Monday, July 14, 2014

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menu 8 Ramadhan baru-baru ni 

Bahan-Bahan untuk Ikan:-
1) Ikan Kerapu/Siakap/Bawal/Kembung
2) Telur Ayam
3) Tepung Jagung

Cara-Cara :-
1) Pecah kan telur & kacau sebati



2) Celup ikan dalam teur

3) Sebelum goreng celup ikan bersalut telur tadi dalamtepung jagung
4) Goreng sehingga garing

Bahan-Bahan Untuk Sos Tiga Rasa:-

1) Cincang Halus
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Cili
2) Cili Boh
3) Sos Tomato + Sos Cili
4) Sos Tiram
5) Gula, Garam, Perasa
6) Perahan air limau lipis @ Asam Jawa
7) Serai - Ketuk
8) Daun Limau Purut
9) Tomato+Lobak dll (Potong halus)
10) Nenas jika perlu

Cara-Cara :-
1. Tumis semua bahan yang dicincang halus + cili boh hingga pecah minyak
2. Masukkan serai+daun limau purut
3. Masukkan sos cili+sos tomato+sos tiram
4. Tumis sehingga naik bau.. Masukkan gula+garam
5. Masukkan sedikit air & perah limau nipis. Ikut rasa hingga ada rasa masam, manis & sedikit masin. Nama pon ikan 3 rasa kan.... Kalo ak sedap bleh letak kiub nenas & sedikit air nenas dalam tin tu. Tapi saya tak letak, sebab just gunakan bahan yng sedia ada kat rumh.

Selepas dah siap, siram kuah 3 rasa atas ikan yang digoreng garing tadi. Selain tu, ikan tu boleh goreng kunyit macam biasa.. Tapi lagi sedap goreng tepung jagung. Ranggup-ranggup je rasa..Pic memang tak gah.. Tapi rasanya ada gah...

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

26 comments:

Fazleyatul Aini said...

sedapnya
baru2 ni p Giant tengok ikan siakap sekor tak sampai RM10

boleh beli ni
keliur pulak tengok ikan siakap kat sini

Kakzakie said...

Kalau kakak memang biasa goreng tak bubuh tepung pun Lya. Asya mesi sukalah sebab tak penas sangat kan..

Naemah Umi said...

Umi br perasan lya komen kat ig pasal sama menu nih hehehe...time puasa ni tekak mmg tingin nk mkn yg rasa camni kan...tukar selera org kata...

Pssttt menu ptg ni dah ada ke...jom share skit kekeke

eima said...

wahhh nanti nk try la .. nampak sedap

Tina Othman said...

baru tau celup tepung haha ingat main goreng gitu je, sedapnya

salwana nordin @ che'wa said...

anak saya alya suka ikan masak ni..

bertambah2 mkn lagi..

sedap ni lya buat :)

Mummydearie said...

Favorite seisi keluarga akak ni, Lieya :) Baru buat hari tu tapi macam nak buat lagi hari nih!

εïзmummyHazaεïз said...

Sodapnye.. smlm baru lps makan siakap 3 rasa kakak biras masak..

~MommyAqilMedina~ said...

Sedapnya nampak..pandai Lya masak..nanti nak cuba lah..hehee

permatabiru said...

baru makan last week siakap 3 rasa..tp mkn kedai je blom rajin nak masak siakap hehe

Nafira usof said...

waahhh.. lain sket resipi kali nih.
boleh cuba nih.. thanks Lya~

Tihara said...

sedapnya menu-menu iftor ni
syukur alhamdulillah :)

NzA said...

Smlm pn akak msk ikan siakap 3 rasa.

Yusmawati Paiman said...

Tak kisah picture tak gah pun, yang penting homemade kan Lya....:)

Mrs Velentine said...

yummy....letak nenas tambah sedap

Syima ~Mama Kyra~ said...

sedapnya..tgk menu ni dah ada idea nak masak apa balik nnt kan? TQ :)

Myra Jay said...

Baru buat semalam Siakap 3 rasa ni punya la teringin nak makan :D

Ibu Lala said...

Anak akk suka ni. Tp bila akk masak x sama la macam kedai buat. Hu hu hu

Fiza Rahman said...

Sedapnya lahaiii. Kecur ailio. Thanks for the resipi lya.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

nampak menyelerakan...boleh cuba ni..^^

Masya said...

sinonim siakap dgn masak 3 rasakan.. sedappnya...

Mimi Azirah said...

thanks lya share resipi boleh try nanti

Sue-Rya Qistina said...

pergghhh...terliur kita tengok masakan awak..hehehe

najiah shaharain said...

yea..nk try la..tq

shariffah sabihah said...

ok..sy nk try esok.. azam sok pgi nk shopping kt pasa keramat. :)

Ella latif said...

Mmmm... sedapnye... nak buat lah ni hari, kbetulan ada yg bagi saya ikan siakap, hihi... rezki anak sholeh... 😀