Thursday, November 28, 2013

03.11.2013 : Asya's 5th Birthday Celebration With Family

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 03.11.2013 selamat meraikan ulangtahun kelahiran Asya yang ke-5 bersama keluarga. Sambutan tahun ni paling koboi... coz tak sempat buat apa2 preparation seperti tahun sebelumnya. Tapi, sebelum tu dah celebrate birth in advance kat school dengan kawan-kawan seperti yang pernah dientrikan kat SINI.  Kiranya tahun ni 2x lah celebrate ye asya.. Hari lahir asya memang jatuh pada tarikh 3 November. Kononnya saya nak celebrate birth ni pada hari Jumaat seminggu selepas tarikh birth asya ni. Tapi kebetulan 3hb Nov tu cuti coz baru balik dari Family Day, papa asya suh buat majlis terus. Bayangkan bangun pagi tu baru plan nak buat.. Rushing gak mencari barang untuk majlis petang tu. Kek pon beli yang instant je, nak tempah memang x sempat r. Kalo tahu nak buat birth asya, awal-awal lagi saya dah tempah kek princess untuk asya. Menu just buat Nasi Minyak . Lagi pon memang tak panggil orang pon, sekadar adik beradik saya & Fain je.. 
DEKORASI


Deko paling simple.. Biasa untuk deko ni saya suka DIY kesemuanya.
Dah buat majlis pon spontan, jadi just beli belon je la.. 

KEK PRINCESS
Mula-mula saya pergi ke kedai kek febret saya. Tapi sayangnyer xde kek princess kat situ. Kononnyer nak beli yang biasa-biasa je. Tapi asya lok gelepor nok hok princess jugak katanyer. Aihh.. hati mama ni, tak sampai hati kalo x tunaikan permintaan dia. Lagipon awal-awal lagi dah janji birth kat rumah baru buat kek princess, yang kat school kek minion. Haaa.. kan dah kena tuntut tu. Pergi la kedai kek satu lagi.. Memang rezeki asya, coz kat dalam peti ais memang dah ada kek princess instant punye. Kebetulan ade sebijik ni je, xde pilihan.. Kita baham je la. Lagi pon harganya lagi murah, just RM35.00 sajok. Saya survey sebelum ni kalo nak tempah kek princess lebih kurang RM60++. Sekali ganda tu. Rasanya RM60 tu sebab ada lapisan petak satu lagi kot. 

VIOS UNTUK PAPA
Haaa,, kek kereta ni untuk papa sempena birthday dia pada 31hb Oct, selang beberapa hari je dengan birth asya. Lagi pon saya tak beli pon lagi kek untuk papa asya, tengok kek ni terbekenan lak. Walaupon x seberapa surprise sebab masa beli ni papa asya ade.. Ermm.. xpela kan.. 

BIRTHDAY DAY







Pose sempena usia dah masuk 5tahun pada hari ni. Asya rasmi dulu dress yang patut dipakai time konvo dia. Suh pakai baju lain.. nak pakai yang ni jugak. Alhamdulillah, dah makin besar anak mama. Kadang-kadang tu sebak sangat bila ingatkan kelahiran asya ni. Siapa sangka, bayi yang hampir ditamatkan riwayat kehidupannya dulu kini makin membesar & semakin bijak. Mama bangga memiliki asya. Sebab asya lah sumber kekuatan mamapapa. Sungguh, mama kerap rasa terkilan kerana tak dapat berikan yang terbaik buat asya sepanjang mengandungkan asya dulu sebab mama koma. Mama juga terkilan sebab tak sediakan satu benda pon untuk menyambut kelahiran asya, juga sebab mama koma. Mama juga terkilan kerana hampir menyerah kalah semasa perjuangan tu.. tapi tendangan asya benar-benar menyedarkan mama. Mama juga terkilan selepas melahirkan asya mama tak berada di sisi asya... tidak berpeluang pon menyusukan asya sebab kita sama-sama berjuang saat tu. Asya menjadi milik mama, itu sudah cukup membuatkan mama benar-benar bersyukur. Semoga asya terus tabah & kuat berjuang sebagaimana asya pernah berjuang untuk menemui mama & papa. Insyallah, mama akan sentiasa melakukan yang terbaik dengan memberikan sepenuh kasih sayang serta pendidikan dunia akhirat buat asya.

ASYA & KEK PRINCESS








Betapa happynyer dia bila dapat kek princess idaman dia. 

ASYA & PAPA


Tengok r tu.. macam-macam muka notti dia buat.
Baru perasan xde pon pic asya & mama.. why?? why??
Pic kali ni sangat x memuaskan. Setting baham rambang & ada guna Hp sajo


MY HAPPY FAMILY TILL JANNAH




Pic family ni pon x brape jurus aroh. 
Tengok la asya, macam-macam style dia buat.

Syukur alhamdulillah, walaupon serba-serbi simple & sederhana tapi semuanya berjalan lancar. Apa yang penting just nak happykan baby ajaib mama ni. Tapi kan.... asya ni dah sibuk-sibuk bising " mama...lepas ni kek epi beday 6 tahun nok gambo mende plok?" . Aihhh... baru je lepas celebrate birthday, ni duk sibuk tanya lagi. Kalo gitu, hari-hari la beday asya ye?

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, November 27, 2013

Rindu Seorang Anak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

~Peringatan buat diri sendiri & semua ibubapa y bekerja~

Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2.Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 ibu pun blk lewat. Anak2 redha ditempat org. Belajar, bermain.Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe,KLINIK ADA!! Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah.. Rindu mama.. Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia. Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg.."Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."

TAPI.....


Apa kita buat... Bila anak2 bising... Kita marah... Bila anak2 main... Kita herdik... Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!" Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!" Dia tumpahkan makanan / air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang... Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi... Apakah duit boleh ganti kasih sayang? Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga? Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama... 

Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama..
Ada member fwd.. Bagus jugak peringatan ni..


** Argghhh.. agak tersentuh membacanya. Sebenarnya saya dah share kat status FB kelmarin & tergerak untuk share di blog jugak sebagai ingatan buat kita semua yang ralik dengan dunia pekerjaan. Saya percaya kita semua melalui situasi ni. Balik kerja letih-letih & melayan kerenah anak yang adakalanya menduga kita. Rupanya anak-anak kita begitu rindukan & inginkan perhatian kita. Bila dihitung, berapa jam je masa kita bersama anak kita? Tolak waktu tidur... hanya berapa jam je masa untuk kita curahkan kasih sayang pada anak. Insyallah Asya, dalam mengejar dunia pekerjaan, mama takkan leka mencurahkan kasih sayang. Insyallah, mama akan sentiasa lebih sabar untuk melayani kerenah asya... **

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, November 25, 2013

De Rhu Beach Resort

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Baru berkesempaan nak buka story Family Fun Day yang diadakan pada 31.10.2013-02.11.2013 di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Kali ni just nak review pasal hotel ni. Alhamdulillah, sangat-sangat berpuas hati dengan servisnya.. Bilik memang sangat selesa & suasana hotel ni pon best jer & yang penting memang kemas & bersih.. Camner nok kabo r? Kira OK la. Games yang disediakan pihak hotel pada hari ke-2 pon memang best & enjoy giler. Kiranya orang yang handle games ni pon memang ngam la... Tapi saya tak sempat nak snap pic sangat, coz AJK, agak bz nak urus itu ini... 

Suasana hotel ni dari depan..
Memang nampak cam biasa-biasa je..
Dont judge book by its cover ;-)

Papa & Asya

Mama & Asya

Asya..

Lobi hotel ni kemas & simple je. Ada mini cyber cafe. Sayangnya, saya lupa nak snap kat ruang lobi ni. Just pic dari tangga lobi menuju ke bilik hotel ni je yang snap..

Ok.. jom kita ke area belakang... Wow.. suasana memang mempersonakan.. Tak seperti dalam pic ye. Sebab kat luar cantik lagi.Ni just sebahagian part yang saya snap. 

3 dara pingitan
Asya & ofismate

Yang paling puas hati.. Kolam nyer, memang besor bapok & cantik bentuk kolam tu.. Kat dalam area kolam kanak-kanak siap ada playground dalam air. Ni yang budak2 suka ni. Kat  hujung sana tu pantai Balok. Juga ada gerai menjual burger, goreng pisang,keropok lekor etc di dalam kawasan ni(pic tak snap). Harga pon sama seperti kita beli kat luar. Apa yang menarik, sesiapa yang tak menginap di hotel ni tetap boleh mandi kolam kat sini & kadar bayaran yang dikenakan ialah :- 
Dewasa RM10
Kanak-Kanak RM7.00

Mama & Asya
salah satu kolam kat sini

Yang ni kat kolam lain plok.
Kan dah kate.. memang puas hati la.. Kolam besar

Ruang padang untuk games & lain2 xtvt yang luas & cantik.

Bilik Hotel
Deluxe : RM 160.00/day
** Kelibat asya dimana-mana**







Secara keseluruhannya, memang sangat-sangat berpuas hati dengan bilik hotel ni yang sememangnya sangat luas, bersih & selesa. Katil pon besar ( Besar sikit dari saiz KING ) ,memang syok la bergolek-golek. Kebetulan bilik yang saya dapat ni betul-betul mengadap kolam, taman permainan & pantai.. jadi permandangan tu memang cantik sangat. Lagi-lagi masa pagi tu, nampak matahari terbit. Subhanallah, memang cantik sangat !

Bagi mana-mana syarikat/persendirian yang nak adakan xtvt Family Day ni, kat De Rhu Beach Resort salah satu pilihan yang tepat. Boleh refer link kat bawah untuk pakej-pakej yang disediakan termasuklah untuk seminar, perkahwinan dll. :-

Sekian dululah review, sebenarnya saya xde idea nak menaip sebab tu rasa ayat cam poyo jer.. Ntah apa2 kot. Insyallah lepas ni akan menyusul xtvt Family Day & Celebration Birthday asya dengan family. Owhhh..masa begitu mencemburuiku.. tak terkejar. 

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, November 21, 2013

Lets Follow Ammar : Ahmad Ammar Dalam Kenangan ( 1993 -2013 )

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebuah kisah yang benar-benar membuatkan hati saya jadi berkeping-keping. Kisah yang menusuk jauh ke lubuk hati saya. Kisah yang membuatkan hati & jiwa terkesima. Kisah yang membuatkan saya menjadi kagum . Dan, kisah ini membuatkan saya merasa diri saya sekerdil-kerdilnya. Perasaan malu & insaf menusuk jiwa, dalam usia kehidupan yang makin lanjut ni, apa yang saya lakukan untuk agama & untuk menemui pencipta?? Begitu berbeza dengan Arwah Ammar... Sehingga hayatnya 20tahun, seluruh kehidupannya melakukan perkara yang berfaedah tanpa sebarang kerugian. Saya pasti, sudah ramai yang mengetahui tentang kisah Arwah Ammar. 


Ikuti kisah hari terakhir Ammar seperti yang diceritakan oleh Sahabat di Turki : 

Hari jumaat itu Ammar petugas di dapur. Masak nasi dan panaskan lauk kacang kuda. Kemudian masak teh untuk sahabat-sahabatnya dan kemas dapur. Hari sabtu yang hari kemalangan itu bangun awal pagi, mandi dan duduk atas katil mengaji al-Quran. Sahabat yang petugas dapur hari itu sediakan sarapan untuk Ammar, kerana Ammar nak keluar awal sedikit. Kawan dia sediakan sarapan dan makan bersama sambil berbual. Abangnya Tanya, Ammar, apa plan kamu? Apa yang kamu ingin buat? Abangku, saya ingin buat khidmat dakwah. Saya sudah habis baca semua koleksi Risalah An-Nur. Ingin baca sekali lagi dengan merenung. Selepas sarapan, Ammar keluar dan pergi satu rumah yang dulu tinggal sana dan membawa barang2nya ke rumah yang baru nak tinggal itu. Beliau susunkan semua barang2 itu dalam almari dan atas meja. Kemudian bersedia nak keluar ke rumah yang pelajar-pelajar Malaysia dan Patani yang baru tinggal situ. Kerana tahun ini Ammar akan bertanggungjawab daripada pelajar-pelajar Malaysia dan patani yang baru sampai sana. Beliau Kata kepada abang dia, abangku, tahun ini saya ingin bagi tazkirah dan kelas untuk pelajar2 ini, Tolong saya, kita keluarkan tajuk2 yang saya boleh membentang untuk mereka. Bersama abangnya mereka tulis tajuk2 itu. Kemudian ambil begnya dan keluar dari rumah untuk khidmat tersebut. Nota yang terakhir Ammar tulis dan letak dalam begnya adalah kaedah pertama dalam risalah ikhlas, iaitu begini “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga me-nerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama dalam khidmat dakwah ini."

Mungkin dengan membaca ini, kita masih belum memahaminya... Luangkan sedikit masa untuk menonton video dibawah, barulah kita tahu betapa istimewanya beliau. Adalah menjadi satu kerugian jika anda tidak menonton video ini.Permulaan saya tengok video ni, saya masih tak memahami & merasai.. sampai ke saat arwah dikafankan, disolatkan & dikebumikan.. Saat melihat para ulama menitiskan air mata, saya percaya... ARWAH SEORANG YANG SANGAT ISTIMEWA. Ya Allah, menitis air mata & betapa sedih , kagum dan macam2 rasa... saya tak mampu ungkaikan perasaan ni.... Betapa sebaknya.. 


" Apabila sesuatu kematian mampu menyentuh jiwa-jiwa dan menyedarkan kita dari tidur yang lena, itulah kematian yang menghidupkan "


Al-Fatihah buat Arwah Ahmad Ammar

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, November 20, 2013

Celebrate Birth Papa Asya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lagi backdated stories... Huwaaa..ape nak jadi ?! Tak kisah la kan.... Al-kisahnyer, kali ni belanja papa asya makan sempena birthday dia yang ke-29 tahun pada 31.10.2013 baru-baru ni. Kebetulan pada tarikh tu, ada family day di Dhe Rhu Beach Resort bermula 31.10.13 - 02.11.2013, jadi agak terlewat gak la belanje makan. Tu pon balik dari Dhe Rhu Beach Resort, terus ke ECM, Kuantan. 

Nah... VIOS TRD sebijik untuk papa asya.. 
Tapi pakai 12 tahun je ye.... Kalo g2, berhutang sampai ke tua la kite ni ye..?
Hihi.. sebenarnya kek ni saya untuk papa asya masa celebrate birth asya pada 3.11.2013.
So, ceritanya coming soon la ye.

Date : 02.11.2013
Location : Rasamas, East Cost Mall Kuantan

Sebenarnya nak belanja kat Chicken Rice Shop, tapi time tu penuh orang. Nak ke KFC, PIZZA HUT dll bukan pilihan papa asya la.. Perut orang melayu..tetap nak nasi. Last choice, terus ke Rasamas. 


Pose comey dari papa+asya 


Rambut dah comot...
Asyik buat LOVE.. LOVE..LOVE

So inilah hidangannya...
Total RM45++ kot. Dah lupa..


Minuman . Milo panas tu asya punye

Lepas dah makan, pusing-pusing dalam ECM.
Sampailah kat poster ni..layan asya posing.. haha.. kelakar lak

Lepas tu terus ke COWBOY, kedai barangan borong.
Topup sikit barang-barang untuk birth asya kat rumah.


Last perhentian sebelum balik, Pantai Teluk Chempedak. Berhenti sini menunaikan apa yang patut & bersihkan asya. Tapi, kalo ke sini wajib la kena tax asya kat TC Ballon City ni.

Lepas tu terus bertolak balik. Waaa.. letih tak hengat time ni. 
Hadiah untuk papa asya?? Tahun ni saya just beri duit, sebab tak tau nak beli apa. Sebenarnya nak beli kasut, tapi takut x kena.. Jadi, biar dia pilih sendiri la.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, November 18, 2013

Free Birds : Best ke tak cerita ni??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah,masih diberikan kesempatan untuk mencoretkan sedikit kenangan disini. Weekend (15.11.2013) baru-baru ni sempat menyelit di pawagam. Kali ni layan cerita "Free Birds" . Sebenarnya saya tak plan pon nak tengok cerita ni.. duk godek-godek kat website TGV, rupanya ada cerita animasi terbaru. Huhhh... yang kita nak tengok sangat ( Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 & Tarzan) , xde plok ditayangkan di TGV, Mesra Mall... tapi yang tak berapa nak tengok ni ade plok ditayangkan. Tapi dah tengok cerita Cloudy With A Chance Of Meatballs 2 kat online, macam tak berape best jer .. Ada hikmahnyer... Cuma Tarzan je belum tengok lagi. Try tengok preview "Free Birds"...eyhhhh.. macam best la plok & asya pon nak tengok cerita ni. Cepat-cepat wassap papa asya nak ajak pegi Mesra Mall...cz masa tu papa asya otw ke masjid dah... Gtau awal-awal, kiranya balik je solat saya & asya dah siap.. coz tayangan pukul 3.30pm.. Rushinggggg tu ! Kita orang bertolak ke Mesra Mall dalam pukul 2.40 pm camtu.. Tapi mujur ada jalan shortcut, sampai je ngam-ngam..pukul 3.20pm terus pegi kaunter beli tiket dulu. Kebetulan musim cuti sekolah, ramai gak la parents bawak anak-anak layan cerita ni.



Sinopsis :
After being pardoned by the President of the United States, Reggie lives a comfortable life at Camp David, enjoying pizza and telenovelas. On the other hand, Jake is the president and the only member of Turkeys Liberation Front. After initial rivalry and Jake bag kidnapping Reggie, they team up and hijack a time machine in a government lab and travel back in time to the first Thanksgiving to prevent turkeys from becoming the traditional holiday meal.

Seperti biasa.. pilih couple set. Just beli 2 keping je tiket sebab asya duk atas riba atau bahagian tengah tu. Luas kan.. Saya kalo tengok wayang, memang akan pilih couple set la, coz sgt2 selesa. Dan lagi satu, mesti akan pilih seat bahagian belakang.. baru syok nak layan.. kalo duk depan..aduyaiii sakit la kepala duk melenggok.

Posing kenangan bersama poster
"Free Birds"




Best ke tak cerita "Free Birds" ni ?
Bagi saya.. BESTTTTTtttttt ! Cerita ni simple je, mengisahkan kisah Reggie, ayam belanda yang terpilih untuk menjalankan 1 misi . Misinya ialah menyelamatkan kesemua ayam-ayam belanda daripada menjadi menu hidangan untuk "Hari Kesyukuran". Dalam misi ni, dia kembali ke masa lampau iaitu pada hari pertama "Hari Kesyukuran" tu diwujudkan melalui mesin perentas masa.. Semasa dalam misi ni la, macam-macam peristiwa berlaku & yang pasti sangattttt kelakar! Memang enjoy layan cerita ni.. Coz ceritanya cukup-cukup simple.. Jadi, memang tak rugi la bawak anak-anak layan filem ni.. Enjoy... klukkk..klukkkk..klukkkkk .

Trailer Free Birds

Lepas dah tengok wayang..
 sempat cuci mata kat TMC.. Cuci-cuci mata je...

Terkerkenan plok dengan wardrobe ni..
Mesti dapatkan nanti..nak letak dalam bilik asya. 

" Mama... chair macam kat school adik" kata asya.

Kita gunakan props yang ade.. 
keh..keh..keh..

Macam comeyy jer.. macam lawo jer... macam cute jer..
macam-macam la anok mama ni !

Tumpang selit, pic di pagi Jumaat tu..
Main scooter sambil teman mama jemur baju

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (97) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)