Thursday, May 15, 2014

Saratulmaut

Sambungan Kisah Kronologi 1 Mac 2014 - kemalangan Yang Merubah Kehidupan, rupanya kisahnya tidak berakhir disitu.. Rupanya ianya adalah permulaan segalanya. permulaan yang amat pahit & menyakitkan. Kehidupan yang harus ditempuhi. Ya Allah, tabahkan hamba-Mu ini. Selepas sedar koma sebelum ni, sekali lagi saya koma. Saya pasti ramai yang tahu dari status yang suami saya update & maybe ramai jugak yang tertanya kenapa suami saya mengamuk waktu tu.. saya akan ceritakan satu persatu . Ya..saya menulis disini agar menjadi iktibar. Ingatlah..walau siapapon kamu, walau apapun jawatan kamu..KERJA ITU SATU IBADAH..KERJA JUGA SATU AMANAH & KERJA JUGA SATU TANGGUNGJAWAB. Jangan kerana sikap prasangka kamu ada nyawa yang hampir melayang juga. Sesungguhnya selagi kita hidup dimuka bumi ini... bermakna tiada satu TITIK pon yang akan muncul sehinggalah kita kembali kepada Pencipta.Saya jugak melalui detik sukar terpaksa menahan lapar bermula saya excident hingga ke saat entri ni ditulis saya masih x mampu untuk menelan makanan pon. Berat badan dah turun maybe lebih 10kg.

Kronologi malam 24 March 2014
* Demam panas teruk
*Sakit kaki & tulang belakang yang teramat
*Tak sedarkan diri..
*Semalam family tak tidur, esspecially Fain sebab jagakan saya waktu tu.
*Bangun pagi esok tengok dalam mulut dipenuhi ulser. Sebenarnya saya dah demam 2-3 hari pom & ulser dah ada sebelum ni tapi tak sangka melarat.

Kronologi 25 March 2014
*Disebabkan keletihan yang teramat sanga saya suh fain hantar saya ke hosp lewat sikit.
*Dalam pukul 11am++ Fain hantar ke Klinik Kerajaan Batu 2 1/2 (Hosp No.2 kat sini). Tujuan saya ke sini sebab kebiasaannya dia akn refer direct ke Hosp Besar kalo teruk. Paling teruk pon dia masukkan air cz badan terlalu lemah. Saya tak boleh makan start 1 mac tu.. Bayangkan dah 25 hari x sentuh makanan.
*Apa yang menyedihkan..doc kat situ berprasangka pada saya.. memang saya tak pegi pagi buta sebab saya x larat waktu tu. Dia ingat saya ada agenda pagi tu. Padahal saya dah bagitahu saya excident 1 Mac..baru je keluar wad n ni demam teruk+ulser teruk dalam mulut. Tapi doc t jawab , ye la. y awak excident waktu tu.. bukan sekarang.. sampai minta no telefon ofis sy & Fain. Saya bagi je, buat apa nak takut sebab perkara betul & semua org ofis tahu keadaan saya. Pada asalnya saya ingat dia kol just nak bagitahu perkara biasa je.. Tapi x sangka bila kol, dari cerita bos (acc) saya, doc tu pesan kalo x sakit jangan jumpa dia.. mari bila sakit & banyak lagi perkara-perkara lain. Bos saya terkejut dengan tindakan doc tu & backup saya sebab dia tahu keadaan saya. saya hairan, padahal masa ke klinik tu suhu badan saya panas , tapi time jumpa dia badan saya siap mengigil & dia sendiri x check dalam mulut saya.. Dia ingat ulser biasa. Kalo doc tu pikir saya nak MC, saya memang x hadap la MC, saya saya sendiri dah ada MC.. or kalo saya nak ambik MC semata-mata better saya terus ke klinik swasta daripada kerajaan. Lagipon saya boleh claim dengan company. Sebab selama ni saya dapat layanan y baik dari doc kat situ yang memang dah kenal saya. Satu lagi yang saya terkilan, doc tu x bagi ubat.. ubat lak dia bagi ubat ulser tapi mujur anak sedara perasan rupanya ubat tu beracun (untuk kegunaan luar sahaja) , sedangakn masa tu dia suruh sapu dalam mulut.
*Demam saya panas sejuk panas sejuk..sepanjang berada disitu itulah yang saya tahan..selain rasa mual nak muntahnyer.. Balik je rumah baring-baring & terasa sakit kepala yang teramat. Rasa berat & nak muntah... Lepas tu sedar-sedar saya dah kat hospital.
*Menurut Fain, dia cerita semua kat doc hosp & bagitau baru balik dari klinik kesihatan sebelum ni & bagitahu apa yang doc tu kata pada saya. Masa tak sedar tu ambulan ambil kat rumah & Fain sendiri pergi mengamuk kat klinik kesihatan tu. Saya kena sawan sebab panas tinggi & jangkitan kuman sebab ulser dari dalam dada hingga dalam mulut. Masa dalam wad, anak saudara ada gtau, dengar doc call klinik kesihatan tu. Harapnya doc tu dikenakan tindakan.. Ingatlah kerja tu satu amanah & tangungjawab . Lepas kejadian ni, banyak la keluar cerita, rupanya bukan saya je yang pernah kena.. Dulu saya pernah baca kat satu GROUP dalam FB pasal seorang hamba Allah complain pasal seorang doc kat situ. Agaknya inilah doc tu. Sebab doc2 lain yang saya kenal kat situ semua OK & periksa dengan teliti.       

   
                    Ditulis : 5 April 2014


------------------------------------------------------------------------------------------

27 Mac 2014


dalam wad sebelum dihantar ke ICU hosp Kuantan


*Saat ni saya tak tahu apa yang terjadi pada saya sehingga saya tak sedarkan diri & terpaksa diintubate & transfer ke ICU HTAA. Tapi anak saudara ada bagitahu lepas saya sedar, doc kata " nak intubate ke tengok saya jadi mayat hidup" sebab masa ni paras oksigen semakin menurun & terpaksa bantuan mesin untuk terus bernafas.
*Kat sini hidup saya macam blur sikit x tahu hari keberapa sedar.. Tup..tup.. satu hari tu saya minta balik rumah. Masa ni kaki semakin lemah dengan kesakitan badan yang amat.

serius...kalo saya tahu dia pegi Kuantan naik motor memang saya marah r.
Katanya sebab nak cepat sampai jumpa saya. 


Ditulis : 6 April 2014
 --------------------------------------

Owhhhh... hari ni dah 4hb Mei 2014...

Agak lama juga entri ni terbiar . Nak sambung....tapi tak tahu nak mulakan dari mana.. Ermm, cukup je la sampai sini, walaupon perbagai perkara yang terjadi keatas saya waktu tu. Apa yang lepas.. kita biarkan berlalu,cuma nak sambung sikit je tentang keadaan saya. Hingga ke hari ini saya masih belum bekerja & masih menerima rawatan. MC tahunan dah habis, so cuti tak bergaji la. Insyallah adalah rezeki tu.

Selepas saya keluar dari ICU tu, keadaan makin lemah + kesakitan badan yang amat. Sehinggalah satu malam tu saya muntah teruk sampai tak sedarkan diri & keesokkan kaki kanan semakin lemah sampai tak boleh bergerak. Sekali lagi diwarded & semasa saya tak sedar di Emergency room ada buat x-ray pada kaki & tulang belakang. Masa ni tahu ada something wrong pada bahagian tulang belakang. Katanya bahagian tulang belakang saya ada lari sedikit. Lama gak bertapa dalam wad kali ni.. Untuk lebih jelas saya kena buat MRI. Untuk ujian MRI tu, kena pastikan tiada bahan seperti besi dalam badan & oleh kerana saya pakai IUCD , maka terpaksa dibuang. Masa proses nak buang tu dalam keadaan kita tak period serius menyakitkan. Ambil masa juga masa nak buang tu sebab IUCD tu & bila dah buang betapa sakit & senaknya kat bahagian peranakan + darah yang agak banyak. Dalam 2-3 hari gak berdarah. Doc dianogsis Spinal Cord Injury akibat dari kemalangan tu yang mebuatkan saya tak boleh berjalan terus. Esok 5hb Mei ambil result MRI kat klinik pakar. Selain refer juga pada pakar O&G .

Macamana keadaan saya sekarang??
Ianya amat menyakitkan & amat susah untuk menerimanya. Sekarang saya hanya mampu berkerusi roda. Kalo nak mandi dll semua perlukan bantuan orang. Pada awalnya saya kerap menagis. Malam-malam menangis. Tapi syukur, saya ada suami yang menjaga saya sebaiknya & selalu menenangkan hati saya setiap kali bersedih.Ianya amat pahit untuk dilalui. Saya ada anak... pekerjaan. Saya bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Banyak perkara yang saya fikirkan. Ia tak semudah ABC untuk melaluinya. 

--------------------------------------------------------------

Sambung semula hari ni ( 14hb Mei 2014).. Alhamdulillah, setelah menghadapi 2 kali saat saratulmaut dalam tempoh terdekat ni, tapi Allah masih panjangkan umur saya serta masih memberi peluang untuk saya memperbaiki dan melengkapi diri dengan ilmu akhirat sebaiknya. Ia amat menginsafkan saya. Walau susah untuk terima, tapi dari sudut lain adakalanya rasa amat bersyukur kerana saya sentiasa dipilih olehNya untuk melalui pelbagau ujian hebat sejak dari saat saya dilahirkan. Allah SWT sentiasa mahu saya ingat Dia disaat saya alpa dengan dunia. Segala perkembangan baru lepas2 ni la.Ingat nak sambung cerita atas & saat saya bertarungnyawa. Tapi mcm dah kosong. LET IT GO !!!! So, saya nak publish je .
TQSM buat semua yang banyak mendoakan saya dari dulu hingga kini. 
Esok (15hb Mei 2014 ) ada Fisio... tapi mcm malas dah nak pegi..urmmmm

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

45 comments:

Aisy Nasiha said...

Subhanallah. besar betul dugaan yang Lya hadapi, satu demi satu... kuat semangat betul utk menghadapinya, itu yg akak paling kagum... kalau akak diuji macam ni entah macam mana akak hadapi keadaan ini..

semoga Lya lepas ni akan sihat je, tak sakit lagi...

Doktor tu jahat nya... komplenla pasal dia, supaya orang lain tak terkena lagi nasib mcm Lya ni...

umi alya said...

xmo malas2 tau wt fisio, ingat ada insan yg amat memerlukan Lya di sisi mereka sepanjang masa.

mudah2an keadaan Lya kembali ke asal, aamiin..

Haryati Faizal said...

Sedih n terharu baca entri lya... sesungguhnya memang Allah sygkan lya... sentiasa dipilih olehNya...utk diuji... sebab lya seorang yang tabah dah kuat semangat... yati doakan semoga lya sentiasa diberi kesihatan yg baik dan smg cepat sembuh ye

joeayu said...

Allahuakbar Lya... Kuatnye lya dan fain sekeluarga. Semoga Lya cepat sihat. Syurga tempat Fain. in Sha Allah... Amiiinn~~

Masya said...

berat mata memandang, berat hati membaca .. berat lg bahu lya dan fain yang menanggung dan merasainya sendiri ... moga hikmah yg tersenyum akan ada kemanisannya ya allah.. moga kuat semangat lya

zana-norzana said...

Salam Lya....... saya baru baca pasal kemalangan yang menimpa Lya.... harap lya tabah menghadapi semua dugaan ini....... sedih sangat bila baca ni.....

lieyalatif said...

lya....jgn putus harap key...tgk asya...tgk fain....dieorg kekuatan lya...dieorg sentiasa di sebelah lya.... jgn hampakan mereka okey....pergi fision tau...kuatkan semangat...lya boleh sihat dan berjalan dulu.... jgn putus harapan tu je lieya mintak.....

kem slm syg buat asya.... lya jaga diri okey...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ketabahan ituew yg penting uols
Speedy recovery
Jgn nangih n sedey sgt yer

::NureeN:: said...

bila nureen baca smpi kat piccas asya mata nureen terus berkaca
nureen x dpt bygkan mcm mana asya nak lalui semua ni...
insyaALLAH.. moga segalanya dipermudahkan.. amin
mcm mana permohonan utk suntikan BF lya?
dah lulus ka?

Che Rosliza Che Mat said...

sedihnya baca entry lya....Semoga Lya Terus kuat...

AnneRaini said...

Allahuakhbar lya..xmmpu nk bygkn kesakitan yg lya tggung. Hnya doa dpt dititipkan semoga lya sembuh dan kuat serta dilindungi Allah.

Zuraida Rahim said...

Moga diberikana kekuatan untuk terus tempuhi segala ujian yang diberikan.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam LYA..
innalillahiwannailahirajiun..

CMa tahu lya seorang yg tabah dan terlipih utk diuji disisinya..
doa cma agar lya kembali sihat seperti sedia kala dan bahagia disamping suami&anak..

*teruk btl la doktor tu,kalo cma yg kena,mmg nahas dia- feeling angry X_X *

akish ali said...

lya...kuatkan semangat...muge dipermudahkan urusan awak sefamily..

kuat utk ank dan suami awk..insyaAllah...

Nad MamaZN said...

lya....
tabahkan hati, kuatkan semangat! kalu sebelum ni lya bleh tahan dgn dugaan dan cabaran, kuatkan diri utk kali ni jugak. demi keluarga, demi asya yg setia menanti kehadiran mamanya, demi fain yg dah terlalu banyak berkorban...
doa sentiasa mengiringi lya. Allah takkan menduga hambaNya lebih dr yg termampu. sabar dan kuat tau lya...
kami semua sayang lya...moga lya kembali sehat seperti sebelum ni...

syawalsimpsons said...

lya sue sedey sangat baca entri lya ni..sue doakan yang terbaik, moga lya kembali pulih seperti mula2 sue kenai lya dolu....

QasehnyaRania said...

Allah hu akbar..
lya.. saya xdpt nak ke sana. tringin ke sana melawat lya. hanya doa yg mampu saya kirimkan buat lya.
in shaa Allah, Allah ada bersama lya. Allah akan bantu lya. lya sabar ye..
sy tahu berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..

salwana nordin @ che'wa said...

ya Allah..

shocking..alhamdulillah Allah masih sayangkn lieya..

tak dpt saya bayangkn keadaan waktu itu..amat sedih..nak2 bila mengenangkn asya..

kuat semangat dan berdoa selalu ye kawan :)

Fiza Rahman said...

Ya! allah lya. Bergenang airmata baca. Hebat sungguh dugaan. Bertabahlah. SMoga lya cpt sembuh dan boleh berjalan seperti sedia kala.

Ms Pearl said...

lyfrina,

I pernah koma selama sehari dan hilang ingatan for a 4 days! - I lebih menghargai kehidupan now...

moga you cepat sembuh ya? jaga kesihatan. xoxox Ms Pearl

el said...

kronologi lya ni sedikit sbyk memberi kesan/impak dlm diri el..sesungguhnya hebat sungguh ujian lya hadapi..kami sebagai kawan hanya mampu berdoa agar lya sentiasa dlm keadaan sihat dan cepat sembuh..sesungguhnya suami lya hebat orangnya dan kagum dengan beliau yg sentiasa berada di samping lya..alhamdulilah

zaidah said...

lama tak singgah blog lya....zai doakan semoga lya tabah n bersabar ...sesungguhnya Allah memberikan ujian mengikut kemampuan hambanya...

Nafira usof said...

Salam Lya~
Ya Allah.. besarnye dugaan yang Lya hadapi. bertabah yer kawan. Zura yang membaca nih pon terasa betapa berat nye dugaan yang Lya tempuhi. x dapat nak bayangkan diri Lya yang melalui dugaan ini.

Doa dari zura dan kawan2 x pernah putus untuk Lya. semoga Allah sentiasa membantu Lya..InsyaAllah.

pergi lah buat fisio.. manatau ade sinar baik lepas tuh. :)

Kopiolimauice said...

lama dah tggu entry smbungan..Alhamdulillah diberi sedikit kekuatan utk menulis di sini....InsyaAllah smga Lya diberi kesihatan yg lebih baik demi anak dn keluarga..

dya bunga said...

Dya sentias doakan kak lya cepat sembuh dan tabah.

mama ila said...

Ya Allah...lya...besar sungguh ujian awak...semoga lya cepat sembuh yer...semoga semuanya pulih seperti dulu...awak beruntung sangat ada Fain dan asya...semoga lya satu family bahagia.... semoga Allah makbulkan doa kita semua =)

lovelywa said...

Moga awak tabah menghadapi dugaan dariNya..banyak2kan bersabar dan sesungguhnya ujian itu tanda Allah sayang kepada awak..

Khai♥Rin : anies said...

doc apa mcm tu? tak berhati perut...dia mncm dah langgar etika sbg seorg doc. kalau pun emosi ms tu, dia harus professional...

semoga lya trs tabah dan insya allah, pasti akan sembuh kelak. aminnn

ummi_khalish said...

be strong..syafakillah liya...

Chic Na said...

boleh pulak doktor tu bagi layanan macam tu.. teruk betull..

cikna sentiasa doakan lya cepat sembuh kembali macam biasa.. kuatkan semangat ye!

Lily@MamaZaraZareef said...

Ya Allah lya..terus bertabah dan kuat semangat ye..hanya itu yg mampu saya ucapkan sbb tk ada kat tpt awk kan..cume dpt membantu beri sokongan dari jauh aje..>_<

Cik Aini said...

dlm byk2 kawan Lya lah org yg paling byk hadapi dugaan..paling byk cabaran tp Alhamdulillah Lya juga kwn yg paling kuat menghadapinya..pasti ada ganjaran yg besar dr Allah tuk Lya..pasti!

moga Lya trs kuat dan tabah demi Fain dan Asha :)

εïзmummyHazaεïз said...

Subhanallah... Besarnye dugaan hidup.. Bersabarlaa... Allah beri ujian kpd hamba pilihanNYA... Semoga terus bertabh... Baru tebaca entry..

cikji said...

ya Allah bergenang airmata saya baca entry awk. Besarnya dugaan yang awak terima. Tak sangka ada jugak doctor yang pesen lagu tuh.Saya yg baca pun rasa sakit hati, moga2 dia dikenakan tindakan selanjutnya.

Tabahkah hati, kuatkan semangat. Saya doakan agar awk semakin sembuh, Insyaallah ada mentari dihadapan sana atas ketabahan awk menghadapi semua ini :)

NzA said...

Terlalu banyak dugaan n ujian yg lya terima..Akak tahu lya kuat..Sebab tu Allah memilih lya...berat mata memandang berat lg bahu lya dan keluarga tanggung..bertabahlah dik, ramai yg mendoakan lya.....

Mar Mansor said...

semoga Allah melindungi lya..
semoga cept sembuh dan kuatkan semangat..bersyukur dikelilingi insan tersayang..
doa dari saya juga..

emieysandra said...

Subhanallah...banyaknye dugaan akak,sy doakan akak moge cepat sembuh dan ada hikmah besar menanti akak.terus tabah dan kuat semangat ye kak...

Puan Kutu said...

baik tak payah jadi doktor klu camtu perangai

teruskan bersabar n tabah lya..Insyaallah ada hikmah n kemanisan didunia akhirat..sy mendoakan yg baik2 buat la,fain n asya

eita said...

semoga lya cepat sembuh...

nak jadi doktor sangat..tanggungjawab hampeh

ANIM said...

sedih baca entry lya ini..
hanya doa yang mampu kak anim kirimkan...

idzwa kamaruddin said...

kamu sgt kuat lya!

kuatkan lagi semangat kamu ye..

kayyana said...

Lya, yana doakan lya cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala ye kawan.. semoga lya kuat semangat dan terus tabah ye...

sue zainun said...

Subhanallah..Allah s.w.t betul2 amat menyayangi Lya..diberi ujian dan ujian utk Lya..kuatnya semangat Lya melalui semua ni..su doakan segala2nya bertambah baik..

nabila azmi said...

dear akak...
sy bru dpt bc ni sebb bru bukak blog..
ALLAH..
kuatnye akak..
sebak sy rasa..
moga akak trus kuat menempuhi dugaan ini..
akak seorang yg hebt dipndgn mata sy...
tabah kak.demi anak akak yg comel.
moga Allah beri kekuatan buat akak selalu.amiin..
sy nk follow fb akk..

Mimi Azirah said...

Subhanallah,Allahuakbar berat sungguh ujian Lya tapi alhamdulillah Lya insan terpilih. Ada hikmah dan asbab Allah pilih Lya...

Bagus pun Fain mengamuk kt doktor klinik kesihatan tuh. Kalau sy,tak banyak ckp terus tumbuk aje muke dr tuh...kurg ajar sgt...igt kite hadap sgt ke mc tuh..