Friday, July 18, 2014

Ohh... My Cuti !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
 Asal letak title oh..my weekend ! Terus tukar oh..my cuti sebab combine terus xtvt cuti weekend baru-baru ni & cuti sempena Nuzul Al-Quran.
 
12.07.2014
Hujung minggu yang padat. Semua nak settle hari tu.. basuh baju, iron baju kerja untuk seminggu. Iron baju asya.. Nak rehat pon hari tu jugak. Tapi sejak bulan Ramadhan ni, setiap hujung minggu asya pergi kelas tuisyen dari pukul 10.30am-12pm. Lepas raya ni, ikut jadual lama iaitu setiap malam Isnin & Rabu. Hari-hari biasa memang saya akan memasak lauk untuk berbuka. Wah... macam mimpi.. Kelmarin jiran ada datang, " eyhh... dah boleh masak ke?" .. Alhamdulillah, berkat bulan mulia ni.. setiap hari saya memasak, cuma hujung minggu memang berbuka rumah MIL & adalah sekali dua berbuka kat luar. Dah settle semua kerja rumah, lepas Asar gerak tengok progress rumah dulu..lepa tu terus ke rumah MIL. As usual, masakan MIL memang best2. Weekend lepas, MIL masak gulai tempoyak ikan patin , gulai lemak cili api udang galah , ikan keli goreng & banyak lagi. Serius terangkat, esspecially gulai tempoyak ikan patin. Bertambah makan nasi.
 
Lama dah tak posong-posing dengan asya macam ni.
Sebelum ke rumah Nek ma, sempat lagi posing seposen dua.. hehe
 
13.07.2014
Sabtu minggu ke-3, saya bekerja macam biasa.. Huhu..paling tak suka keja hari weekend. Tapi hari weekend santai-santai je.. Tak larat nak memasak.. Hari ni berbuka kat luar

 
 
Berbuka kat Restoran Cahaya Mesra Seafood 2,
 pekena sup keting power & sup tulang.
Pic atas ni saya crop muka saya, sebab tak lawa.. hehe
 

15.07.2014
Sempena cuti Nuzul al-Quran, pagi tu just rehat-rehat. Nak kemana pon x best sebab cuti tengah-tengah macam tu. Cuma hari ni berbuka ramai-ramai rumah mak sedara Fain kat Kerteh. Lepas Asar gerak ke Kerteh..Odwy tu singgah Mesra Mall dulu, cari hadiah untuk anak saudara semepna birthday dia.. Tapi macam biasalah ada jugak sangkut untuk asya.
 
 Prop Aidilfitri kat dalam Mesra Mall
 
 Kiri : Konon nak cari aksesori & skarf rambut asya..Tapi tak jumpa yang berkenan
Kanan : Masuk butik kidz.. terbekenan lak baju ni..

Masuk kedai buku Popular..


Lepas cari hadiah untuk anak saudara, terus bertolak ke rumah mak sedara Fain.
Mil , abang ipar & adik ipar dah sampai. Meriah makan ramai-ramai macam ni. Tapi saya & Fain tak dapat join makan kat bawah sebab bila duduk kat bawah saya susah n sakit nak bangun. Fain tu saje, nak teman bini dia kat atas.
 
Alang-alang berkumpul ramai terus celebrate birthday Eril ( cousin asya ) kat sini.

Alhamdulillah.. diberikan kesempatan untuk merasai nikmat kehidupan ini semula. Bila tengok gambar ni, saya rasa macam tak percaya.. Eyh.. betul ke ni? Syukur saya mampu recover secepat ni. Progress terkini, kaki saya terasa makin kuat. Cuma problem part turun  naik tangga.. Lepas tu mula la sakit. Tapi better daripada hari tu. Selain tu setakat ni saya memang tak leh duduk bawah lagi. Kalo duduk bawah memang kena bantuan untuk bangun. Kalo duk atas kerusi ok, boleh bangun sendiri. Solat pon still duduk atas kerusi. Tak kisah la, kena bersabar. Paling penting saya boleh berjalan semula. Apa yang best, bermula awal Ramadhan aritu, saya dah mula cuba untuk memasak. Alhamdulillah dipermudahkan. Paling happy tenggok Fain makan, memang banyak..macam tak pernah tengok dia makan sebanyak ni.  Asya pon sama, dah banyak sangat makan. Maybe airtangan isteri & mama ni lain kot walaupon tak pandai mana. Yelah.. berapa bulan dah x makan hasil airtangan saya ni.
 
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

37 comments:

Kakzakie said...

Ohh... Lya masih tak boleh duduk bawah ye. Tak apalah janji pergerakan dah tak terbatas macam memula dulu.

Seronok kan makan duduk lantai ramai-ramai macam ini. Sayang Lya tak dpt duduk sama.

syawalsimpsons said...

suke tgk muka lya sekarang..makin ceria

Fazleyatul Aini said...

asya shopping sakan ye

Al-fatihah MH17

Allene said...

lya.. bila lin tgk gambar ni tak sangka, lya boleh sihat sekarang... tabahnya awak... =)

lia said...

akak gembira bler tgk Lya da sihat dr kemalangan, Alhmdlh...

Zuraida Rahim said...

Alhamdulillah.. moga diberikan kesembuhan dan kekuatan...Selamat Hari Raya

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah syukur pada ALLAH SWT..semoga kamu terus diberi kekuatan ya!

Naemah Umi said...

alhamdulillah...suka umi dgr lya makin sihat...makanan yg dimasak dgn kasih sayang oleh org yg tersayang mmg makanan d best in d world... :D

Kopiolimauice said...

Alhamdulillah dah recover kan ;) mudah2an rya ni sihat sepenuhnya...

kayyana said...

Alhamdulillah lya bertambah sihat.. semoga lya sentiasa sihat dan kuatkan semangat... =)

Ema Johari said...

berkumpul ramai-ramai berbuka sangat memerih dan pastinya seronok...Alhamdulillah, perkembangan yang baik..mudah-mudahan Allah berika kesihatan yang baik berpanjangan.

::NureeN:: said...

xtvt penuh ceria...
bahagia punya insan2 yg menyanyangi kita kan lya...
alhamdulillah kesihatan lya makin baik n yg penting dpt kembalikan keceriaan di wajah asya n fain :)

dya said...

a girl nampak kurus sikit yangg
dah dpt angpow eh.

salwana nordin @ che'wa said...

hari minggu penuh dgn kemeriahan ye :)

alhamdulillah kalo bersama keluarga semuanya seronok kan :)

eima said...

mama asya ni pakai dress up anak dara die la .. cantik2 bj

ANIM said...

Alhamdulillah lya..berkat ramadhan. mudah2an syawal ni dapat beraya seperi biasa..
camnapun...asya dah pandai melawa:-))

amirah said...

masakan ibu kan ke yg paling sedap dalam dunia...kan liya? semoga sihat2 selalu

AnneRaini said...

Alhamdulillah seronok tgk lya dah makin sihat. Bab buka ramai2 tu mmglah syok.

Ibu Lala said...

Syok mkn ramai ramai. Alhmdulillah lya dah sihat. Hepi for u.

QasehnyaRania said...

in shaa Allah lya.pelan pelan k. lama lama nnti boleh la tu.jgn paksa.
kirany lya solat duduk ats kerusi la ye.. smga dipermudahkan hendaknya nanti aamiin

meriah kan makan reramai.

Nafira usof said...

Alhamdulillah~ gembira dengar perkembangan positif Lya~ Lya memang kuat!

Asya pon nampak happy sangat~ mungkin sebab mama dia dh sihat semula.

Air tangan isteri/mama tu memang ajaib kan~ walaupon masak simple2 jer.. tetap anak2 dan suami selera makan~

εïзmummyHazaεïз said...

Alhamdulillah moga di permudahkan.. perlahan2 jgn paksa diri..

Masakan kite aka ibu paling best, puas hati tgk husbnd ngan ank2 mkn kan..

Khamsi Abdullah said...

alamak..sedapnya bukak posa ramai2.. :'( puasa tahun ni xdapat balik..kurang bajet.. adeh.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Alhamdulillah..Lya dah semakin sihat...Seronoknye berbuka puasa ramai2 ngan family...

Nurul Says said...

asya.. untie suka la baju asya (rujuk gambar pertama)..pinjam boleh? hihihi

Lily@MamaZaraZareef said...

alhamdulillah..nmpak kesihatan lya dah bertmbah baik..semoga terus sihat ye lya..=)

norhidana miswan said...

mcm2 aktiviti... akak tak sabar dh ni nk balik kerteh... nk supink2 kt mesramall pulak heheheh

BUNDA a.k.a KN said...

Alhamdulillah...dah banyak progress kaki Lya...
Pelan2 nanti berkat kesabaran dan rajin makan ubat ikut nasihat doktor...InsyaAllah akan cepat sembuh...

Coretanhatiibu.com said...

salam,,
alhamdulillah lya dah semakin sihat, kaki dah boleh berjalan, dah boleh masak,, hubby dan anak pun makan bertambah coz hati mereka sangat gembira dengan perubahan lya,, tak lapar pun terasa lapar hihi,, semoga tabah harungi hari2 mendatang ye lya,,selamat berpuasa dan selamat menyambut hari lebaran yang akan tiba,, ucapan minta maaf jika ada salah silap sepanjang mengomen status lya,,,dari http://www.coretanhatiibu.com

fazilzura said...

xpe , take it slow2 key ... muke awk pun dh berseri2.. xlama lg kuat balik ..

meriah nyeeee buke pose ramai2 ..

Syima ~Mama Kyra~ said...

Alhamdulillah..Lya semakin pulih..muka pun dah nmpk semakin ceria dan cantik..syok kan berbuka ramai2..knyg je rasa :)

Masya said...

alhamdulillah lya makin sembuh, makin sihat.. siap dah blh masak.. dah blh berjalan.. alhamdulillah sgt.. selera makan pun dah ada .. nnt raya blh nikmati semuanya.

sy alhamdulillah sihat jer.. cuma pose kali ni bz sgt kat opis tu yg x sempat nak mengarang entry huhuhuhu

Aisy Nasiha said...

Ramai yang mendoakan Lya ni. Alhamdulillah..moga berkat doa semua dan ketabahan Lya, hidup Lyq akan jadi lebih ceria dan sihat ya.. gembira dengan keluarga ya..

Mimi Azirah said...

Alhamdulillah lya makin smbuh n dh boleh pergi sana sini..asya pun dh nmpk happy je

are_lin@yu said...

wahh rjin lya msaka hihi..ayu ni skli ja msk yg len semua param hehe..bez dpt berbuka ramai2 meriah ja rasa..

Mummydearie said...

Alhamdulillah, progressnya memberangsangkan. Takpalah tak boleh duduk bersila di lantai. Akak ni yang tak sakit pun boleh jadi siksa nak bangun kalau berlama duduk di lantai tu :)

Puan Kutu said...

Alhamdulillah lya cepat recover..suka tengok pic lya n asya