Monday, May 19, 2014

Kenangan Kali Pertama Jejak Kaki Ke Kantin Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dalam tempoh saya bersedih, saya turut diuji dengan kemalangan kecil yang menimpa asya dekat sekolah. Masa kejadian, saya di klinik pakar O&G dengan mama. Ye la, saya berkerusi roda jadi memang perlu seseorang menemani saya. Dalam pukul 10am++ Fain kol bagitahu nak ambik asya kat sekolah, katanya cikgu suruh datang ambik sebab terjatuh longkang. Masa tu punyalah terkejut & gelisahnya hati seorang mama memikirkan anak yang sorang ni. Takut jika ada sesuatu yang serius berlaku. Tak berapa lama lepas tu, Fain whatsApp pic asya. Ya Allah, sayunya hati saya waktu tu. Time-time tu jugak nak mengalir air mata. Tapi cuba ditahankan sebab nak jumpa doc. Fain ambik asya & terus bawak ke Emergency Room. Luka agak dalam sebenarnya, betul-betul tepi mata. Tapi syukur alhamdulillah, hasil pemeriksaan doc, tiada kecederaan dalaman yang teruk. Cuma luka luar yang teruk. Asya pon xde muntah. Walaupon luka aje, saya amt sedih & kesian . 

Pic yang papa asya Whatsapp.
Masa ni darah asyik mengalir jer

Kata cikgu, semasa kejadian cikgu bawak budak kelas ke kantin untuk belajar membeli di kantin. Ye la, tahun depan kan darjah 1, memang kena beli sendiri. Kalo tak latih dari awal, bila lagi. Saya setuju dengan apa yang cikgu dedahkan. Kata asya lak, masa tu dia beratur, ada budak besar darjah berapa ntah berlari kat kantin terus rempuh asya. Asya ni kecik molek je kat luar, sekali kena rempuh terus tergolek dalam longkang & kena bucu logkang tu. Semasa Fain ambik, memang kasut+track bottom dia basah. Cikgu tukarkan seluar lain. Cikgu kelas asya ada whatsapp minta maaf pada saya. Dengan apa yang berlaku ni, saya sedikit pon xde salahkan atau marahkan cikgu. Bagi saya ianya perkara yang bukan disengajakan. Biasalah budak-budak nak membesar. Tapi nak terkena dekat asya.. Semua kuasa tuhan belaka.
 Pic beberapa hari selepas insiden.
Mula membengkak
Luka mula kering


Akhirnya meninggalkan kenangan. Nanti kalo dah besar, tapi parut ni tak hilang asya boleh cerita ni kenangan hari pertama saya jejak kantin sekolah. hehe

Harapnye parut ni akan pudar .
Setakat ni saya just sapu bio oil & gosok kulit pisang di kawasan berparut. Memang berkesan juga untuk parut muda, sbb lepas gosok tu semakin pudar parut asya.



Hadiah jatuh longkang.
ha ha.. ni dia pandai2 kata. Padahal dah beli lama, kebetulan je baru sampai time ni.

 Last....
Bunga yang saya terima dari asya sempena hari ibu baru-baru ni. Dia beli sendiri kat "shopping" (koperasi) sekolah dia mgunakan duit belanja yang papa dia bagi. Sampai tak beli air/makanan untuk sendiri. Balik sekolah, terus dia peluk n cakap ada sesuatu untuk mama. Sambil hulur bunga & lukisan yang dia buat sendiri. Mesti dia buat cepat2 sebab comot je, biasa dia elok je. Tapi mama amat hargainya. Mama akan simpan sampai bila2. Yang sweet dia cakap " boleh ajar adik jadi anak yang baik? "


 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

35 comments:

Syima ~Mama Kyra~ said...

La sedihnya..kesian asya..tabahnya hati Liya hadapi segala dugaan dariNYA smg Asya cpt sembuh dan smg ada hikmah di stp kejadian ini..pandai Asya buat kad utk hari ibu..so sweet :)

Masya said...

parut tu mmg akan jadi kenangan, pandainya asya amik hati ibu belikan bunga..

lieyalatif said...

sian lya...lepas satu, satu jadinye.... lya kuat yeak... semua ni ade hikmah menanti..

tapi siyes lieya sedih tgk asya mcm tu...patutnye mase anak2 darjah 1 dgn darjha lain keluar rehat tak sama..mcm sekolah mia mija sendiri, darjah satu dan dua sekali keluar ....utk darjah lain lepas setengah jam adik2 makan baru turn dieorg plak....baru la sistematik tak berebut dan tak ramai2 sekali keluar ke kantin...

Fazleyatul Aini said...

ala asya kesian tak pasal2 kene rempuh
budak yang merempuh tu lapau sangat agaknya
nasib baik takde apa2

♥ Vna ♥ said...

alahai...kesiannya asya tapi tengok dia senyum mcm tu comel sangat!

Rizziela said...

Sian Asya...tak per..pelajaran yg paling berharga dlm hidup kan

Kopiolimauice said...

Ya Allah..sakit nya sian Asya..smga Asya n Lya diberi kesihatan yg baik utk meneruskan perjalanan hidup ni... T__T apa2 pun 'happy mothers day Lya' ;)

notti netti said...

alahai kesiannya...tu la nak marahkan budak yang langgar tu pun, namanya kanak-kanak lagi.

Hilmirda Daud said...

Kesiannya... nasib baik parut tu semakin pudar.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kesiannya Asya.. harap hilang parut tu. Ni nanti org selalu ckp, kurang hntrn 1000 sebab ada parut, hihihi. Jgn marah ya, gurau jer...

idzwa kamaruddin said...

alahaiiii sedih nyer tgk :(

Nad MamaZN said...

sebaknya...
asya mmg anak yg kuat, tabah, baik & penyayanh

salwana nordin @ che'wa said...

alahaiiii kesiannya asya :(

serously saya pun penah alami kejadian yg sama kt alya..

ditolak kawan jatuh longkang, dilanggar basikal..

mmg kiri kanan luka..sayu tengok waktu tu :(

alhamdulillah luka asya dah ok..nnt sapu bio oil kasi ilang parut ye

lovely said...

Alahai.. kesiannya Asya.
takpa sayang.. kuatkan semangat ok...
semoga cepat sembuh..

Nafira usof said...

Asya sayang.. takpe~ untie yakin Asya kuat macam Mama Asya. jadik kan pengalaman itu panduan hidup kita k~

Lya~ sebak kan bila dapat kad ucapan dr anak.. mengalir air mata baca ucapan dr anak..:)

syawalsimpsons said...

sedeynya tgk asya,,,,nasib jugak la asya ni jenis budak yg kuat semangat kan

Tihara said...

kesian asha, takpe nanti lama2 parut tu hilanglah kan

Allene said...

kecian asya...

kayyana said...

masa yana tgk gambar asya luka tu yana pun sedih sgt lya.. sedih dengan dugaan yang menimpa lya.. tp lya kene kuat dan sentiasa bersyukur sebab lya adalah insan yang Allah kasih dan sayang... Allah bg lya Asya anak yang baik sangat... semoga apa sahaja dugaan dr Allah , Lya dan keluarga dapat bertabah dan sentiasa ingat.. Allah sangat sayangkan hambaNya yang kuat... Take care lya...

Irfa said...

siannya asya
nanges saya baca tau
ngeri tgk sbb luka dekat sgt dgn mata.. harap tak tinggalkan parut

syariza09 said...

dalam juga luka asya tu..akk yg tgk ni pon dh rasa sakit..sib baik skrg dh ok

akk baru terbaca kisah2 lya yg lalu..patut la dh lama lya menyepi...akk tak tahu nk cakap camana...akk berdoa smoga Allah memelihara lya dan famili..tabahkan diri adikku..

lia said...

sedih nyer akak baca... mujur Asya anak bijak yg tabah... semoga parut itu akan hilang & Asya makin tabah, InsyaAllah...

Syima Syaz said...

sweetnya anak bagi flower dekat mama.... memang asya anak yg baik!

hari tu saya accident muka saya teruk jugak, tapi saya pakai gamat healin lokano. skrg takde parut langsung... kalau nak cuba...

Chekgu Azrine said...

Alahai..asya jatuh longkang??
Kesiannya...tula..ptt ms cikgu bawak tu jgnla bt ms rehat kot..
Bg akk la..sbb dh tau reramai bdk ms tuh kan..ptt cikgu ambik waktu bkn rehat..lbh mudah rasanya..hmmm

Khai♥Rin : anies said...

sian nyer asya...kite yg dewasa ni kalu luka kt mata dah rs nk meraung ini kn pula budak2...
syafakallah asya...

Haryati Faizal said...

Sian kat asya... sib baik tak kn mata... dugaan sungguh buat lya ye...

norhidana miswan said...

sian pada asya, apa lah cikgu nih... ptt nyer pantau lah betul2... bdk2 baru darjah satu nerd lg, tak tau lg sbb msh baru lg kan... sampai berparut gitu... tp akak tau asya n lya mmg sgt kuat...
n asya bijak, pandai siap bg hadiah bunga kt mama nyer

LydSunshine said...

Lepas satu. satu dugaan untuk Lya. Ngeri tgk luka tu. Dah tu budok hok langgar dia tu kena denda ke tak?

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
alahai..syafakallah asya..ni baru rare kat skoloh.. hihi.. alhamdulillah..serius..kanak2 sebaya asya dah tahu menghargai ibu bapa..cma rasa cemburu.. hihi..

semoga membesar jadi insan yg berguna ya syg asya..utk lya juga..semoga cepat sembuh! :)

sue zainun said...

Aslm Lya..lama betul xsinggah sini..just tau perkembangan Lya melalui FB je..semoga cepat sembuh ok..kuatnya Lya menghadapi semua nie..

anajingga said...

kesiannya..kadang malang tak berbau lebih2 kena pada anak2 kecil macam asya..

::NureeN:: said...

sebak sgt bila baca...
tgk pic luka asya.. ngan keadaan lya masa dpt pic tue.. pastu asya plak kasi bunga smpi sanggup x mkn n minum
sayunya.... so touching....

Mimi Azirah said...

Ada tgk pic asya nih kt fb...seriau tgk...bnd nk jdkan...

Sy doakan asya jd anak yg solehah dan berguna lya dan fain..

Fiza Rahman said...

Sian asya. Nasib tak kena mata.

Khamsi Abdullah said...

aduhai.. ganas ni..