Friday, September 26, 2014

Syoknya CUTI ;-)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syoknya cuti... Sebab time ni semua perkara boleh buat. Selama cuti banyak perkara gak yang tertangguh sebelum ni dapat dilakukan. Paling syok bebas sangat! Antaranya :-

1. Pekena nasi beriani Dollah ni. 2 hari berturut.  Memang sedap sangat! Tempat ni memang nostalgia zaman sekolah. Ponteng sekolah, panjat pagar belakang & lepak kedai ni. Rindunya saat tu. Saya bukanlah budak bermasalah disekolah. Budak baik-baik je..sesekali buat nakal.. Hehehe. Time ponteng biasanya memang sebab xde kelas, cikgu xde or adalah mesyuarat cikgu-cikgu ke. Kalo time kelas belajar memang tak pernah ponteng ye.

2. Perkara ke-2 bawak asya jumpa dentist. Bayangkan, tahun ni baru kali ni sempat bawak, sebab awal tahun hari tu saya eksiden & baru je sembuh dalam 2 bulan ni. Saya start bawa asya cek gigi sejak dia berumur 2 tahun. Setiap 6bulan sekali memang bawak periksa gigi. Alang-alang cuti & asya pon cuti sekolah bawak dia jumpa dentist. Malunya mama dengan asya, teringat peristiwa saya masa kecik dulu, time saya dibawa jumpa dentist, dari kerusi tu pecut lari keluar & melekat kat kereta orang sampai tercabut plet kereta gara-gara tak nak lepas. Ha ha.. Nostalgia sungguh.

3. Seterusnya time ni ambil peluang untuk survey barang-barang untuk rumah baru. Nak beli sekarang memang tak lah.. Kat sini ada macam-macam khabar angin. Dijangka bulan 10 ni banjir besar kat sini. Ntah betul..ntah tidak.. Tapi ada sesetengah kampung dah dapat notis dari JKK.

 Dua beranak yang suka kenakan mama...
Cuma... ada perkara yang tak sempat disempurnakan ialah ke KWSP untuk urusan pengeluaran duit bagi membayar pinjaman pelajaran. Selain pengeluaran untuk bayran rumah, KWSP boleh digunakan untuk daftar HAJI , bayaran ansuran rumah bulan-bulan, bayaran pinjaman pelajaran & mungkin ada lagi kemudahan lain.
Selain tu, niat nak pergi hospital untuk ambik tarikh appoitment baru dengan pakar tulang, pakar perubatan & pakar O&G pon tak tercapai. Teruknya saya, bila dah boleh jalan ni saya terus skip jumpa pakar. Memang saya senyap camtu je. Dia orang pon still tak tahu saya dah boleh berjalan ni. Cuma ada seorang dua kot yang tahu sebab jumpa kat luar.. Bila fikir, bahaya jugak senyap macamni je. Ntah apa terjadi kat dalam badan ni tak tahu. Lagi-lagi kaki ni still sakit sangat. Untuk pakar O&G pon patutnya nak ambik tarikh operation. Tapi saya terus tak pergi. Aritu konon nak pergi lepas raya.. tup tup ni dah nak masuk Oktober. Sebenarnya masa kot yang pantas berjalan sampai perancangan tak terkejar. Insyallah, cuba cari masa lain untuk settlekan ni. Kedua-duanya penting untuk saya , esspecially part kesihatan tu.

***************************************

Selain tu sempat menghadiri majlis birthday anak ofismate Fain.

 2 hari pertama cuti sekolah asya duk rumah nek ma(MIL) sebab tak de orang nak jaga asya.
Tok ma asya sakit Pic ni papa asya whatsapp kat saya.

~ H.A.P.P.Y  W.E.E.K.E.N.D~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

44 comments:

suhailah hamid said...

Waktu cuti mmg best dan enjoy je. Smg mama asya terus sihat walafiat insyaAllah.

Asha Lya said...

Seronok cuti2 dgn pengisian yg brmanfaat kan

εïзmummyHazaεïз said...

Gambar atas tu hirisan ayam goreng kan.. ehhh hahaha mata tetiba tertumpu kat ayam tu..

idzwa kamaruddin said...

seronok nyer cuti ;)

mummY daniSha said...

alamak...sy x penah lg bawa danisha gi dentist huhu

amirah said...

hahaha...betul ke mama asya melekat kat plat kete org? hahaha...

syawalsimpsons said...

seronok tgk asya ngan papa dier..macam BFF

lia said...

pergi tau Lya jumpa pakar... utk kebaikan kalian sekeluarga juga kan...

Allene said...

amboi.. sukanya semua...

suhailah hamid said...

smg mama asya sentiasa diberikan kesihatan yg baik insyaAllah.

lovely said...

hehe.. sampai tercabut plat kereta orang ye.. sama macam saya jugak,paling takut nak periksa gigi..

AnneRaini said...

bagus asya tak takut jumpe dentist.. kite samalah lya..penakut betul nk jumpa dentist...haha

el said...

apa2 pun sediakan payung sebelum hujan..mn tau kabar angin tu betul..at least kita dah ready apa yg perlu ok..

Nafira usof said...

kekekeke.. tergelak2 Zura baca kesah Lya masa kecik tuh.. Zura pon penakut gak jumpa doc gigi.. sampai skrg kot.. hahahaha.. sabor jer lah.

masa memang x terkejar kan.. kalo x paksa luangkan masa memang semuanye x sempat. kena cuba luangkan masa pergi jumpa pakar.. InsyaAllah.. Lya mesti akan kembali sihat.

Ujie said...

Seronok nk masuk rumah baru! Saya pun gunakan KWSP utk hal rumah. Mmg membantu.

Jangan lupa cpt2 buat appointment tu..demi diri sendiri dan family tersayang.

Kesuma Angsana said...

Salam jumaat yer ! kalau bab cuti2 ni mmg best & syok giler ler hehehe

Mummydearie said...

Amboi, Lya..dalam pada nampak lembut je rupanya pandai juga panjat pagar sekolah ya. Akak pun tak buat. Hahaha.

Pergilah follow-up hal-hal yang bersangkutan dengan kesihatan Lya tu. Walaupun dah nampak baik dari dahulu, lebih baik setia je dengan follow up bagai ni. At least kita tahulah memang dah okey ke atau ada lagi yang perlu perhatian doktor.

Tihara said...

best kan cuti bile diluangkan bersama yang tersayang :)

mamaarifakeem said...

Cutilah yg dinanti, boleh bw anak2 jln2 dn buat aktiviti... tp eina weekend ni dok umah jer, adik CP, abg pun demam panas lak tetiba..huu...

Happy holiday, esok cuti lg kan... ^_~

Diana Rashid said...

seronok bercuti sampai lupa nak pi jumpa pakar ye...heheh..tak leh la gitu Lya..pegi la nanti kalau sempat ye.:) jaga diri baik2...

KakNi Qaseh Gold said...

cuti memang best, bila nak keja balik tu yang haru... hu hu hu

Kopiolimauice said...

ok ke asya gi klinik gigi gud girl klu dia tak nangis...sy dlu pon meraung ok...

ANIM said...

2 hari berturut2 pekena nasi beriyani Dollah? sedap betul tu..

Lily@MamaZaraZareef said...

seronoknya bila cuti ni sebab mcm2 aktivit leh buat..byk benda dpt setelkan ye alhamdulillah..apepon, arap lya tak tertingal tau appointment ngan dokter..penting tuh..^_^

Puan Kutu said...

masa kecik tak pernah sy jmpk dentist..asal nurse dtg kt sekolah nk cabut gigi je mula la takut.hehe..amboi boleh tahan juga lya sempat juga panjat pagar sekolah.hiks

NzA said...

nicikgu datang bawa rotan....boleh tahan panjat pagar sk ye...ha3x....indah nostalgia tu kalau dikenang.....

Masa berkualiti dgn ank2 kan sgt2 membahagiakan

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

kalau boleh hari2 nak cuti..ekeke

mama ka0ri said...

Asya jgn ikut perangai mama panjat pagar tau..hihi..

Jgn tangguh2 lagi lya...bab kesihatan ni mmg kena jumpa pakar..

wa said...

Comelnya asya..:-)..manis bila dia senyum...:-)

Lynn Hamzah said...

hihihihi...kenangan lama mengusik jiwa yer lya...time sekolah dulu memang time yang paling seronok...tak yah nak fikir apa...hihihi...

Aty_Fared said...

part jumpe dentist tu... sampai skrang pon masih tak sanggup nak jumpa lagi..huuuu...masih lagi jadi perkare menakut kan...ngeeee

ida =) said...

Berbaloi cutinya. Macam2 dapat dibuat. Tapi... Kadang2 teringin nk bergolek2 je kat rumah! Hihi

adyna AB said...

Wah padat aktiviti hari ni , ;)

Aisy Nasiha said...

Nampak ayu je mama Fasya ni, masa kecil dia boleh tahan juga rupanya ya.. hihi.. mesti sekarang ni dah kena buli dgn anak dan suami pulak ya. Ha..

Ke dentist 2 kali setahun ya. Alahai.. naim n nazif ni tak pernah lagi dibawa jumpa dentist. Bila ya..

Nak jumpa pakar o & g utk tarikh operation? Operation apa pulak ni Lya? Jangan bertangguh ya. Macam hal penting ni.

nik ros said...

wah best nyer.waktu cuti dapat buat byk benda.
yang penting kena jaga kesihatan yea lya.

Dhiera nadhirah said...

wah..nak masuk rumah baru. best ye!

Fifi Nadhrah said...

bestnye masuk rumah baru.. fifi kalau banyak sangat bende pending.. fifi suke tulis.. jadi senang nak buat.. tengok mane penting dulu..

LydSunshine said...

terer asya tak takut gi jumpa dentist. mungkin sebab start umur 2 tahun jumpa dentist kot. tu yg berani. mama dia plok masa kecik dulu dah dgr macam2 cite ngeri pasal doktor gigi kot. sbb tu takut.

Fiza Rahman said...

Memang seronok kalau cuti. Lagi seronok klo dapt gi jenjalan.

Berani asya jumpa dentist yer. Daku yg dah tua ni pon masih takut lagi..huhu...

ros_reeza said...

nak nasi beriani tu. feveret tu. hihihi

Ibu Lala said...

setiap kali cuti rasa macam nak benti keje terus. syok sangat dok umah.

Khai♥Rin : anies said...

hahahaha ganazz tuu....

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam lya..
huhu..jaga kesihatan sama ya..
take care :)

Rosmiza Ali said...

O&G operation apa Lya? Huhu.. Kite pun ada operation O&G bln 11 ni.. Huuuu..
Rosmiza Ali Official Blog™