Tuesday, September 30, 2014

7 THINGS ABOUT Lya Afrina

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

VERSATILE BLOGGER AWARD

Dah lama tak kena tag-tag ni. Ingat zaman-zaman tag-mengetag di arena blogger sekitar 2-3 tahun lepas.. Kali ni kena tag dengan 2 blogger sekaligus, iaitu Umisura & Rose Reeza .
Ok.. 7 perkara tentang saya :-

1. Nama saya sebenar Alyani yang bermaksud lemah lembut & ketinggian. Tapi nama panggilan Lya. Nama glemer kat blog ni Lya Afrina / Lyafrina . Gabungan nama saya & anak. Umur saya tahun ni dah 29 , Tua dah. Bab aliran study ada ambik akaun, architectrer & last ambik maritime management. Dan kerja dalam bidang maritime.Merupakan anak bongsu daripada 8 beradik.

2.Pasangan hidup. Berkahwin pada umur 21 tahun pada tahun 2006. Masa kahwin tu saya masih study dalam semester 5. Awal-awal perkahwinan lagi doktor dah nasihatkan saya supaya tidak mengandung , takut memudaratkan kesihatan saya. Saya berkahwin dengan sahabat baik saya. Dia yang selalu ada disisi memberi semangat saat saya menjalani kejatuhan dalam kehidupan. Kali pertama saya kenal dia, semasa saya lumpuh. Ye, saya lumpuh selepas SPM. Tapi sebelum tu, semasa saya tingkatan 4 atau 5, rupanya saya dah pernah berjumpa dia, masa tu dia ada family day kat Hotel Impiana & saya buat persembahan kawat sebab dapat jemputan dari pihak hotel sempena hari merdeka.  Yang kelakarnya time tu kemain saya kutuk dia.. Saya panggil dia budak kecik . Saya & the geng kemain duk gelakkan dia sebab asyik jatuh masa main sukaneka ofis dia. Haaa.. tu la kutuk-kutuk sangat. Kan dah sangkut ;-)

3.Anak.  Sebenarnya saya mempunyai 3 orang anak. Ramai yang tak tahu. Tapi yang ditakdirkan untuk menemani saya & di dunia ni adalah anak ajaib saya, Nur Fasya Afrina. Asya adalah anak ke dua saya. Ketiga-tiga kehamilan saya menghadapi masalah & koma. Tapi asya yang berjaya dipertahankan walaupon hampir digugurkan juga demi selamatkan nyawa saya. Alhamdulillah. Syukur padaMu Allah. Semoga 2 orang lagi bidadari syurga dapat membantu mamapapa di akhirat nanti.

4. Cat lovers. Ye.... saya amat sayangkan kucing. Tak kira kucing jalanan ke, kucing bandar ke, kucing kampung ke..semua sayang. Hati saya amat mudah tersentuh kalo melihat penderaan terhadap binatang. Saya membesar dengan kucing & sehingga kini masih membela. Berkongsi kasih sayang & rezeki bersama makhluk Allah yang sangat comel ni. Kalo ke mana-mana kedai makan, mesti kucing akan datang dekat. Maybe instinct tu kuat. Antara kucing yang amat saya sayangi Anne Edora. Dah mati pon. Memang dia manja. Kalo saya sibuk buat kerja sekolah, dia akan sibuk join saya. Yang pic kat atas ni Popo zaman muda.. Sampai sekarang, alhamdulillah hidup lagi. Popo ni sangat sensitif. Kalo marah sikit, merajuk x makan & x balik rumah. Sekarang kucing kat rumah just tinggal dalam 3 ekor (tak termasuk kucing angkat). Ada yang baru je meninggal mengejut dalam 3 ekor baru2 ni. Join group kucing, ramai yang kucing mati mengejut, sebab virus sekarang. Hawar ke apa ntah..

5. Sikap. Saya seorang yang sangat sensitif. Mudah mengalir air mata. Walau setinggi manapun amarah, masih mampu bersabar.. Dan kemuncaknya, air mata. Biasa kalo saya sedih atau ada masalah, memang bestfriend (papa asya) saya akan tahu. Memang dia boleh membaca hati saya. Kadang saya hairan, sebab apa saya xleh kenal dia sebagaimana dia kenal saya isi luar & dalam. Satu lagi, saya tak macam kebanyakan perempuan suka pakai barang kemas.. koleksi tu ada.. tapi nak memakainya memang tak lah. Tu pom ada sebab boyfrens bagi hadiah & dari mama saya. Cincin & gelang kawen pon tak pakai. Satu lagi bab handbag.. Selagi boleh guna, saya akan teus guna je handbag tu. Dan h/bag saya bukan branded2 ye. Sebenarnya saya xreti pon nak pakai h/bag.. jadi saya lebih selesa sling bag aje. Waaa.. untungnya bestfren saya , x yoh susah-susah nak beli barang kemas & h/bag mahal2 kat bini dia. Hehe. Haa..bab tudung pon simple. Just bawal & shawl. Memang tak pakai tudung express. Saya just ada 2 lai je tudung express. Tu pon beli sebab ambik hati kawan.

6. Kesihatan. Tahun 1999 disahkan ketumbuhan otak & operate buang ketumbuhan pada tahun 2000. Time tu jugak baru tahu ada masalah injap jantung berlubang. Alhamdulillah, selepas operation saya mampu survive & sangat aktif sukan/uniform di sekolah. Cuma episod buruk saya bermula selepas SPM, sekitar tahun 2002, saya diserang demam mengejut sehingga melumpuhkan semua sistem badan & tak sedarkan diri. Bermula tahun 2002-2011 adalah tahap kesihatan saya agak kritikal. Keluar masuk hospital & bergantung hidup sepenuhnya pada ubat. Tapi alhamdulillah, dalam kepayahan tu saya tetap nak sambung belajar walau banyak kali tangguh sem & ada terpaksa berhenti sebab lumpuh. Sedih ! Jadi apa yang dilihat hari ini, adalah satu peluang kenikmatan yag diberikan olehNya. Saya berpeluang menjalani kehidupan normal akhirnya. Terima kasih kepada bestfren saya, sebab dia salahs eorang tulang belakang & berusaha sehingga saya sembuh. Kami berkahwin pon kerana dia ingin menjaga saya yang sakit time tu. Lepas kahwin beberapa minggu saya berkampung di hospital. Bermula awal tahun 2012, kesihatan saya mula positif. Banyak sangat positifnya. Sape yang ikut blog saya sejak dulu, tahulah rawatan demi rawatan yang saya lalui. Namun ujian sekali lagi bila ditimpa kemalangan pada Mac 2014 hampir meragut nyawa saya. Koma & hampir 3bulan tak boleh berjalan. Effectnya hingga ke hari ni. Jalan masih terhinjut & masih xleh duduk bawah. Kes saya masih dibicakan di mahkamah.

7. Sukakan fotografi & seni. Zaman sekolah dulu saya suka melukis potret-potret. Selain tu minat saya pada fotografi memang sejak kecik lagi hingga ke zaman sekolah hingga ke sekarang. Kalo zaman sekolah, bila bab bergambar je mesti saya yang volenteer. Lagi-lagi bila ada anak, saya semakin suka snap pic asya. Cuma tahun ni, memang xde langsung buat photoshoot. Sebab awal tahun aritu eksiden. Saya suka rakam gelagat sweet papa & asya. Saya suka rakam setiap xtvt asya. Saya suka rakam hari-hari waktu asya membesar. Bila saya melihatnya semula.. air mata menitis.

Inilah serba sedikit tentang saya.. Sisi kehidupan saya lebih banyak perkara yang sedih-sedih. Bahagia saya kerana memiliki bestfren yang merangkap suami, anak, keluarga & sahabat-sahabat semua sebagai tulang belakang. Tapi apa pon, saya terus positif dengan kehidupan. Apa yang saya share di sini hanya sedikit sisi kehidupan, sebahagian besar masih menjadi privasi sendiri.

w.i.t.h l.o.v.e,
m.a.m.a n.u.r f.a.s.y.a a.f.r.i.n.a

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

45 comments:

aTieYusof Family said...

TQ Lya..sudi berkongsi kisah.. banyak yg boleh tau dr segmen ni...
Apa yg penting Lya memang seorg yg sgt tabah..respect! :)

Masya said...

banyak lagi yg saya x kenal lya .. walaupun salu baca blog awak.. pttlah gambar² kat blog ni cantik.. awak suka fotografi...

Asha Lya said...

Kawin muda la ni kan..dpt tahu serba sedikit tntg diri allyani...

Lynn Hamzah said...

walaupun cuma 7 point...tapi cukup detail utk kenal saper lya...take care dear...

suhailah hamid said...

Afrina..nama sama dgn anak ppuan sue^^

Mamaasya sgt tabah. Salute mama!

Sue-Rya Qistina said...

saya doakan agar Allah melimpahkan rahmat buat awak sekeluarga. terus tabah dan semangat dalam menjalani dugaan. InsyaAllah, Dia sentiasa ada dgn kita..take care ye wak :)

salwana nordin @ che'wa said...

simple je lya ni tp menarik..sedap nama lya..ALYANI :)..akak suka..

kesian lya..banyak dugaan yg kena tempuhi..takpe segalanya ada HIKMAH yg kita tak npk skang, mgkn akan dtg..

lya seorg yg kuat dan tabah jugak la..kalo akak belum tentu..

asya mmg istimewa..sgt2 istimewa..didiklah dia sebaik mgkn semoga menjadi muslimah yg solehah :)

Naemah Umi said...

akk baca kisah baby ajaib lya..dari situ terus tersangkut...slalu bukak blog lya...walaupun kekadang termiss mesti qada balik hehehe...alhamdulillah dgn kehidupan lya sekarang...happy for u :D

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah..
sis dah sihat dan makin happy akk tengok sekarang...
akk doakan kebahagian itu berkekalan hingga ke syurga ye sis

mama ka0ri said...

kita baru jer mengikuti blog Lya..tapi bila baca pasal asya..memang tak miss dah baca pasal dia..baby ajaib tu..

apepon..moga Lya sentiasa bahagia di sisi orang yg tersayang..salute la ngan awak!

AMIIZAA said...

salams lya,

akak mengikuti kisah lya masa asya kecik2 dulu....kisah2 lya masa sakit memang buat akak menangis dulu....alhamdullilah semoga allah swt melindungi lya dan family :):)

Sura Mohd said...

banyak pengalaman pahit dan manis dalam hidup Lya..tapi Lya seorang yg sangat kuat..akak tumpang gembira dengan kehidupan bahagia Lya sekarang..semoga diberi kesihatan yg baik dan bahagia selamanya :)

el said...

cantek nama lya
secantik dan setabah orgnya

Amanda Suria said...

SA pun kena tag ni...tp lom sempat nk buat lg...tgh bz sgt dgn projek baru..

Hati Ema said...

semoga terus bahagia yer Lya.. Alhamdulillah... baru 29 ek... mude... hehehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Wpun dah tahu kisah Lya, airmata ini masih mengalir membaca coretan Lya.. kecuali pasal anak tiga tu, akak baru tahu ni...

eima said...

aku sentiasa doakan lya sentiasa sihat .... farin mmg suami yg paling baika ku rasa .... lya sgt bertuah ...

ptt la asya pandai mewarna dan melukis keturun mama die rupenye

nuyui a.k.a miss YUI said...

bru thu serba sdkrt kisah akk.. kuat sis tabah hadapi apa yg terjadi.

p/s: eh sis, jgnlah semata2 nak donate. segan yui.. mmg yui buat jualan utk tampung depa =)

Nafira usof said...

Suka baca ke 7 7 fakta tentang Lya.
Lya memang insan yang terpilih.
macam2 cabaran yang Lya tempuhi. kadang2 menjadi teladan buat Zura.

Kakzakie said...

Boleh katakan apa yg Lya listkan itu kakak dah tahu. Apa yg boleh kakak katakan Lya seorg yg kuat dan tabah menempuh hidup..

Fiza Rahman said...

Ok...dah tau sket pasal Lya. Macam² dugaan yer. Smoga lya sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Suka nama asya. Best ☺

Tihara said...

serius
akak sebak baca yang no 3 tu lya,
insha Allah ada hikmah di sebalik kesabaran lya..

di sebalik kesedihan, ada Dia yang Maha Penolong,

dengan izin Nya, Dia menganugerahkan kita insan-insan yang memahami dan sudi menemani kita di saat suka dan duka..

selalu nya akak akan pujuk diri macam tu..semuanya dengan izin Nya..

nice sharing lya

LydSunshine said...

tak tau p0n yg lya suka kucing. mcm tak de share pasal kucing kan. tapi kemain le nama kucing lya, anne. moden betul namanya. yang pasal minat seni dan fotografi tu boleh nampak kat blog lya. gmbr2 yg lya share kebanyakannya menarik dan ada nilai snei tersendiri. teruskan ye.

idzwa kamaruddin said...

suka baca entry..

salmizah omar said...

salam perkenalan..

awk seorang yang tabah dan kuat semangat..

NzA said...

banyak ujian yg lya tempuhi...kagumnya akak dgn ketabahan lya lalui semua itu....Moga Allah lindungi lya sekeluarga dibwh rahmat dan kasih sygNya.....amin.

εïзmummyHazaεïз said...

Lya.... Meremang bulu tengkok akak baca entry tag lya ni.. Entry terbaik... Moga Allah lindungi lya sekeluarga...

lia said...

suka Lya sbb kuat, tabah & berani tempoh hidup...

Tina Othman said...

oh baru tahu lya ada 2 anak syurga, takpelah saham kat sana menunggu dah

Zaitun said...

Salam...kagum sangat2. Apa pun terima kasih sudi kongsi cerita. Semoga tabah menghadapi segala ujian.

Allene said...

lya klu ada graph, mmg nampak ada naik turun nya hidup awak...

entry terkini...Kenapa Homeopathy yang menjadi pilihan???

Kopiolimauice said...

ok dpt tau jugak sedikit sebyak kan psal Lya ..minat seni sama mcm kita.... ;)

ida =) said...

Saya ikut blog ni dulu. Sebab suka gambar2 yg cantik. Lepas tu, lama dah x baca mana2 blog pun.

Tak korek habis2, tak tau pun kisah 2 saham akhirat tu.

Iryns Ahmad said...

hai mama asya...sungguh comey... :)

amirah said...

walau dah baca berkali2 masih menarik kisah idup liya sekeluarga...

Adlin Mohamad said...

baru teringat bila tgk pic yg kat spital tu saya pernah baca kisah awak lya ..kisah koma masa tu anak kecil lagi .. kuat betul semangat demi anak dan suami ... moga lya terus sihat

Kesuma Angsana said...

all the best in yr life yer dear, sentiasa doakan yg terbaik for u n yr family sebalik cabaran & dugaan yg ditempuhi selama ini..

ros_reeza said...

terima kasih kerna sudi berkongsi kisah hidup... Ya Allah, tabahnya hati Lya.. Wlaau ada macam2 dugaan, tapi Lya harunginya.. Lya beruntung kerana dikelilingi insan yang menyayangi Lya dan sentiasa positif! moga Lya sembuh sepenuhnya dan moga kes Lya berjalan dengan lancar..

Fifi Nadhrah said...

subhanAllah.. lya.. lya insan terpilih.. :)

Khai♥Rin : anies said...

ooo asya anak kedua... yg lain2 tu perempuan jg ke lya?
*sekadar bertanya

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam LYa..
huhu..sedih tp seronok baca..
cma pun suka barang kemas..tp susah nak pakai.. beli berkepuk2 simpan dalam lemari je.. untung somi.. ehehe...

Mummydearie said...

Pasal besfren merangkap suami tu akak adalah baca serba sedikit. Begitu juga pasal kesihatan Lya. Tapi bab Asya anak yang kedua tu, memang first time akak membacanya. Lya ni memang kuat semangat orangnya. Walaupun ditimpa kepayahan tetap berusaha untuk bangun dan berjaya. Tahniah ya, Lya. Memang memberi inspirasi bila baca kisah Lya ni. Yalah, kita yang sihat wal afiat cam ni pun kadang tak tertahan dengan dugaan yang kecil-kecil. Salute dengan Lya, walaupun muda (29 tahun tu muda lagilah, Dik oiii...) tabah sungguh orangnya!

Rosmiza Ali said...

Lya tau tak yg Lya seorang yg beruntung sangat dapat suami mcm Fain.. Setia bersusoh sng ngn Lya.. Bkn sng nk jumpa laki mcm tu.. Kite doakan semoga korang dua kekal bahagia berpanjangan hingga ke syurga.. Amin..😊
Rosmiza Ali Official Blog™

Nurul Says said...

baju you cantik dah boleh jadi ice queen

dakcik said...

Walaupun simple tp ckup padat..suka bc belog lya..dan suka tgk pic2 yg lya tangkap esp pics asya..;)

Lya, u r a strong woman! and ur r very inspired me!