Tuesday, August 12, 2014

Pertandingan Mewarna Pra Sekolah

  Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ni hari last puasa enam. Esok boleh raye!!! Dan hari ni jugak, kes tuntutan kemalangan saya akan dibicarakan di Mahkamah. Tapi saya tak perlu hadir diri ke mahkamah, just peguam yang uruskan. Moga semuanya berjalan lancar. Ok la, stop dulu cerita raya yang tak habis lagi tu. Just nak simpan moment indah asya kat blog apabila terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna peringkat sekolah-sekolah di daerah Kemaman dalam kategori Pra-Sekolah. Mulanya terkejut terima panggilan dari cikgu pra dia yang menyatakan asya terpilih untuk mewakili sekolah. Semestinya saya support sepenuhnya & sememangnya saya nak asya cuba tonjolkan diri dengan didedahkan pelbagai pertandingan. Akan datang, kalau ada pertandingan bercerita dll, saya akan 100% support & membantu asya membuat persiapannya. Saya tak harap kemenangan dalam pertandingan yang asya masuk, cukuplah sekadar mengutip pengalaman, keyakinan diri..dan kalau rezeki untuk menang tu,saya anggap satu bonus. 

Sabtu, 09.08.2014

Pertandingan ni diadakan di SMK Banggol. Ingatkan pertandingan mewarna ni just kategori pra, rupanya banyak peringkat, peringkat sekolah rendah & menengah. Selain tu ada pertandingan melukis & koir. Seramai 4 orang termasuk asya, mewakili sekolah bagi kategori Pra. Yang bertanding punyalah ramai & kagum melihat hasil anak-anak pra ni. Semua cantik & kemas. Kalo saya dulu, umur 6tahun mewarna pon kelaut lagi. 





Asya & the gengs. 
Masa ni sorang lagi tak sampai.


Aduyai anak mama..Habis style dia duduk..
Agaknya lenguh.

Masa ni asya dah hantar lukisan.
 Masa diberi selama 2jam. Alhamdulillah asya berjaya cat penuh

Dalam pukul 11.30am, bertolak balik. Saya tak tunggu resultnya.
Cikgu asya yang tunggu, sebab result pukul 12.30.

Muka asya nampak penat

Odwy balik, pekena sup kaki ayam.
Mengidam.. hehe

 xtvt sebelah petang, bawak asya ke syurga kanak-kanak.


Malamnya dinner kat depan rumah je. Warung RC TomYam. Tapi serius sedap & puas hati.
Harganya pon murah +masakan memang sedap la... Macam biasa ikan seekor tu, saya selalu request masak separuh-separuh. Sebab saya suka ikan stim & fain suka ikan 3rasa. Jadinya, separuh masak stim & separuh lagi masak 3rasa. So, boleh rasa semua..

**Hasil lukisan asya tak dapat tunjuk, sebab asya terus hantar kat pengadil. Lagipom semasa bertanding ibubapa/cikgu tak dibenarkan masuk dalam kaw bertanding. Snap dari belakang je pic asya.. Yang awal2 tu msa persediaan sempatlah masuk**

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

41 comments:

Rai Ourkizuna said...

comelnya Asya bertudung walau pun duduk gaya lenguh tu tak menahan.. haha.... manis betul senyum dia..

Khai♥Rin : anies said...

mn hasilnya? nk tgk jg ;-)

permatabiru said...

wow sedapnya tgk ikn masakk stim tu..hehe

Allene said...

result mewarna macam mana? ihhihi

eima said...

bila dpt result ni .....tak sabar nk tgk hasilnye jg

idzwa kamaruddin said...

seronok nyer baca perjalanan hidup awak ni :)

salwana nordin @ che'wa said...

good job asya..kalah menang blkg kira ye..yg penting habiskn mewarna :)

Zee Suhaini said...

asya comel..

Lynda Che Lah said...

mesti cantik kan Asya mewarna sampai terpilih..
tahniah syg!

Kakzakie said...

Anak-anak sekarang belum pandai bercakap tangan dah pegang pensil Lya. Sebab itu tak boleh banding anak dulu dgn sekarang...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

aktif asya ni..semoga membesar dengan sihat dan bijak ye sayang ....nampak makanan kat kedai RC tomyam tu macam best

lovely said...

comel asya...
boleh ye..minta masak ikan tu separuh2..bagus juga idea tu.boleh cuba nanti..

~MommyAqilMedina~ said...

mesti cantik Asya mewarna..sayang tak dapat tengok hasilnya..Mintak-mintak asya Menang..Bab ikan separuh tu uniknya!bagus kedai tu kan..boleh buatkan ape yang kita nak..boleh buat macam2 resepi..hihih

che mid said...

Allah..lamanya tak masuk sini..dah besar dah asya..maaf sangat2..

selamat hari raya maaf zahir batin dik. harap sihat2 saja ya..

TunSha Ayunie said...

Comel sangat si Asya ni... senyuman dia tu manis sangat ...

Etuza Ezawarna said...

pengalaman baru adik asya ya..
jemput join segmen ..http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2014/08/segmen-mengenali-wajah-blogger-malaysia.html
tq

Haryati Faizal said...

Mesti cantik asya kaler kan...

Diana Rashid said...

teringin nak jumpa Asya depan2..muka dah la comel..

Rizziela said...

teringin nak masukkan Haziq masuk pertandingan mewarna juga..x. pernah ada peluang

mama ka0ri said...

sukenya bila anak wakil pertandingan mewarna..ni salah satu impian saya utk anak dara saya Aleesya..tapi sayang..skill mewarna dia ke laut..haha..ikut acuan abah kot..kahkahkah..

ros_reeza said...

budak-budak mesti seronok join aktivit macam ni :)

Adlin Mohamad said...

bestnya ada xtvt cam ni kan ..

Ema Johari said...

alahai sampai gitu sekali gayanya...lenguh-lenguh lah tu...comel asya.

mummY daniSha said...

selamat hari raya lya...dah besar dah asya...nampak makin ccerdik =)

Tihara said...

ceria je asya,
sekarang ni akak suka dua2
stim dan sweet sour :)

amirah said...

teringat zaman budak2 dulu selalu masuk pertandingan mewarna mcm asya ni..huhu

Cinta Misteri said...

Alhamdulillah....dah selesai puasa 6.
Asya pun semakin cantik dan semakin terserlah minat pd lukisan.

Rosmiza Ali said...

Tak tau lagi la result ye? Ape pun auntie mieza wish asya all the best k!😊
Rosmiza Ali Official Blog™

Naemah Umi said...

wah sonok tu dapat jadi wakil sekolah...bkn senang nak dpt kot..ni terbukti asya mmg berbakat dlm mewarna nih..semoga terus success ye asya... :D

- said...

nak gak tgk lukisannya...mesti cantik :)

Aty_Fared said...

tringat saya jugak pernah wakil sekolah melukis.. hehehe...puluh tahun yang lepas...ngeeee... all the besh asha.. tuk masa2 akan datang.. :)

Fiza Rahman said...

Tahniah asya kerana terpilih. Apa keputusannya lya ☺☺

Smoga urusan tuntutan kemalangan tu dipermudahkan olehNYA.

Afne said...

slmt hari raya :)

waahhh cantik2 baju raya korg.

LydSunshine said...

main comel asya ni mokcik lyd tgk. terutamanya gmbr yg main see saw kt syurga kanak2 tu.

asya and the gangs dok atas tikor. heheh... juruh je tadika dia.

Mummydearie said...

Bagus Asya ni berani memcuba walaupun baru pra. Menang kalah tak kiralah, adat pertandingan.

Amboi Asya... dah cukup punya comel bertudung tetiba part duduk tu yang tak menahan. Kalau bakal mak mentua tengok, cancel terus tau :)

AnneRaini said...

suka asya masuk pertandingan ye.. berjaya ke tak ni??

anajingga said...

salam syawal ke 19, seronoknya dah selesai puasa 6 ni kan..saat2 bersama anak2 kecil ni memang akan kekal didalam ingatan..was here..

Amanda Suria said...

wah2 syomel Asya....lebar senyumnya dapat luang masa ngan mama kan....

kayyana said...

sronoknye tgk asya minat berwarna...

sal ya said...

kalau kat kampung senang je nak daftar pra. tp kalau kat jhr ni susah gila. even nak hantar ke kemas pun susah.

Mimi Azirah said...

apa keptusan mewarna asya??comel asya bertudung