Monday, August 11, 2014

Nostalgia Aildilfitri 2014 : Cerita 2 & 3 Syawal

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selesai cerita 1 Syawal , so teruskan dengan kenangan 2 & 3 Syawal.
Combine sekaligus senang..

2 Syawal 1435H
Selasa, 29.07.2014


 Bangun pagi macam biasa, mandi-mandi. Rileks-rileks dulu.. lepas tu bersiap. 2 Syawal saya pakai baju kain cotton tribal yang saya jual aritu. Sampai sekarang still ada yan whatsapp & sms tanya pasal cotton tribal ni. Buat masa ni memang saya stop dulu menjual & kalo rasa rajin insyallah akan sambung semula. Tapi rasanya dah xde kot cotton tribal ni, maybe dah corak lain sekarang ni. Kalo saya teruskan semula berniaga kain ni, saya akan buka FB Almari Asya yang baru, sebab FB sebelum ni still tak dapat login. Betul-betul lupa ingatan, tentang p'word tu lepas eksiden. Dalam banyak-banyak pattern kain, cotton tribal & border parsley yang paling laku & permintaan tinggi. Eyhh... dah termelalut cerita plok. Baju ni patutnya nak buat pakai kerja aritu, pom x sempat pakai sebab saya eksiden... fwd jadi baju raya. Asya lak pagi ni pekena baju kurung hadiah dari Nek ma asya. Hari raya ke-2 ni tema "bahang rambang", xde dah sedondon-sedondon ni. Kalo nampak ala-ala sedondon tu memang kebetulan je.

 Macam biasa, sebelum keluar rumah sesi bergambar dulu.

 like girlfrens & boyfrrens
apasal la ada yang ingat kita orang ni couple?
anak plok ingat adik or anak saudara.
Huhu..dah 8tahun pon jadi lakibini ni.

Pose dengan baju pemberian nek ma

Mama & asya

kat rumah jiran

makan-makan...mujur saya still boleh boleh control bab makan-makan ni.
Sebenarnya bukan control sangat tapi entah, sejak lepas eksiden memang saya kurang makan.
Tu yang kurus sikit sekarang. Kurus sikit je.. tak banyak.

Asya & uncle Sham

Adalah dalam 4 buah rumah jiran yang sempat terjah pagi tu. Lepas tu balik rumah. Rehat-rehat & t/hari tu plan nak ke rumah mak-mak saudara/sepupu yang tak sempat terjah raya pertama tu & ke rumah ayah saudara Fain kat Sungai Ular. Siap-siapkan asya, sebab baju sebelum tu dah berpeluh-peluh. Kasut asya last year punya. Tak perlu membazir, sebab still muat dengan kaki asya.

Masa ni dia start buat hal.. Tak nak ambik gambo.
Dia nak ambik gambo orang je. Bila tekan lak tak jadi.
Mula la...

Tengok muka asya monyok & macam-macam mimik dia buat.
Elok je sebut 1,2,3... dia pom wak muka semeweh. Muka protes kena paksa bergambo.
Shawl yang saya pakai ni pon handmade dari blogger ayulina.
Serius best & cantik je bila pakai.

 Odway..

Ni kat rumah salah seorang sepupu yang sempat terjah.
Banyak rumah jugak yang pergi.

Rumah kampung is the best.
2 tahun lepas kot ada photoshoot kat pintu camni memang cantik.
Tahun ni xde, seba kejar masa.

Kat rumah kebun ayah saudara Fain.
Semua barang kat sini buat sendiri. Macam McGyver.
Macam kolam ikan belaan ni pom wak sendiri termsuk air pancut ,
just guna bahan terbuang. Saya pernah cerita kat blog 3-4tahun lepas kot,
pasal ayah saudara Fain cipta tempat mengeram telur &
macam benda yang pelik-pelik kat sini.
Lepas lepak-lepak kat sini, terus balik rumah.

Last potrait pada 2 Syawal.
Sempat lagi tu papa asya, ajak bergambar.. just guna self timing kat kamera hp je ni.
Malam tu just lepak-lepak rumah. Berehat puas-puas.

3 Syawal 1435H
Rabu, 30.07.2014

Plan asal raya ke-3, sepatutnya duk rumah je sebab ayah saudara & sepupu-sepupu dari Shah Alam nak datang. Tapi pagi tu sempat beraya kat rumah bff, tapi lupa lak nak snap pic bersama. Huhu. Masa kat rumah bff tu, dapat whatsapp dari abang Fain nak ajak ke Kuantan, beraya rumah kakak Fain. Budget sempat la jumpa ayah saudara n sepupu yang dijangka sampai petang. So pegi ke kuantan dulu. Duk sana lama gak, sampai rumah dalam pukul 4pm kot. Ayah saudara n sepupu dah balik. Serius frust, sebab lama sangat dah tak jumpa. Petang tu melepak lak rumah MIL sebab ramai saudra mara datang. Tak de ambik gambar pon raya ke-3 ni, cuma sempat la snap pic pagi tu sebelum ke rumah bff.


 My happy family.
Saya pakai baju yang dihadiahkan oleh kakak saya yang duk kat Perak.
Alhamdulillah, rezeki adik bongsu. hehe
 Asya & sepupunya.
Anak abang yang no.7 . Baru balik kemaman dari kampung isteri dia.
Ni dia snap sendiri pic ni. Sedar-sedar ada dalam hp dah..
Otw balik dari Kuantan.

Malam tu, rajin lak dia lukis pic muka dia berambut pendek.
hehe

 Sekian secebis kenangan 2 & 3 Syawal. Lepas ni ada lagi cerita 4,5 ,6 Syawal.. Huhu.Padat sungguh xtvt kali ni. Walaupon kaki sakit-sakit, tapi sebab leh berkumpul ramai-ramai, dapat lupakan kesakitan tu. Letih memang letih, tapi takpelah..bukan selalu boleh berkumpul macam ni.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


45 comments:

Rosmiza Ali said...

Kelakor asya wat muka masa kena paksa bergambor tu.. Sabor jela.. Hehe..

lieyalatif said...

sakan lya berjalan raya....ye laa setahun sekali kan lya...msae ni laa nak pi melawat sanak saudara...asya pun sonok dpt jalan....

tu laa lya tribal ni trend gak kan.... pemes corak kain nie...lagi satu puakumbu pun pemes .... bile dah jadi baju kurung nampak cantik die....

idzwa kamaruddin said...

baca pun tau kemeriahan nyer :)
gembira kamu sihat lyafrina..semoga kamu terus sihat-sihat aje ye.

AnneRaini said...

amboi sakan beraya...raya ni mmg untuk berjalan. penat pun xpe yg pntg ziarah sedara mara.

syawalsimpsons said...

cantik la baju lya yang biru tu..suke lak sue tgk

Deq's Qienz said...

wahhh meriahhh..kite xder pix raya pon..huhuu sedihhhh :(

Rizziela said...

mmglah orang kata couple lg..sebab mama & papa asya mcm budak2 baru habis sekolah..yg penting sweet kan dengan anak dara tu :D

permatabiru said...

pandai asya berposing..comel..

Kakzakie said...

Kalau badan langsing dan kurus memperagakan baju tribal macam ini cantik Lya tapi kalau yg gempal akan kelihatan lagi gempal:)

Nor Suhada said...

Seronok beraya bila dapat jumpa sanak saudara kan ☺

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

wah seronoknya raya jalan2 macam ni :)

::NureeN:: said...

byk pic lya fain n asya
memories kan...
raya setahun sekali
kena snap abis2an
kami byk la jgk, tp byk x jd hahhaa
jaga kesihatan yerr lya, moga sentiasa sihat & ceria

Sura Mohd said...

memang sakan beraya ni..anak dara tu memang pandai posing..suka tengok aksi2 dia..:)

amirah said...

best kan jadi anak bongsu..huhuhu...cantik2 baju asya dan mama dia..

Tihara said...

comelnya asya, lya memang nampak kurus sikit..kurus lawa taw :)

mama ka0ri said...

salam kenal..

sori bertanya yer..eksiden nape yer? baru bertandang ke blog ini..tu yg tanya..huhu..

Mummydearie said...

Cantik baju kurung Lya yang kain tribal tu. Macam-macam aksi si Asya ni, ya. Yalah, penyeri hidup kalau takda gambar Asya memang sah-sah ingatkan Lya dan suami ni masih couple lagi :)

Banyak aktiviti raya kedua dan ketiga tu. Sesekali beraya sakan apa salahnya. Bukan selalu pun.

Falsya said...

comel asya..;)

kite suke baju lya..cantik sgt..kene ngan kaler tudung..

Ibu Lala said...

Akk x de gmbr ry. Hu hu hu

Nafira usof said...

amboiiiii.. kemain penuh xtvt raya lya yer. zura hanya gi beraya umah sedara mana jer. x de jemputan rumah terbuka pon kat kampung.

Kopiolimauice said...

msa raya la kan kita dpt jumpa sedara mara semua ni...Alhamdulillah lya semakin sihat cun melecun lgi tu ;)

Etuza Ezawarna said...

banyak kenangan..rakaman yang menjadi nostalgia anda..ini lah kelebihan ada hcamera..

Chekgu Azrine said...

Raya skli setahun kan ...
So kita pulun!!

salwana nordin @ che'wa said...

wahhhhhhhhhhh rajin lieya tulis raya berpart2 ye..

mmg byk sgt memori disimpan utk kenangan :)

cantik baju tribal..kena dgn orgnya pun :)

Fifi Nadhrah said...

bestnye lya.. beraye banyak rumah.. fifi tak sempat.. tetambah ade baby kecil.. renyah nak terjah banyak rmah dalam sehari..

Ema Johari said...

memang rajin bergambar Lya sekeluarga...kalau akak raya pertama jer...dua tiga empat terus tak ambil pun... baru sedar alahai ruginya tak bergambar ni.

Syima ~Mama Kyra~ said...

Kemain rajin lya ambil gmbr time raya..kita malas nk kuar hp..segan klu tetiba ambil gmbr..kyra lak jns x layan gmbr so xde model nak bgmbr..hahaha...thn ni raya x brp best sb blk kg mertua..kekeke

Yati said...

Wah.. banyaknya beraya ke rumah kawan-kawan dan sedara.
Saya sejak dah balik rumah sendiri ni, tak ke mana, sebab layan orang yang datang ke rumah. :)

Aty_Fared said...

tapi memang cantik kain cotton teribal tu..memang pekenan lak.. kalau keje ni.. memang dah beli dah tuk tempah buat baju banyak2 kan.. :)

eima said...

ni baru betui2 raya byk je pi berjalan ... kami byk abis masa atas jalan raya je

- said...

selamat hari raya... :)

wahhh asya pandai selfie dah skang ni ye...

dakcik said...

Eh baju raya lya same dgn bju raye ain lah..hehee..
ain mmg suka gila cotton tribal nih..sib baek tak amik biru jugak..hehehe.
kalau tak sedondon lah kite dr kejauhan..hihi

Khai♥Rin : anies said...

igt yg lya pakai tu jubah...sbb rs nyer mcm penah jumpa jubah mcm tu..rupanya bj kurung...

~MommyAqilMedina~ said...

Wah seronoknyaa..beraya sakan..yang penting dapat mengeratkan ukhwah dan menikmati juadah raya..sedapnya rasa kan..aida kali ni raya lebih sukakan makanan raya..hehe..gila makan sekarang ni..baju tribal Lya tu serious cantik!suka tengok..warna pon soft je..Asya tu alahai..macam-macam mood dia kan..hehe..kelakar pon ada..hehee

Sya Mimie said...

Asslmkm.. First time singgah sini.. Meriahnya raya.. Sy xsmpat nk bersnap2 gmbr.. :)

ros_reeza said...

Selamat hari raya dari Ros :)

Adlin Mohamad said...

nampak muda mana x org cakap like BF and GF hehehhe .. saya ni tgk body dah tau mak beranak 3 hahaha

Cinta Misteri said...

Selamat Hari Raya utk Lya dan keluarga.
Meriah gambar raya

Fiza Rahman said...

Lya, berkenan lah ngan baju tu. Cantik ☺☺

Meriahnya raya lya & family. Suka tgk gambar² posing ni. Cantik.

Amanda Suria said...

Asha sama macam Dania...cepat boring bbila bergambar...susah nak tgok dia amik gambar dalam keadaan ready....pas tu baut hal nak amik gambar orang je...aduyaii...leh gang la mcm ni....

sal ya said...

kalau kami sefamily, raya pertama sampai kelima, selagi husben cuti mesti baju semua kaler sama je. kalau merah... merah la sampai ke anak2. beza pun design baju je la.

sal ya said...

kalau kami sefamily, raya pertama sampai kelima, selagi husben cuti mesti baju semua kaler sama je. kalau merah... merah la sampai ke anak2. beza pun design baju je la.

sal ya said...

kalau kami sefamily, raya pertama sampai kelima, selagi husben cuti mesti baju semua kaler sama je. kalau merah... merah la sampai ke anak2. beza pun design baju je la.

sal ya said...

kalau kami sefamily, raya pertama sampai kelima, selagi husben cuti mesti baju semua kaler sama je. kalau merah... merah la sampai ke anak2. beza pun design baju je la.

Mimi Azirah said...

meriah raya tahun nih...baju raya pun byk..yg mne xsmpat pakai carry forward ke hari raya kan