Tuesday, June 10, 2014

MALEFICENT disebalik sumpahan dalam SLEEPING BEAUTY

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdulillah, setelah 3 bulan berkurung tanpa apa-apa aktiviti luar..akhirnya saya mula berani untuk berhadapan dengan dunia luar. Walaupon saya berjalan tidak sempurna & terasa ada mata memandang .. namun saya kuatkan diri demi asya. Saya ingin mulakan semula kehidupan seperti dulu..tak kisahlah kalo tidak sempurna..asalkan hidup dapat dinikmati. Mengenangkan asya, saya rasa sedih.. sebab tak dapat bawak dia kemana-mana.. Nak bawak zoo memang tak mampu nak berjalan sejauh tu. Nak bercuti kemana-mana pon, masih belum bersedia dengan perjalanan jauh. Cuma saya mampu bawa asya tengok wayang.. Itu pon, dari rumah bertolak ke mesra mall.. just tnggu dekat situ sampai show bermula & lepas habis terus balik. Tak de pusing-pusing dalam mall. So, sempatlah bawak asya layan movie dia 2 hari berturut-turut. Hari Jumaat tu, layan How To Train Your Dragon 2 & keesokannya layan MALEFICENT. Tapi saya eksited nak review filem ni dulu..sebab cerita MALEFICENT ni bestttt sangat ! Yang paling tersentuh hati bila asya kata " mama..adik tengok muka mama macam lain.. macam masa mama tak sakit dulu". Huhu.. sebak hati mama.. betapa dia berharap mama kembali seperti dulu & menjalani xtvt bersama macam dulu.

07.06.2014 @ TGV Mesra Mall

Pic yang diambil pada 6.6.2014,
hari layan movie DRAGON 2.

Sinopsis Maleficent :-
Diceritakan dari perspektif puteri jahat, Maleficent. Kisah dongeng seram ini menyingkap kisah sebenar dongeng seram Maleficent dan apakah yang menyebabkan dia menyumpah Puteri Aurora dalam animasi klasik "Sleeping Beauty". Maleficent terdesak untuk menjadi dayang kepada semua bidadari. Walaubagaimanapun, adakah jalan kejahatan yang dilakukannya akan membawa kejayaan?


MALEFICENT, sebuah filem dongeng adaptasi "Sleeping beauty". Apa yang menariknya movie ni, jalan ceritanya memang tak sama dengan kisah dongeng "Sleeping Beauty" yang selalu duk baca & tengok dari zaman kecil dulu sampai ke zaman asya ..tengok Sleeping Beauty kat youtube. Kalo selama ni, setiap kali kisah dongeng puteri-puteri ni, selalunya Prince Charming yang akan muncul menyelamatkan sang puteri.. tetapi berbeza dengan MALEFICENT, sumpahan terhadap Princess aurora hanya hilang apabila mendapat ciuman kasih sejati... tetapi, adakah prince charming seperti versi Sleeping Beauty sebenar?? Huhhh.. sungguh surprise diakhirnya.. Nak tahu... sila tengok sendiri. Sesuailah dengan taglinenya "Dont beliave the fairy tale". MALEFICENT mengungkap apakah yang terjadi disebalik sumpahan Princess Aurora dalam Sleeping Beauty.

Apa yang boleh di beritahu, jalan cerita MALEFICENT sangat menarik & best. Ditambah lakonan Angelina Jolie menjiwai watak MALEFICENT dengan body languagenyer. Selain tu, animasi dalam filem ni memang cantik. Saya bagi 5 Bintang untuk MALEFICENT. Asya sendiri dari awal memang enjoy layan cerita ni. Lepas ni, download online lak citer ni.

Dalam panggung sebelum show bermula..
Paling tak suka duduk seat depan.. kali ni dapat seat baris ke 3 dari skrin.. 
sebab seat belakng full.

Tayangan start pukul 3.50pm, lepas tamat tayangan terus balik.
Sementara papa panas enjin kereta, sempat snap pic asya posing2.
 Dah lama x snap pic asya macam ni.



Presenting...
pic latest mama asya . After 3 months... Alhamdulillah, kulit dah ok. Cuma bawah bibir belah kiri memang hitam berparut lagi. Ntah hilang..ntah tidak... Tak kisah la..asal boleh berjalan semula ;-)

**semakin semangat nak aktif blog semula**

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


49 comments:

idzwa kamaruddin said...

seronok nyerr..

Mama Zharfan said...

teringin nak tgk tp tak de masa nak gi cinema..kena beli dvd ajer lah kot ;)

Naemah Umi said...

Alhamdulillah...gembira dgn perkembangan positif lya ni...
Umi hujung minggu ni insyaallah nak g tgk citer ni...semangat nak tgk sbb cam best citer dia, baca review lya ni lg la bersemangat ehehehe

Zee Suhaini said...

lya dah nampak cam dulu..semoga cepat sembuh lya..kuatkan semangat demi asya..asya pon makin matang..comel

ramai plak yang review citer ni best..kena download gak ler..nak pegi wayang haru ngan hero2 zee tu..

Khamsi Abdullah said...

Amboih si kecik posing sakan..

inazamri said...

lama akak tak ke sini.maklum dah 4 bulan akak tak blogging.masuk Jun br mula balik.Lya sakit ke?nnt akak baca post2 sebelum ni ok.

eima said...

inshaaAllah klu semangat kita kuat dunia pun kita boleh takluk lya.... segt weel soon ... be kuat tau


mmg nk sgt tgk cite ni tak sabo

amirah said...

alhamdulillah liya dah beransur okay...syukur...moga lepas ni terus jaga diri dan pemakanan ye..seronok asya sebab mama dia dapat jugak bawak dia pergi jalan2...tgk movie..

Khai♥Rin : anies said...

aritu dpt tiket free cite ni tp x g...

alhamdulillah... jln2 rileks kan minda


p/s nnt check whatsapp ya ;-)

Fara said...

Alhamdulillah :-)

syawalsimpsons said...

pic last sekali tu mmg sue nantikan selama tiga bulan ni lya....alhamdulillah nampak lya tersenyumd ah buat sue bangga ada kawan macam lya yang kuat semangat ni..kalo sue di tempat lya, belom tentu sue dapat harung macam mana lya harungi selama ni...biar la parut hitam sana sini...tg penting lya sihat N muka ceria macam ni...alhamdulillah..suke sue tgk

Haryati Faizal said...

Alhamdulillah... dpt gak lya bwk asya bjalan....

AnneRaini said...

teringin jugak nak tgk citer ni sbb ini antara citer yg ditunggu2..tp mana nak letak si kecik kat umah tu..huhuhu

Kopiolimauice said...

mcm best je citer tu...pedulikan org sekeliling yg penting Lya dh mula bangkit semula ;p hihi pasni dapat la bca bnyk entry ek..

Rai Ourkizuna said...

welcome back lya.. semoga bertambah bertenaga dan sihat utk beraktiviti dengan asya..

saya pun agak kurang aktif lately.. sibuk kononnya..

mummy_ayu said...

Ayu pun plan nak gie tgk cita nie..but tak tau la..lama dah tak gie wayang. kalau tak pun..tunggu kat astro first jer la

mummy_ayu said...

Ayu pun plan nak gie tgk cita nie..but tak tau la..lama dah tak gie wayang. kalau tak pun..tunggu kat astro first jer la

Che Rosliza Che Mat said...

tak sabar nak tgk movie nie....Gmbira rasa hat....bila tengk Lya kembali ceria sepeti dulu...

ANIM said...

beruntung asya dapat mama sekuat lya..
boleh bawa jalan2 lagi:P

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

anak dara lya ni akin besar makin cun macam mama dia :) Lya semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik utk terus membesarkan Asya :)

SyaNa said...

tak sempat lg nk tgk cerita ni
jgn abis kt wayang dah

Diana Rashid said...

Ramai yang sebenarnya dok tunggu2 keluar gambar Lya..semua nak tengok keadaan Lya sekarang..Bila terjadi satu2 perkara pada kita,disitu la kita boleh tahu betapa ramainya yang sayang kita..:)

SyaNa said...

baru abis baca entry lama :(
semoga tabah hadapi ujian ye.. seorang ibu mmg akan jd kuat demi anak

Puan Kutu said...

Alhamdulillah nmpk lya main sihat n happy..dah boleh buat aktiviti yg menggembirakan si comel asya..Alhamdulillah..:)

teruskan perjuangan n terus kuat lya, demi asya

::NureeN:: said...

alhamdulillah.. nmpk lya makin sihat
moga kesihatan ini milik lya selamanya....
t c yer...
sronok yer crita tue
nureen payah nk g tgk wayang sbb emir x mau duduk diam
slalu elly g ngan daddy dia jer

LydSunshine said...

Tak sabor nak tgk Maleficent ni. Semua org kata best dan saya yakin citer ni mmg best. Kena tunggu donlod je la. Nak tgk wayang mmg takde harapan dgn budak Luth ni. Hehe.

salwana nordin @ che'wa said...

welcome back lya..seronok denga dpt menjalani kehidupan sprt biasa ye..

best ke citer ni?nk tgk dgn asben mmg confirm dia tak layan..ingat nk ajak anak saya alya gi tgk..

dia mcm asya..suka sgt pinces2 ni :)

aTieYusof Family said...

Alhamdulillah..slow-slow Lya..lelama ni pasti semuanya akan spt dulu..amin! seronok tgk asya..mesti dia happy..
tak berkesempatan lg nak tgk wayang ni...hihi

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam LYA..
bestnya..bestnya..cma belum pegi lagi tgk wayam.. anak2 dah sibuk nk tgk citer burung terbang tu *how to train your dragon*

alhamdulillah..seronok tgk lya kembali sihat.. stay strong ya lya..

Nafira usof said...

Alhamdulillah.. seronok tengok perkembangan positif dr Lya. semoga terus berjuang untuk Asya dan diri Lya sendiri.

kemain happy muka Asya tuh.. sebenarnye dia seronok sgt sebab tgk mamanye makin sihat..:)

Sura Mohd said...

selamat kembali Lya..alhamdulillah semakin sihat..ramai yg cerita Maleficent tu best...tp akak tggu kat Astro jelah..hihi..:)
pandai bergaya anakdara tu..comel..

♥ Vna ♥ said...

alhamdulilah...tumpang happy untuk kamu :)

Ema Johari said...

moga kesihatan Lya semakin pulih... jalan tengok wayang anak dah happy kan.

lieyalatif said...

alhamdulillah lya dah sihat mcm sedia kala...dpt nikmat berjalan balik....moga kesihayan lya terus baik yeak...

tu laa ramai ckp cite ni best...aduh bile nak bawak mia mija gi tgk nie...ade yg tunggu kat astro first jek ni kang hahahahhhah

Siti Fatimah said...

bestnyer... akak tak pernah pun bawa anak anak tengok wayang. dorang pun ok je tak minta minta...


maaf lama tak berkunjung

El Janna said...

janna pun dh tgk. mmg best. contra sgt dgn crita dongeng dia. cinta sejati tak pernh wujud. tapi kasih kepada anak itu yang tulus. ceh wah...

Irfa said...

alhamdulillah, dh beransur baik ye
mmg best citer ni
gambar pun lawa sgt

N.Aima K said...

ololo dah lama tak tengok wayang. last movie masa bulan March haritu

Bahrain Ramlan said...

Tak sempat nak tengok rasanya mungkin dah habis disiarkan. Tunggu online jelah.

mysha said...

Get well soon dear.. Takpe asya faham tu..

Tak kisah parut tu hilang atau x janji sihat ngan sempurna!! Update2 la lagi yer dear!!

Zuraida Rahim said...

Alhamdulillah dah sihat..

AL FAJR TRAVEL JOHOR said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt

ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD (768307-X) (KPK/LN 5056/1) menyediakan perkhidmatan UMRAH.

Pakej Umrah December (Musim cuti sekolah) dari harga RM4,790.

Layari:

umrahjohor.blogspot.com
www.alfajrtravel.com.my

Hubungi:
07-2344437
(utk sebarang pertanyaan)

mummy_ayu said...

sama la..Ayu pun gie tgk 2 cerita ni weekend lepas. and agreed.cita malificent lagi best! but how to train a dragon pun best gak.

Mummydearie said...

Dah banyak kali dengar review bagus tentang Maleficent ni tapi tak dan nak pergi tengok. Samalah macam cerita Frozen dulu. Dah main kat Astro barulah dapat menonton.

Masya said...

alhamdulillah dah semakin sihat yer... mesti asya seronokkan.. xpelah nanti dah betul² sihat boleh bercuti jauh sikit.

QasehnyaRania said...

mcm menarik tp kalau berdua dgn cik abe mmg x layan kot.kena ada budak2 bru layan ni..
alhamdulillah.smga lya terus dikurniakan kesihatan yg baik dikemudian hari.aamiin

Myra Jay said...

Alhamdulillah...

Asya pun dah kembali senyum..
Asya kuat dari Mamanya jugak :D

Mimi Azirah said...

Sy pun xsbr nak tgk maleficent....

Alhamdulillah asya n lya dah kembali senyum

BaNu Syah said...

maleficent mmg best gilerr =)