Friday, April 4, 2014

Kronologi 1 Mac 2014 - kemalangan Yang Merubah Kehidupan


Lamanya menyepikan diri.. Bukan apa mood masih merudum..Dalam masa yang sama saya memang betul2 nak berehat. Kalo update pon kat IG aje.. Saya tak tahu camner nak mulakan.. Jadi ke jakun plop nak menaip ni.. Sekarang dah musim cuti sekolah, tapi terkilan sebab x dapat bawak dia bercuti..aritu janji nak bawak dia bercuti. Sori ye asya, insyallah bila mama sihat & dipanjangkan umur kita pergi jalan-jalan. Tapi cuba gak merancang percutian terbaik utk asya, maybe just tidur kat hotel & bagi dia mandi kolam puas-puas. Nak jalan-jalan kaki saya uzur & bengkak.

Ramai yang bertanya pasal kemalangan yang menimpa saya pada 1 Mac 2014 tu..Kejadian tu berlaku sewaktu balik kerja. Pada kebiasaannya Fain memang ambil saya dengan kereta. Tapi nak jadi cerita, hari tu dia bawak motor LC dia sebab dah terlewat.. Tertido katanya. Kalo nak ambik dengan kereta takut lambat sampai. Saya lak hari tu pakai baju yang dah lama tak pakai, pemberian MIL saya. Sebelum balik tu, saya siap touch up muka lagi. Kebetulan tu waktu "CUTI" saya, jadi balik rumah terus salin baju je nak bawak asya jalan-jalan. Dan sepatutnya. 1 Mac 2014 tu adalah hari weekend saya.. Tapi hari tu saya pegi gak kerja sebab ada hal. Itulah, kadang-kadang mde nak jadi kan.. macam-macam.

Bintang PINK - Lokasi kemalangan

1.3.14 : Last pakai baju ni.. Yang kelakar saya sempat selfie.. Sebenarnya bukan untuk upload IG ke hape.. Tapi saya gini la sokmo, nak tengok kulit muka berminyak ke tak? Kalo berminyak nak touch-up. Masa ni dalam kul 4.30pm.. Ni pic sebelum saya touch-up muka saya. Yelaaa... nak sebab waktu ni masa "cuti" saya so, saya terus touchup, balik rumah just salin baju je untuk bawak asya jalan-jalan. Tapi, malang memang tak berbau.. manatau sesuatu akan menimpa saya hanya beberapa ketika selepas ni. Senyuman berakhir disini ;-)


Akhirnya tinggal menjadi kenangan.... sayang jugak kat baju ni. Sebab kain baju ni pemberian MIL pada saya dulu.

Waktu balik dari kerja pukul 4.45pm. Memang ontime turun & Fain dah sampai. Saya terus je naik motor.. Tanya jugak "bakpe bawok motor?" .. Baru je keluar pintu pagar kawasan ofis.. Dalam pukul 4.48pm dekat selekoh, saya kena langgar.Memang Fain bawak motor slow je, baru je masuk gear2.. Tup tup kat selekoh terus bertembung dengan NISSAN NAVARA yang bawak kereta serupa pelesit & masuk side sebelah saya. Memang super drift r.. memang xde pilihan , sama ada langgar depan& atau ke sisi.. Mujur motor, Fain boleh elak ke sisi navara.. Tapi time tu la motor lekat kat tayar navara & badan saya memang bergesel habis dengan navara. Time tu saya rasa mcm bahu saya kebelakang sangat & macam ada satu kuasa penolakan yang sanggat kuat sampai saya boleh terpelanting sebelah kanan.. time tu la saya menjerit sekuatnya & sedar-sedar dah terhempas atas jalan.. Sakitnya badan hanya tuhan yang tahu. Fain sendiri tak sedar saya boleh tercampak. Budak yang melanggar saya tu xde lesen & merupakan budak praktikal company "P". Kereta yang melanggar saya lak kereta company dia. Dan sememangnya salah dia sebab bawak laju mcm nak drift kat litar kat kaw industri ..Lagi-lagi dekat selekoh tu, punyalah syok drift, dengan kita-kita kena sapu.. Kalo bukan saya yang kena waktu tu, budak-budak ofis saya yang lain akan kena.. Cuma masa tu nak ditakdirkan terkena pada saya.

Lepas tu orang terus bawa saya ke Emergency Room. Sampai kat sana saya dah x sedar diri. Dan saya tak tahu apa yang berlaku waktu tu. Cuma dari cerita Fain, pukul 9pm ambulan bawak saya ke Hosp Besar Kuala Terengganu untuk CT SCAN. Elok je fain sampai kat hosp, ambulan dah nak bertolak balik semula ke Kemaman.. perjalanan KT-Kmn dalam 3 jam gak. Sepatutnya saya masuk ICU Kuala Terengganu, tapi penuh . Buat balik Kemaman semula & masuk ICU Kemaman..




Sepanjang tempoh tu, saya tak tahu apa berlaku sebab saya memang tak sedar diri & hidup hanya bergantung pada mesin bantuan hayat. Sedar-sedar saya terkejut dengan suasana.. dan blurrrr. Saya sendiri dah lupa apa yang berlaku & tentang kemalangan tu. Hari ke-5 baru saya sedar.. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.. menahan kesakitan sebab dalam mulut & hidung dipenuhi wayar-wayar untuk mesin bantuan hayat. saya menangis & menangis.. dengan harapan cepat-cepatlah tiub bantuan hayat dibuang.. tapi doc xboleh buang, sebab paras oksigen saya amat rendah. Kalo buang, memang saya x boleh bernafas sendiri. Hari ke-6 kalo tak silap.. t/hari tu baru boleh buang tiub intubation tu. Proses untuk membuangnya hanya tuhan yang tahu kesakitan tu.. Dengan darah yang terpancut keluar dari mulut & luka-luka. lepas buang tiub tu saya mintak makanan sebab terlalu lapar.. tapi tak boleh lagi dalam beberapa jam.. Dalam pukul 12am-1am, baru saya boleh makan.. Perkara pertama yang saya mintak waktu tu yogurt & aiskrim vanilla. Pukul 12pagi++ nurse ICU kol Fain suh bawakan utk saya. Mlm-malam buta cari, mujur 7e buka. Tapi boleh makan sesuap je.. Keesokkan harinya sy makan yogurt 3 cawan sekaligus.. Sampai ke hari ni, saya xleh nak makan lagi..sebab terlalu sakit kat dada ni bila makanan masuk. Sehingga sekarang dah 3KG berat badan saya hilang.

Terkejut dengan keadaan kulit sampai jadi macam ni?
Tapi sekarang dah semakin OK..Pakai krim, cuma parut-parut je.
Sedih pon ada bila kulit jadi macam ni. Maybe effection sepanjang saya sakit & x sedar diri tu

Keadaan bibir yang lebam, Ni pon dah OK sebenarnya. Asalnya teruk lagi.. Nak senyum & makan pon x boleh, mesti berdarah. Masa ni dah nak baik. Tapi sampai sekarang kesan lebam tu ada lagi.. Ntah hilang atau tak.. Terkilan ;-(

Bermula dari kemalangan hingga ke hari ini saya masih belum mampu menyentuh makanan disebabkan luka dalaman. Lapar hanya tuhan yang tahu. Kadang-kadang cuba makan sesuap dua bubur nasi.. yogurt.. Tapi saya banyak minum air zam-zam & air Tamar Cocoa ni pemberian blogger Jaa masa melawat saya kat sepital. Sekarang nak repeat order, sebab mmg bergantung pd air ni juga untuk tenaga..Nak minum air nestum pon mcm pedih jugak..

Dan satu perkara yang paling saya terkilan..adalah sikap orang yang melanggar saya. Sekali pon lepas saya sihat & sedar dia x pernah jumpa & mintak maaf. Saya nak tuntut bayaran bil hosp, minyak, kos baiki motor, dan segala kos yang dikeluarkan selama saya sakit seperti pampers.. tapi boleh dia jawab, "dah buat report polis dah.. claim la insuran'.. memang sakit HATI. masalahnya insurans & socso just bayar bil hosp je.. Lain-lain mana dia tanggung. Saya rasa tak salah pon saya tnutut dari dia. Sah-sah salah dia. Company dia pon patut bertanggungjawab.. Pada asalnya saya nak tarik saman tu, sebab kesiankan dia.. Tapi nampak gayanya akan teruskan sebab sikap dia tu.. Dia tak tahu kerana dia, saya merana & nyawa berada di hujung tanduk.. Harga nyawa saya hanya RM50 dimata dia?? Trauma saya? Kesakitan saya? Kemurungan saya? Asya terbiar... ? Ya Allah, asya berubah drastik sekarang.. sedih dengan keadaan dia..Maybe terkejut dengan apa yang berlaku pada saya .. Atau maybe sebab terlalu lama ditinggalkan saya & Fain. Sekarang saya & Fain berusaha memulihkan kembali emosi asya. Kalo bab saya lak.. setiap malam saya menangis.. kadang-kadang rasa nak pecah dada memikirkannya.. SEDIH hanya tuhan yang tahu. Dengan kelaparan yang terpaksa saya tahan.. Walaupon meluat-luat ingin makan..tapi tak mampu.. makan sesuap dua camtu je.. Entah, sampai bila mcm ni.. Bila makan je, sakit habis sampai ke dada, maybe sebab luka dalaman akibat itubation tu. Rasa lembik sangat badan. Setakat ni, berat badan saya dah hilang 3kg.



Dan..paling kesian pada anak ajaib mama ni.. Secara tak langsung menjadi mangsa keadaan.. Emosi terganggu & saya tak tahu nak kata mcm mana.. Sebab saya sedih sangat melihat keadaannya. Dia terlalu kecil. Tabahlah anakku sayang.. Kita di pihak benar.. Insyallah, Allah SWT akan membantu kita perolehi keadilan.


Dan..sempat papa bawa melepak beberapa minit je tepi pantai teluk kalong disebabkan saya sakit nak berjalan. Asalnya lepak dalam kereta. Tapi kesian asya nak makan aiskrim.. ajak duduk tepi benteng je.. Lepas tu terus balik rumah. Kesian sangat anak mama.

Dan.. walaupon lewat tapi saya amat hargainya.. Birth gift dari papa asya. Purse, memang tepat pilihannya. Warna & compartment dalam semua kena dengan citarasa saya. Kebetulan memang saya xde purse, lepas hanyut banjir memang saya tak terbeli pon lagi. Tqsm sayammmm.. Love u so much.. Dan hadiah termahal darinya semestinya kasihsayang yang seadanya buat diri ini. Moga sayang & cintakan saya seadanya hingga saya menutup mata ye ;-)

** Sejak kemalangan ni..sakit melampau-lampau..demam on/off..badan rasa terlalu lemah.. ntahhhhhh???**

last update : 20.03.14 @ 11.30pm
============================================
UPDATE 04.03.14
 Entri ni saya sempat draft selepas saya keluar wad dulu , tapi tak sempat publish. Sehinggalah 25.03.14 sekali lagi saya koma effect dari kemalangan tu & saya juga tahu perkara yang lebih serius tentang diri saya & effect kali ni lagi teruk. Kali ni kritikal & di transfer ke HTAA.. Sepatutnya time tu kena transfer ke HKL atau Kubang kerian..Tapi last minute ada kosong di ICU HTAA. Saya tak mampu nak berjalan sekarang... Emosi lagi teruk & rasanya sekarang berat badan saya dah hilang hampir 10kg...Dan umtuk kehidupan lepas ni, saya berharap cukuplah setakat ini ajer penderitaan ...atau ianya baru permulaan semula yang saya harus tempuhi?? Hanya tuhan yang tahu. Insyallah, lepas ni saya akan coretkan disini sebagai kenangan. Sebab saya ada satu perkongsian yang ingin saya share selama saya koma kali ni.. memang lain & saya tak pernah ceritakan pada sesiapa sebab dalam HATI ni terasa sesuatu.. Mungkin Petunjuk??  Mohon doakan saya mudahan saya tabah menghadapi ujianNya.
Setiap ujian yangg berupa musibah ada 3 perkara yg Allah ingin sampaikan pada kita:
1. Sebagai kafarah pada dosa-dosa kita.
2. Allah hendak naikkan darjat kita di sisiNya.
3. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Ustaz Dato' Hassan Mahmood Al Hafidz.
Terus bersangka baik kepada Allah kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:- "Sungguh pelik urusan orang mukmin itu, semua perkara baginya baik belaka, semua ini tidak didapati oleh orang lain melainkan orang mukmin : Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu baik baginya, dan jika dia ditimpa kemudharatan dia bersabar, maka itu baik baiknya." 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

90 comments:

Masya said...

saya harap lya tabah sgt, sy tau lya kuat.. entry ni buat saya tersentuh, sebak.. lg² mengenangkan org yg melangar awak... sy tahu emosi awk terganggu mohonlah pada allah moga diringankan beba ini, moga allah permudahkan semuanya... moga asya pun pulih kembali emosinya..

joeayu said...

Allahuakbar. Setiap hari saya nantikan update entry dari Lya. Semoga Allah beri kekutan luar biasa pada Lya. Semoga Lya sihat dan terus sihat. Asya. Anak yg baik. in sha Allah dia paham. amiiinnn~~

AnneRaini said...

Allahhuakhbar Lya..begini hebat dugaan yg lya tempuhi...Tak tertanggung rasanya sakit yg lya rasai... hanya doa supaya keadaan lya akan bertambah baik dan semoga lya serta keluarga kuat menghadapi dugaan ini.. In sha Allah, orang yang benar akan dibantu oleh Allah.

qisha chott said...

Semoga cepat sembuhndan dibawah lindungan Allah swt...

Zee Suhaini said...

astagfirullah'alazim lya..zee speechless..hebat sungguh ujian buat lya dan family..
moga ada sinar dan kebahagian selepas ni..zee doakan moga lya cepat sembuh seperti sediakala dan kuat..

Sura Mohd said...

Salam Jumaat..rasa terharu pulak baca n3 ni..kaksura harap semuanya kembali pulih seperti biasa..kesian kat Asya..harap Lya tabah..:)

:: idzwa :: said...

Allah kamu.......sedih nyer saya!

semoga kamu terus kuat dan kuat dan kuat demi asya ye...*hugsss*

eima said...

get well soon lya...
sedih sgt ... lepas atu2 ujian Allah bg kat ko dear .. sbb Alah tahu ko mampu tempuhinya ....

jaja_NorLiza said...

Ya Allah...semoga Lya tabah menghadapi ujian ini...Lya kena kuat yer...sedih baca cerita Lya...
harap Lya cepat sembuh...amiiinnn...

Arina Shamsul said...

tak terkata apa dah dear..sebak dada meneruskan pembacaan apatah lagi tengok riak muka gambar si asya.mengalir air mata :'( .doaku moga kamu tetap tabah dan kuat menghadapi ujian hebat ini...

Rizziela said...

Ya Allah..semoga Lya akan terus kuat & tabah menghadapinya..Akk doakan tidak ada apa yg berlaku ke atas Lya or Asya..semoga semuanya baik2 belaka dan Lya kembali sihat seperti sedia kala..Insyallah..Amin

Sidratul Muntaha said...

syafakallah lya
SYAFAKALLAH
semoga cepat sembuh, semoga kesabaran dan redha ada selalu
*tak boleh nk menaip lagi kerana terlalu sedih

mama leen said...

bersabar ya dear.. Allah uji sebab dia tau lya mampu.. semoga cepat sihat..

lia said...

Allah...

dear... akak tau awak xcident melalui blog lain tp x tau seteruk ini...

hnya doa akak titipkan utk Lya sekeluarga agar tabah & Allah kurniakan kesihatan yg cepat kepada Lya...

tabah yer sayang...

Mimi Azirah said...

Ya Allah semoga Lya,Fain dan Asya tabah menghadapai dugaan Allah...Sungguh kejam n tak berhati perut org yg melanggar lya tuh...

Siti Asiah said...

Smlm br Asiah teringatkan Lya,tgk blog xupdate...risau keadaan Lya. Lega hari ni Lya dh update blog. bermakna Lya dah beransur sihat ...berat ujian utk Lya, moga Lya terima dgn redha & kuatkan semangat ye Lya...Lya insan terpilih.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

alhamdullilah semuanya dh selamatkan... mungkin ad hikmahnya.. sy perh trlibat ngan kemalangan maut... memang trauma.. yg pnting kita kena cekal... n jgn cepat down..

norhidana miswan said...

lya mc berapa lama?akak doakan yg terbaik utk lya, semoga dipihak yg benar akan menang n moga Allah berikan petunjuk kepada mereka yg bertanggungjwb

akak tau lya mmg kuat, dr dulu sampai skrg nih lya ttp kuat, walaupun akak sedih menangis baca ntry lya nih tp akak tau apa lah sgt airmata akak dibandingkan airmata n dugaan yg lya hadapi..

moga lya cepat sihat seperti sediakala... lya tak cube ke minum jel healin utk baiki luka2 dalaman?... cube lah dik mana tau berhasil

Fiza Rahman said...

Ya! allah Lya, bergenang airmata membacanya. Betapa hebatnya dugaan yg lya tanggung. Bertabahlah. Smoga lya cepat sembuh. Jangan terlalu sedih dgn apa yang berlaku. Kami di sini sentiasa ada untuk memberi sokongan.

Geram pon ada juga. Memang patut org tu disaman. Semoga dia mendapat balasan yg setimpal.

sal ya said...

Semoga lya trus tabah. Bkn utk diri sendiri je tp utk fain dan asya juga.

Saman je budak dgn company tu. Setiap apa yg jadik katvlya dgn family dia tak pandang pn. Melampau sgt.

syawalsimpsons said...

lya sue bayangkan betapa kuat emosi dan hati lya hadapi semua ni..kalo sue belom tentu camni kan....moga allah swt permudahkan segala urusan lya di dunia ni...sue kat sini akan sentiasa daoakan yg terbaik buat lya , fain dan asya...

amirah said...

Assalamualaikum lya,

Semoga ada hikmah di sebalik musibah yang menimpa lya dan keluarga. Allah maha pengasih dan penyayang. Dia pilih orang tertentu je yang layak untuk terima ujian sebesar ni, sebab ganjarannya pun nanti insyaAllah berganda-ganda lebih dari orang lain. Terus kuatkan semangat demi Asya ye. Trust me, Asya akan membesar jadi seorang wanita yang kuat macam mama dia. InsyaAllah.
Get well soon dear sister.

Amirah

Fazleyatul Aini said...

saya doakan awak sihat seperti sediakala. orang yg langgar tu, memang tak bertanggungjawab. jangan bagi muka. bukan kita berniat tak baik, tapi dia tak tau apa yg awak tanggung
doa saya sentiasa bersama awak =)

Nad MamaZN said...

Allah... sebak rasa hati, tak tertahan rasanya sedih ni...
apapun lya mmg insan yg saaaaangat kuat! sangat kuat tempuhi cabaran dan dugaan hidup. saya xpernah jumpa lya, saya pun lambat kenal lya berbanding kawan2 blog lain. tp tu bukan alasan utk saya takbleh trus kawan ngan lya. saya admire dgn kekuatan yg lya ada utk tempuh hidup. mmg menjadi penguat semangat pada saya jugak. lya insan terpilih yg dipilih olehNya utk merasai dugaan yg rasanya org lain xmampu nak tanggung. tp lya mampu..dan dapat hadapinya dgn sabar dan tabah. moga ada ganjaran buat lya sekeluarga atas kesabaran dan ketabahan tu. mungkin masanya belum tiba, tp trus la bersabar...

TeacherAzimah said...

Allah Huakbar...moga lya cepat sembuh seperti sedia kala ya. Apa pun plz be strong. Yakin apa yg berlaku ada hikmah yg akan diperolehi dr Allah..insyaallah. kami rakan2 akan terus mendoakan kesihatan lya.

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

semoga cepat2 sembuh Lya..
Insha Allah.

mama maman aka yana said...

YA ALLAH.. SABAR DEAR.. JGN FIKIR NEGATIF.. FIKIR POSITIF JEW OK.. INSYAALLAH LYA AKAN OK.. TABAH OK..

IntaNBerliaN said...

Ya Allah.. Siannya lya.mcm2 dugaan. tp lya sgt2 lah tabah. moga segalanya dipermudahkan. moga kesihatan lya bertambah baik

el said...

semoga apa yg terjd pd lya sedikit sbyk memberi peringatan pd kita semua...sebak lihat byk dugaan yg lya hadapi..pelbagai ujian...ya Allah kuatkan semangat sahabat kami lya dan keluarganya...hanya doa kami smoga lya tabah dan cepat sembuh...tc lya

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

lieya...saya betul sedih baca entr lieya nih nak menitik air mata bila nengok asya...moga lieya tabah...kagum dengan semangat lya...moga lya n family sentiasa dimudahkan segala urusan...

aziekz said...

takziah,,patut la diam semacam je blog ni...saya mmgmngikuti vlog ni,.sbb org kmn jge...silentreader..

moga semuanya selamat dan tabah hadapinya.xtak

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Sabar lah Lya...saya harap kamu sgt kuat untuk menghadapi ujian kali ini..sebak rase hati bila baca coretan kamu ni...tolonglah kuat Lya untuk Asya dan fain ... :'(

Amanda Suria said...

ALLAHUAKBAR...besarnya kuasa tuhan kan...diberinya kita peluang sekali lagi untuk meneruskan kehidupan...semoga Lya tabah...dan kita mengalami nasib yang sama bila anak yang kita sat=yang berubah secara drastik..SA dulu ambil masa nak kenal anak...ambil masa nak rapat semula dengan anak...bayangkan perasaan SA masa tu..anak yang di kandung 9 bulan x nak dekat mamanya sebab dah tinggalkan dia 3 bulan..mama bertarung nasib dalam ward dalam ICU..tp alhamdulillah...sekarang SA bahagia...walau tidak sepenuhnya....

Lynda Che Lah said...

Allah ada teman kalian Lya..semoga semua dipermudahkn..

are_lin@yu said...

ya Allah beratnya dugaan lya..bukan org2 biasa yg mampu tngung...walaupun brat mata memandang n mungin tak dapat rsa apa lya rsa.pcyalah dugaan yg brat utk org2 yg hbat..kuatkan semangat lya..inshhaalla doa ayu buat lya..smoga cpt sembuh ya..

Kesuma Angsana said...

lya, sebaknyer KA membaca n3 ni, redha & bertabahlah, KA doakan agar kesihatan lya pulih seperti biasa dan doa KA untuk Asya juga...yakinlah setiap kejadian itu pasti ada hikmah yg Allh swt sembunyikan.. In Shaa ALlah !

Kopiolimauice said...

rsa nk menangis T__T kuat nya mengharungi dugaan ni...sy sentiasa doa kan kesihatan lya sekeluarga utk membesarkan bb ajaib tu ye...mudahan Allah nak bgi sesuatu yg lagi indah Dia bgi sedikit dugaan dulu...

Chekgu Azrine said...

salam sis..
akk harap sis sihat ye
berdebar akk baca entry ni
menangis akk
kuatnya dugaan Allah bg pada iya
takpe sis..Allah tahu sis mampu hadapinya..
semoga sis terus kuat hadapi dugaan ini ye
semoga cepat2 pulih semangat ye sis
ingat Allah sentiasa
akk doakan sis sentiasa sihat dan bahagia dengan fain dan asya

Yana Libra said...

berat dugaan akak..moga akak terus tabah dan cepat2 sembuh..

::NureeN:: said...

YA ALLAH
KAU KUATKANLAH SAHABATKU INI... KAU SIHATKANLAH DIA
KAU BERILAH PELUANG UTK DIA SIHAT SEPERTI SEDIA KALA.. AMIN...

sebak sgt, mata nureen berkaca bila bc n3 lya
mmg n3 ni yg nureen tunggu2kan
nureen doa dr jauh
mog lya cepat sembuh
kembali seperti lya yg dlu
insyaALLAH, asya paham keadaan mama dia...
sabar ya lya..

Mummydearie said...

Kelu lidah tak terucap membaca coretan Lya kali ini. Menunggu juga bila Lya akan update tentang kemalangan ini tetapi tak sampai hati nak bertanya. Semoga Lya semakin tabah dan sembuh seperti sediakala. Memang hebat dugaan yang Allah beri untuk insan seperti Lya. Ada maksudnya yang tersirat. Moga kehidupan selepas ini akan bertambah baik.

pnsusu said...

ALLAH,,,,ALLAH

hebat dugaan untuk insan istimewa ini..

YA ALLAH...hamba ini memohon agar permudahkan segalanya untuk insan bernama lya.. tabahkan hatinya,,, kuatkan semangatnya,,kurniakan segala keajaipan dari mu YA ALLAH...
aaamiiin

saniah ahmad said...

Salam lya,, alhamdulillah syukur dengan nikmatnya,, semoga lya sentiasa tabah mengharungi hidup dengan penuh tabah ,, sentiasa bersama orang tersayang terutama fain dan asya yang sentiasa di sisi lya,, anie sentiasa mendoakan kesihatan lya bertambah baik dari semasa ke semasa,, lya sangat tabah yang pernah anie kenal,,insha allah akan ada kemanisan dihujung kepahitan,,,semoga lya kuat ye,,,

diana said...

saya sendiri bila memikirkan tentang Asya memang rasa sedih.Apa lagi orang tuanya..
kuat kan semangt Lya..jujurnya saya tabik dengan Lya yang sangt cekal.

misz sheyla said...

Salam Jumaat.. Ya Allah semoga Allah permudahkan ... saya cuma mampu doa dari jauh...memang x bertanggungjawab budak tu..boleh pulak dia jawab macam tu kan..semoga akak kuat ye...

Afne said...

Berat mata membaca entry ni berat lg bahu yg memikul. Afne cuma dpt doakan moga lya tabah & sembuh yea.

nik ros said...

lya moga kuat yea. hebat sgt dugaan Allah untul Lya. nik org luar ni hanya mampu doa moga Lya di beri kekuatan.

Baiduri said...

Smoga lya, fain n asya trus diberi kekuatan ngn dugaan ni... Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul...

Eliss Mie said...

Semoga cepat sembuh dear... dan kuat demi anak dan suami tercinta...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Sebak...besar sungguh dugaan buat lya..moga lya terus tabah & kuat...moga lya cepat sembuh...banyakkan rehat..take care...

Zuraida Rahim said...

Takziah.. besar sungguh dugaan.. moga ada hikmah disebalik apa yang berlaku

najihah mz. said...

semoga kak lya cepat sihat dan dapat jalani kehidupan sama macam dulu..
akak beruntung sgt2 ada suami, anak dan family yang sentiasa ambil berat n selalu ada di sisi..kami semua mendoakan yg terbaik buat akak. kuatkan semangat akak dan moga akak sekeluarga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran utk tempuh semua dugaan ni..
:)

eita said...

moga lya cepat sembuh...

akak pun baru je boleh jalan sikit2..
acident kena ragut..

Puan Kutu said...

sebak dan sedih dengan apa yg berlaku lya..tak tertanggung rasanya penderitaan lya,fain dan asya..sy mendoakan yg terbaik.semoga lya cpt pulih,semoga fain dan asya terus diberi kekuatan menyokong lya walau apa pun berlaku..

sy menunggu cerita dr lya,Insyaalah lya sembuh..bertabahlah

mysha said...

SubhanAllah besar sungguh dugaan tu.. semoga cepat sembuh yer. Allah takkan uji seseorang tu jika dia x mampu hadapinya.. Bersabar yer kawan...

sarah said...

semoga awak cepat sembuh seperti sedia kala..amik tindakan kat orang yang langgar awak tu..amboii sedapnya suruh claim insuran..

ANIM said...

Salam lya..
Tak tahu macamana kak anim nak susun ayat..
Tabah dan redhanya lya dengan dugaan ini. Berat mata memandanv, berat kagi bahu memikul..
Namun akhirnya jawapan yg tepat ialah ayat terakhir dalam entry lya..
Sesungguhnya itulah yang dikatakan orang mukmin, in sha Allah. Aamiin...

Hati Ema said...

speechless...... be strong beb....

- G C - said...

Lya, be strong ok! semoga cepat sihat dan sihat sepenuhnya.

sedih baca, tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

be strong ya sahabat.

Siti Hawa said...

Ya Allah besarnya dugaan utk sis.. semoga tabah menghadapi ujian Allah utk anak tercinta..I'm speechless. .semoga cepat sembuh

dandandiri.blogspot.com

kayyana said...

lya... kuatkan semangat lya.. lya mesti taip entry ni sambil menangis.. jgn lemah lya.. kuatkan semangat.. tabahkan hati.. lya kuatkan.. yana tau lya kuat.. Allah syangkan lya sgt sgt.. sabarlah lya.

- AZIE - said...

allah...
bertabahla lya dgn dugaan ni, pasti Allah akan hadirkan ganjaran yg istimewa..semoga kesihatan lya akan kembali pulih..

Deq's Qienz said...

insha ALLAH lya..stiap ujian ALLAH ada hikmahnya..bykkan bsabar ya..

salwana nordin @ che'wa said...

ya Allah..tabahlah lya..sedih sgt bila tgk asya yg sebaya dgn anak akak alya :(

ada hikmah disebalik segala ujian in syaaAllah

Solehah Shamsuddin said...

Ya Allah, sepanjang solehah baca entri akak ni solehah nangis je. Solehah sedih dgn semua ujian yang akak terima. Solehah xtau nak cakap cmne, yg psti solehah nangis. Solehah rasakan budak yg langgar akak tu mmg xd perikemanusiaan. Klu dy wt akak cmni, solehah tau suatu hari Allah akan balas kesemua perbuatan dia itu. Kejam btl budak tu, sepatutnya dy lawat akak n mintak maaf. Ini tidak. Eii geram solehah dgn budak tu tau. Akak, akak bykkn doa supaya Allah sentiasa bantu akak ye. Solehah tau akak akan sembuh dan temui kebahagiaan di kemudian hari. Yg penting, akak bykkn doa dan sabar. Solehah tau bukan mudah utk terima ujian ini, tapi Solehah tau akak seorang yg kuat. Akak, solehah syg akak. Solehah doakan akak cepat2 sembuh kerana solehah xmmpu tgk keadaan akak yg skit begini. Ya Allah, sembuhkan kak Lya yg Solehah sygi ini ya Allah. Hanya Engkau yg mendengar doa ini. Aamine.

QasehnyaRania said...

assalam lya..
mcm mana dgn kesihatan skrg.. say doakan smga lya baik baik aja di samping kluarga tersayang..

lya, seorang tabah & sabar.
Allah uji lya sbb Allah tahu sejauh mana kemampuan lya. in shaa Allah lya mampu hadapinya.. saya hanya mampu berdoa dri jauh utk lya..

jaga diri ye lya.. rehat secukupnya..smga lya dapat kembali semngat yang hilang demi keluarga terutamatanya utk fain dan asya..

Cho Zila said...

Lya.. akak membacanyapun rasa perit dan seksanya sakit dialami... akak setuju samanjer budak yang bodoh sombongtu.. harap diberikan hukuman yang setimpal... dahler takder lesen nak berlagak pulak..yang companynyer pulak boleh bagi budak tak berlesen bawak.. menyusahkan hidup orangjer... ish akak lak emosi membacanyer.. semoga Allah membantu usaha Lya itu...
doa dari jauh akak kirimkan moga Lya dan keluarga akan dapat mengatasi cabaran ini... moga Allah memberikan kekuatan untuk Lya sekeluarga... amin.. amin...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam Lya..

Ya Allah..
terkedu cma.. tak tau nk komen apa.. mmg ujian utk lya ni luar dari jangkaan..kalau cma sendiri yg berada kat tempat lya, blm tentu cma boleh lya..

tapi allah tahu setiap kemampuan hambanya,musibah & dugaan ini bahagian lya,insyaaLLah LYa,, teruskan usaha utk bangun semula.. lya boleh..

jangan berhenti berharap/ berusaha please..lya.. you are very strong mama & wife..

doa cma sentiasa ada utk lya, fain dan asya..

take care lya.. insyaallah..ada hikmah disebalik apa yg berlaku..

stay strong dear..cma sayang lya...

Suffian Mohamad Zaini said...

Salam Puan,

Marah betul saya dengan orang yang tak mahu bertanggungjawab. Harap puan teruskan saja saman dan pada masa yang sama kena redha apa yang berlaku.

permatabiru said...

bru sempat singgah ke sini..mohon kuatkan semangat menghadapi ujian ini...tabahlah

Irfa said...

salam lya..
menitik airmata bc kisah ni
semoga cepat sembuh ye

:: Cik Viva :: said...

Ya ALLAH, menitik air mata sy baca entri ni..sabar ye LYA. Yg melanggar tu mmg tak patut betul, sakit pulak ati baca pasal dia tu..

Rai Ourkizuna said...

lya....
sedihnya baca..semoga lya semakin sembuh.. semoga asya tak sunyi dah lepas ni..dan semoga proses menyaman pihak yg langgar lya dan fain akan berjalan lancar.. :(

maaf..sbb cuma kata kata semangat dan doa je mampu saya bagi..

Lily@MamaZaraZareef said...

salam lya..minta maaf baru tau berita ttg lya ni..sedihhhh sgt baca..tak sangka lya kemalangan rupanya..harap lya terus kuat melawan kesakitan tu dan cpt2 sembuh ye..

intanfirdaus247 said...

salam lya.. Ya Allah sedihnya kak intan baca,..semoga LYA cepat cepat sembuh. smoga lya fain dan asya tabah menghadapi ujian Allah ni..

QasehnyaRania said...

singgah isnin :)
hope lya sihat sokmo.aamiin

Syima ~Mama Kyra~ said...

Ya Allah kuatnya semangat Lya..Sedih sgt baca n3 nie :( Smg Lya cpt sembuh rindu nak dgr celoteh Lya di blog :(

Mrs Little Voice said...

Ya! Allah sayang...kak Alin baru je tau perkara ini lps tengok FB awak. Selalu dok tgk senyuman manis budak kecik tu je...

Kak Alin pun pernah excident 2 tahun yang dulu...masa tu kaki memang tak blh jejak tanah...sebulan tak keje...memang hari2 nangis...

Sabarlah sayang...itu saja yang mampu kak Alin katakan. Dan percayalah..bhw Tuhan sedang merencanakan sesuatu yang indah buat awak....

N.Aima K said...

ya allah lya sedihnya baca ni :((.. !hug

Deqla Norumara said...

gigih deqla baca smpai habis..deqla kesian pada lya. kesian pd asya.. sedih.. tp deqla tahu berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..bertabahlah lya dan asya.. smuanya dugaan Allah.. dan Allah terlalu sygkan Lya hingga Lya diduga sehebat ini..

Myra Jay said...

Sebak baca perjalanan Lya..
Lya sememamngnya seorang wanita, ibu dan isteri yang sangat tabah dengan ijian.
Berta mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Setiap ujian yang diberi adalah dalam kemampuan kita sebagai hambanya.
Allah tahu Lya mampu hadapinya. InsyaAllah.

Myra Jay said...

Sebak baca perjalanan Lya..
Lya sememamngnya seorang wanita, ibu dan isteri yang sangat tabah dengan ijian.
Berta mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Setiap ujian yang diberi adalah dalam kemampuan kita sebagai hambanya.
Allah tahu Lya mampu hadapinya. InsyaAllah.

Khai♥Rin : anies said...

hrp ketika sy mencoret d sini lya sudah kembali sihat sepenuhnya... mmg x bertanggungjawab sggh manusia tu..x mengapa lya...dia terlpas kt dunia tp kt akhirat, wh knows? kuatkan semangat dan sentiasa positif utk menghadapi hari2 mendatang. isnya allah balasan kesabaran amat tggi di sisi-Nya...

Siti Asiah said...

Salam Lya, cmne keadaan Lya skang?

SyimaSyaz said...

salam

1st time saya datang blog ni.
saya juga mengalami kemalangan pada bulan 2, akibatnya saya patah kaki. sudah 2 bulan kaki saya bersimen.

Sedih mengenangkan anak saya yang masih kecik, tapi demi dia saya kuatkan semangat dan kuatkan hati.

hanya orang yang terpilih sahaja di duga begini kan... saya harap puan kuat dalam melalui kesakitan ni. doakan yang baik2 saja utk budak yang melanggar puan, moga2 dia terbuka hati untuk meminta maaf. semoga puan kuat dan tabah ye.akhir kata saya doakan puan cepat sembuh!

ieedaz @ mama_isha said...

lya...sedih baca cerita lya..harap lya semakin sehat ye... maaf lame tak singgah cni..kite pun nk stat blogging balik.. kite doakan lya cepat sembuh tau..semoga ape yg lya bakal lakukan, dipermudahkan oleh Allah... lya kuatkan semngat k!

Jendela Hati said...

Salam lya
terkejut akak bila baca entry nie.
tersentuh ati membacanya
semoga lya tabah ye dan akak doakan semoga lya cpt sembuh

nana kimie said...

salam kak lya..sangat kagum dengan ketabahan akak....nana doakan moga akak terus kuat,cepat sembuh dan dapat jalani kehidupan seperti biasa ye...aminnnnnn......

dan semoga akak sekeluarga sentiasa dalam rahmat & kasih sayangNya..amin ya rabb!

Zefa NorAsmara said...

Allahu akbar, menitis air mata akak baca coretan Lya. Sepanjang akak menyepi berblog mmg jarang bw dan banyak tak tahu cerita kawan2..

Semoga Lya diberi kesihatan yg baik, sentiasa cekal dan tabah dan semoga sentiasa berada dlm rahmat Allah swt. Amin ya Rabbal 'alamin..

Yana Yani said...

saya beria mencari entry ni sebenarnya disebabkan perasan curious
terjumpa, bila baca, tergamam, saya menangis
pelbagai ujian yang diterima rupanya, no wonder lya kuat
memahami sedikit perasaan duka itu walau saya tak pernah alaminya

saya sangka ujian yang diberikan pada saya lebih teruk
tapi ada yang lebih teruk rupanya
lya pastinya insan yang sangat kuat
begitu juga dengan suami dan asya
sebab tu ujian ini diberikan buat kalian sekeluarga

perasaan simpati sahaja pasti tidak cukup mengubati luka
saya cuma berharap sebagai salah seorang rakan blogger
lya terus tabah menghadapi hari mendatang
betul, setiap yang berlaku ada sebabnya

percayalah ALLAH tak uji hamba-NYA melebihi apa yang mampu dipikul