Monday, September 22, 2014

Tengok Penyu & Pantai Cherating

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Back to normal routine. Back to school. Bestnyer cuti panjang walaupon tak bercuti kemana. Tapi hari cuti tu harus dimanfaatkan dengan xtvt yang berfaedah. Kiranya surprise buat asya, bawak dia tengok penyu. Sebenarnya dah pernah bawak dia sebelum-sebelum ni. Tapi time tu dia kecik lagi, Maybe tak ingat. Kalo tak silap last sampai sini tahun 2010. Memang dah banyak sangat berubah dari segi pameran kat dalam ni. Sekarang makin cantik. Dulu biasa-biasa je.

Rabu - 17.09.2014

Pusat Penerangan & Konservasi Penyu
Lokasi Pusat Penerangan & Konservasi Penyu ni terletak di Cherating. Bersebelahan je dengan Club Med. Kiranya kemaman-cherating dalam 15min je. So, sesiapa yang bercuti ke Cherating, jangan lupa melawat kat sini. Boleh tengok penyu & kat belakang pusat ni ada tempat pelepasan ank-anak penyu ke pantai.

Pintu masuk
Saya bawa sekali anak sedara Fain untuk geng dengana asya

Sebab cuti sekolah. Memang ramai. Berpusu-pusu.
Masa balik tu lagi ramai lagi. Masuk sini FREE je ye.. 
Cuma ada sediakan box untuk kita menderma seikhlas hati bagi pembangunan tempat ni.

Ok... Ayuh kita melawat kawasan,
Kat sini banyak lukisan laut yang cantik-cantik
Banyak pameran penyu-penyu + info lagi
Ada jugak kolam penyu kat belakang. 
Kita boleh tengok makbapak penyu+anak-anak.
Juga boleh lepas penyu kat pantai (maybe hari-hari tertentu).
Kalo dulu datang sini, boleh pegang anak penyu. Sekarang bilik tu dah tak ada.


Anak penyu baru menetas diasingkan.
Ada tempat penetasan penyu kat belakang ni.

Kolam penyu

Lepas dah pusing-pusing kita singgah Pantai Cherating.
Ambik angin pantai 

Pantai Cherating

Singgah kat gerai ni., Isi perut dulu.
Betul-betul mengadap pantai ni

Asya feeling mat saleh

Ada macam-macam aneka celop tepong.
Sedap-sedap belaka.
Sambil pekena air kelapa muda.

Selepas duk melepak kat sini, singgah kedai RM2.00 plok.
Yang ni saje-saje singgah. Sangkut jugak tali skipping kat asya.
Mujur murah-murah je.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

39 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Lawat tmpat mcm ni bagus utk tmbh penetahuan

suhailah hamid said...

bestnye, comel tengok anak2 penyu. nnt boleh dtg.

Fazleyatul Aini said...

kat tempat saya pon ada tempat penyu ni tapi macam takde apa je
ntah ada ke tak penyu nya

Aisy Nasiha said...

Ooo ini yang kisah gambar di ig tu ya.. best sungguh nampaknya tempat ni. Masuk lak free tu. Kira berbaloi betullah. Seronokla Fasya kan..

Nad MamaZN said...

wah seronok gak tmpt ni..bleh tgk penyu secara live! harap nak tgk kt zoo, kengkadang tak jumpa pun hehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

akak pernah datang ke sini dua kali.. dan kedua2 kali tu pusat pameran ini dah tutup.. dah pukul 5.. hehehe.. tapi datang yg kali pertama tu nasib baik sgt.. sbb petugas tu bagi kami peluang melepaskan anak2 penyu ke laut.. wahhhh.. seronok giler masa tu.. dahlah pantai cherating tu cantik sangat..

lieyalatif said...

bestnye tempat ni lya....lieya suke tempat2 mcm nie....budak2 mesti suka..dpt gak dieorg belajar something dari asek berjalan kat mall jek....

alaa terliur tgk celop2 tuh.... lieya mmg nak sgt cuti2 pi teganu nie...nak makan celup2 tepong die....dah lame teliur tauuu...

Kakzakie said...

Macam rumah pulak ye.. buka kasut. Kalau silap kasut memang balik kaki ayam ni (banyak betul kasut macam kat masjid dah kakak tengok).

eima said...

tak penah tau pun tmpt ni wlupun slalu lalu jalan tu .. nanti klu pi ke arah sanan boleh singgah

Nafira usof said...

Bestnye Lyaaaa..
Zura sendirik pon x pernah tengok penyu tau.
selalu tengok kat TV jer.
teringin jugak nak tengok dan pegang. hehehe

syawalsimpsons said...

percaya tak sue tak penah sampai cherating...

Mrs Velentine said...

wah bestnya dapat tgk penyu

Ibu Lala said...

Nak pegi jugak la awal tahun depan. Akk bese pi bercuti awal tahun. Time sklh dh buka. Time cuti sklh sesak sgt.

Naemah Umi said...

ni kalau mirul tgk live ni mesti byk soklan dia tnya ni...ari tu g thanu tak berjln ke mana pun...next time insyaallah :)

Falsya said...

Seronoknye kalau ade tmpt yg boleh terjah utk wat aktiviti cuti sekolah..last falsya tgk penyu time kecik2 dulu..;))

Cho Zila said...

mst pergikan... akak dah lama tak ke cherating.. isyh seronoknyer kalau bawak anak2 ke sananikan...

permatabiru said...

seronoknya next year nak jenjalan kelantan & terengganu boleh la pergi..yeahh

salwana nordin @ che'wa said...

comeinya penyu..

asben akak ada bercadang nk cuti2 kt terengganu cuti sekolah ujung tahun nnt..

mcm best je kalo suggest tempat ni kt dia :)

apa2 hal nnt akak ty lya ye :)

mama maman aka yana said...

cumil2nya anak penyu tuh.. jika ada pelung mama nak bw maman gi melawat anak2 penyu tuh la.. hihi

εïзmummyHazaεïз said...

Tampah ilmu tu. Last dtg cherating tgk baby penyu lepas ke laut dekat 4 tahun lepas. Datang tgh malam.

Sayangku Zie said...

cantik tempat ni... bilalah dapat kesini.. tgk real anak penyu...

Zee Suhaini said...

stylo kemain asya..suka la dapat jenjalan..
dah abis cuti sekolah ni zee plak ang rasa lemau..huhuuu..cam malas jer nak keje..

terliur tengok celop tepung..ganu punyer memang terbaik..

Lynn Hamzah said...

teringin nak bawa anak anak tengok penyu live...bukan anak anak jer yang teruja mama pun teruja jugak kalau dapat tengok live...

Chekgu Azrine said...

Sis klu dr kuantan jauh x?brp lama ye perjlnn.sbb bulan 11 nk kena g kelantan.huhu

Hati Ema said...

banyak nye kasut.... hehehehe

Rai Ourkizuna said...

Bagus ada tempat gini..takde la cuti sekolah buang masa kat shopping complex je kan..dpt jugak pengetahuan..

AnneRaini said...

bestnye tmpt ni.. kalo bawa kasyah mesti die suka sbb die suka sgt turtle.

Fiza Rahman said...

Bestnya dpt gi tempat mcm ni. Cute jer anak penyu tu.

ANIM said...

cantiknya pantai cherating sekarang..
lama tak singgah

TunSha Ayunie said...

Cherating memang best !! seronoknya.... ingat penyu, ingat telur penyu.... feveret !

Amboih Asya, kemain feeling lagi...

TunSha Ayunie said...

Seronoknya Cherating !!

Diana Rashid said...

seronok nye tempat ni..siap ada anak penyu..

Masya said...

Seronoknya dpt tgk penyu dekat2 kat selangor xde

Lily@MamaZaraZareef said...

Tak pernh lagi gi tpt ni..perasan ada tpt ni cume lom tersinggaj jek..haha..budak2 ni mujur jekla ada famili day papa aritu kan dpt can lepaskn anak penyu..ooo..lupe aritu lya ada tanya psl awana kijal..same jek dia ngn resorr world kijal..dia rename after kna take over by resort world tak silap..

Adlin Mohamad said...

x tau pulak kat sana ada tempat ni hehehe lama x gi last masa peknenkan anak no.2

amirah said...

seronoknya asya dpt jalan2...tapi takdela lagi penyu hidup ye liya?

Mummydearie said...

Dua tahun lepas kot pergi Cherating ni tapi tak tahu pun ada ni semua. Setakat mandi kat swimming pool, tidur dalam bilik hotel, dan jenjalan tepi pantai belakang hotel je. Oh, kena ulang balik ni ke Cherating!

ros_reeza said...

bestnya.. rasa nak pergi jugak... suka tengok anak anak penyu tu.

aTieYusof Family said...

Bestnya...teringin sangat nak tgk Penyu secara live.. tak pernah merasa... huhu