Monday, August 25, 2014

Kekal Hingga Syurga : Ana + Nuwa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari raya ke-6 yang lalu sempat luangkan masa untuk hadir ke majlis perkahwinan Ana, ex budak praktikal kat ofis saya sekitar tahun 2011-2012 dulu. Masa dia praktikal dulu, dia banyak ikut saya naik kapal & buat survey report. Hubungan kami memang kamceng. Sampaikan dah habis praktikal hingga sekarang kitaorang selalu ber-whatsapp2. Kadang2 saling meluahkan masalah. Selalu outing sama-sama. Sekarang dah jadi kawan plok. Alhamdulillah memang meriah majlis dia orang. Ramai sangat yang hadir. Paling suka sederhanaan dari segi pelamin, mekap & pakaian.. Semua sederhana tapi sangat sweet.

 6 SYAWAL 1435H
SABTU, 03.08.2014
Amin..
Moga kekal hingga ke syurga

Ana+Nuwa
Alhamdulillah. Akhirnya selamat menjadi pasangan suamisteri.
Semoga tabah & sama-sama sepakat mengharungi kehidupan berumah tangga.

Asya + tatak ana & abg nuwa

Tumpang menyelit sekaki.
Apesal nampok pelik je ambe.

Masa sampai tu dia orang bersanding.
Sebenarnya bukan bersanding pon, sekadar ambil gambar kenangan kat pelamin.
Dia tak buat majlis bersanding+menepung tawar dll.

Macam biasa..
berejam la tunggu dia buat karangan

Lepas ke majlis ana. Balik rumah dulu. Lepas tu bertolak ke Mesra Mall.
Kononnya nak layan movie, Gurdian Of The Galaxy. Sampai turn nak beli tiket, tinggal 2 je lagi seat. Tu pon jauh-jauh. Terus tak jadi tengok. Sebenarnya tak kisah pon kalo tak tengok, just nak isi masa asya sebelum start sekolah.

Last terus ke food court, isi perut dulu.
Ni muka tak puas hati.. bila nak snap je dia wak muka gini

Pekena nasi asyam + aiskrim

Anok mamapapa

Lepas dah kenyang perut, masuk kedai buku Popular.
Sebab dah janji kalo dia boleh membaca dengan lancar baru nak beli buku cerita panjang2.
Alhamdulillah, asya dah boleh membaca dengan lancar..Tak yah nak eja-eja lagi.
Pilihan dia, koleksi cerita dongeng. Ada banyak cerita dalam tu. 
Lepas ni nak beli buku kisah-kisah nabi lak.

Balik tu singgah rumah abang Fain. 
Macam biasa setiap tahun, saje buat xtvt "kita tengok sape yang kena". 
Dalam angpau ada yang berisi RM1-RM10. Sape dapat mujur la. 
Last year ada sampul RM50.Duit raya dah bagi pagi raya, Ni cuma xtvt suka-suka.

Alhamdulillah..dia semakin rajin membaca. 
Kadang-kadang duk saje dalam bilik memang dia baca buku.
Saya pon dah janji, habis 1 cerita dapat 1 hadiah. Bagi semangat kat dia.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

32 comments:

Sayangku Zie said...

Wah kamceng sungguh sampai kahwin pun dijemput... kalau zie dah tentu ingat2 lupa dah ... hehehe
Kita pun raya kelima kenduri anak buah...
Hehehe

mamaarifakeem said...

Sweet colour, selamat pengantin baru buat mereka!

Rajin asya.. arif belum minat gini, ada adik kot, teruja bermain je lebih..hu... ajak main perang2 la, lawan2 la... susun2 la...ngee..

Aisy Nasiha said...

Menarik juga cara hadiah untuk siap baca 1 buku. Boleh dipraktikkan ni untuk Naim juga.. takpe tahun depan kita lak cuba Naim ya..

Semoga pasangan baru ni panjang jodoh dan murah rezeki selalu..tengok ni, rasa berbelah bagi pula akak.. ada juga cikgu ganti di sekolah akak yang ajak ke kenduri kahwin dia, jauh.. ingatkan tak nak pegi je.. kirim hadiah nal jimat kos. Tapi fikir2, macam hubungan lya dan adik tu, kami pun rapat juga. Pantang diajak mmg dia ikut, suka menolong.. ai.. kena pertimbangkan balikla ni..

kayyana said...

Bila asya da besar nanti mesti die seronok baca blog lya.. rajin updated mcm mcm aktiviti...

Zee Suhaini said...

slam senin lya..
ada jugak la aktiviti weekend..sook la asya yer..bagus la rajin membaca..masuk sekolah kan senang..
ni takde gi memana pon..dok umah jerk ternak lemk..heheheee..

Nad MamaZN said...

rajinnya asya membaca
part bagi xtvt bagi duit raya tu aritu tgk ig fynn jamal pun dia buat gitu..sape yg dpt rm10 seronok la sbb sampul yg.lain sume rm1

syawalsimpsons said...

cantik la pengantin

Nafira usof said...

selamat pengatin baru buat mereka..
semoga kekal sampai ke syurga.

suka tgk gambar2 Asya.. macam2 gaya dia buat.. hehehe

Rosmiza Ali said...

Wah! Asya dah boleh membaca lancar ke? Bagusnya.. Elokla dia tunjuk minat membaca.. =)
Rosmiza Ali Official Blog™

are_lin@yu said...

dr prktikal blh jd kwn best nya.lya msti peramah hehe

amirah said...

pandainya asya...bilala ahmad nak betul2 pandai membaca ni...hati dah risau ni..

εïзmummyHazaεïз said...

Mama asya sweet... Hehehe sslamat pengantin baru buat mempelai..

mama ka0ri said...

bagus dah terapkan suka buku dari kecil..go asya go!

Chekgu Azrine said...

Alhamdulillah...semoga trs bersahabat..
Semoga berkekalsn hendaknya..
Selamat pengantin baru!!

Allene said...

pandai dah anak dara kecik tu

Amanda Suria said...

Good gurl asya....nanti mana bg hadiah lg tau....baca byk2 eh..kakak dania lancar membaca masa umur 5 tahun...itupun sbb tadika umur 4 tahun...

Kakzakie said...

Syawal dgn musim org menikah biasalah Lya. Boleh katakan memang dapur kurang berasap kan:)

Bila dah pandai membaca makin seronok membeli buku cerita. Budak perempuan biasa macam itulah Lya...

Sura Mohd said...

sama cantik sama padan pengantinnya..
Bagus terapkan minat membaca dari kecil ni..bagus Asya..kecik2 dah minat membaca..besar nanti mesti pandai..:)

AnneRaini said...

bagus asya suka membaca.. teringat masa sy kecik2 dulu pun suka sgt membaca. kalau keluar beli buku jelah.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Amboiiii Asya, kaler baju sama tema kaler baju pengantin, manissss!!!

Fifi Nadhrah said...

seronoknye tengok asya.. fifi pulak tak sabar nak tunggu ufairah besar..

eMMe said...

Lya.. sori sgt... saya dah lame tak bw ke blog lya..terima kasih lya, coz masih sudi singgah blog me yg tak seberapa.. tgk Asya dah rambut pendek, comel juga.. muka dia sesuai rambut pendek...

NzA said...

Gud girl asya ni. Moga mampu bahagiakn mama n papa setiap saat n ketika.

Lily@MamaZaraZareef said...

Sweet jek pengantin, pelamin pon cantek..^_^

Khai♥Rin : anies said...

barakallahulakuma...

cantik...

ros_reeza said...

selamat pengantin baru buat beliau.. bagusnya, masih berhubung hingga kini :) cantik sangat tema warna baju dia tu :)

Asha Lya said...

tahniah kwn lya..bagusla asya dah pandai membaca dan ada minat mambaca.

Fiza Rahman said...

Selamat pengantin baru buat mereka.

Kopiolimauice said...

selmt pengantin baru utk sedara tu ;)

bagus la mama asya bgi galakan ajar membaca dri kecik insyaAllah bijak

nik ros said...

rajinnyer asya.kecik2 dah rajin membaca.

sal ya said...

semoga kekal hingga ke syurga.

Mummydearie said...

Selamat pengantin baru buat kawan baik Lya tu.

Baguslah Asya rajin baca buku. Lepas ni kalau keluar je mesti nak kena singgah kedai buku. Elok juga mengisi masa terluangkan.