Thursday, August 28, 2014

Sambutan Raya Simple & Sempoi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

OK, janji.. ni last part cerita raya. Alhamdulillah sekarang dah masuk bulan Zulkaedah

Macam biasa, setiap tahun selalu buat jamuan raya kat pejabat. Cuma tahun ni serba simple & sempoi. Just sambutan dikalangan staff pejabat aje. Lagi pon kita orang collect duit sikit sorang & berpakat masak sama-sama. Cuma saya, just beli & potong buah tembikai sebijik.. Kah..kah..kah.. Jamuan raya pejabat diadakan pada 19.08.2014 lalu.Kat ofis kita orang memang macam kat rumah ye.. Kasut simpan kat rak kasut tingkat bawah.Jadi memang xde la pakai kasut dalam ofis. Lets picture talk...

Menu utama, Nasi Minyak+Ayam Merah.
Menu sampingan, laksa penang, sate+nasi himpit, rendang+lemang, spageti Bolognese,.
Pencuci mulut, tembikai saya..hahaha, triffle, kek secret recepi & kuih raya.

Tahun ni xde photoshoot sangat cam last year..
 just ambik gambar sendiri2 guna HP jek. Takpelah, ade gak kenangan.
Pastu masing-masing duk share pic kat whatsapp.
ececece.. ni background last year punya..
Mujur tak buang lagi..Boleh posing2.. Feeling ala-ala princess konon.
Dress yang saya pakai ni "Dress Alicia Sequin Light Tiffany Blue"  koleksi ke-2 dari ZAWARA.COM. Sebelum ni pernah beli dress Alicia Bold. Serius, memang puas hati dengan dress dari zawara. Cutting tak besar & tak kecik. Bila pakai selesa je. Yang penting material dia cantik & harga sangat berpatutan. Patutnya nak beli sebelum raya aritu, malangnya yang saya nak out of stock. Ni bila restock balik..terus grab. TQ buat bestfriend sebab belanja dress ni. Yang kelakar pagi tu saya tanya asya "comey dok mama..macam princess kan??" Pastu boleh asya jawab " huhhh..dok comey..mama dengki adik ar tu pakai baju princess..nak tiru r tu".. Haha..asya jeles tengok saya pakai dress gini.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, August 27, 2014

Ayam Peri-Peri

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 Ni sebenarnya sambungan cerita selepas balik dari majlis pernikahan sepupu Fain di Dungun bulan Februari aritu. Dah lama dalam draft, tapi tak sempat publish sebab terlantar koma kat ICU bulan 3 aritu. Alang-alang dah cantik dalam draft, teruslah publish kan. Eyh,, Nando's ni produk Yahudi tak???

Otw balik, singgah kat Mersa Mall, Kerteh. Kebetulan Nando's baru dibuka kat sini. Nak jugak ngetest.. 2 hari berturut-turut singgah kat Nando's ni otw balik ke Kemaman. Hari pertama tu just saya & famili kecik saya. Keesokkannya, adik Fain tumpang saya ke Dungun..otw balik dia ajak singgah & offer nak belanja kat Nando's. Katanya nak beli sendiri tak reti.. hehe. Boleh gitu?

31.01.14
Nando's Mesra Mall
Ni sebelum bertolak ke majlis pernikahan sepupu kat dungun.

Dekorasi Nando's Mesra Mall

 My Cinta Hati ;-)

 Alhamdulillah.. kenyang. Haha.. dengan ini, kami bertiga
 "BUAT PERTAMA KALINYA MRASMIKAN AYAM PERI-PERI".
Kesiannnnn....

01.02.14
Nando's Mesra Mall

Keesokkan harinya... Rezeki, adik Fain belanja lagi  kat Nando's. Dia yang beria ajak, sebab nak order tak reti.
Asya makan roti boy jer

 Inilah kali terakhir saya jejak kaki di Mesra Mall sebelum excident. Sebab lama sangat entri ni terperap kat draft, saya memang dah lupa ingatan apa2 cerita yang saya nak tulis. Sebab dah ada kat draft ni, publish je la.....

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


Tuesday, August 26, 2014

Sambutan Aidilfitri Pra Sekolah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 14.08.2014 yang lalu, ada sambutan raya di sekolah asya. Sehari sebelum tu, balik kerja terus ke bandar cari tudung untuk match dengan baju raya dia. Sebenarnya nak cari jenis shawl..tapi xde saiz budak kecik. Tup..tup beli je tudung ekspress. Lepas tu beli kek sebijik siap tulis "Selamat Hari Raya" . Tapi lupa plok nak snap pic kek tu. Kuih raya kat rumah tinggal habuk je. Fikir-fikir daripada beli kuih raya baik beli kek sebab rasanya budak lain semua dah bawa kuih raya. Lagipon kek kenyang sikit nak makan pagi-pagi tu.

Malam tu bersiap iron baju bagai. Pagi tu punyalah bersemangat bangun pagi.. Nak raya kat school katanya. Kalo tak bercinta nak boleh ke mandi. Pagi tu memang clear je.. Cuma duk kalut, sampai part pakai tudung tak nak pakai tudung ekpress yang dah beli tu. Nak belit-belit jugak. Alih-alih pakai je halfmoon mama yang sedia ada. Satu penyeksaan jugak, halfmoon ni dah la besar untuk dia yang kecik ni..kain shiffon plok, semestinya lembut & licin. Awal-awal saya dah imagine, camner rupan dia bila balik school nanti.. Dah pesan awal-awal, kalo tudung comot, terus cabut & simpan dalam beg .

Muka ceria pagi tu..
Setelah bercinta nak membelit ni, akhirnya dapat hasil camni.
Ok la tu, nak belit sangat kan..

Sampai mama lak pakai "dok juruh aroh" belit tudung.
Nak cepat, masa habis duk alter tudung asya je.

Masa hantar kek kat kelas dia,
sempat gak ambik pic asya & kawan-kawan dia

Alahai..anak mama paling kecik dikalangan kawan-kawan dia.
Next year, dah tak jumpa kawan-kawan ni sebab asya dah dapat sekolah "Kluster".
*
*
*
*
*
SEPERTI YANG KUJANGKA TERJADI
*
*
*
*
*
tudia......
pic ni papa asya whatsapp masa ambik dia kat sekolah
Aduyai...tergelak besar mama.
Kesian pon ada... tapi kelakar sangat la sayang.
Kata asya " kakak darjah 1 baiki tudung dia"

Pergi school & Balik school
Ok lepas ni, kalo anak aktif pakaikan je tudung ekpress..
Baru selesa & mudah. Xdela jadi camni.. Mesti asya tak selesa..
Huhuhu..kesian anak mama.. tapi kelakor sangat!

Ni tudung ekpress yang saya beli. Kaler cantik..kain pon lembut sangat
Arhhh..nyesal mama sebab ikut sangat cakap asya.
Tudung ni harganya RM22.00, tp orang kedai bagi harga RM18.00.
Pastu saya mintak kurang lagi harga RM15.00, pastu budak tu kol tokey dia..
Skali dia cakap, "kak..tokey bagi harga 10 riyal (RM10)" . Hahaha... Rezeki asya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, August 25, 2014

Kekal Hingga Syurga : Ana + Nuwa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari raya ke-6 yang lalu sempat luangkan masa untuk hadir ke majlis perkahwinan Ana, ex budak praktikal kat ofis saya sekitar tahun 2011-2012 dulu. Masa dia praktikal dulu, dia banyak ikut saya naik kapal & buat survey report. Hubungan kami memang kamceng. Sampaikan dah habis praktikal hingga sekarang kitaorang selalu ber-whatsapp2. Kadang2 saling meluahkan masalah. Selalu outing sama-sama. Sekarang dah jadi kawan plok. Alhamdulillah memang meriah majlis dia orang. Ramai sangat yang hadir. Paling suka sederhanaan dari segi pelamin, mekap & pakaian.. Semua sederhana tapi sangat sweet.

 6 SYAWAL 1435H
SABTU, 03.08.2014
Amin..
Moga kekal hingga ke syurga

Ana+Nuwa
Alhamdulillah. Akhirnya selamat menjadi pasangan suamisteri.
Semoga tabah & sama-sama sepakat mengharungi kehidupan berumah tangga.

Asya + tatak ana & abg nuwa

Tumpang menyelit sekaki.
Apesal nampok pelik je ambe.

Masa sampai tu dia orang bersanding.
Sebenarnya bukan bersanding pon, sekadar ambil gambar kenangan kat pelamin.
Dia tak buat majlis bersanding+menepung tawar dll.

Macam biasa..
berejam la tunggu dia buat karangan

Lepas ke majlis ana. Balik rumah dulu. Lepas tu bertolak ke Mesra Mall.
Kononnya nak layan movie, Gurdian Of The Galaxy. Sampai turn nak beli tiket, tinggal 2 je lagi seat. Tu pon jauh-jauh. Terus tak jadi tengok. Sebenarnya tak kisah pon kalo tak tengok, just nak isi masa asya sebelum start sekolah.

Last terus ke food court, isi perut dulu.
Ni muka tak puas hati.. bila nak snap je dia wak muka gini

Pekena nasi asyam + aiskrim

Anok mamapapa

Lepas dah kenyang perut, masuk kedai buku Popular.
Sebab dah janji kalo dia boleh membaca dengan lancar baru nak beli buku cerita panjang2.
Alhamdulillah, asya dah boleh membaca dengan lancar..Tak yah nak eja-eja lagi.
Pilihan dia, koleksi cerita dongeng. Ada banyak cerita dalam tu. 
Lepas ni nak beli buku kisah-kisah nabi lak.

Balik tu singgah rumah abang Fain. 
Macam biasa setiap tahun, saje buat xtvt "kita tengok sape yang kena". 
Dalam angpau ada yang berisi RM1-RM10. Sape dapat mujur la. 
Last year ada sampul RM50.Duit raya dah bagi pagi raya, Ni cuma xtvt suka-suka.

Alhamdulillah..dia semakin rajin membaca. 
Kadang-kadang duk saje dalam bilik memang dia baca buku.
Saya pon dah janji, habis 1 cerita dapat 1 hadiah. Bagi semangat kat dia.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, August 22, 2014

My Small Castle

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Last weekend (15.08.2014), sempat melawat kawasan. Dah lama tak tengok progress rumah. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki untuk memiliki rumah sendiri akhirnya. Walaupon sekadar rumh teres aje. Tak pe la, atleast ada tempat tinggal . Rasanya memang tak de beli dah rumah lain lepas ni, tak nak banyak sangat komitmen & nak hidup dengan tenang tanpa bebanan hutang. Cukuplah rumah ni peninggalan untuk asya, lagi pon dia sorang je anak mamapapa. Rumah pon dah start bayar start bulan 3 aritu, cuma tak full payment lagi. Bila dah siap sepenuhnya, baru bank akan tuntut bayaran penuh bulanan. Setakat ni bayaran ikut % progress rumah.

Blok mengadap rumah saya.
Dah hampir siap proses mengecat

Ni blok rumah saya..
Masih dalam proses mengecat

Masa ni hujan rintik..
rela tu .. hehe

Ni ruang tamu.
Kecik je, saiz standard rumah teres 20x70

Porch kereta. Bagi saya agak luas.
Ada rezeki boleh renovate rumah, sambung ruang tamu .

Bahagian dapur. Siap kabinet, tapi pintu kabinet still tak pasang lagi.
Kat bahagian belakang ada kabinet untuk memasak.
OK la tu kabinet ni sementara ada rezeki buat kabinet lagi cantik.
Insyallah, ada rezeki kat sini akan dipecahkan & anjak kebelakang lagi.
Just planning..buatnya entah bila.. Tunggu betul-betul ada rezeki. Insyallah.

My Small Castle
Asya asyik tanya bila rumah ni nak siap.
Tak sabar nak duk sini.

Insyallah jika tiada halangan, tahun ni gak memang siap. Tapi maybe next year baru dapat kunci. Start awal tahun depan dah nak beli slow2 kipas & lampu2. Takut nak beli sekarang, buatnya terkena banjir besar bulan 12 ni.. Huhu.. Dah tak sanggup.. Dalam sejarah hidup 60 tahun, tiba-tiba Kemaman dilanda banjir yang dasyat last year. Kuasa Dia semua.. Seandainya banjir lagi, mudahan kat kawasan rumah saya ni tak dilanda banjir, kalo tak xde semangat lah nak beli barang. Last year, alhamdulillah, perumahanan ni tak kena banjir. Cuma kawasan sekitar. Tapi mudahanlah, tahun ni xde dah kena banjir besar macam last year. Tak sanggup hidup merempat & kebulur. Nak makan nasi+telur ayam pon susah. Lepas hampir seminggu baru merasa makan nasi lauk telur mata. Sadis sangat saat tu. Terputus semua bekalan makanan. Air mineral botol kecil tu pon jual cecah rm8.00 . Dengan bekalan elektrik & air terputus.. Huhu..


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)