Monday, June 23, 2014

Persembahan Senamrobik Muzikal PraSekolah Sempena Sukan Tahunan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

19.06.2014 @ Sek.Ren.Keb.Cukai, Kemaman

Alhamdulillah, berpeluang nak tengok asya buat persembahan pada hari sukan sekolah dia. Time ni, budak pra just buat persembhan pembukaan. Sukan untuk pra sekolah sudah diadakan pada 17.06.14. Sukan dalaman jer, just pihak sekolah & ibubapa tak berpeluang la tengok budak pra main sukan. Huhu.. xpela..next year dah naik darjah 1 boleh la mama tengok asya main sukan. Untuk persembahan ni combine kelas Pra Bestari & Pra cemerlang. Hanya beberapa jer yang terpilih & asya salah seorang darinya. Erm, dia kalo bab joget ni suka sangat la. Tapi saya susah nak mbik pic sebab jarak jauh & panas. Ni pon, bersusah payah berjalan ke depan sikit semata-mata nak snap pic asya ni. Papa dia lak ambik video.

Diketuai oleh Kak Zah (Pembantu PraSekolah)

 Seawal pukul 11am hantar asya kat kelas dia.
 Maybe ada raptai pagi tu. Saya sampai sini dalam kul 2pm. Tengok teacher tengah mekap dia.

 Waa.. dah macam opera cina anak mama

With her classmate

Bff asya, namanya Syafikah

Intai mama dari jauh

Semapt datang kat mama..
Budak lain semua dah ke padang..

Memang enjoy & cute je tengok budak-udak berjoget ni. Persembahan bermula dalam pukul 2.45++ . Adalah dalam 4-5 buah lagu gak..

 Lepas persembahan terus balik ke kelas. Sempat ada sesi bergambar bersama kawan & teacher. Seterusnya salin baju & kita orang terus balik rumah. Lagipon, budak pra tak terlibat pada sukan ni, just buat persembahan pembukaan aje.

**********************************************

 Sebelum buat persembahan pakai baju sukan. Muka eksited nak buat persembahan depan mama. Awal-awal dah pesan kat mama suh datang kul 2. Dah siap pesan, lepas siap tengok persembahan dia suh tepuk tangan. Tapi mama kata, xnak tepuk tangan, nak tepuk kaki je. Dia jawab, mana boleh mama.,. malu la..

17.06.14
Kiri : snap pic pagi tu.. semangat nak main sukan
Kanan : Mama,, asya dapat ni je.. kaloh sikit je mama
Alahai.. xpelah kalah pon..asalkan dapat involvekan diri, itu dah bagus sayang. Adat bertandinglah ada menang, ada kalah.
Alhamdulillah..dah besar baby ajaib mama ni.
Bila ingat-ingat semula mcm tak pecaya. Mama doakan semoga asya membesar menjadi anak yang berjya di dunia & akhirat. Dan, memang mama suka asya aktif dengan xtvt sekolah ni. Moga asya lebih berkeyakinan & mama semakin yakin yang anak mama pon mampu seperti anak-anak lain.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

28 comments:

Siti Asiah said...

semangat Asya tu senamrobik, comel make up camtu...hehe

::NureeN:: said...

perghh lipstik asya.. menyala... hehehe
ceria tgk muka asya.. sronok kan :)

-iLLa- said...

asya..auntie dulu tabika kemas..sllu join senamrobik pom pom girl macam hasya ni....tgk gbr asya teringat masa kecik dulu..kekekeke

salwana nordin @ che'wa said...

amboiiii kemain asya..

alya dah sukan..skang ni musim budak2 sukan ye..

abg hadi je belum bersukan lg ni..

aduhaiiii dgn cuaca panas terik mmg kesian tgk depa berlatih kan..

Allene said...

wah.. semangat asya...

masa umur2 macam ni la kita kena bagi dia expose semua activity...

lia said...

Wallaaaaa meriahnyer sport day... Asya pon x kurang... Makeup lg ;)

Naemah Umi said...

meraj lipstik asya ehehehe...nmpk bersemangat gitew...
ala dpt join camtu pun ok kan sbb dpt gak pengalaman kan...syabas asya :D

Mummydearie said...

Bukan main suka lagi Asya dapat join buat persembahan dengan kawan-kawan. Perghh... make-up Asya bukan main lagik!

Mimie_Zatun said...

Meriah betul ..

Nafira usof said...

kemain comel lagi cikgu makeupkan dia.. nampak cam big girl dah.. hehehe.

mesti kiut kan tengok budak2 pra buat persembahan.. kagum sgt dgn cikgu2 yg berjaya ajar dorang.

Kira Sakura said...

Go asya go. InsyaAllah moga asya bjaya dunia akhirat amin

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
hihi..nampak lain la muka asya mekap cenggini..
hihi..asya nmpk eksited!

seronoknyer.. meriah2...

Ema Johari said...

comel... memang seronok tengok persembahan anak-anak kecil..lebih lagi anak sendirikan...memang rasa cepat masa berlalu...anak membesar depan mata.

NzA said...

Alolo...cute2 n comel2 semua. Seronok tgk budak2 kecik buat persembahan. Mmg comel je.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

seronok jadi kanak-kanak..dulu ms saya kecik2 pun suke join aktiviti macam ni :) Asya comel sgt :)

Nad MamaZN said...

comel asya wat persembahan :)

permatabiru said...

xsabar nak tgk anak saya masuk sekolah pula..:)

AnneRaini said...

seronok asya berjoget ye.. teringat pulak time sukan sekolah dulu..joget mcm gini ler..lagu awas kru..hahaha

mummy_ayu said...

mesti dia seronok sgt...tambah2 bab make up tu..girl girl memang suka..

Tina Othman said...

amboi dorang punya mekap :)

Amanda Suria said...

Anak2 bab ni yg dia seronok kan...menari...menyanyi...

QasehnyaRania said...

aamiin.
alhamdulillah asya sorang yg berani &. yakin
smga asya terus berusaha libatkan diri dgn xtvt skolah. dpt byk pendedahan.

meriah tgk semua xtvt tu..

Nurul Says said...

ololo comel je

LiLy @ MaMaQiStInA said...

alolo..comei2 jer semuanye.. :)

fieda said...

amboi asya dh mcm retis la kena make up...

Mimi Azirah said...

wahhhh masing masing posing sakan sbb bermekap...

Syima ~Mama Kyra~ said...

muka sya mcm opera cina..tomei :)

Khai♥Rin : anies said...

bersemangat sungguh asya ya