..
Hehehe


Kalo nak cantik, leh je beli kertas pembalut hadiah kartun.Maybe leh beli kertas pembalut hadiah tu ikut tema yang anak suka. Kemudian potong je kertas pembalut tu ikut bentuk topi yang dipotong tadi & tampal atas kertas manila yang dipotong tadi. Lekat sebelum cantumkan. Tapi, disebabkan masa terhad... dalam masa beberapa jam je ada masa... so saya just edit pic asya kat PAINT. Main crop situ..crop sini & edit kat Power Point & print out. 


Pic asya tadi, saya just tampalkan kat topi ni.. Tapi still nampak kosong & takberseri kan...


Tiba-tiba, datang idea spontan nak ceriakan topi asya.. Just menggunakan lebihan notepad colourful yang saya gunakan sebelum ni untuk buat BANNER BIRTHDAY & GOODIES PACK . Saya just potong panjang-panjang. Notepad yang saya belikan ni harganya RM2.50. Tapi leh gunakan untuk buat 3 benda time hari jadi asya iaitu, BANNER, GOODIES & TOPI ni. Sangat-sangat berbaloi kan. Selain tu kalo gunakan kertas A4 kaler pon boleh.. tapi rasa membazir.. Baik beli note pad camni je.


Kertas notepad yan dipotong panjang-panjang tadi saya lipatkan & gunting panjang-panjang . Bila dibuka lipatan ni, jadilah bulu-bulu camni.


Notepad yang siap dipotong tadi saya just tampalkan sekeliling topi & letakkan diatas..
Just tambah riben dibahagian tepi untuk diikat bila topi dipakai (seperti pic atas sekali).



Dah siap topi birthday untuk asya dari hasil tangan mama asya. 
Inilah hasilnya, hanya bermodalkan RM2 untuk beli kertas manila .
Tetap nampak cantik & berserikan. Lagi-lagi kita yang buatkan sendiri.

Kenangan asya bersama Eril ketika menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-4.
Kos yang saya keluarkan untuk membuat sendiri TOPI, BANNER & GOODIES hanya dalam linkungan harga RM8-RM15.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) MyHappyFamily (78) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) Let's Eat (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Do It Yourself (19) Throwback (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Deko VillaCintaku (8) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)