Thursday, August 7, 2014

Nostalgia Aildilfitri 2014 : Cerita 1 Syawal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masih lagi berkisar memori pada 1 Syawal yang lalu.. Disebabkan berpasangan dengan orang se daerah, senegeri, sebandar...cuma berlainan kampung je, jadi tak de masalah bab nak berebut nak beraya mana dulu.Takdelah mermasam muka. Semua bertoleransi dalam membuat keputusan. As usual, malam raya balik kampung (rumah MIL). Jarak perjalanan 10-15 minit je pom menaiki kereta.. Har..har..harrrrr . So maknanya, pagi raya memang bersama family mertua dulu. Lagipon Fain x ramai adik-beradik. Adik perempuan yang sorang tu lak memang every year beraya kat Perak, sebab dia orang balik sekali setahun je & adik Fain stay dengan family MIL. Yang ada just abang Fain & family & adik bongsu Fain yang masih bujang trangg tang tang.

 1 Syawal 1435H
Isnin, 28.07.2014 @ Rumah Ibu Mertuaku

Rutin pagi macam biasa.. paling mencabar siapkan anak daralah. Kena ikut mood dia. Tapi pagi tu dia bangun dengan ceria.. Terus tanya "mama..hari ni ari raya ke??" . Dah bersiap, makan-makan dulu. Saya just makan sate je. 

Papa & Asya di pagi raya


Kecewa dengan rambut asya..
huhu.. xpela yang..tetap comel di mata mama. Skarft pakaiyang sedia ada je

Mama & Asya
Sedondon lak dengan cat rumah..


Time ni abang Fain & anak bini dah sampai
Makan-makan..borak-borak

Kawan-kawan adik Fain.
Kenal since kecik lagi..sekarang semua dah besar panjang

Sesi bersalaman & bermaafan

Pow duit raya dengan pok su

Tok ki & cucu-cucunya

Yang ni isteri abang Fain merangkap biras saya la.Umur tua setahun je dari saya...baru 30tahun..
Tapi untungnya kawen awal, ada anak seramai 4 orang. Yang sulong dah 14tahun & yang bongsu nak masuk 2tahun. 




Posing-posing dengan sepupu sepapat


Family potrait
Just family adik Fain yang pompuan je tak de. Pic tak lawa sebab dslr rosakkkkk..
Huaaa... nak kena baiki "flash". Boleh guna manual je.

With tok ki & nek ma

Mak mertua saya still nampak muda remaja lagi.
Untung jenis tubuh kecik molek. Macamt tok laki ambe..tubuh kecik molek jugak.
Mujur bini tak membesar sangat.

Sebenarnya ada banyak giler lagi pic.Macam-macam pose. Tapi kepeningan nak memilih..Last-last random je la. hehe. Dah siap sesi bergambar, dalam pukul 11am gitu saya gerak ke rumah family saya lak & abang Fain ke rumah family bini dia. So tinggalah MIL & FIL dirumah. Tapi , dalam kul 3pm gitu join MIL & FIL plok konvoi ke Dungun, rumah tok wan (mak FIL). 

RUMAH MAMA

Sibuk main game

Tok ma kiss asya

Muka penat

Let's..poyo-shoot

Bersama mama tersayang..
Arwah ayah dah lama meninggal,sejak saya berumur 5 tahun lagi.. Al-Fatihah.

Bersama adik-beradik. Abang's & kakak.
Saya ada 8 beradik. Abang yang sulong, pagi raya sebelah isteri. Kakak ke-4, tahun ni turn suami. Abang ke-5, tidurrrrrrrrrrr sebab sampai pagi tu & abang ke-7 turn isteri dia. Dan saya yang bongsu sentiasa ada ;-)
Saya still dapat duit raya dari abang.. hehe

Bersama kakak ipar

Legasi Arwah Cikgu Amran

Lepas dah sesi bermaafan & ber-poyo shoot terus konvoi ke kampung mama saya. Ziarah semua rumah mak-mak sedara. Berjumpa sepupu sepapat. Tapi saya sempat sekerat jalan je join, sebab lepas tu join family mertua plok. Adil & saksama walau letih kehulu hilir. Yang tak sempat ziarah tu , samb pada raya ke-2.


Oh my kampung..
Kenangan waktu kecilku bersama sepupu-sepupu & arwah tok wan.
Alahai..nape tak de ambik pic ramai2 ..

Kat rumah arwah ayah saudara. Sampai sini wajib pekena nasi dagang dia yang super duper sedap. Hope nanti ilmu nasi dagang ni turun kat sepupu untuk generasi akan datang
Sebenarnya banyak lagi pic..tapi tak larat nak resize daa...

Pic kat dungun, sekeping pom tak ambik. Syok sangat berborak.
Alhamdulillah, 1 Syawal meninggalkan satu kenangan baru buat kami semua..
Berjumpa & berkumpul..mengikat silaturahim..Moga terus erat ikatan kekeluargaan ni.

Sekian....

Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

41 comments:

amirah said...

ramai adik beradik liya...meriah jugak

::NureeN:: said...

hihiii....
lya dh edit byk gak ni
nureen bru nak start edit utk esok
lahaiii ponin kan
meriah raya lya, yg best sbb bleh merasa raya 1st 2 2 side...

Zee Suhaini said...

besar jugak family lya..

Kakzakie said...

Lagi ramai adaik-beradik lagi meriah sebenarnya Lya..

Seronok kan beraya ramai-ramai.

Rosmiza Ali said...

Meriahnya.. Tak sabar nk baca sambungan cerita raya lya sefamily..😊

Lynda Che Lah said...

wah..meriahnya raya Lya..
tahun ni xda bergambar mcm2..qhalif kecik sgt nak mengendong kamera..hehe

Sura Mohd said...

meriahnya raya..seronok bila dapat berkumpul..
laki bini senegeri senangkan...kejap raya belah sana..kejap raya belah sini..hihi:)

lieyalatif said...

1 syawal yg meriah lya....byk berjalan perut kenyang poket anak pun tebal dpt collect duit raya hehehehehe....

seronok kat sane, siap ade nasi dagang lagi kan.....lieya raye pertama tu raye 5-6 buat rumah semua hidang ketupat nasi ..... cari2 gak kalo ade yg masak nasi beriani ke nasi minyak ke tapi nan adoooo heheheeheehe

jaja_NorLiza said...

best kan raya kat kampung!mak akak tiap tahun nasi dagang tu kira wajib...mmg org kampung menanti nak makan..memang legacy dr arwah nenek...tp anak nya sorang pon tak pandai buat! huhuuu...

Ema Johari said...

seronoknya ada gambar family penuh time raya macam ni..

syawalsimpsons said...

besar keluarga belah lya ye...tp baju lya mmg cantik sgt

lovely said...

Happy Family...

permatabiru said...

gamabar beredit cantik sikit..sy main hentam je x berapa nak rajin nk edit hahaha..
**teringin nak makan nasi dagang

Nad MamaZN said...

lya sama ngan saya.. sedaerah, senegeri.. raya mana dulu pun takpe. pastu tetiap hari dok bergilir pi beraya..penat gak, tp bukan selalu kan?

tp antara saya dgn adik2 (2 org)
saya paling jauh, haha! rumah mak mertua adik2 lg dekat dgn umah hehe

eB said...

canteknya gambor... suka3...

Syima Syaz said...

Wahhh meriahnya raya lya. Cantik sangat baju lya n asya...

Selamat hari raya lya...

Qaseh Vee said...

suka dgn kombinasi warna baju tu ... saya 9 beradik n anak bungsu .bkn setakat ada cucu malah my bonda dah dapat cicit lagi ... seronok kan bila kumpul ramai2 .

☻Eilma Zara☻ said...

alahai.. mama dengan asya sama2 comey. hehee

Zefa NorAsmara said...

Cantik anak beranak sedondon. Kami tahunni tema sesuka hati, xde dondon2. Hihi..

Mimie_Zatun said...

ramainya..
meriah sungguh...

eira eixora said...

meriah raya lya. kami tak bergambar sangat. makan je lebih.

Myra Jay said...

Warna terkois tu menceriakan lagi baju Lya ngan Asya.. memang cantik..
Bekenan tengok :D

Selamat Hari Raya Lya :D

Rizziela said...

Asha & mama sama cute

salwana nordin @ che'wa said...

alahaiiiiiiiiiiiiii..raya lya pun meriah jugak..

seronok tgk keluarga berkumpul bersama2 ye..

asya pun npk comei dan happy..

mmmm malasnya akak nk update blog ni..org lain dah kisah raya keberapa dah hhheeeee

Kopiolimauice said...

seronok kan beraya dapat jumpa sedara mara..

Nafira usof said...

meriahnye raya Lya sekeluarga.
Zura tahun nih turn umah suami. sempat lah pergi beraya umah sedara mara belah suami. semua sedara mara duk dekat2 tuh jugak.. senang. hehehe

Lya.. kes mahkamah zura sebelom nih pon wakil pada lawyer jugak. cuma semalam jer kena datang mahkamah sebab hakim nak dgr kenyataan dr kami sendirik.
Moga perbicaraan Lya berjalan lancar dan Lya mendapat apa hak Lya k~ zura doakan dari jauh.

Puan Kutu said...

macam biasa comel2 dan cantik2 pic raya lya..meriah sgt..

sy tak berapa suka nasi dagang,klu nasi kerabu peberet la..

gambar byk ni pun dh puas sy tgok tau lya.hehe

Puan Kutu said...

macam biasa comel2 dan cantik2 pic raya lya..meriah sgt..

sy tak berapa suka nasi dagang,klu nasi kerabu peberet la..

gambar byk ni pun dh puas sy tgok tau lya.hehe

Ann Ishak said...

alhamdulillah terasa kemeriahannya jugak :)

Tihara said...

comelnya asya dan ibu
salam raya Lya

nuyui a.k.a miss YUI said...

meriah tgk..best!

Mimi Azirah said...

meriah sambutan hari raya ...isteri abg fain sebaya sy la..untungnya ank die dh 4 org..

Mummydearie said...

Oh, ramai juga family Lya. Kalau semua ada berkumpul lagilah ramai. Untung orang macam kita ni yang tak perlu fikir panjang mahupun sampai bergaduh nak tentukan rumah mak mana nak raya dulu :)

Suka warna purple yang Lya pilih ni. Namanya warna sedondon, sama warna dengan dinding rumah pun takpa. Barulah namanya raya :)

Fifi Nadhrah said...

selamat hari raya.. maaf zahir dan batin lya.. cantik lya dengan asya.. pandai asya bergaye..

AdanyaKauUntukku said...

cantik pulak akak tengok combination purple dan biru tuu...

idea idea..heheheh....

selamat hari raya aidilfitri untuk awak sekeluarga..dan maaf zahir batin ye

dakcik said...

cantik pic raya! suka tgk

Khai♥Rin : anies said...

oooo mn aciiiiiiiii da kawen still dpt duit raya lg....;-)

ayu Ismail said...

Meriah raya..yg penting cantik kombinasi wrn biru n purple.tu...

Cinta Misteri said...

Cantik kombinasi warna baju raya

Amanda Suria said...

cantiknya baju kurung asya...beli ke tempah tu Lya...berkenan plak akak tgok...

sal ya said...

walaupun bkn sedaerah dan senegeri... alhamdulillah, tak ada masalah nak balik kampung siapa pun. kampung siapa2 pun boleh.