Monday, July 7, 2014

Macam-Macam Cerita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, murah rezeki bergelar blogger ni. Pemberian ikhlas daripada blogger Kella. Produk Qaseh gold Adinda (untuk kaum wanita) ni agak femes ye sekarang. Dan, dari hasil carian di internet semuanya feedback yang positif berkaitan produk ni. Saya baru je mencuba, apa yang saya perasan badan saya lebih bertenaga. Lagi-lagi di bulan puasa ni. Amalkan waktu sarapan (time puasa, waktu sahur) & sebelum tidur. Memang badan terasa lebih ringan dan cergas. Insyallah, lepas ni saya akan buat testimoni penuh , tunggu feedback +ve dulu. Sesiapa yang berminat nak mencuba produk ni leh dapatkan dengan blogger KELLA . Tqsm Kella, moga bertambah murah rezeki.

Alhamdulillah, percubaan pertama setelah bertahun jugak tak join GA. Tak sangka rezeki milik saya, apabila terpilih sebagai salah seorang pemenang GA yang dianjurkan dari blog Anies. Bahan bacaan yang penuh manfaat disertakan dengan buku doa Shifa. Tqsm buat blogger Anies .

Dah lama tengok iklan ni kat tv dulu. Baru-baru ni beli barang dapur, buat gataii tangan sambar Aiskrim goreng Nestle ni. Sebenarnya, lagi jimat berganda-ganda but sendiri. Ada 6pcs je pon dalam ni.Rasanya sama je ye dengan yang kita buat sendiri. Harga saya tengok kat peti ais RM7.00++. Sekali balik rumah, tengok dalam bil harga RM9.90. So??? Harga sebenar? Siapa silap ni?

Alhamdulillah, rasanya ni cashout yang pertama untuk tahun2014. Merupakan cek yang ke-12 dari Nuffnang. Huhu, silap saya highlight amount pada cek tu. Sampai ada yang ingat saya dapat amount besar, lepas upload di IG. Cari pic ori tak jumpa. Amount cek ni tak sampai pon RM100. Tapi tak kisah lah, semuanya rezeki. Ada alhamdulillah, kalo tak ada pon xpe la.

Haa.. ni satu lagi. Susah hati mak bila duit ni terkoyak 2. Limapuluh hinggittt tu. Tqsm buat semua kawan-kawan yang bagi cadangan. Duit koyak atau rosak boleh nak tukar, tapi mesti tukar di bank negara. Aduyaiii.. Lepas tu ada yang bagi pendapat, suh tape clear je & masuk cash deposit. Tapi, saya dah tape clear pon, bila tengok memang tak nampak langsung terkoyak 2. Dah selamat digunapakai pon duit ni.. Hehehe

Masa saya sakit xleh jalan aritu, banyak tengok orang up pakai tudung bawal maar fareeda. Saya tengok pon... nak cuba..nak cuba.. Tapi, apakan daya, keadaan saya time tu tak mengizinkan.. just terperap je. Kalo keluar pon pergi hospital & berubat. Now, dah sihat.. alhamdulillah.. ter-cuba pakai macam ni. Wow.. cantik menarik tertarik. Yang penting labuh & menutup dada.

02.07.14 : Hahaha.. kena paksa dengan asya ni. Dia suh mama dia pakai spek & buat tangan LOVE macam tu.. Biasa mama yang paksa asya ambik gambar, kali ni mama dah KENA paksa dengan asya. Huhu.. layan je la. Masa ni dalam kereta, tunggu papa kat ofis. Eyh..  dah jarang saya publish gambar saya kan..

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


25 comments:

Naemah Umi said...

Eskream goreng tu umi pernah gak beli sbb bebudak ni gatai nak rasa tapi sebenarnya mmg jimat yg amat kalu buat sdr...tapi sbb nak layan tekak diorg beli laaa...

Umi blum pernah try buat bawal ala fareeda tu...comel kan bila dah jadi tu..ayu je nmpk :)

Alhamdulillah dunia blogging ni ada gak rezekinya kan...

Buat blogger kella semoga dilimpah ruahkan rezeki utknya...amin

Aisy Nasiha said...

Bagus ya produk Qaseh tu? Akak nak cuba jugalah nanti. Asyik rasa letih je.. sedangkan kita banyak keje nak kena buat.. kalau dapat kurangkan letih bagus la..

Payah sekarang kan? Kalau nak tukar duit mmg kena ke bank negara. Aritu penah akak bergaduh dengan staf bank islam, dia tak nak layan. Geram rasanya..

Moga ceria dan sihat sokmo Lya.. moga berkat ramadan ni akan berikan kegembiraan dan kesihatan utk Lya

syawalsimpsons said...

macam2 ada kat cerita lya kan..seronok tgk lya dah senyum, sihat ni

permatabiru said...

duit terkoyak klu 5 rgt pun dah susah hati inikan pula 50 henggit..nasib dah selamat di gunakan hehe

inazamri said...

murah rezeki lya.sedap ke aiskrim goreng tu?akak tak penah beli lg

salwana nordin @ che'wa said...

aloloooo..pandai asya suh mama possing mcm tu ye :)

amirah said...

hihihi...pandai asya suruh mama posing ye...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

alhamdulilah suke tengok Lya dah sihat macam ni :) saya pun pakai tudung bawal fareeda (konon) tu sebab labuh tutup dada :) ...

Fazleyatul Aini said...

kene p bank negara je ke
kalau tak silap saya pernah p maybank tukar duit koyak
tak tau la skrg dah tukar rules kot

Fazleyatul Aini said...

kene p bank negara je ke
kalau tak silap saya pernah p maybank tukar duit koyak
tak tau la skrg dah tukar rules kot

Dayana Bahar said...

mcam wajah baru je blog ni eik.. nuffnang akak rm100++ tak amik pun lagi hehe

Lynda Che Lah said...

lama tak tgk Lya..hehe..
selamat berpuasa..mmg nak beli aiskrim goreng tu tp sikit sgt kan dgn harga yang begitu..buat sendiri pun mcm mudah kan..dan yang penting..murah..

Mummydearie said...

Aiskrim goreng tu kalau tak silap saya memang harganya RM9.90. Saya rasa nak cuba tapi macam tak berbaloi pulak:)

Saya sendiri baru tahu duit rosak boleh ditukar di Bank Negara. Selama ni memang tampal dengan selofan tape aje :)

hainom OKje said...

Tahniah Lya.... banyak rezeki masuk nampaknya bulan pose ni yeh...
Aiskrim tu okje pernah gak beli...pakai roti jer pun kalau nak buatkan mcm senang tp tulah.... nak buatnya malas hehe

eima said...

alhamdulillah janji lya dah bertambah sihat .... tak sabr nk bc lagi cerita2 lya ...

jaja_NorLiza said...

selamat berpuasa lya..cerita ringkas sbb byk cerita dalam 1 entry ek??
senang hati tgk pic lya happy..jaga kesihatan...semoga sihat sokmo deh!

Chic Na said...

betul tu.. lama tak tengok lya.. :)

dhiera said...

satu entri macam-macam cerita.

lama sangat saya tak singgah sini.
semoga terus sihat ye lya. selamat berpuasa. kite tengah buat contest ni. jom lah join!

Khai♥Rin : anies said...

sama2 ;-)

mmg tu harganya RM9.90...skrg da jd rm10.90 better wat sendiri

*∽ IZAN ∽* said...

wow menarik jugak eskrem nestle ni. rasa nak try simpan stok jugak time posa panas2 ni buat berbuka mesti sedap hihi

COmey mama Asya.. muda jelita lagi hihi

ANIM said...

kak beli juga aiskrim tu utk si abdul. memang murah wat sendiri tapi dari segi bazir tu je yg kak beli siap sebab sekali makan 2 sahaja.. heee..

Kopiolimauice said...

dah rasa ari tu sedap jugak ice cream goreng tapi tak sure hrga nya bapa coz adik yg beli...huhuhu comel je asya soh mama dia posing ek

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
ada baca psl testimoni qaseh gold ni.. dan ramai yg ckp bagus.. alhamdulillah..kalo serasi dgn lya, blh teruskan..
hihi..mama kena pakse.. comey sokmo mcm asya jgk.. :p

QasehnyaRania said...

alhamdulillah rezeki berblog ..
smga serasi dgn lya la kan..
kan dh kena pakse.. hihi..

Mimi Azirah said...

betul tuh..buat eskrem sndri.lg bagus kan..jimat pun jimat