Monday, December 30, 2013

Pray For Kemaman : Kebangkitan Selepas Banjir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah.... kembali semula setelah agak lama bertapa. Mau kumpul semangat tu yang ambik masa. Selama tempoh menghilang ni banyak perkara yang disettlekan.Owhhh, jangan terkejut tengok rupa blog yang melegam ni, kesilapan teknik akibat kegatalan tangan ni.. takpelah sementara mencari orang nak renovate semula blog saya ni.

Rumah total loss... barang-barang habis musnah. Serius, ini kali pertama dalam hidup ditimpa bencana banjir. Dan, sebenarnya...... kawasan rumah saya ni bukanlah kawasan banjir. Tapi "bah" kali ni amat dasyat, sekelip mata air datang. Banjir kali ni banyak menimpa pada kawasan-kawasan yang x pernah dinaiki air pon. Bukan itu saje, bahkan seluruh bandar kemaman dilanda banjir.. Banjir kali ni juga, bukan sekadar di kampung-kampung, bahkan kawasan perumahan sederhana & elit pon dilanda banjir.. Pendek kata, semua lapisan masyarakat kat sini kena tempiasnya. Ada gak rumah x banjir tetapi terkepung dengan air.. Jadi semua lost contact.

Bencana kali ni benar-benar membuka mata. Kalo di kawasan hulu-hulu kampung, hampir 100% ditenggelami air. Bahkan ada rumah yang hanyur, terbelah dua & ada yang tinggal tangga rumah saje. Seluruh kemaman juga terputus hubungan, line telefon ( memang xleh nak contact/sms), internet (boleh sekejap2.. time dapat line tu la ambik peluang update), terputus sumber makanan, minyak petrol, elektrik , air dll. Paling sadis bila satu-satunya jalan yang penghubung tak boleh dilalui apabila jambatan runtuh. Masa ni, nak makan nasi pon susah... bayangkan hanya berlaukkan telur dadar. Tapi.. nak cari telur sebijik pon susah. 

Paling mencabar iman bila mencari bekalan roti, coz asya ni jenis tak makan nasi..dia jenis yang suka makan roti. Bayangkan semua kedai berhenti semata-mata nak cari stok roti.. Tapi memang xde langsung. Last2 dia makan biskut kering je. Kalo nak cerita , memang terlalu banyak & tak mampu diluahkan dengan penulisan ni. Hanya orang yang mengalaminya mengetahui kesulitan ni. 

3.12.2013
Ok, cerita perihal saya sekeluarga, 3 kali berpindah menyelamatkan diri. Kali pertama,masa ni air sikit jer & jernih... saya terus ke rumah MIL di kampung papa berenjut. Tapi pada keesokkannya, Fain ajak balikrumah.. katanya dah xde air. Masa tu cuma air jernih & ingatkan sebab just takungan air hujan coz air terkepung sebab kemjuan projek perumahan kat situ. 

4.12.2013

Pada keesokannya, Fain bagitau kat area JPJ dah banjir & melintas jalan ke perumahan saya. So, maknanya bila-bila masa je air leh sampai. Saya mula menyimpan.. Tapi sikit-sikit jew, coz saya budget air paling tinggi pon paras lutut kot sebab kawasan perumahan saya ni tinggi. Jadi,semua peti ais, mesin basuh dah alas batu bata.. Barang-barang main campak atas katil je. Lepas tu terus keluar, takut kereta terperangkap dalam banjir. Masa ni,kita orang tak sempat nak mandi pagi pon. Memang comot berbaju tidur lagi. Dalam otak just nak lari ke rumah MIL di kampung paya berenjut. Odway ke sana,jalan memang jem. Terkejut jugak, sebab sepanjang jalan dah penuh air. Bayangkan , berejam duk dalam kereta nak ke sampai ke rumah MIL. Padahal, perjalanan patut ambil masa dalam 15min je. Elok-elok sampai sana, kedua-dua jalan menghubung ke rumah MIL dah tak leh lalu coz air mula melimpah. Padahal kat situ pon bukan kawasan banjir. Ini bermakna MIL pon terkepung. 

Saya dah tak tahu nak kemana-mana,last2 call ofis & dapatlah bermalam kat pejabat. Kawasan pejabat still selamat coz jauh di Bukit Kuang, cuma kawasan ofis saya betul-betul dikelilingi laut (shipping company). Just tawakal...

Tidur kat surau pejabat. Malam tu baru sentuh makanan, sebab sepanjang hari terperangkap dalam kesesakan coz masing-masing mencari tempat perlindungan. Saya dapat tahu, ramai yang lari ke hotel. Malangnya hotel2 yang mereka diami juga dilanda banjir. 

Malam tu jugak keluar ke stesen minyak dekat ofis.. Ya Allah, berejam tunggu turn. Masing-masing serbu kesini nak isi minyak kereta. Kebanyakan pam minyak di kawasan bandar kemaman dilanda banjir & ada yang ditutup sebab kehabisan bekalan minyak. Katanya lori minyak nak ke Kemaman pon x boleh coz sempadan kemaman-kuantan dilanda banjir. Terputus ...


Pada malam tu.. hanya asya yang tertidur lena. Saya & fain sikit pon xleh lelapkan mata. Asyik-asyik intai kot tingkap.. Takutnya air laut naik. Coz bacaan air malam tu 3.6m + hujan tanpa henti. Dan malam tu bayakkali gak cuba contact dengan family.. Tapi terputus-putus coz line komunikasi semua terganggu. Pagi keesokkannya, saya dapat tahu rumah MIL pon dilanda banjir. Pukul 3pagi dia orang mengarung air untuk selamatkan diri. Kawasan rumah MIL, dalam tempoh 50tahun..memang tak pernah banjir.Selain tu, rumah abang & kakak saya juga dilanda banjir.. Rumah dia orang air dah cecah bumbung.

5.12.13
Ujian... pagi tu kat ofis terputus bekalan air, telefon & internet. Masa ni macam dah tak tahu nak lari kemana. Alhamdulillah, dalam kesusahan ni ofismate hulurkan bantuan dengan memberikan sebuah rumah peninggalan keluarganya di Kijal untuk saya berteduh sementara keadaan pulih. Kat rumah tu semua complete, just saya perlu cari bahan basah untuk memasak. Odway kesana, singgah Giant Kijal. Terkejut... sebab semuanya tertumpu disini.. Yela, pasaraya kat Kemaman dah tenggelam. Stok makanan memang xde, so ambik mana yang ada. Nak dapatkan sardin pon susah.. Selain tu, beli pakaian dalaman... Untuk bayar semua ni, ambik masa 2jam beratur. Fuhhhhhh..

Duk kat kijal,masuk hari ke-2 mengalami masalah gangguan air.. Huhu.. tadah air hujan untuk mandi. Mandi pon gitu-gitu je coz kena berjimat. Tapi syukur, sekurangnya bekalan elektrik still ada..kalo nak compare dengan kawasan chukai.. elektrik& air semua putus.

8.12.2013
Air dah mula surut kat kawasan perumahan saya. Pic ni ambil pada waktu pagi .
Kat area rumah saya air banjir separas pinggang . Petang tu, air dah mula kering.


Perkara pertama bila balik rumah saya cari kucing-kucing saya. Alhamdulillah.. ketiga-tiga ekor selamat.
Popo duk atas meja dalam rumah, Miaw duk kat atas beranda belakang rumah & Miow duk atas atap rumah.. Miow dah dengar suara dia dari atas bila dipanggil nama. Tak dapat nak panjat la. Tapi keesokkannya dia dah boleh turun.











Keadaan asal dalam rumah teruk lagi..  Tapi xleh nak ambik pic coz gelap xde elektrik. Sofa semuanya basah kuyup.  Tapi still boleh guna sekarang.. just basuhkan semula.. Ambik masa utk kering. Masuk hari ke-3 bersih rumah baru ada elektik. Untuk buang lumpur tu ambik masa 2-3 hari..Itu pon belum betul2 bersih. Rumah saya sekarang still macam tongkang pecah, x beres2 lagi berkemas & perabot, totally let go.



Ini baru sebahagian yang dibuang.. 3set bilik tidur.. semuanya buang. Perabot-perabot seperti almari baju 5 biji, meja solek 3 biji, katil 3 biji, kabinet tv, barang elektrik dll. Kamera digital Olympas pon antara yang menjadi mangsa . Dapur gas & tong gas.. di letgo. Baju-baju banyak buang coz terlalu kotor & busuk. Paling sayang pic-pic saya masa kcik & belajar banyak tenggelam air. Banyak yang kena buang.. kenangan tu..


Kesemua transports asya penuh lumpur. Mujur meja tulis dia elok coz kaki meja tulis & kerusi besi


Yang ni set dalam bilik tidur saya.
 Kabinet ni still boleh guna,cuma alas bahagian dalam patah.


Sebahagian baju yang dah dibasuh time ni.. Sebab ketiadaan almari untuk menyimpan terpaksalah susun atas lantai macam ni je..





Almari baju asya.. Akhirnya di renovate.. Bolehlah, 
sementara nak simpan baju dia. Atleast lebih kemas.

Dan... baju-baju saya buat sementara dalam almari ni. Angry bird pon angry bird laaa.. Sebenarnya almari ni pemberian tokey kedai perabot. Rezeki.. Niat asal ke kedai ni sebab nak mencari almari pakaian.. Tapi kedai diaorang pon dinaiki air & byk perabot y rosak.. Jadi memang xde stok lagi.. Tapi dia orang bagi perabot ni free.. sikit je kena air kat bawah, dia org dah siap alter tapak almari ni. Boleh la muat sebahagiannya baju daripada berterabur.


Satu-satunya almari baju yang saya tak buang. Terpaksa gunakan gak sebab nak gantung baju-baju kurung untuk pakai ke pejabat. Baju-baju dalam almari ni semuanya dibasuh semula. Tapi problemnyer, terlalu banyak naik kulat-kulat putih ni. Sampai sakit dada hidu.. Padahal dah lap banyak kali.. Tak tahu mcm mana nak hilangkan dia.. Bila masuk buka je pintu bilik baju ni, meruapppppp! Masih ada beberapa bundle yang belum dibasuh. Sejak lepas banjir, memang kerja-kerja membasuh baju non stop sampai sekarang. Sabun baju rasanya dah beli melebihi 10 bag untuk tempoh ni.

Untuk TV lak.. inilah alternatifnya.. Kita main sangkut-sangkut je selepas kabinet tv ni roboh. Tapi mujur TV ni still selamat


Dalam kesusahan ni, saya ucapkan jutaan terima kasih buat group GSF (Group Segar Follower) yang diketuai oleh Aima, kerana mengadakan kutipan kilat untuk membantu saya. Serius, saya sendiri tak tahu pasal kutipan ni... sampailah muncul Jaa secara tiba-tiba di pejabat saya haritu menyampaikannya. Kebetulan hari tu, hari pertama saya ke pejabat  & hari yang sama juga saya terima cek dari Nuff.. Alhamdulillah, pertolongan daripada Allah SWT tiba saat2 diperlukan. Saya mintak maaf tak sempat lagi nak terjah ke blog-blog. Apa-apa pon saya ucapkan jutaan terima kasih buat GSF atas keprihatinan ini & buat semua sahabat blog yang mendoakan keselamat saya sekeluarga. Terima kasih juga buat big boss atas sumbangan bantuan banjir (ang pow biru) & daripada beberapa lagi sumbangan peribadi dari insan-insan berhati mulia yang ingin dirahsiakan. 

Hampir 1minggu++ lepas dah bersih rumah baru boleh balik. Permulaan just tidur atas comforter yang terselamat. Bantal beli baru. Dengan duit sumbangan ni lah saya beli tilam+katil+dapur dan banyak lagi barang-barang penting yang menjadi KEPERLUAN. Cuma almari baju, kalo beli pon tahun depan kot atau tunggu pindah rumah siap terus. Coz takut gelombang ke-2 melanda. Niatnya, lepas ni nak cat dalam bilik dulu coz dinding kotor & berlumut. Syukur.. dalam kesusahan ni.. tuhan bukakan pintu hati insan-insan ini untuk menghulurkan bantuan. Serius,  saya sendiri tidak pernah meminta-minta. Untuk menerimanya pon berat hati & serba salah.. Selepas dipujuk, akhirnya saya terima dengan seikhlasnya.. Dalm duk sibuk-sbuk membersih rumah, saya diuji bila jatuh sakit. Demam & serangan jantung .. sampai tak sedarkan diri. Tapi, syukur alhamdulillah.. selamat & mampu bertahan serta x melarat. Apa-apa pon,cukup sampai sini dulu cerita banjir ni. Cukup lah sekali ni saja & semoga lepas-lepas ni xde lagi ditimpa bencana macam ni. Apa-apa pon semua ni dari Nya... Hanya dia yang mengetahui...  Sebagai hambaMu yang kerdil, aku terima dengan redha setiap ujianMu ini..

** CUMA.. SATU PERKARA YANG AMAT SAYA TERKILAN... DALAM BERITA TIDAK DITUNJUKKAN KEADAAN SEBENAR KITA DI KEMAMAN UNTUK TERUSKAN HIDUP SAAT TU.. RAMAI YANG TAK TAHU KEADAAN SEBENAR KAMI. TIADA BANTUAN SAMPAI, CUMA DENGAN MEDIUM FB BARU RAMAI PIHAK LUAR TAHU & LEPAS TU BARU BANTUAN TIBA MENCURAH **

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, December 6, 2013

Tolong Isytihar Darurat ! Seluruh Kemaman Dilanda Banjir Besar 2013


Update Express








Keadaan di Kemaman amat kritikal. Seluruh Kemaman bagaikan lautan. 
Bekalan elektrik, air, makanan terputus. Bantuan yang sampai amat terhad.
Mohon bantuan cepat tiba di Kemaman

Wednesday, December 4, 2013

Family Fun Day 2013 @ Dhe Rhu Beach Resort : Day 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Date : 31.10.2013

Backdated story. Agak lama tertangguh cerita family day company saya ni. Syukur alhamdulillah, family day company saya ni berjalan dengan jayanya. Selaku salah seorang AJK yang terlibat bermula dari perancangan & hingga tamat majlis, saya terasa amat berpuas hati kerana semua yang dirancang berjalan lancar dan jadual yang disusun tidak bertindih.Saya bertolak ke Balok dengan Ofismate dalam pukul 2.30pm. Pejalanan dari kemaman - Balok , Kuantan lebih kurang 1 jam je. Fain bertolak lewat sikit sebab dia still bekerja hari tu. Check in start pukul 3.00pm. Sampai je sana , terus ke kaunter & ambik no bilik. Kalo tak silap dapat bilik no 145 betul-betul mengadap pantai &kolam. Memang cun r view.


Sampai je, terus masuk bilik . Rehat-rehat & solat Asar dulu. Lagi pon xtvt sebelah malam baru ada. Review pasal hotel dan bilik ni leh refer SINI . Tapi sempat la jugak ambik angin sambil melawat kawasan sekitar.

Pose gediks mama & asya






Lepas dah puas posing-posing ni. Balik bilik & salin baju asya. Sebabnyer dia dah gelepor nok mandi kolam. Huhu.. dengan mama-mama ter-join sekali. Kebetulan masa ni papa asya tak sampai lagi. Terpaksa la mama layan dulu.










Lepas dah penat mandi manda, naik ke bilik hotel. Mandi-mandi & bersiap untuk makan malam & majlis pembukaan Family Day dari big boss. Xtvt malam tu just makan-makan & pertandingan mewarna bagi 2 kategori iaitu 5tahun-7tahun & 8tahun-10 tahun.





Tapi.. asya tak menang pon. Yela,..nak lawan dengan budak 7tahun kan? Tapi apa2 pon, sebenarnya pertandingan ni lebih kepada nak happykan anak-anak. Masing-masing bersungguh mewarna, termasuk asya. Masing-masing dah happy pon bila dapat sekotak sorang pensil warna. Untuk pertandingan ni saya jadi juri untuk kategori 8-10 tahun. 

Pengumuman pemenang pertandingan mewarna diumumkan pada hari ke-3 , iaitu hari penyampaian hadiah & cabutan bertuah.

** Rumah naik air.. sekarang menumpang rumah MIL..**
Keadaan banjir di Kemaman makin buruk, teruk dari tahun lepas.
Doakan kami disini

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)