Thursday, October 31, 2013

Doa Ulangtahun Kelahiran Buat Suami

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

31.10.2013
Happy Born Day laling..


" Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih ada di langit maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertahan di dasar bumi, hanya Engkaulah yang mampu menggeluarkannya. Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperolehi suami hambamu agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia & di akhirat. Amin. "

Papa asya mase kecik-kecik dulu..

31.10.1984 
Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-29 buat suamiku tercinta.
Wahhhh... dah nak masuk era 30-an. 
Semoga dengan pertambahan usia ni, maka bertambah juga keimanan di jiwa.
Love U So Much ;-)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, October 30, 2013

Sosej Telur Kasih Sayang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya jumpa menu ni kat blog Lizz..
 terus tertarik nak mencuba menu yang cukup simple ni buat asya..


Saya punya tak cantik & comot jew...
Nampak cam senang.. tapi agak mencabar gak seposen... 

Bahan-bahan :
Sosej yang direbus
Lidi / Pengcungkil gigi
Telur 

Cara-Cara Membuatnya :
1. Sosej yang direbus, dibelah tengah.. Jangan sampai putus
2. Sambungkan kedua-dua hujung sosej yang dibelah tadi & cucuk dengan lidi.
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak & masukkan telur. Sebaiknyer guna telur kecik la.. coz saya guna telur gred A, sampai melimpah.. tu yang comot sangat..

Tapi kalo nak lebih detail & siap dengan gambar setiap step dia just klik sini....
Kat blog lizz banyak menu yang menarik & tertarik untuk dicuba.. Adakalanya menu biasa-biasa pon, tapi Lizz sangat kreatif me-renovatenyer dalam bentuk-bentuk yang amat menarik minat anak-anak..


Waaa..memang asya teruja nak makan.. lagi-lagi nampak bentuk Love..Love...Love tu...
Betulla kata orang, kalo nak menarik minat anak-anak makan kita kena kreatif dalam myediakan hidangan anak-anak..

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, October 29, 2013

Surprise !! Selamat Hari Kawen MamaPapa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih  kepada semua yang mengucapkan serta mendoakan saya suamisteri sempena ulangtahun perkahwinan saya & Fain yang ke-7 pada 26.10.2013 di entri sebelum ni, mahupon di instagram & Fb.Cerita pasal surprise ni, sebenarnya perkara biasa-biasa je.. Cuma ye la, dalam keadaan saya yang agak moody time tu maybe keletihan bekerja kot.. Pada 26.10.2013 tu saya kerja,petang tu Fain & Asya ambil saya kat ofis & balik rumah Fain suh bersiap.. Masa tu ingatkan just nak bawak asya jalan-jalan.. Biasalah.. kat sini xtau nak kemana... Last2 ke Kuala Kemaman, beli kepok lekor & lepak tepi pantai. Time ni la,Fain kata nak ambik Hp dalam kereta.. tertinggal kononnyer... Saya x sedar dia mari dari belakang... tengok asya kat depan dah menggelekek ketawa... Ha ha..pandai sungguh asya ni berpakat dengan papa.. Ye... walaupon ianya hanya sebijik kek... tapi ini antara moment terindah. Orang perempuan memang suka kalo dapat surprise cam ni, coz terasa dihargai... 

Agaknyer kek ni dia letak kat dalam bonet kot.

Potong...potong...potong..

Time ni jerawat sebijik sedang bermaharajalela
Ya Allah, Peliharakanlah hubungan kami suamistri  hingga ke akhirnya,
Jauhkanlah daripada sebarang anasir yang boleh merosakkan rumahtangga kami..

Papa & Asya

Mama & Asya

Tq papa... serius saya sungguh terharu..

Permata hati kami

Perancang terbaik

Haaa... masa ni la papa asya bawak kek..
Asya kata " taaaraaaaaaaaaaaa"



Nyanyian dari asya buat mama & papa
" Selamat hari kawennnnnnn mamapapa... selamat hari kawen...."

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, October 26, 2013

Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fain & Lya
26.10.2006 - 26.10.2013

Alhamdulillah, masuk usia ke-7 usia perkahwinan kami. Mudahan ikatan suci ini berkekalan hingga ke Jannah . Sepanjang pelayaran ini, dikurniakan 3 orang anak... tetapi hanya asya yang ditakdirkan Allah Swt untuk menemani kami di muka bumi walaupon penuh dugaan sewaktu membawanya ke dunia. Sewaktu mengandung ke tiga-tiga orang cahayamata, saya dalam ICU & tak sedarkan diri... Yang pertama, tahun 2007...juga dalam ICU, lepas sedar koma keguguran.. Yang ke dua , 2008 juga koma sepanjang mengandung.. tapi syukur alhamdulillah keajaiban & kuasa Allah Swt membawa Asya ke muka bumi. Dan, ke tiga... 2009, juga keguguran selepas keluar ICU. 

Walaupon sejak sebelum kahwin lagi saya tahu saya tak boleh mengandung sebab masalah kesihatan... tapi saya terus mencuba walau hampir bergadai nyawa. Bukannya doc tak bagi protection, tapi inilah yang dinamakan kuasa Ilahi. Kali ke-3 mengandung tahun 2009, doc larang sekerasnya untuk saya mengandung lagi sebab keadaan kesihatan saya. Saya akur demi satu-satunya permata hati yang harus saya hargainya.. Sejak itu, tertanamnya IUCD dalam rahim hingga kini. ( hanya 2 pilihan untuk saya samaada IUCD atau ikat peranakan, sebab penyakit saya xleh ambik perancang berhormon... akhirnya saya pilih untuk pakai IUCD. Maybe bila usia 35 tahun, baru saya bersedia untuk ikat peranakan ).

Alhamdulillah, saya bahagia dengan ikatan ini. Saat saya sah menjadi isteri Fain, saya hanyalah berusia 21tahun & Fain 22 tahun. Betulla kata orang, bercinta selepas kahwin memang indah. Sebab kami melalui usia remaja & proses kematangan bersama. Berkahwin muda juga bukan sesuatu yang pernah saya bayangkan dulu.. Tapi inilah yang dinamakan JODOH, jika itu kataNYA pasti ianya berjalan lancar. Masa kahwin dulu, saya masih belajar & berada dalam sem 5. Bestnyer waktu tu, selalu ada orang teman saya study.. Syukur, saya memperolehi result cemerlang & CGPA sem akhir 3.7++ . Berkat doa suami kot ;-)

Membuat keputusan untuk berkahwin di usia muda bukan perkara yang senang. Saya ambik masa untuk terimanya. Bagi sesiapa yang pernah baca entri pertemuan saya & Fain dulu, kami bertemu kerana TAKDIR. Masa tu saya lumpuh & Fain hanyalah teman kawan dia melawat saya kat rumah. Siapa sangka pertemuan pertama tu, Fain dah angau.. Sejak tu dia berusaha mendekati saya.Sepanjang lumpuh & sehingga boleh berjalan dia tak pernah tinggal saya & terus menunggu saya. Atas kesungguhannya akhirnya saya terima dia sebagai suami saya. Dia berjaya yakinkan mama & abang2 saya. Itulah niatnya, untuk menjaga saya tanpa ada batasan . Alhamdulillah, dia betul-betul menjaga saya sebaiknya.. Walaupon masa tu saya kerap terlantar di hospital.. tapi itulah detik terindah.. saya belajar untuk mencintai dia.. Sehingga akhirnya , saya betul-betul jatuh cinta pada dia.. Dia satu-satunya lelaki yang pernah mengalirkan airmata untuk saya. Sungguh saya amat rindu waktu tu...

Lepas kahwin pon saya kerap sakit, ada masa saya xleh berjalan.. Jadi Fain la yang papah saya ke kelas.. Saat paling istimewa sewaktu saya mengandungkan asya... selepas sedar koma saya still lumpuh.. Walaupon itulah detik menyedihkan hidup.. tapi detik itu juga yang menyedarkan saya tentang cinta sejati dia. Sebenarnya, sejak dulu saya agak fobia dengan lelaki.. sebab sebelum kehadiran Fain saya pernah ada seseorang, tapi kami putus sebab saya sakit & lumpuh. Sejak tu saya tutup pintu hati untuk lelaki..

Hingga bertemu Fain, saya sendiri tak tahu apa yang membuatkan saya terus dekat dengan dia. Walaupon waktu tu saya berusaha untuk menjauhkan diri.. tapi dia semakin dekat. Walaupon pelbagai ujian yang melanda hubungan kami, kami kuasa Ilahi..kami semakin dekat. Betulla kata orang, " Jika Ia Ditakdirkan Untuk Kita, Walau Sejauh Mana Pun Berpisah... Pasti Akan Bersatu " .

Terima kasih kerana sepanjang tempoh ini menjaga saya dengan sebaiknya.. Berusaha mengubati penyakit saya sejak awal kita kenal . Dan buktinya alhamdulillah, tuhan makbulkan... Sekarang keadaan kesihatan saya semakin baik. Selain tu saya amat bertuah kerana dikurniakan keluarga mertua yang sanggup menerima saya seadanya. Walaupon saya sakit & tak sempurna tapi mereka semua melayan saya dengan sebaiknya. Bagi saya sesebuah perkahwinan , mempunyai hubungan yang baik dengan family pasangan kita amat penting. Teringat lagi dulu, kali baru kenal Fain... dia dah kenalkan saya dengan family dia. Dan, family dia pon bersungguh membawa hajat Fain untuk peristerikan saya. Itu salah satu faktor jugak yang membuatkan saya terbuka hati untuk menerimanya sebab saya melihat kesungguhan ma & abah fain serta keihklasannya menerima saya seadanya walaupon saya lumpuh saat tu. 

Kalo dikenang kisah lampau saya, semuanya penuh air mata je.. Tak nak sedih-sedih dah... Apa yang saya inginkan dengan perkahwinan ini supaya dikekalkan kebahagiaan ini selamanya.. hingga ke Jannah. Semoga dikekalkan rasa cinta & kasihsayang buat saya hingga ke akhir hayat. Dan, usia 7 tahun hidup bersamanya sudah cukup untuk membuatkan saya semakin mencintai dia setiap hari semakin mekar di hati. Hingga kini, still rasa macam orang bercinta.. Ya Allah, kekalkanlah JODOH ini hingga ke Jannah & peliharakanlah rumah tangga kami agar sntiasa aman & damai serta dijauhi daripada segala cubaan/dugaan yang merosakkan ikatan kami. Amin


Keluarga Bahagia Selamanya
Insyallah

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, October 22, 2013

Cerita Hujung Minggu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cerita pasal weekend lepas,hari Jumaat weols turun Kuantan . Sambil beli barang pejabat, jalan-jalan sekali. Misinya nak cari baju ala-ala princess asya untuk konvo asya nanti. Temanya alam fantasi. Kalo ikut hati, saya just nak cari dress merah menyala.. kononya nak gayakan asya macam Little Red Riding Hood , coz ni antara cerita dongeng febret asya. Pagi tu gerak ke Kuantan lebih kurang pukul 10am..

Jumaat : 18.10.2013

Tempat utama yang dituju, semestinya ECM. Mulanya settlekan barang-barang ofis dulu. Lepas dah settle baru mula merayap cari baju ala-ala princess asya..

Terjumpalah booth ni kat ECM.. memang semua baju princess la.
Cantik & bling-bling lagi.. Tapi saya ni memang kureng berkenan sangat dengan baju-baju kembang camni. Satu lagi terasa membazir,coz kalo beli lepas ni dah x pakai.. Pakai sekala sekali.. Sebab tu saya nak cari dress yang simple & sesuai di pakai kemana-mana.. Harga gown ni rm80 keatas... Tapi.. inilah baju yang asya nak sangat.. Agak-agaknyer saya beli tak gown ni?? Cer teka.. cer teka..

Lepas puas tawaf di ECM,,, seinggah di Megamall Kuantan.
Pusing-pusing, x jumpa ang berkenan.. & kat sini terjumpa pembaca blog kecilan saya ni..
Last-last layan asya makan sundae McD dulu..


Tak sabar nak sampai rumah.. dalam kete pon boleh memancing kan?

Lepas ke megamall, terus ke Cowbo sebab nak beli barang-barang untuk goodies birthday asya nanti. Alhamdulillah... dah cukup semuanya.. Destinasi terakhir ialah ke Pantai Teluk Chempedak... Bersihkan bjiwa & rohani serta mandikan asya. Lepas tu isi perut yang berkeroncong.. dah siap terus balik ke Kemaman... 

Sabtu : 19.10.2013

Cerita hari Sabtu, pagi ni menyettlekan kesemua kerja termasuklah basuh, jemur, lipat & iron baju kerja &sekolah asya. Dah petang-petang baru keluar ambik angin sekejap.


Pic pagi sabtu untuk instagram...
Dua emosi.. senyum & nangis...


Sambil mama berkemas siapkan kerja rumah..
Dia sibuk melukis & warnakan sendiri.. Bolehla kan... Memang sehari, banyak lukisan jugak yang dia buat.

Tengah hari tu maraton dengan papa asya layan drama Love U Mr Arrogant dari episod 1-7... Fuhhhh... Gara-gara papa asya baru tersangkut dengan citer ni, dengan mama skali join sekaki. Dah petang baru bersiap makan angin.. Petang tu just lepak kat tepi Pantai Kuala Kemaman.. Lepas tu terus ke rumah Nek Ma asya..


Pose rampingkan pinggang


Muka dah mencebik bila suh senyum
Jadilah senyum dalam keterpaksaan..


Masa ni comey molek plok dia senyum


Dah mula buat muka...

Pic ni cilok dari we chat papa asya..

Terpaksa mama senyum sorang2..

Sebelum ke rumah nek ma sempat singgah pasaraya sebab nak belikan ubat gigi barbie asya.. Bila sampai sana, lain lak jadinya... Bermulalah drama & babak air mata. Tapi mujurlah jenis drama asya ni tak bising2 & guling2 atas lantai.. Cuma, masuk je kereta... baru suara dia loudspeaker.. 



1. Asya nok air tu.... nok yang tu jugok !
2. Bila tak bagi... dah menahan sebak & nak lari la kononnyer...
3. Papa suh pilih, air vitagen atau nutrigen atau yakult. Tapi tak nakkkk... nok air tu jugak, apekende name ntah, "Atrigen" kot... Nampak kaler pon pelik semacam... Dia bukan nak air tu sangat.. tapi nak gift yang di pack skali dengan air tu..Itu je punca drama ni .
4. Masa ni dia cebikkan muka kat mama, sebab marah mama snap pic dia
5. Dalam tangisan... last2 air MILO menjadi pilihan
6. Semakin marah bila mama snap pic dia & ngusik dia...

Hehe.. serius kelakar sangat time ni. Antara moment yang akan mama ingat dalam membesarkan asya.. Dalam tangisan asya ni,membuatkan mama ketawa. Owh.. dah besar anak dara mama ni.. 

Lagu Guruku Tersayang
Masa kat pantai tu, sempat rakam asya nyanyi lagu "Guruku Tersayang".
Kalo tak silap, asya akan nyanyi lagu ni semasa persembahan di hari konvokesyen dia next month.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, October 21, 2013

Aidiladha 2013 : Day 2 - My Cousin E-Day

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ketemu kembali yuk... Saya baru je masuk kerja kelmarin, setelah 5 hari bercuti. Cepatnyer masa berlalu.. Just nak sambung cerita aidiladha haritu.. Hari ke-2 aidiladha baru berpeluang nak pakai baju raya. Bukanlah baju raya yang dibuat semata-mata raya haji ni, tapi ni baju aidilfitri aritu yang tak sempat siap. Kebetulan ada kain lebih, terus buat baju kurung asya selai & jahit manik simple2 je. Hajatnyer, hari raya pertama nak pakai sedondon kaler pink dengan papa skali (recycle baju melayu tahun 2010), tapi itulah dah tahun ni buat ibadah korban pada hari pertama.. kebiasaannya hari ke-2. Tapi mujurlah ada majlis pertunangan sepupu pada hari raya ke-2 ni..merasalah jugak nak pakai baju ni,  kalo tak memang tak pakai ar baju ni.

Pose mama & asya untuk instagram..
hehehehe

Senyuman semeweks dari asya.
Memang baju ni besar sikit .. 

Sesekali dua....

Pose dalam kereta , odwy ke rumah sepupu

Meriah bila majlis kat kampung ni.. Bertunang pon ramai yang datang.. Ye la, family besar kan.
Menu yang disediakan pon semua best-best.. Tapi banyak lauk berasaskan daging la.. dah musim korban kan..

Sepupu saya...
Suka tengok deko pelamin dia.. semuanya DIY tau...
Suka jugak mekap simple & gabungan baju kaler peach+maroon

Cantik

Majlis menyarung cincin pertunangan

Bersalaman dengan bakal mertua

Tahniah cousin...
Semoga dipermudahkan & dilancarkan segala urusan untuk menuju ke sebuah perhubungan HALAL.
Amin

Mama & Asya
sempat posing sebelum balik

Aduyai....
boleh plok asya buat muka...

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, October 17, 2013

Aidiladha 2013 : Day 1 - Ibadah Korban

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 Selamat bertemu kembali.. Mesti dah ramai yang masuk kerja kan? Kite kat terengganu ni memang boleh cuti raya haji selama 2 hari iaitu Selasa & Rabu..Hari Khamis masuk kerja.. tapi alang-alang sehari je, terus ambik cuti direct la. Jadi next week la baru masuk kije. Cerita pasal raya pertama, weols memang tak pakai baju raya.. Jadi memang xdela sesi photoshoot ke ape. Dalam pukul 9.30 bertolak ke pejabat. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki setiap tahun berpeluang untuk menunaikan ibadah korban. Kebetulan kat ofis memang tiap-tiap tahun buat ibadah korban untuk staf-staf. Tahun ni, 7 ekor lembu ditumbangkan, 6 ekor untuk korban & seekor untuk Aqiqah. Kebetulan tahun ni, ramai baby-baby baru staf ofis.

Raya Pertama : 15.10.2013

Lembu bahagian saya yang ditumbangkan.
Alhamdulillah... lembu ni tenang je & dipermudahkan.

Group saya...

Skrip..(ayat ustaz ditukarkan kepada BOS, sebab bos yang sendiri yang sempurnakannya. Ayat last saya tambah, "bagi pihak saya & keluarga saya") yang bagusnyer kita berpeluang niat sendiri & tengok lembu kita. Sunatkan tengok lembu kita dikorbankan.. tapi dengan syarat jangan ada rasa kesian , sebab jatuh HARAM untuk memakannya kalo ada rasa kesian. Alhamdulillah, saya xde perasaan tu, sebab dalam hati dah tetap semua ni ibadah kerana Allah Swt. 

Tahun ni, bos sendiri yang sembelih lembu-lembu korban.
Syukur, semuanya dipermudahkan.

Lembu yang selamat dikorbankan 

Sedia untuk dilapah..



Jangan terkejut.. saya pon turun padang sekali.. Memang tiap2 tahun berpeluang & saya suka lakukannya. Xde istilah takut darah ke apa.. Yang penting nawaitu dari dalam hati. Masa 1st time join korban dulu, memang ada rasa seriau gak.. Tapi bila dah dalam hati dah tetap.. no hal punyer.. 

Sesi membahagi daging kepada 7 bahagian.


Asya & kakak pearl yasmin iman

Masa ni dah nak balik.. hihi.. buat muka kat mama dah.

Asya pon rileks je tengok lembu-lembu dikorbankan. Tiap-tiap tahun dia tengok, jadi xde rasa takut . Lagi siap nak tolong jugak ade... Cuma satu, sekarang dia makin besar.. Dia asyik persoalkan " Mama , berdosa bunuh lembu " . Haaa.. part nak menjawab suruh dia faham yang susah. Dah terang, pasal sejarah nabi.. yela , budak kecik bukan faham sepenuhnyer. Insyallah.. makin dia besar nanti dia akan faham pengertian ibadah korban ni. 

Untuk group saya, setiap bahagian dapat 12.5Kg daging.. Bahagian-bahagian lain seperti tulang, hati dll semuanya dibahagi sama banyak sebanyak 7 bahagian. Daging-daging ni pon dah selamat diagihkan.

Semoga Ibadah Korban diterima Allah Swt

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)