Thursday, September 4, 2014

Ohh My Asya : Pengesahan Tahun 1 Sesi 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 Betapa pantas masa berlalu. Sedar tak sedar, baby ajaib mama dah besar. Dah nak masuk darjah 1 tahun depan. Kadang tu terasa bagaikan mimpi. Adakalanya rasa tak nak asya besar-besar, nk statik camni. Ermmm.. siapa sangkakan... bayi yang disangkal kehidupanna di muka bumi ini terus membesar dengan sihatnya. Kuasa Allah SWT, membuatkan ilmu perubatan tunduk akur. Ya Allah, semoga Engkau permudahkan laluan jalan untuk anakku menuju kejayaan dunia & akhirat. Sebak..
Pada 11.08.2013, saya dah buat semakan & pengesahan sekolah asya. Alhamdulillah, asya terpilih ke sekolah Kluster-Berprestasi Tinggi. Saya tahu, maybe disini akan banyak cabaran untuk asya. Semoga dipermudahkan untuk asya menimba ilmu disekolah baru next year. Insyallah, asya dapat sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru, sebab dia memang pandai berkawan. Seperti sedai maklum, cabaran budak-budak sekarang tak sama macam kita dulu. Masuk darjah 1 baru terhegeh belajar eja suku kata. Sekarang, darjah 1 mesti pandai membaca. Tapi, pencapaian budak-budak adalah berbeza. Memang tak boleh nak bandingkan dengan anak orang lain. Cuma, kita harus sentiasa berbangga & memberi pujian dengan setiap pencapaian anak kita, biar lambat. Sekurangnya, dapat menambah keyakinan diri anak kita.

12.08.2014 - Sebelum ke sekolah.

Next year asya dah tak jumpa kawan-kawan sekolah pra, sebab asya dah dapat sekolah lain. Harapnya asya dapat sesuaikan diri dengan suasana & kawan baru. Saya dah tunjuk sekolah baru dia, memang dia teruja sangat. Alhamdulillah, xde mengeluh tak nak ke sekolah baru. Malah eksited & tak sabar nak masuk sekolah baru & jumpa kawan-kawan baru. Maknanya, sepanjang 2 tahun ni asya dah menimba banyak pengalaman di sekolah sebelum ni. 1st time asya ke sekolah masa umur 5tahun (dah lewat pom) pada tahun 2012 diTadika GeniusClub Al Jannah Cyber Montessori & untuk umur 6 tahun (2013) , rezeki asya dapat menimba ilmu & pengalaman di Pra Sekolah.


14.08.2014 - Saya balik kerja tengok dia buat exersice

Biasa balik sekolah, lepas makan & mandi asya akan tidur. Sebelum Fain tinggal dia, selalunya Fain akan letak buku exersice sebelah tempat dia tidur. Bila bangun tidur, dengan sendirinya dia akan buat exersice tu. Alhamdulillah, rutin yang tak membebankan sebab dia sendiri minat membuatnya. Tapi, asya hanyalah seorang kanak-kanak, bila dia rasa nak main... dia akan main dulu. Puas main dia akan menulis. Tapi ada hari, memang dia tak berminat nak belajar.


18.08.2014 - Balik school (papa asya whatsapp)

Selain menimba ilmu disekolah.. macam-macam usaha yag saya lakukan dalam membantu asya mencapai kejayaan. Selain latihan tubi kat rumah (math & BM) , saya juga hantar asya ke kelas tuisyen sejak awal tahun lagi. Tuisyen 2x seminggu. Alhamdulillah, dia sendiri berminat nak ke kelas tuisyen sebab boleh jumpa kawan-kawan. Kat rumah bosan, xde geng. Selain tu, semasa saya cuti sakit beberapa bulan lepas, memang saya duk pulun ajar asya. Syukur, sebab segala usaha membuahkan hasil. Asya just budak-budak, kerja dia asyik nak main je. tapi berkat kesabaran & pujukan..lama-lam memang dia akan minat dengan sendirinya untuk belajar. Cuma kena banyak bersabar permulaannya. Ada masa, sampai menitis air mata pom ada.. sebab rasa macam dah tak mampu. Huhu. Tapi legalah, dia dah mula tunjuk kebolehan & paling penting saya sentiasa tanamkan sikap keyakinan dalam diri asya supaya sentiasa "volunteer" untuk membaca kat dalam kelas. Alhmdulillah... dia mampu buktikan. Sekarang dia dah lancar membaca, menulis karangan pendek, menjawab soalan. Cuma sekarang saya nak tekankan matematik kat asya. Takpe lah lambat daripada orang lain.. asalkan brjaya di kemudian hari.

25.08.2014 -  Balik tuisyen
Singgah makan malam dulu

Surprise dari papa asya.
Mainan murah je.. Sebagai pemangkin semangat setiap pencapaiannya.
Alhamdulillah.. dia suka la jadi "princess" ni


27.08.2014 - Sebelum ke kelas tuisyen

30.08.2014 - Surprise dari mama
Mainan doktor... kononnya macam Doc McStuffin la.. hehe

Saya dah janji, kalo dia berjaya habiskan 1 cerita akan bagi hadiah & beli banyak lagi buku. Selain buku cerita, saya ambik surat khabar & komik untuk dia baca. Apa-apa pon, saya tetap berbangga dengan potensi asya walaupon anak orang lain lebih hebat. Setiap perkara yang dia lakukan amat membuatkan saya teruja. Bila bercerita bab anak ni, rasa macam tak nak stop. Sentiasalah berbangga dengan anak kita.. sebab anak kitalah JUARA kita yang sebenar . Semoga Asya & Kawan-kawan asya semua berjaya dalam kehidupan dunia & akhirat.. Amin....
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


47 comments:

Aisy Nasiha said...

Asya, anti pun doakan Asya berjaya dalam pelajaran nanti ya.. dah tak lama dah nak mulakan tahun baru ni.. dah jadi pelajar sekolah dah ya.. aalahai...mesti asya nanti ada ramai kawan yang baik..anugerah sangat kan..akak percaya yang Asya memang kurniaan Allah untuk kuatkan semangat Lya ni..Allah Maha Adil kan..

:: Cik Viva :: said...

Belajar rajin2 ye Asha.. =)

Kakzakie said...

Anak-anak kalau main jadi doktor mesti papa/mama yg jadi patientnya:)

Mama Kembar 3 said...

my boys pun tahun depan masuk darjah satu. cam tak percaya je anak anak cepat sgt membesar. Good luck Asya!

Alyyani Anuar said...

nervous memikirkan anak nak masuk darjah satu ni kan lya. apa pun semoga dipermudahkan semua and anak2 kita diterangkan hati untuk menerima segala ilmu yang bakal diperolehi di sekolah. amin...

Sal Bee Yah said...

Selamat menempuh alam persekolahan ye Asya...

Lynda Che Lah said...

semoga Asya terus sukses..
mcm mana berjayanya mama Asya melalui kepayahan dan kesukaran hidup..
semoga terus kuat..
Auntie Lynda doakan tercapai cita-cita..jadi doktor pun ok kan..hehe

Lya,
Anak perempuan mmg rajin sikit..buat apa pun rajin..
sekejap je kan Lya..dah sekolah darjah 1..hehe

Sura Mohd said...

In Sha Allah.berkat didikan mama dan papa .Asha akan jadi pelajar yg cemerlang..:)

lieyalatif said...

alhamdulillah..asya dpt sekolah yg diidamkan..berkat doa lya ngan husben gak tu...

lieya percaya lya akan cube bagi terbaik utk anak tunggal lya nie kan... mudah2mudahan segala usaha lya berbuah hasil...moga asya akan membanggakan mama n papa die...

syawalsimpsons said...

dah nak amasuk darjah satu dah kan..kejap je masa berlalu..alhamdulillah

mummY daniSha said...

bagusnye asha dah tution....ada gak terpk...tp rase cam kesian pulak...cam kecik lg huhu....

kejap je kan...danisha dah dafta skool agama dgn sek keb...pening gak nak decide mane satu ni

Diana Rashid said...

bagusnya Asya ni.betul tu Lya..yang penting awal2 ni kena pandai membaca.
satu yang saya perasan dia ni bukan suka main tab atau smartphone..tak macam bebudak lain yang asyik dengan smartphone.syukur2..bagus sangat,,benda2 ni boleh buat leka..

dakcik said...

comel je asya..moga asya menjadi anak harapan kepada kedua org tuanya!

betul tu ckp psl anak mesti sebak..;)

LYAfrina said...

aisy -
alhamdulillah kak..tqsm atas kata semangat & doa2 ni

cik viva - insyallah tatak (wakil asya)

k.zakie - haha,sememangnya..klo x mamapapa..anak2 patung n ank kucing jd patientnya.. hehe

lieya - alhamdulillah.. semestinya kt akn buat y tbaik buat ank2 kita

Diana - alhamdulillah diana.. cabaran budak sekarang makin advance kan..
betul tu diana..mmg lya dr awal lg suka dia main permainan y mbuatkan itak n badan bergerak..supaya semua aktif.. mmg lya x d/load game kat hp/ipad..ipad pon x bli utk dia..tkut dia leka n asyik dgn ipad... tp asya bdk2 biasa.. lya bg dia tgk kartun kt tv.. ajk dia main permainan dulu2..

Chekgu Azrine said...

tahniah..tahun depan asya tahun 1..sma baya dengan kakcik YAya akk

NzA said...

Syabas asha.....betul tu lya, terima kebolehan ank kita seadanya..Jgn push ank cara berlebihan dan tdk sesuai dgn usia...biar mrk belajar smengikut thp umur mrk sbb bimbang mrk akn jemu suatu hari nnti...w.pn akak seorg cikgu akak xpernah tekan ank utk belajar berhempas pulas....yg penting tanam kesedaran dlm diri ank2...bykkn bercerita dan beri contoh2 org brjaya n yg xberjaya....Alhamdulillah, teknik yg akak tanam dlm diri ank2 dh semakin nmpk hasilnya.....

AnneRaini said...

in sha Allah asya akan jadi anak yg berjaya.. Nk didik anak ni mmg mencabar. sy sndiri kasyah tu malas nk belajar kt rumah... tp bila tanya cikgu rupanya die mmg cepat tangkap bila kat sekolah... die cuma xnak tunjuk kat mama die ni.

Rosmiza Ali said...

Suka baca cara Lya mendidik asya.. In Shaa Allah. kalau ada rezeki ada anak sendiri nanti nak try apply cara lya.. =)
Rosmiza Ali Official Blog™

Falsya said...

agaknye nnt falsya pun gini jugak kan..tau2 je dh nak sekolah dh...cepatnyeee..

asya rajin2 belajar yeeee..aunty sya doakan yg terbaik utk asya..

Khai♥Rin : anies said...

cpt nyer ms berlalu..da nk msk darjah satu... insya llah dah msk sekolah rendah nnt, asya akan lbh berjaya...aminnnnn

p/s da kuar kt dashboard ;-)

Allene said...

yeah... dah leh g school...

amirah said...

alhamdulillah...nnt asya belajar rajin2 ye...

salwana nordin @ che'wa said...

good job asya!

betul lya, zaman dulu darjah 1 baru nk kenal suku kata tp skang darjah 1 kena pandai membaca menulis mengira..

itulah cabaran utk anak2 kita skang..sama mcm alya..

proses nk mengajar dia tu hanya Allah dan akak je yg tau..

lain org lain cara, biar kita lambat asalkn menang kemudian hari kan :)

adarnadzmie said...

sudah nak sekolah darjah satu ye anak dara comel lote ni.... moga asya seronok menempuh alam persekolahan nanti....

dya bunga said...

blaja rajin2 ye asya..semoga jdi anak yang berjaya.. :)

Nafira usof said...

Alhamdulillah.. lega dengar perkembangan Asya.. mudah2an menjadik anak yang berjaya dunia dan akhirat.. Amin~

dalila said...

be a good girl.. doa ibu bapa paling berharga :)

Nurul Ain Zulkarnaind said...

sat ja kan.. tengok2 dah masuk darjah satu hehe

Mak Wardah said...

Salam kenal. Moga sicomel berjaya dalam alam persekolahan.

Mummydearie said...

Betul tu, Lya. Kalau soal anak ni memang kita tak jemu nak bercerita. Bukan nak membangga diri tapi keterujaan tu lain macam sikit. Kalau boleh memang nak kongsi kisah suka dengan semua orang!

Tahniah, Asya dapat masuk sekolah kluster. Study smart. Ikut kemampuan, kalau boleh usaha, usaha lebih lagi :)

Ni mesti tahun depan Lya cuti awal tahun nak hantar anak sekolah ya. Akak dulu, lebih-lebih pulak cuti macam kita yang nak pergi sekolah padahal hantar anak je. Sampai menitis air mata ni bila tengok anak melangkah masuk sekolah. Alam baru buat anak kita,kan haruslah rasa terharu sikit.

Kopiolimauice said...

Alhamdulillah gud girl..InsyaAllah dh besar bleh jdi Dr.

SangRatoo said...

Alhamdulillah..esya dah besar..sekolah baik² ye sayang..belajar rajin²..moga jadi anak yang solehah utk mama dan papa esya..amin :)

Ann Ishak said...

mesti asya sangat teruja sekarang dan tak sabar2 nak masuk darjah satu pulak. semakin besar dah asya :)

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Tahniah asya. Dpt masuk skolah berprestasi tinggi tu. Nak masuk darjah 1 dah yerp.

Nazayiena Ayiena said...

Wah nanti dah tahun 1,senanglah Asya sbb dah boleh membaca,selamat melangkah ke tahun 1 asya.

mama ka0ri said...

bagusnya asya umo 6 tahun dah pandai buat karangan pendek..
bangga aunty walaupon tak penah jumpa asya..hihi..

nanti bebila bawak jumpa aleesya la..aleesya pon rajin membaca..

Syima ~Mama Kyra~ said...

alhamdulillah...smg asya terus berjaya...sama ler cam kyra ada masa nak main je malas ulangkaji..ada masa nk belajar tp kjp je.dlm 15min pastu smbg main..bestnya kt sana ada tuisyen utk 6y sini xde pun..utk 7y ke atas ada la..

eira eixora said...

tahniah asya. dah nak naik darjah 1.

Ina Haireina said...

asya dah besa.. belajar rajin2 ye asya. nanti boleh jaga papa dan mama dengan baik pula mcm papa dan mama jaga asya sekarang.

Lily@MamaZaraZareef said...

InsyaAllah/..semoga Asya terus berjaya k..aunty suka asya ni sbb die nmpak berdikari n pndai berkawan..cam zara mama die bukan main risau die nk masuk darjah 1..risau die lmbat berkawan, pasif dalam kelas n susah bgn pagi..hukhuk

mamaarifakeem said...

Alhamdulillah, Allah dh aturkan semuanya lya.. yg terbaik! :-)

Good luck asya, mmg sekejap je kan masa berlalu..huu..

Hati Ema said...

sama lah Yasmeen pun darjah satu.. walau pun Yasmeen belum lancar baca.. kire ok lah tu kan? hehehehe

Mrs Little Voice said...

Smg asha akan berjayabkelak...

Nurul Says said...

ololo dah besar asya! good luck sayang

Adlin Mohamad said...

settle baru enang hati kan .. saya pun baru sahkan sekolah kyra moga dia dpt sesuaikan diri kat skol tu ..cepat betul maa berlalu makin besar mereka melangkah ke alam persekolahan dah .. moga asya menjadi budak yg bijak yea

Aty_Fared said...

alahai..dah nak masuk darjah 1 dah.. seronok nya nak lalui pengalaman ni..bawak anak gi sekolah tuk fes time.. :)

~MommyAqilMedina~ said...

Semoga Asya dapat belajar dengan tekun bile dah masuk sekolah darjah satu nanti ye..jangan nangis2 kat school nanti tau..