Tuesday, July 8, 2014

Resepi Tom Yam Kaki Ayam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Bagi sesiapa yang suka makan kaki ayam, boleh cuba menu ni. Kebiasaan, kaki ayam orang buat sup atau goreng berlada je. Tapi, saya cuba ekperimen buat tom kaki ayam, serius sedap ! Ini adalah menu berbuka puasa pada 3 Ramadhan lalu.
Bahan-Bahan :-
Kaki Ayam
Cili+Cili Padi+Bawang Besar - Blender
1 Paket perncah tom yam merah
Serai
Daun Limau Purut
Limau Nipis
Sayur-sayur - lobak, kubis bunga, anak jagung, tomato
Telur Puyuh Rebus - Jika mahu
Garam+Gula
Cara-cara :-
1. Tumis bahan yang diblender tadi sampai garing
2. Masukkan air
3. Masukkan perencah Tom Yam Merah
4. Masukkan kaki ayam + Serai + Daun Limau Purut
5. Masukkan garam+gula+perasa(jika perlu) & perahan air limau nipis . Baru ada rasa masam-masam manis. Memang sedap.
6. Saya biarkan renehan tom yam ni sampai kaki ayam macam pecah-pecah isi. Itu menandakan isi kaki ayam dah lembut & tak pejal. Bila makan memang sedap & x pejal.
7. Last masukkan sayur-sayur
8. Sedia untuk hidangan.
Alhamdulillah..
hidangan 3 Ramadhan lalu. Simple aje.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


34 comments:

Aisy Nasiha said...

Akak selalu juga kalau buat tomyam, masukkan sekali kaki ayam yg ada. Hihi. Malas kan? Memang sedap jadinya masak macam ni

inazamri said...

gud idea lya.akak kalau kaki ayam pun buat sup je.mmg tak penah buat tomyam.lepas ni boleh la cuba.

lieyalatif said...

lieya penah mkn kerabu kaki ayam heheheheh...tapi dieorg dah asing kan isi dari tulang kakinyer....sebenarnye lieya ni tak mkn kaki ayam lya...tapi lutut ayam is my feveret.....

balik ni nak buat tomyam daging laaa...menu berbuka gituuu

Our Story said...

bole try nnt untuk incik hubby kaki ayam feveret dia....

fazilzura said...

KAKI AYAM ?
gluppppp ...

kalau gorg leh laaaa sikit2, tp kalau putih2 gitu larikkk dlu

Fazleyatul Aini said...

saya suka kaki ayam goreng pakai tepung kepsi tu. yang jual kat pasar malam. hihi

Khai♥Rin : anies said...

meleleh ni lya

permatabiru said...

nmpk menarik..sy xmakan kaki ayam hehe

Mrs Velentine said...

nyum3x sedap..hihi

amirah said...

meriah lauk liya..rajinn liya masak

Nor Suhada said...

Good idea ni lya. Selalu su buat sup je.. nak try la buat tom yam

salwana nordin @ che'wa said...

wahhhhhhhh npk sedap tp kt umah saya ni tak ramai penggemar kaki ayam..

nnt nk try mkn sorang2 hhheeeee

Zee Suhaini said...

selalu kaki ayam dok buat sup jer lya..kalo rajin sangat wat la kerabu..tomyam tak rajin lagi do kbuat..boleh terai ni..

Kakzakie said...

Sesekali ubah cara masak dari sup ke tomyam pulak ye Lya...

Chic Na said...

tak reti nak makan kaki ayam.. tp macam sedap.. huhu..

Allene said...

salam.. lya.. nanti PM lin kat fb or email lin detail lya ye... ada gift nak bg.... untuk top comentator...

*∽ IZAN ∽* said...

anak2 jawa biasa suka makan kaki ayam ni... dipanggil 'ceker'... menarik gak tu buat tomyum nyumm nyummmm

maszmadi muhamad said...

sedapnyer tomyam tu.....
erm, kerabu kaki ayam pon sedap...

Irfa said...

kerabu kaki ayam pun sodapppp ;)

Naemah Umi said...

Umi tak mkn kaki ayam tapi bila tgk resepi ni cam nak try je...rebus lelama kasi empun mesti sedap kan

εïзmummyHazaεïз said...

Dah dapat resepi utk ptg ni. Kite share ekk hihihi

Mummydearie said...

Akak tak lalu kaki ayam ni, Lya tapi tomyam tu memang suka bangat :) Selalunya buat tomyam seafood/ayam/daging sesaja.

lia said...

he3 teringat pada my sister... kalau nmpk kaki ayam atas meja, lari lintang pukang, sanggup x makan ;p

eima said...

tak penah lg cuba tomyam kaki ayam slalu sup je .. tu pun dh lama tak mkn ... lbh kurang lbh dr 12 thn huhu ...sejak dah tak dok ngan family ..dh pindah kl .. mak dah tak de .... dah tak mkn dah .. sbb Family in law tak mkn .. so hubby pun tak mkn ... so ai pun tak la mkn ... huhuhuhuhu rindu nye

dya said...

yangg,ari tu berbuka tomyam kt umh arwah mak pun menu nih.tapi makan x puas lah.nmpk entry kamu cam nak return plk..adehhhh !!

Kopiolimauice said...

saya suka kerabu kaki ayam penah mkn kt kelantan mmng sedap ;p

ANIM said...

kak pun masuk juga kaki ayam dalam tomyam kak..
biar sampai empuk betul...sedapnya.

Bbwana adienia said...

fuh, mesti sedap ni..sya pun penggemar kaki ayam..masak kunyit pun sedap..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
tom yam kaki ayam?
pertama kali tgk resepi ni..
selalu buat sup aje.. hehe..leh la try! :)

QasehnyaRania said...

kaki ayam buat tomyam mmg sedap.saya suka buat tomyam berbnding sup.. sbb lagi sedap kot tomyam kaki ayam dgn rasa pedas, masam tu..

Zefa NorAsmara said...

Feberet anak akak yg bongsu kaki ayam ni. Tp tak semua orn makan kan?

Mimi Azirah said...

sy xmkn kaki ayam

Ibu Lala said...

Akk suka makan kerabu kaki ayam

Masya said...

tom yam sentiasa di hati ... sedappnya kaki ayam masak tom yam