Wednesday, May 28, 2014

Kun Fayakun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 

Walaupon tersenyum..
tiada siapa tahu apa yang bermain di fikiran.
Tiada siapa tahu kepayahan diri ini untuk bangkit.
Tiada siapa tahu kesakitan ini..
Tiada siapa tahu trauma ini..
 

beberapa hari selepas keluar dari ICU untuk kali ke-2.
Saya tak sangka nurse yang jaga saya dalam ICU kali ni adalah nurse yang sama jaga saya waktu koma mengandungkan asya dulu. Dia masih ingat saya...cuma saya memang tak ingat langsung.
 
Mengenai perkembangan terkini. Alhamdulillah, siapa sangka akhirnya saya dapat berjalan semula setelah 2 bulan di kerusi roda walaupon tak lagi normal seperti dulu. Maybe ambil masa untuk kembali normal atau maybe jugak terus begini. Saya sendiri tak tahu. Boleh berjalan & urus diri sendiri pon dah membuakan saya rasa bersyukur. Saya ingat memang dah tak ada lagi peluang seperti ini. Saya sendiri tak sangka dalam waktu sesingkat ni saya boleh berjalan semula Semuanya takdir Allah SWT yang membuka jalan untuk saya & memberi lagi peluang. Sesungguhnya dia Maha Mendendar rintihan hambaNya.

Pada awalnya, hanya kerusi roda arwah ayah saudara yang membantu saya. Berkarat kesan tenggelam banjir tahun lepas.
 
Dapat bantuan kerusi roda baru.
Alhamdulillah, senang nak ke hospital..& bergerak dalam rumah
 
Pembakar semangat mama

Suami ku yang banyak bekorban untuk diri ini
Sepanjang tempoh berkerusi roda, segala makan/minum/pakai/mandi dll bergantung penuh pada orang. Ada masa saya mengesot, sampai melecet.

05.05.2014
Selepas bertemu pakar, saya buntu & rasakan hidup saya tak bermakna. Nak menangis & semua rasa ada. Saya sendiri buntu. Sampai bila harus begini. Dan, kata putus untuk bejumpa pakar di HUSM,Kubang kerian berkaitan rawatan di tulang belakang yang memakan kos $3,500.00- $10,000.00 . Sepatutnya saya bertolak ke sana pada 10.05.2014 coz appoitment pakar di HUSM,Kubang Kerian pada 11.05.2014 . Pada waktu ini, saya hanya rasakan hanya ini satu-satunya harapan saya untuk mendapat semula kehidupan saya. Sekurangnya saya tidak perlu menanggung kesakitan yang amat di bahagian tulang belakang walaupon saya tahu , rawatan ni tak semestinya saya boleh berjalan semula. Selain tulang belakang sedikit lari, di bahagian belakang terdapat benjolan & bila tekan memang sakit. ** selepas sy update di IG berkaitan ni, ade pihak yang ingin menderma..tp saya senyap. Maafkan saya, saya tak berniat nak senyap..tapi saya ak tahu nak kata apa. Saya takut org kata  raih simpati.. saya cuma berkongsi cerita saya & xde niat apa2.. tapi saya tahu niat mereka ikhlas utk membantu saya..cuma saya segan.. lagi pon, doc ada bagitau nak buat surat untuk dapat sponsor dari kerajaan. TAPI... buat masa ni memang saya xkan lakukan lagi rawatan tu, coz saya cuba cara laternatif dulu**
 
09.05.2014
Nak dijadikan cerita, sehari sebelum ke Kubang Kerian, Fain bawak saya berubat secara alternatif. Memang saya tak nak pada awalnya sebab dah fedup. Tapi, nak ambik hati pegi jugak. Sampai je kat situ, saya diberi kaunseling panjang lebar. Ya, saya akui kata-katanya benar. Hampir menitis air mata. Betul kata dia, saya putus asa & hanya berserah. Hari tu saya hanya dibveri rawatan jiwa & emosi. Amat berkesan. kebanyakan bab agama & apa katanya betul belaka. Mungkin apa yang menimpa pada saya ni kerana Allah SWT ingin berikan sesuatu. Suami suruh cuba rawatan kat sini dulu, sebelum ke HUSM. Lepas fikir-fikir....ermmm OK la.. Cuba dulu. Jadi saya postpone dulu jumpa pakar di HUSM. Lagipon rawatan kat sini xde caj, cuma ikhlas hati kita.
 
10.05.2014
Hari pertama menjalani rawatan. Apa yang dikatakan berkaitan kecederaan saya sama seperti yang hospital bagitau. Hari pertama, dia menekan bahagian saraf-sarat kaki & tulang belakang. Dia gunakan sejenis alat kecil untuk proses mengurut ( bukan urut guna tangan mcm biasa). Hari pertama dah nampak hasil positif, kaki mula bergerak sikit.

Rawatn seterusnya dilakukan megikut tarikh yang diberi.. Dari asal pergi ke sini menggunakan kerusi roda, akhirnya dah mula boleh berjalan walaupon dipapah. Dan alhamdulillah, semakin hari menunjukkan perkembangan yang amat positif. Hari pertama saya boleh berjalan, menitis airmata depan2 orang yang memberi rawatan pada saya. Saya tak jangka saya boleh berjalan semula walaupon tak sempurna lagi. Buat masa ni saya masih teruskan rawatan disini, dan insyallah 28.05.2014 rawatan terakhir disini. Lepas tu saya kena berlatih sendiri.

 Sentiasa bersabar menunggu saya menjalani rawatan & membantu. Selain suami, setiap kali menjalani rawatan disini saya sentiasa ditemani mama & mak mertua. Mereka bertiga selalu ada bersama. MIL yang bersungguh bawak saya berubat kat sini sebelum saya ke HUSM. Memang awalnya saya tak datang sini , sebab dah putus harapan. Tapi siapa sangka... jalan dibuka seluasnya buat saya disini dengan izinNya.
 

Selain tu, ikhtiar tanam kaki dalam pasir pantai.
 Sambil asya release tension. Tapi ni cerita bulan March aritu. masa ni saya x seberapa teruk. Sehari atau 2 hari sebelum saya koma semula.

Selain rawatan disini, saya juga renam kaki dalam air garam bukit yang diberi oleh blogger Ani ( Coretan Hati Ibu). Masa 1st time rendam tu, memang rasa jari-jari mcm dihisap & diurut. Tak diakui garam bukit ni salah satu ikhtiar yang amat berjaya, sebab jari-jari kaki mula memberi respon & kurang rasa kebas pada kaki. Tqsm buat ani kerana hadiahkan lya garam bukit ni.

Garam Bukit yang amat berkhasiat.
Serius hilang lenguh-lennguh badan
 
 24.05.14
Perkembangan saya skarang alhamdulillah, dah mula boleh berjalan sendiri. Tapi dalam jarak yang dekat & sekadar dalam rumah. Cuma, kalo saya duduk saya masih tak mampu untuk bangun sendiri, still perlukan bantuan. Maybe kaki & tulang belakang belum kuat sepenuhnya. Apa pon saya sangat happy dengan keadaan sekarang, sekurangnya saya mampu urus diri sendiri. Saya bercadang untuk masuk kerja minggu ni. Tapi suami tak bagi lagi sebab kaki tak kuat sepenuhnya, lagi-lagi nak naik tangga. Hari khamis, sempat saya aja Fain ke kedai buku dekat rumah..situ ada tangga, jd boleh cuba praktis.. huhu..tak semudah yang disangka.. Amat menyakitkan, sampai nak demam urat. Maybe saya ni amat memaksa diri saya untuk lakukan sesuatu walaupon sakit. Tapi, apa-apa pun saya target awal bulan June saya dah nak masuk kerja walaupon tempoh cuti saya masih panjang lagi. Lagipon sekarang saya cuti tanpa gaji, sebab MC tahunan selama 60hari dah habis.

Orang yang paling gembira bila tengok saya berjalan semestinya Fain & Asya. Asya lagilah, kali pertama tengok saya berjalan semula punyalah teruja.. Lepas tu, bila saya terbaring sikit mulalah tanya.."mama boleh jalan tak" . Bila kata tak boleh terus menangis. Yang kelakar, masa mula-mula dia tengok saya berjalan, dia menangis.. " mama tipu... kalo boleh jalan bakpe papa pegang mama" . Dia berharap saya boleh berjalan sendiri. Mungkin anak, keluarga ,sahabat semua yng mendorong untuk saya terus mencuba & bersemangat walaupon pada awalnya saya dah rasakan kehidupan saya seperti berakhir. Suatu perasaan yan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Bab makanan lak, alhamdulillah dalam sebulan++ dah mula boleh makan dengan seleranya. Haritukan hampir 2bulan++ saya tak bolh makan sebab luka dalaman . Sampaikan menangis menahan lapar. Cuba maka tapi menyakitkan. Berat badan turun  10kg++ . Semenjak dah boleh makn ni, berat badan dah naik semula. Tak pastilah berapa sekarang.. tapi mcm dah lbih 10kg++ naik. Huhu.. turn sekelip mata..naik pom sekelip mata. Muka pon dah tak cekung mana.

Gamat Gold pemberian mama saya. Alhamdulillah, salah satu ikhtiar makan ni. Dengan izinNya, luka dalaman saya sembuh & boleh makan semula.. Malah selera menjadi-jadi sekarang ni
 
Parut-parut kat muka pon makin OK, cuma kat bahagian bawah bibir tu..ntah lah boleh hilang ke tak. Yang kelakar, setelah berbulan saya baru tahu rupanya ada parut jahitan yang agak panjang kat belakang leher saya. Patutlah selalu rasa sakit-sakit kat situ. Saya ingatkan jahitan just kat depan-depan je. Huhu..

Untuk perbaiki semula kulit saya cuba Dnars Skincare. MIL yang belikan untuk saya. Rasa-rasa OK tak produk ni? Saya tak pernah pakai apa-apa produk kecantikan sebelum ni. Dari dulu just pakai SAFI je. Tapi sejak lepas kemalangan memang dah tak efektif. Maybe perubahan hormon ke apa. Setakat saya pakai sekarang ni , kulit makin OK.
 
Tapi, satu perkara sampai sekarang kalau dekat selekoh, saya masih tak mampu melupakan bayangan tersebut. Bila diselekoh, terasa kenderaan menuju terus ke arah saya. Selalu terbayang dimata. Ntah sampai bila boleh hilang trauma ni. Sebab ia sikit sebanyak menganggu emosi. Bila dalam kereta pon mcm takut-takut, lagi-lagi dekat selekoh.
 
Semoga kehidupan saya bertambah baik selepas ini.Di sebalik kejadian ini juga memberi 1000 rahmat buat saya. Mudahan saya cepat sembuh & harap target saya nak bekerja pada1 June ni tercapai. Semoga kaki saya bertambah kuat untuk melangkah. Walaupon cara jalan saya dah tak sepeti dulu, saya tak kisah, asalkan dapat brjalan semula.
 
Tqsm buat anak saudara yang menjaga segalanya selama di wad sampai balik rumah. Aritu sampai nak tanguh belajar bulan 9 gara-gara maksu dia ni. Mujur saya dah semakin OK & dia dapat offer UITM. Bulan 6 ni masuk belajar. Tetibe rindu plok.. Dia pernah jaga saya selepas koma mgandungkan asya dulu, masa tu umur dia baru 12 tahun. Dan selepas asya dilahirkan dia pon selalu jaga asya, sebab saya selalu sakit & keluar masuk spital. Sebab tu asya sangat rapat dengan kakak anah dia ni.
 
Terima kasih buat semua sahabat & silent reader blog ni. Saya tak sangka rupanya ada juga pembaca di kalangan bukan blogger yang mengambil berat pada saya. Saya sungguh terharu, sampai mereka cari saya di FB untuk bertanya khabar. TQSM, saya amat menghargainya. Lagi-lagi segala doa yang diberikan buat saya selama saya bertarung nyawa tempohari sehingga saat saya hampir lemas dalam kehidupan, sehingg saya bangkit semula hari ini. Alhamdulillah. Doakan saya moga saya kuat n boleh masuk kerja bulan 6 ni.

Antara pic yang papa asya whatsapp saya semasa saya di wad dulu.
Pelepas rindu... mujur ada teknologi
 
Kereta putih... kena saman 27.03.14. Pada hari saya koma, dari hosp kemaman transfer ke ICU HTAA. Follow ambulance punya pasal..
 
Alhamdulillah, hak sebagai pekerja.
Sedikit sebanyak leh tampung belanja sepanjang cuti tak bergaji ni
 
 
Kun Fayakun
Bukankah Tuhan itu apabila menghendaki maka segala sesuatunya akan terwujud? Bukankah apabila Tuhan berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)?
 
28.05.2014
Sekarang dah pukul 2.38am. Tapi still tak dapat lelapkan mata. Kesedihan yang terbuku di HATI sukar diungkapkan. Setelah dapat izin dari Fain, saya menyambung entri ini. Mungkin bila menaip dapat melupakan apa yang bermain di minda....tapi...air mata saya masih mengalir saat ni. Kalau kerana kesakitan, saya jarang sangat mengalirkan air mata, sebab saya akan cuba bertahan..saya cuba bersabar..tapi saya mudah menangis andai ianya menyentuh sanubari saya, samaada berkaitan dengan apa yang saya alami atau orang sekeliling. Apatah lagi apabila melibatkan anak... mana-mana ibu pasti akan mudah tersentuh sanubari. Ya... saat ni saya lebih memikirkan asya. Ya Allah, memang dari awal cuba tahan..tahan..tahan... tapi... Mungkin ini cabaran saya untuk membesarkannya. Ya, saya harus bersabar, sebagaimana dia bersabar & bertarung di dalam kandungan saya dulu. Mama terima asya seadanya sebagaimana papa asya terima mama seadanya. Huhu.. out of topic..tapi apakandaya, mama susah hati. Sekurangnya ringan sikit beban dihati ini. Mudahan pagi esok bangun dengan aura yang +ve. Musim cuti sekolah, sekali lagi maafkan mama sebab tak mampu tunaikan permintaan sbb keadaan mama.
 
**entri x konsisten sebab bercampur aduk.. saya menaip sikit2 berdasarkan apa yang ingin saya luahkan waktu tu.
 
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

47 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Alhamdulillah hepi bla bc entry ni... wpn blom pulih sepenuhnya tp lya kt lya bleh jln sket2 tu da kira HEBAT! Kalu kami ni ntah mcm mn agk nye...

Syafakallah lya!!!

Eliss Mie said...

Alhamdulillah. Semoga lya diberi kesembuhan. kalau balik trg, agak2 boleh ker nak gi melawat lya..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

saya kagum dgn ketabahan Lya..orang yang kuat macam Lya je yang mampu harungi semua ni ... Saya doakan Keluarga Lya bahagia hingga akhirnya ...Semoga diberikan kesembuhan yang sepenuhnya dan sentiasa di rahmati Allah...

Siti Asiah said...

Lya....moga cepat sembuh ye Lya, tabahnya Lya...moga Allah sentiasa memberi kekuatan kpd Lya utk terus bertahan yea...Fb/IG Lya apa ye?

::NureeN:: said...

alhamdulillah....
syukur sgt2...
keadaan lya makin baik...
nureen mmg tertunggu2 lya punya n3...
nak tau crita lanjut.. nk wassap nanti ganggu lya...
apa2 pon doa2 dr insan2 tersyg buat lya kuat & tabah....

lieyalatif said...

SAYU Sgt hati bace lya.... walo pun bukan di dlm keadaan lya tapi sedikit sebanyak coretan lya membuatkan lieya rase terkongsi dgn kesakitan dan kepayahan lya....

lya kuat okey... ingat asya dan fain sentiasa ade disisi utk tgk lya normal mcm sebelum nie...dieorg pun rindu tu dah jalan2 brcuti ngan lya....kuatkan semangat key....

Kakzakie said...

Ya Allah Lya... sungguh airmata kakak tak dapat dibendung bila baca N3 Lya ini apatah lagi Lya yg menanggung. Moga Allah beri kekuatan pada Lya dan keluarga.

Kakak yakin berkat naluri kuat Lya pasti boleh kembali seperti sediakala. Amin..

el said...

alhamdulilah..smoga berkat usaha lya dan doa dr kami smua lya cepat sembuh dah boleh berjalan semula..insyallah pasti ada sesuatu dgn apa yg berlaku..smoga ada keajaiban dlm hidup lya sekeluarga

idzwa kamaruddin said...

kamu....kamu kuat...!
bertabahlah..dan menagis lah jika itu dapat meringankan beban bahu kamu...

izwa kagum dgn kamu...izwa akan doakan selalu utk kamu...

*hugss*

*nangis*

AnneRaini said...

Alhamdulillah lya dah mampu berjalan. In sha Allah dgn usaha dan doa berterusan lya akan berjalan semula seperti biasa.

kayyana said...

Lya, yana sedih sgt sdih sgt bc entry lya.. luahan hati lya... lya sgt kuat lya... jgn biarkan aura negatif tu mengatasi kekuatan lya... yana bangga kenal lya walaupun kita tak pernah bersua tp yana doakan lya cepat sembuh dan apa sahaja apa sahaja lya hajati semoga menjadi kenyataan...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

alhamdulillah moga pulih seperti sediakala....
yer lya...

cikji said...

Alhamdulillah lya dah semakin sembuh. Hepi cikji dgr. Yang penting kena kuat semangat!

Takmo fedup fedup lagi yer :)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam LYA..

alhamdulillah.. seronok bila dpt tahu lya kembali sihat dan semakin blh berjalan.. syukur alhamdulillah..

lya kuat semangat.. ditemani jgk pembakar semangat insan2 tersayang disisi..
cma hrp lya tak mngalah dan terus berjuang..

kunfayakun,, sehebat mana ujian DIA bg buat lya di dunia ini, insyaallah, akhirat menanti dgn sinar kebahagiaan..

stay strong lya.. chaiyok2.. ^^

rase nk peluk2 lya.. hehehe.. *emo*
take care tau lya..

Kira Sakura said...

kagum dengan semangat akak. betul bila melibatkan anak perasaan ibu mudah rapuh.

kak Lya kuat, kuat dan kuat. moga dipermudahkan dan sembuh seperti sedia kala amin amin

Lynda Che Lah said...

Lya..
terus tabah ok..lama tak dgr khabar..diharap terus positif dan kuat..tahniah juga sbb dah berjalan semula..
Allah hanya memilih hambaNya yang layak dan mampu utk diuji..Janji Allah itu pasti..
Berbanggalah Asya punya mama sepertimu..
Love xoxo

Kopiolimauice said...

InsyaAllah semga ada keajaiban berlaku...smga segala usaha membuahkan hasil, kami semua mendoakan yg terbaik utk seluruh keluarga Lya...

Allene said...

allah....

lya... da boleh berjalan. Alhamdulillah... lya mmg tabah.
lin akan selalu doakan lya kuat dan tabah. *hug*

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Alhamdulillah...

tapi kamu telah buat akk menangis Lya... tangisan dalam kesyukuran..

Nad MamaZN said...

alhamdulillah
syukur...sikit demi sedikit perubahan positif terlihat...teruskan usaha kuatkan semangat..! kmi sentiasa doakan lya

Fazleyatul Aini said...

take care lya
semoga semakin sembuh
jangan pernah berputus asa dengan kehidupan kita

are_lin@yu said...

alhamdulillah lya.sedikit sebanyak kekuatan lya dan doa2 kita semua termakbul.inshaallah skt msa lg keadaan kmbali pda asal..truskan kuat dmi keluarga ya lya.mgkin kami semua xdpt rsa apa yg lya rsa..ayu mpu berdoa dr jh...inshaallaha hikmahnya pasti ada..

Nafira usof said...

Alhamdulillah~
legaaa sangat baca perkembangan kesihatan Lya saat ini.
Berkat kasih sayang dari Allah dan insan di sekeliling Lya, Zura yakin! Lya pasti kuat untuk bangun semula.

Doa zura dan kawan2 semua sentiasa bersama Lya. InsyaAllah~

mama maman aka yana said...

Sabar yer LYA.. sikit sebanyak kisah kita hampir sama.. dulu pun sy dikatakan tak dpt dah berjalan spt sediakala.. tp syukur TUHAN syg lagi kat sy.. masih ada nikmat berjalan wlpun takde la lasak seperti sediakala.. tp atleast dpt gak berjalan kann.. syukur.. Keep positif.. jgn cuba fikir 'dalam2' sgt.. insyaallah akan dtg kebaikan disetiap satu2 dugaan.. doaku agar Lya terus bersabar.. keeping positif dan hargai org sekeliling.. alhamdulillah ramai yg menyayangi Lya.. :)

Ibnu Ramli said...

Syafakillah, semoga kuat menghadapi sebarang dugaan..

εïзmummyHazaεïз said...

Alhamdulillah...perlahan2.. banyak2 bersabar

maszmadi said...

allahuakbar.....
alhamdulillah.....
moga lya makin sembuh n sentiasa kuat demi fain n asya

Ibu Lala said...

Hepi for u. Insya allah. Pelan pelan. Lama lama sok boleh jalan la tu. Asya dan liya memang tabh. Moga sihat lepas ni hendaknya.

Baiduri said...

Terus kuatkan semangat lya utk org2 tersayang di sekililing lya....u r not alone dear....smoga cpat sembuh =)

Ema Johari said...

Alhamdulillah, berkat kesabaran suami Lya dan Lya sendiri akhirnya dapat berjalan..InshaALLAH Lya, moga Lya berada dalam keadaan sihat..kalau akak berada di sana..akak teringin nak jumpa Lya..boleh kan.

Love Umi said...

Alhamdulillah syukur...suka umi dgr perkabaran ni, stay strong ye lya..insyaallah dgn izinNya, lya bleh kembali spt dulu...amin

Aisy Nasiha said...

Akak doakan Lya cepat kembali baik macam biasa ya. Tak dapat nak bayangkan keadaan sebenar namun akak percaya Lya seorang insan yang cukup tabah. Nak hadapi semua ni, akak tak rasa akak setabah Lya. Semoga Allah panjangkan nikmat gembira sihat selamat ceria dan kebahagiaan yang Lya ada..moga ditambah lagi...

sal ya said...

InsyaAllah... Lya kuat smgt. Trskan usaha dan jgn pts asa.

dakcik said...

Ya Allah..sungguh kuat dan tabah hati lya! sayu sgt baca..T____T

Ain doakan lya sembuh seperti sediakala..ade sesuatu yg baik Allah janjikan utk lya nanti..insyaAllah..amin

Coretanhatiibu.com said...


Assalamualaikum lya,,
syukur alhamdulillah,, baca perkembangan positif melalui entri ini,,,teruskan usaha untuk berjalan,,, insha allah ani dan insan2 disekeliling lya yang sentiasa mendoakan kesihatan lya sekeluarga,,,

Syima ~Mama Kyra~ said...

Alhamdulilla..lya semakin pulih..mgalir air mata saya baca n3 nie..lya sungguh tabah byk ganjaran pahala yg Allah janji utk org2 yg redha dgn dugaanNYA..berkat doa kwn2 lya sy yakin suatu hari nnt hidup ly kembali ceria spt dahulu..Amin..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah..
lya kena kuat semangat k.demi anak suami dan keluarga
Allah sentiasa ada bersama..

Syima Syaz said...

alhamdulillah dah boleh berjalan... bila dah ada perkembangan, insyaallah hati pun jadi positif..

saya masih lagi bersimen, sampai bln 8. apa boleh buat, Allah nak bagi rehat.. hehe

Mimi Azirah said...

In shaa Allah Lya boleh. Lya kan wanita yang KUAT....Doa sy sentiasa mengiringi lya...Semoga Lya pulih sepenuhnya..

BUNDA a.k.a KN said...

Sedih Bunda baca...tapi Bunda tahu Lya kuat...InsyaAllah akan sembuh sepenuhnya sikit hari nanti...

Tentang 2 produk Gamat Gold dan Dynarz Skincare Bunda rasa ok....GG Bunda tak pernah guna tapi Dynarz Bunda n anak2 mmg sedang guna...mmg baik....

Baru2 ni ayahanda Bunda jg accident motor...tangan dia cedera parah....kami beri makan "Pati Ikan Haruan + gamat. HARWANI..Imam Muda Ashraf..... nampak sangat cepat proses kesembuhannya...dengan izin Allah...Alhamdulillah...

mamaarifakeem said...

Alhamdulillah...perkembangan positif.. in sha Allah selagi lya tidak outus asa dn ingat jnji2 Allah itu pasti... lya pasti dpt lalui liku2 dn cobaan yg datang, berat mata memandang berat lg bhu yg memikul... moga aura positif sentiasa mengelilingi lya.. AMIN...

LydSunshine said...

Alhamdulillah Lya dah boleh berjalan. Mmg betul2 Allah menguji Lya. mmg betul2 Lya berada dalam perhatian Allah. Sbb tu Lya terpilih. Trauma tu saya faham, sbb saya pun sampai skrg rasa cemas bila lalu kat Lebuhraya karak tempat saya accident dulu.

Nanti kalau dah selesai rawatan Lya, boleh la Lya share tempat rawatan alternatif tu. Apa-apapun, luahan Lya untuk Asya mmg paling menyedihkan. Teringat kat anak saya.

Mummydearie said...

Alhamdulillah. Lega rasa hati bila tahu keadaan Lya beransur sembuh sekarang. Mungkin memakan masa yang panjang tapi tak mengapa, perlahan-lahan menghadapinya. Saya sangat kagum dengan ketabahan dan keazaman Lya dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ni. Insya Allah, dugaan yang datang kerana Allah sangat sayangkan Lya.

~MommyAqilMedina~ said...

Alhamdulillah..terharu sangat baca kesungguhan Lya dan betapa kuatnya sokongan sumai dan mak mak mertua kan..Semoga akan pulih dan sembuh macam biasa dan dapat menikmati hidup ini dengansesungguhnya..Lya kuat dan tabah..aida tau.. dulu dan selamanya..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Alhamdulillah..perkembangan yang positif..Moga Lya kembali sihat spt sebelumnya..

Haryati Faizal said...

Alhamdulillah... syukur lya dah bley jalan... berkat doa dan kesabaran lya jugak ye...

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Semua yg berlaku dgn izinNYA juga. Kita hanya berusaha. Tapi saya kagum dgn semangat Lya. Semangat tak pernah putus asa.