Tuesday, August 5, 2014

Cerita Penghujung Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Fuhhhh.. akhirnya rutin back to normal. Setelah hampir seminggu bercuti raya, akhirnya harus kembali ke pangkal jalan. Ok, waktu kerja normal bermula 8.00am-4.45pm. Betapa pantasnya masa berlalu, pejam celi pejam celik dah nak masuk pertengahan Syawal pom. Insyallah, bermula Selasa ni nak mula puasa 6 sekaligus ganti puasa Ramadhan disebabkan ABC selama 6hari. Ngam-gam tu. Mood agak lemau sikit. Sebelum kongsikan nostalgia hari raya 2014, nak share dulu beberapa nostalgia di penghujung Ramadhan yang lalu.  Alhamdulillah, berakhir sudah Ramadhan.. Rasa macam cepat je masa berlalu.. Semoga diberi kesempatan untuk melalui Ramadhan yang mendatang.

19.07.2014
Majlis berbuka puasa anjuran company Mr. Fain .

24.07.2014
Last day kerja sebelum cuti raya
Hari last tu terima parcel dari Poslaju..
Ada macam-macam pemberian daripada blogger Allene.
TQSM dear ;-)
Hari yang sama juga terima parcel dari Blogger Yana Ibu Amir.
Satu-satunya kad raya yang saya terima tahun ni. Fuhhh..sadis sungguh.
Terima kasih jugak untuk angpau raya buat asya ye.

Berbuka puasa kat luar. Memandangkan saya diberi cuti ABC, jadi mudahlah.
Ni last pic akhir sebelum potong rambut asya. Bandar Cukai memang jem giler bila bulan Ramadhan. Kalo tak memang x dapat la parking, sebab tu kena berbuka puasa kat area situ jugak.

Kenangan potong rambut asya kali ni amat sadis.. Kononnya saya nak potong rambut asya style macam last year tu. Pegi dekat kedai rambut yang sama, cuma tukang guntingnya orang lain & macam budak baru. Dengan muka masam cetummm. Bila bagitau style rambut asya yang saya nak dia macam nak marah.. Aikkkk??? Hairan. Saya ni plok jenis x reti nak lawan-lawan.. Ermmm ikutlaaa.. Tapi sangatlah tak puas hati, sebab rambut asya memang senget2. Disebabkan tak puas hati, keluar je dari kedai rambut tu, saya terus ke kedai rambut lain. Saya mintak alter semula rambut asya. Tukang gunting tu pon terkejut tengok rambut asya yang senget2 tu. Pic kat atas ni, kat kedai rambut ke-2.. Adik ni tolong alter rambut asya elok2. Tapi memang dah jadi terlalu pendek bila dibaiki. Mama sampai lupa nak ambik pic lepas keluar dari kedai yang pertama tu.

Rambut baru setelah di-alter

Spek mata baru beli kat kedai mama kawan asya

Spek mata yang dia mula-mula pakai.

Asya request nak makan Wafer Ice Cream kat A&W.
A&W nostalgia zaman kecik-kecik dulu..Main dalam gelongsor burger. Dulu-dulu mana ada lagi KFC dll.

25.07.2014


Sebelah pagi bersiap nak ke bank.. Ada urusan sikit. Tapi sayangggggg..semua sistem offline. Plok doh ! Dah la hari ni je peluang, kalo tak kena tunggu selepas raya la plok.

Gaya rambut baru
Walau sedikit frust...takpe la asya... comel jugok ni.

Dah lupa sebab apa asya ber-emosi ni.
Tapi kalo tak silap sebab kena paksa senyum dengan mama..
ha.ha.ha

Sebelah petang.. hari ni berbuka puasa bersama family in law..
Sementara tunggu papa posing-posing dulu.

Asya & Adik Khalis

Layan anok-anok wek ber-monopod.
Saya pon ada monopod, tapi tak berminat nak guna.
he he he

26.07.2014

Sehari sebelum raya... keluarkan kamera yang dah lama terperap.
Nak testing-testing dulu. Tapi sayanggggg.. kamera saya rosak "flash". Tapi mujur still boleh guna tanpa "flash". Lepas ni nak kena bawak baiki. Skrin dia pom macam nak jadi hitam, maybe sebab kepanasan dibiar terlalu lama dalam kereta lepas banjir last year. Tapi mujur pic ok la jugak bila snap.. cuma susah sebab nak kena setting sokmo ikut keadaan sekeliling.

Ini cerita malam raya...
Weols malam raya baru balik kampung. Jaraknya lebihkurang 15min naik kereta. Fuhhhh letih tersangkut dalam jem.. keh..keh..keh...

PRESENTING

Baju raya asya.. Patch lace tu saya jahit sendiri sebab tu tak cantik & tak kemas.
Tangan xde seni.. Tema sedondon tahun ni Purple Manggis + Tiffany Blue. Tapi, mesti ada yang dah tenggok pic kat IG kan? Warna yang tak dirancang.. cuma kebetulannya baju yang saya tempah untuk majlis kahwin cousin kaler purple manggis tak sempat dipakai sebab eksiden. Cuma lepas tu cari kain kosong warna seakan dengan baju saya untuk baju melayu papa & baju asya. Kalo ikut plan asal dulu-dulu nak kaler "PEACH".Takpe, kita postpone ke next year. Insyallah. 

Songkok & Songket
Kain songket original Terengganu ni merupakan salah satu hantaran kahwin dari saya untuk Fain 8 tahun lepas.Alhamdulillah, sampai ke hari ni still elok n nampak baru. Lagi suka, pemberian saya tak sia-sia sebab memang setiap tahun Fain menggunakannya bila tiba hari raya. Songkok ni pom rasanya songkok yang Fain pakai semasa hari pernikahan kami. Maknanya usianya dah 8 tahun

nah..belanja dulu sekeping

Entri penutup untuk kisah Ramadhan kali ini. Semoga dipanjangkan umur untuk melalui Ramadhan yang mendatang. Hasrat saya nak solat Tarawih kat masjid tahun ni tak kesampaian disebabkan keadaan saya. Mudahan pada Ramadhan akan datang saya berpeluang untuk menunaikan solat Tarawih secara berjemaah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


36 comments:

Semut Senyum said...

Aisha... comey potong rambut pendek... nampak fresh... mmg terserlah kecomelan dia.. potong kat kedai mana tu? yana ke? nampak muka mcm member along je...

Lya.. Selamat hari raya aidilfitri... Maaf zahir & batin... =D

permatabiru said...

selamat hari raya cantik lace tu..sy pun jahit sendiri untuk anak..hehe

**terima kasih..sy dh beli lace di kedah..mcm lace lya tu..hehe

~MommyAqilMedina~ said...

Banyaknya gambar..semuanya ceria bila dapat buka puasa kat luar kan..makanan pon banyak..Alahai Asya..kenapa nangis tu?sedihnya tengok muka dia..rambut baru dia style..cantik..suka auntie tengok..hehee

- AZIE - said...

cantik rmbut baru asya...comel sgt nmpk!

syawalsimpsons said...

selamat hari raya..cantik lya jahit tu..tak kemas tak pe, janji tahu hasil kerja kiter kan...

Kopiolimauice said...

cantik la warna purple manggis tu huhuhu slmt hari raya Lya...

Cho Zila said...

selamat hari raya... ooo belum der gambar raya lagikan.. takper kita pelan2 keluarkan ... seronok berkumpul sebelum hari rayakan.. dapat berbuka puasa bersama2...

maszmadi muhamad said...

seronoknyer dapat berbuka ramai2.....
cantik je patch lace tu, janji buat sendiri kan.....

Zuraida Rahim said...

Selamat Hari Raya....panjang betul entri penutup Ramadhan ye..

lovely said...

SElamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin..
comel asya..

amirah said...

cantik jugak kaler tu liya....selmat hari raya yer..

Ena said...

*_*

Mummydearie said...

Selamat Hari Raya, Lya. Mood baru nak mari ni sebab baru start kerja. Entri pra-rayalah dulu. Gambar raya pun tak semuanya ada dalam tangan :)

Nasib baik dapat 'diselamatkan' lagi rambut Asya. Apa punya kedailah kita minta style yang kita nak boleh buat muka cam tu pulak...

Chekgu Azrine said...

Cantikla warna tema lya tahun ni..berkenan sgt..blhla cuba bt nti utk next raya pnya tema..

Hanis Azla said...

As-salam lya..

Salam aidilfitri..

comel aje asya berambut pendek.. rambut fesyen tu sesuai dengan muka dia.. akak doakan lya terus diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan hendaknya.. insyaALLAH..

Kakzakie said...

Kakak tumpang gembira sebab Lya nampaknya dah bertambah sihat dah boleh jenjalan dgn Fain & Asya...

eima said...

inshaaAllah lya ... saya sentiasa doakan awak ....

asha comey ... buat fesyena pe pun cantik sbb rambut jenis lurus dan lembut ...

Coretanhatiibu.com said...

Assalamualaikum

hai lya, asya,,
selamat hari raya maaf zahir dan batin,, canik baju lya tu, warna fabret saya purple and blue hihi,, rambut asya nampak cantik, serius saya tak bohong, saya suka rambut belakang dan tepi asya tu, untuk asya selamat kembali kesekolah ye sayang,,

Etuza Ezawarna said...

wah hebat2 kenangan di penghujung ramadhan...apa khabar ya..semoga ceria di hari raya...

Etuza Ezawarna said...

hebat kenangan penghujung ramadhan ..apa khabar moga ceria bersama anak keluarga tercintai..

kayyana said...

sayangnye.. mesti frustkan bile tgk rambut asya mcm takjadi... sayangnye... selamat hari raya lya... seronok tgk lya happy sambut syawal bersama keluarga... =)

Nad MamaZN said...

selamat hari raya lya
moga kita sama2 dipertemukan dgn ramadhan akan dtg...
saya pose nam ari kedua ni huhu

jaja_NorLiza said...

stlo asya ngan rambut baru...cute! cepat2 hapdet cerita raya...dok sabo!

AnneRaini said...

Selamat hari ry lya..xde mood lagilah nak citer psl raya..hehehe

hainom OKje said...

Macam macam cerita dalam satu entry.... puas tengok gambar hehe...
Comel jugak walau rambut pendik...tetap boleh Raya kan Asya....
Cantik posing satu family dengan baju raya bawah sekali tu

eB said...

cantek la purple ngan tiffany blue tuh.... tema taun depan kami la kot.... boleh? he3

Khai♥Rin : anies said...

Knape lya xgunting je rambut pompuan tu? Ish geram plak sy dgr

Etuza Ezawarna said...

ceria ya..tahniah

Diana Rashid said...

cantiknya baju raya..:)

Qaseh Vee said...

masih nampak kemas wpun pendek ... lawa baju klu berdiri lagi cantik tu ...

Puan Kutu said...

cantik asya rambut pendek..baju raya pun lawa..

QasehnyaRania said...

cntik asya potong rambut pendek.
alolo sian asya nangis kena paksa dgn mama.
sedey benor nangisnya..

Che Rosliza Che Mat said...

kaler baju tue cantik....

Fiza Rahman said...

Meriahnya. Suka tgk. Cantik juga rambut baru asya.

Adlin Mohamad said...

blogger femes gak ni yea banyak dpt kad raya hehehe ..

Mimi Azirah said...

suke tgk tema baju raya lya sefamlily..cantik