Thursday, June 26, 2014

Unplanning Weekend : Shopping Raya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kisah Jumaat (20.6.14) lepas, pergi ke Kuantan shopping raya. Memang tak dirancang. Kalo ikutkan maybe puasa nanti baru nak membeli ke apa. Pagi tu duk rumah xde buat apa-apa, last2 ajak Fain ke Kuantan.. Lagipon dah berbulan tak turun Kuantan ni. Bila fikir-fikir, OK gak settle awal, puasa nanti tak perlu lagi nak fikir semua ni, just tumpukan ibadah puasa. Lagipon teringat tahun lepas, masa puasa tu berebut orang membeli dengan "Q"nya panjang kat kaunter.. Huhu.. tak larat ambe. Persiapan ni lebih kepada beli baju baru Fain n Asya je. Ye la setahun sekali je kan.. Saya pasti, dah ramai pon buat persiapan raya awal-awal kan? Cuma tinggal nak topup-topup mana tang tak ada je nanti.

Part kasut paling susah nak cari. Sebab saya suka kasut yang simple-simple je. Setakat ni memang tak jumpa lagi. Rasanya, last2 kat BATA gak cari kasut. Tahun ni just nak beli sepasang je kasut untuk pkai dengan baju kurung. Kasut converse last year masih elok & muat..pakai yang tu je. Tak perlu membazir.

Sempat singgah kat DAISO.. weee.. DAISO dah buka cawangan kat ECM, Kuantan.
Rasa nak berkampung kat dalam tu je. Tu yang asya rembat, bear & sarung tangan.

 Antara yang di rembat kat DAISO.

Dah guna Pore Care Pack dari DAISO ni.. memang sangat berkesan.. terpacakkkk keluar.. Tapi agak sakit sikit la time nak menariknya..

Dah penat berjalan singgah makan kat Chicken Rice Shop

Asya just makan Donut je

Namanya "B-A-N-I"

Sebelum balik singgah Megamall Kuantan, masuk kedai MR D.I.Y plok..
wee..semua murah-murah.. Rambang mata. 

 Antara yang dibeli beg raya asya...
Baru-baru ni just beli t-shirt je 2-3 lai, coz baju asya yang saya beli sebelum2 ni banyak tak pakai lagi sebab besar la, labuh la.. Sekarang dah OK & boleh pakai, so boleh fwd ke raya. Dan kebetulan, ada baju+seluar yang dihadiahkan nek ma & tok ma asya..  terus fwd ke raya jugak. So, berjimat sikit tahun ni. Cuma nak cari jean je selai dua kat asya. Tahun ni dah xde gown-gown ye asya.. walaupon mengamuk sakan gak dia nak gown.. Nak ajar dia pakai seluar je.. Sebab dia dah besar.

21.06.14 ( Sabtu)
Just pusing-pusing bandar cukai, Kemaman..
Dah lama tau tak jejak kaki

Alang-alang singgah kedai kasut BATA, cari kasut asya
.. ada yang berkenan, tapi xde saiz plok.. huhu

Untuk baju raya asya.. Sebab kain kosong je..

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Baju-baju saya lak just fwd baju yang patut saya pakai time cousin kawen. Adalah buat 2 pasang untuk majlis cousin, tapi x berpeluang pakai coz eksiden baru-baru ni & duk kat kerusi roda je.. Just cari kain warna lebih kurang sama utk baju melayu Fain & baju kurung asya je. Selain tu ada la 2-3 pasang lagi kain yang saya jual hari tu.. So terus fwd ke raya. Dah x larat nak cari kain. Guna je la apa yang ada.. Tak perlu membazir. Bab baju kasual, memang saya tak cari langsung. Takde pon x kisah.. Just nak cari sepsang kasut je lagi. Alhamdulillah, tuhan makbulkan doa saya untuk boleh berjalan sebelum ibadah puasa. Saya ingatkan sebelum ni, saya dah berya di kerusi roda..

~ Huhu.. dah 2-3 hari ni tak sihat sangat. Sampai banyak hari gak xleh gi kerja sebab tak sihat. Dah pergi kerja, sampai ofis dah pon.. Fain pusing balik sebab tengok ekadaan saya. Maybe sebab pegi Kuantan tu banyak jalan, jadi effect kat diri. Kaki bengkak & lebam + demam.. Terasa bisa sangat sebadan. Sakit.. nak tidur tak boleh.. sampai tak tahu nak buat apa..Kesakitan yang tak mampu diungkapkan..sampai ke tulang belakang. nampaknya saya emamng kena banyak berehat lagi.. Tak leh memaksa diri. Lagi-lagi pegi kerja terseksanya tahan sakit time naik & turun tangga. Insyallah, mampu hadapnya.. sebab apa yang Allah SWT uji pada kita adalah kerana kita mampu untuk hadapinya. Allah takkan uji melampaui kemampuan kita. Cuma kena banyak bersabar & ikhtiar. Bab puasa ganti..alhamdulillah dah settle. Lega sangat dapat menunaikan perkara wajib walau dalam keuzuran. ~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, June 23, 2014

Persembahan Senamrobik Muzikal PraSekolah Sempena Sukan Tahunan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

19.06.2014 @ Sek.Ren.Keb.Cukai, Kemaman

Alhamdulillah, berpeluang nak tengok asya buat persembahan pada hari sukan sekolah dia. Time ni, budak pra just buat persembhan pembukaan. Sukan untuk pra sekolah sudah diadakan pada 17.06.14. Sukan dalaman jer, just pihak sekolah & ibubapa tak berpeluang la tengok budak pra main sukan. Huhu.. xpela..next year dah naik darjah 1 boleh la mama tengok asya main sukan. Untuk persembahan ni combine kelas Pra Bestari & Pra cemerlang. Hanya beberapa jer yang terpilih & asya salah seorang darinya. Erm, dia kalo bab joget ni suka sangat la. Tapi saya susah nak mbik pic sebab jarak jauh & panas. Ni pon, bersusah payah berjalan ke depan sikit semata-mata nak snap pic asya ni. Papa dia lak ambik video.

Diketuai oleh Kak Zah (Pembantu PraSekolah)

 Seawal pukul 11am hantar asya kat kelas dia.
 Maybe ada raptai pagi tu. Saya sampai sini dalam kul 2pm. Tengok teacher tengah mekap dia.

 Waa.. dah macam opera cina anak mama

With her classmate

Bff asya, namanya Syafikah

Intai mama dari jauh

Semapt datang kat mama..
Budak lain semua dah ke padang..

Memang enjoy & cute je tengok budak-udak berjoget ni. Persembahan bermula dalam pukul 2.45++ . Adalah dalam 4-5 buah lagu gak..

 Lepas persembahan terus balik ke kelas. Sempat ada sesi bergambar bersama kawan & teacher. Seterusnya salin baju & kita orang terus balik rumah. Lagipon, budak pra tak terlibat pada sukan ni, just buat persembahan pembukaan aje.

**********************************************

 Sebelum buat persembahan pakai baju sukan. Muka eksited nak buat persembahan depan mama. Awal-awal dah pesan kat mama suh datang kul 2. Dah siap pesan, lepas siap tengok persembahan dia suh tepuk tangan. Tapi mama kata, xnak tepuk tangan, nak tepuk kaki je. Dia jawab, mana boleh mama.,. malu la..

17.06.14
Kiri : snap pic pagi tu.. semangat nak main sukan
Kanan : Mama,, asya dapat ni je.. kaloh sikit je mama
Alahai.. xpelah kalah pon..asalkan dapat involvekan diri, itu dah bagus sayang. Adat bertandinglah ada menang, ada kalah.
Alhamdulillah..dah besar baby ajaib mama ni.
Bila ingat-ingat semula mcm tak pecaya. Mama doakan semoga asya membesar menjadi anak yang berjya di dunia & akhirat. Dan, memang mama suka asya aktif dengan xtvt sekolah ni. Moga asya lebih berkeyakinan & mama semakin yakin yang anak mama pon mampu seperti anak-anak lain.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, June 22, 2014

I Dhiya Cafe Western Food

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Sekarang dah banyak kedai "western food" dibuka sekitar bandar Cukai, Kemaman. Jangan kata di kawasan bandar, didalam pelusuk kampung pon ada. Buat warga Kemaman, kalau anda pengemar western food, boleh mencubanya di I Dhiya Cafe yang terletak di Kg.Berenjut. Betul-betul depan rumah MIL saya ni. Saya pasti anda akan berpuas hati dengan keenakan masakannya.
 
Kesemua pic makanan ni bukan la saya makan sekaligus. Tapi hari lain-lain. Just combine terus dalam 1 entri. Promot cafe orang kampung ! Mesti lah kita supportkan. Sebenarnya dah lama nak update pasal cafe ni, tapi tak sempat.. ter-eksiden dulu.. huhu. Dah nak masuk Ramadhan ni, kena cepat-cepat la up entri berunsur maknan ni.
 
Nasi Lemak Ayam Harum Semerbak (RM 4.00)
~ saya sangattt suka nasi lemak dia, aroma nasi lemak dia.. fuhhh memang terbaik la.. rasa lemak-lemak dia wangi je.. Sambal dia pom memang terbaik la.. ~

Spageti Bolognese (RM8.00+)
~ Memang puashati.. penuh sepinggan. Rasanya sangat sedap!~
 
Grill Hot Dog (RM10++)
~ Menjadi kegemaran asya.. dengan hidangn sosejnya yang dedabak bersama garlic bread..~
 
Grilled Chicken Chop (RM12++)
~ Memang terbaik la.. dengan sos lada hitmnya.. Ayamnya di grill garing.. memang sedap! ~
 
Beef Steak (RM16++)
~ Selama ni kalo ke kedai western, memang saya tak pernah makan beef steak. Tapi kali ni tergerak hati nak mencuba.. wallahhhh... memang sedap la ! Tapi still xleh lawan Lamb chop. ~
 
Mushroom Soup+Garlic Bread
~ Ni satu lagi menu terbaik dia.. garlic bread dia memang sedap..lagi-lagi bila dimakan bersama mushrom soup dia~
 
My Hero & nasi lemak nyer
 
Ini hari pertama saya keluar rumah. Masa ni xleh jalan lagi. Tengok kereta tu, sampa parking masuk dalam kedai. Teringin nak merasa lamb chop time ni. Mujur kedai ni depan rumah MIL je.. Pic lamb chop xde la plok.. Tapi lamb chop dia memang super duper sedappp ! 2 slice dia bagi. Harga RM16+ .

Yumm.. sedapnyer!
 
Owh.. asya pon suka lamb chop ye.. Kalo ke sini mesti nak lamb chop. Tapi kena kongsi dengan mama la..Bukannya habis sorang-sorang.

Untuk booking table & tempahan boleh contact :-

No Hp : 011-1539 390
Lokasi : Lorong 4, Kampung Paya Berenjut,
24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) H.O.L.I.D.A.Y (30) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) mama+papa+fasya (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) fasyafrinatraveltales (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)